Setiap kali bila ada kesempatan untuk berjumpa dengan all my 3 sisters - ie wanchah, wanteh dan wanchu pasti saya seronok sekali! Masing masing dgn karekter, gaya dan personaliti yg tersendiri dan apabila kami bergabung kalah perhimpunan agung UMNO! Tak kering gusi dibuatnya apabila masing masing bercerita pasal hal ehwal dunia, politik semasa, gossip artis, masalah keluarga dan apa saja! Yang penting kami tidak pernah ketandusan idea untuk bercerita dari satu topik ke satu topik yg lain!
Wanchah contohnya, tanya lah dia apa aje pasti jawapan yg dia beri tak pernah terfikir oleh akal! Sikap dia yg suka berseloroh, suka berjenaka selalu buat orang terhibur! Wanteh pulak 'miss air mata' - waktu suka dia nangis, waktu sedih jgn ckp la, berbaldi baldi air mata dia keluar dan dia ni pakar masak, apa saja yg dia masak pasti menjilat jari! Yang paling 'glamor' pastinya wanchu! Always buat kitorang jeles sebab dia selalu yg paling vogue the vase!!! Kadang kadang tu rasa tergugat jugak bila dia ter over cantik dari kitorang!
To wanchah, wanteh n wanchu, i love u all so much! Tak lupa juga to Ajak, Ajis, Maman n my baby brother, Zainal! Ingat, blood is thicker than water! May Allah bless us all, amin, amin amin!
No comments:
Post a Comment