Kerana dah serik dengan kerenah pembantu rumah dari seberang, saya mengambil keputusan untuk mengambil pembantu rumah dari Kemboja! Banyak cerita yang saya dengar bahawa orang orang kemboja ini sangat rajin bekerja dan saya juga diberitahu bahawa peratusan pekerja pekerja ini lari adalah rendah berbanding warga lain! Bukan itu saja, pergaulan mereka juga terbatas kerana bahasa pertuturan mereka! Alhamdulillah saya juga tak perlu risau sebab 'pembantu pembantu' yang tinggal berdekatan tak boleh pengaruhi pembantu kemboja ni! Itulah yang saya sangkakan tapi ...
Setelah sebulan menunggu akhirnya sampai jugak lah pembantu Kemboja saya ni! The minute i looked at her, berdetik dalam hati saya 'mudanya pembantu ini, tak nampak pun umur 20 tahun seperti yang tertulis dalam passportnya'! Setelah ejen memberi briefing saya pun membawa dia pulang Saya singgah dipasaraya berdekatan untuk membeli brg2 keperluan dia sebab dia datang dengan satu beg galas yg kecil! I always make a point to check their bags sebelum diorang mula bekerja so that i know what they have in their bags! Betul telahan saya, dia cuma membawa 2 helai pakaian. Keperluan lain seperti tuala, berus gigi, sikat dan pakaian dalam langsung tkde! Yang ada cuma apa yang dia pakai ketika itu! Haiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii! Kena lagi!
Mula mula sekali saya test dia menggosok baju! Sehelai kemeja T, dia mengambik masa 10 minit untuk digosok! Dah lah tu, kalau licin takpe jugak, ini langsung tak licin! Kalau sehelai baju mengambik masa 10 mint, kalau satu 'laundry basket' berapa lama boleh siap??? Tak boleh jadi, saya terpaksa mengajar dia menggosok itupun berkali kali dia kena buat semula! Melipat baju lagi dasyat! Bengang betul saya dengan ejen tu, kata dah properly trained tapi satu kerja tak pandai nak buat! Kemudian beralih kepada cuci baju pulak! Memberus pun tak pandai, membilas dan memerah baju pun tak larat! Menjemur baju pun huru hara! Belum masuk bab mengemas rumah dan mengemop lantai!!!! Asyik buat saya naik angin hari hari akhirnya dia bertahan selama 8 hari saja!! Hntar balik ke ejen dan ejen berjanji akan menggantikan dengan yang lebih baik dan lebih cekap kononya ...
Fair enough, after almost a month waiting, finally came the 2nd one! Yang ini lagi daring! Datang memakai tudung labuh dan berbaju kurung, the minute she changed, mak datuk - baju body hugging dgn seluar jeans yg koyak di lutut dan ber'cutex' sakan!! Astaghfirullahalazim! Terpaksa lah lagi sekali membeli baju dan seluar yang sesuai! Takpa, saya bagi peluang untuk dia belajar dan kali ni training ala ala 'gerilla Taliban' lah pulak! Apa yang saya nampak, diorang ni memang tak boleh diberi muka! Bila saya leka sikit, siaplah dia buat perangai!! Bilik tidur sentiasa berselerak, katil tak pernah berkemas! dah lah tu siap tampal gambar2 family kat dinding!! Dia ingat dia tinggal dekat rumah dia ke?? Baru beberapa hari berkerja, dah pandai ambik barang saya tanpa minta izin dulu! Kalau saya beli buah2an, dia dengan selambanya akan memakan dulu! Apa saja yang dia nak makan, tanpa bertanya dulu dia akan terus ambik! Pernah satu pagi semasa saya sibuk menyediakan sarapan untuk anak2 kesekolah, dia dengan selambanya mengambil kuali dan menggoreng nugget untuk diri dia sendiri! Bayangkan lah ...! Hari hari saya terpaksa menjerit mcm tarzan! Pendek kan cerita, dia bertahan selama 2 bulan saja and off she went!
Than came the 3rd one! Berumur awal 3oan, cerdik sedikit dari the last two! She can understand sikit bahasa melayu dan memudahkan saya berkomunikasi! Kerja rumah ok, menggosok pun ok dan quite neat! Yang tak ok nya, dia suka tarik muka masam bila saya suruh dia buat kerja! Lantak kau lah janji kerja rumah siap! And she is the only maid that goes to sleep as early as 8 pm! Hebat kan? Kalau saya tkde rumah, pukul tujuh dah gelap lampu bilik! Semalam dia dah buat saya betul betul naik angin!! Berkali kali dah bagitau to switch off the fans and lights bila dah habis mengemop! Sengaja atau lupa tapi itulah yang berlaku setiap hari! Asyik lupa saja! Apa lagi, gila sawan saya kejap! Mujur tak kena tempeleng! Dan semalam jugak lah dia kata nak berhenti kerja .....! Fine! I called the agent and the agent spoke to her - walaupun sepatah haram saya tak faham bahasa dia tapi yang pasti dia mengata saya lah tu! Siap dengan sedu sedan lagi!
Ejen seperti biasa lah asyik nak ganti dengan yang baru tapi sampai bila agaknya ya! Kalau lah saya diberi pilihan sekarang ini, sudah tentu cambodian maids will not be in my list! Kata ejen, akhir bulan 9 maids baru akan sampai, so meantime samada dia suka atau tidak, dia kena terus bekerja dengan saya!
2 comments:
Sis,..i think if Wan Chah,..dah kena goreng kot,..siap tabur daun bawang skali kot,..hahahahha
Bet she would! next thing tau tau dah ada dlm kapal kargo ke baghdad!
Post a Comment