Saya ada terbaca dalam sebuah buku yang berjudul "101 DOA PARA NABI & RASUL DALAM AL QURAN, KHASIAT & KAIFIAT BERAMAL oleh ustaz Hj Zahazan Mohamed! Terdapat bermacam macam doa yang boleh kita amalkan terdapat dalam buku tersebut! Ada satu doa yang boleh diamalkan sebagai zikir harian iaitu yang terdapat pada muka surat 50 buku tersebut iaitu - Surah Al Imran ayat 173 yang berbunyi 'Hasbunallahuwanikmalwakil' yang membawa maksud "Cukuplah Allah untuk (menolong) kami, dan Ia sebaik baik pengurus ( yang terserah kepada Nya segala urusan kami". Doa yang dianjurkan untuk dibaca semasa menghadapi tekanan dan stress! Kebetulan ketika itu saya memang sedang stress, berdebar debar hati ini lalu saya baca doa tersebut berulang kali sehingga saya terlena! MasyaAllah!, malam itu saya dapat tidur dengan lena tanpa langsung mengingatkan masalah yang melanda! Keesukkan harinya saya berasa lebih tenang, saya mampu berfikir dengan lebih waras dan tidak emosi! Sepanjang hari tu, hanya doa tersebut yang bermain dilidah dan benar benar dapat merasakan kebenaran pada doa/ayat tersebut!
Beberapa hari lepas, banyak perkara yang telah berlaku! Saya diuji sekali lagi dan benar benar mencabar kesabaran saya! Tergamam apabila ianya berlaku lagi dan kesannya amat melukakan hati saya! Ah, dimana pulak silapnya kali ini? Adakah kerana kecuaian dan kealpaan ku atau Allah ingin menguji sejauh mana kesabaran yang ada pada ku! Mujurlah dengan membaca doa diatas berulang ulang kali, saya berjaya mengawal perasaan dan emosi dan cuba menghadapi ujian kali ini dengan lebih baik! Tak henti henti mohon petunjuk dari Allah supaya diberikan hambanya ini kekuatan dan ketabahan! Disusuli dengan solat hajat dan doa moga moga semua yang berlaku ini berakhir dengan baik! Banyak persoalan yang bermain di kepala, menyingkap semula kesilapan lampau dan berkali kali beristighfar, memohon keampunan yang maha Esa! Saya yakin setiap kali diuji dengan perkara perkara sebegini ada hikmah disebaliknya!
Alhamdulillah! Alhamdulillah! Alhamdulillah!

Segala Puji Pujian Hanya pada Mu ya Allah! Dengan izinNYA, pada hari ini semuanya telah kembali seperti sediakala! Allah telah memakbulkan doa dan permintaan ku! Terima kasih Ya Allah!
Sesungguhnya doa memberi kebenaran di dalam hati. Allah akan berserta dengan apa yang kita sangkakan dan apa yang kita pohon! Mudah mudahan kita semua dikurniakan kekuatan untuk beramal dengan segala perintah Nya dan menjauhi segala larangan Nya! Amin!

No comments:
Post a Comment