Monday, 15 June 2009

hari hari ku!

Ada kala terasa otak ni penat sangat untuk berfikir, masa tu buat apa saja mesti ada yang tak kena! Selalunya bila benda macam ni berlaku, saya akan cuba pejamkan mata dan cuba kosongkan kepala otak ni - jangan fikir apa apa dan jangan layan perasaan! Susah nak buat sebenarnya! Cara yang lain, get out from the house - go shopping ke, buat rambut ke, buat facial ke, gi buat body treatment ke atau gi jumpa geng geng 'ketawa'! Perhaps it may help a bit, temporarily, but at least you will feel legaaaaaa!

Mujur jugak ada my eldest daughter yang tak penat penat mengikut kerenah mama dia ni! (kalau dia bersungut dalam hati tu, tak tau lah saya) With her around senang sikit nak bergerak! Cakap saja nak kemana, pasti dia tak menolak! Kelmarin saya suruh dia hantar saya ke KL, nak cari tudung! Seronok sakan dapat beli tudung kat Ariani's! Lepas tu ke restoran 'Cili Hijau' di Sg Penchala for lunch! Berselera kami dua beranak makan kat situ! Kalau lah Aisyah ada, lagi panjang langkah ni! Ini juga salah satu cara untuk menghilangkan stressssssssssss!

Baru baru ni saya terserempak dengan seorang teman lama, tak sangka sungguh setelah sekian lama dia masih ingat dan kenal pada saya! Saya yang terpinga pinga ketika dia menegur saya dulu. Apabila dia memyebut nama penuh saya, berkerut kerut dahi ni cuba mengingatkan siapa dia sebenarnya! Last last bila dia sebut Form 4, Sekolah Menengah Assunta baru saya ingat! Astaghfirullahalazim, macamana boleh saya lupa?? Sebenarnya dia tak banyak berubah cuma penampilan yang berbeza! Lebih anggun dan bergaya! Setelah bersalaman dan berpelukan kami duduk sekejap untuk bercerita! Sempat bercerita kisah lama - masa kitorng berdua sembunyi dalam toilet sebab tak nak kena 'cuci toilet', kisah tudung Suhana yang kami ambil sebab konon konon nak cuba bertudung!! Berdekah dekah kami ketawa sehingga lupa ada orang disekeliling! Sikapnya masih macam dulu, suka berseloroh dan suka ketawa! Kebetulan pulak tu kami berdua menuju ke tempat yang sama! Tiba tiba someone approached us and address her as Datin Sri! Wah, she is a Datin Sri now patut lah bergaya sakan! Terbayang semasa kami di zaman persekolahan dulu, uniform sekolah pun gonjeng je but look at her now!! Kami berdua selalu berangan angan nak kahwin dengan orang kaya, nampaknya termakbul jugak doa dia tu! I am so happy for her! Seronok dan tumpang bangga melihat kehidupan dia sekarang! She plan to have a 'reunion' soon so my dearest Datin Sri, jangan lupa jemput saya ya ..... !

No comments: