Wednesday, 3 June 2009

Cruella Deville???

Puas saya fikir mcmana nak buat pada 'seseorang' ni yg selalu mengganggu ketenteraman hidup saya sekeluarga! Kadang kadang tu rasa mcm nak tell her off je, tapi tak boleh, tak sampai hati pulak! Inilah masalah saya sebenarnya, susah sgt nak meluahkan perasaan lebih lebih lagi perasaan tak puas hati atau marah! Saya selalu fikirkan perasaan orang, takut apa yg kita ckp nnti terkasar ke, takut orang tu kecik hati ke dan akhirnya saya yg selalu makan hati!

Tak tahu mcmana nak ketogari kan orang mcm ni kerana pada hakikatnya dia memang baik, selalu ambik berat pasal orang TETAPI at the same time dia boleh jadi 'gunting dalam lipatan'. Kalau kita ada masalah boleh dikatakan dia adalah orang yg pertama nak menolong tapi setiap kali cerita yg sepatutnya jadi rahsia, tahu tahu dah sampai ke utara, timur, barat dan selatan! Dia memang pakar mengorek rahsia, apa saja yg berlaku pasti dia dah dapat tahu dulu. Kalau tak dapat information dari saya, anak anak lah yg jadi mangsa! Dia akan buat buat simpati dan perihatin pada masalah kita, lepas tu bila dia dah perolehi maklumat yg dia nak, siap la satu MELAYA akan tahu!

Saya sebenarnya dah banyak kali kecik hati dan tersinggung tapi saya tak tahu nak menyelesaikan masalah ini. Saya cukup kagumi sifat suami saya sebab sepanjang 24 tahun saya menjadi isterinya tidak pernah sekalipun dia ambik hati pada orang orang yg terang terang menyakiti hati dia! Setiap kali kalau saya mengadu dia akan cakap ' biarlah orang nak buat, kita jgn jadi mcm tu!! Tension jugak dibuatnya! Kadang kala tu nak rasanya saya jerit, I.... HAD .... ENOUGH! mcm chef dalam siri Hell Kitchen tu!

Yang geramnya tu, apabila anak orang lain buat silap, bukan main kecoh dia bercerita tapi bila kena pada anak sendiri tak pulak dia sedar! Alangkah baiknya kalau saya ada 'magic wand'! Boleh saya buat orang itu disappear buat selama lamanya!!

"Ya Allah aku mohon keampunan mu! Jadi kan diri ku, suami ku dan anak anak ku orang orang yang beriman. Jauhkan lah kami sekeluarga daripada perkara perkara yg merugikan dan melalaikan. Bersihkan lah hati kami dari sifat sifat yg keji dan jauhkan lah kami dari tutur kata yg boleh menyakiti hati orang lain!." Amin, ya Rabalalamin!

No comments: