Friday, 12 June 2009

Mum and Daughter's day out ...., market!

Salam Jumaat, Salam Ukhwah dan Salam Rindu buat semua!!!

Jumaat selalunya my 'marketing day'! Sebab selalunya semua anak anak ada jadi bersemangat lah saya memasak! Kak Long ( my driver, cum my partner) drove me to Section 6, Shah Alam wet market! Setiap kali saya masuk pasar ni, macam macam yang hendak saya beli - semuanya segar segar belaka! Yang seronoknya ( mmg teramat seronok) hampir semua peniaga dipasar kenal saya! Macam YB pulak, sana sini ada saja yang menegur! Kalau ada kak long or Aisyah bukan main lagi mat mat kat pasar tu! Ada yang panggil saya 'mama' lagi!

Selalunya saya akan ke ruang 'ikan' dulu - dah puas memilih ikan yang hendak dibeli saya pun serahkan pd penjual ikan untuk dibersihkan! Penjual ikan disini memang ramah ramah belaka dan setakat ini saya memang puas hati! Selalunya mereka akan tolong pilihkan ikan, udang atau sotong yang segar segar! Saya selalu dapat discount! Bukan itu saja, saya boleh membuat tempahan melalui telefon dan datang ambik saja! Lepas tu saya akan singgah di gerai sayur pulak. Macam2 sayur ada dijual disitu - ulam ulam kampung bermacam jenis! Tanya lah ulam apapun mesti ada! 'Abang' yang jual sayur ni dah kenal sgt dengan saya dan kebiasaannya saya hanya bagitau apa yg saya hendak dan dia akan pilih dan bungkuskan! Yang menariknya walau seramai mana pelanggan nya pada masa itu, dia akan tetap acknowledged saya! Kadang tu, saya hanya perlu jerit je dan nnti bila masa untuk mengambil, dah siap semua dibungkus - tinggal untuk membayar saja!

Selalunya saya and kak long will make our first round by just ordering what we want. Later baru kami datang bayar! Selepas tu dah jadi routine kami berdua mesti singgah di warung Kak Kam untuk breakfast, kadang kadang tu ada orang belanja kami berdua! Mana nak cari tempat yang mcm ni - mesra pelanggan! Untuk menu hari ini, saya masak lemak ketam, sambal tumis udang dengan petai dan sup petola dgn fishball!

Selalunya, setiap Jumaat saya akan cuba sedaya upaya menyiapkan hidangan tengahari sebelum suami dan anak2 pergi ke masjid tapi hari ni dah terlewat sikit jadi diorang kemasjid dulu! Sejurus selepas selesai solat Jumaat, kak long dah hidangkan lauk pauk tadi. Sampai saja suami dan my three musketeers, kami pun terus menjamu selera! Seronoknya hati ni bila dapat makan bersama sama tapi hati ini masih teringat dekat SITI AISYAH AZMIN! Cant wait for her to come back sebab semua dah rindu sangat kat dia! So anakanda Aisyah, dont be sad ok! InsyaAllah bila you balik nanti, mama akan masak all your favourite lauk k!

No comments: