Thursday, 11 June 2009

A story that was never been told ...

Setelah sekian lama baru sekarang tergerak hati ini untuk menulis kisah ini bukan kerana ada 'dendam' tapi sekadar ingin meluahkan perasaan! Walaupun dah bertahun ia berlaku tapi sehingga kesaat ini saya masih tidak boleh melupakannya!
Ketika itu saya masih muda, baru saja mendirikan rumahtangga, baru saja diterima masuk dalam keluarga baru - banyak yang perlu saya pelajari dan fahami! Atas kelemahan dan kekurangan yang ada pada saya, maka banyak lah berlaku kesalahfahaman! Bukan mudah sebenarnya untuk memuaskan hati semua orang. Saya juga mempunyai banyak kelemahan ketika itu! Saya sudah berusaha untuk jadi yang terbaik, cuba mengambil hati semua orang tapi adakalanya saya tewas sebab 'tak mampu memenuhi kehendak semua orang! Bukan mahu menuding jari pada sesiapa, afterall benda dah lama berlaku tapi ada sesuatu yang masih 'terbuku' dalam hati ini!
Walaupun ada usaha untuk menjernihkan keadaan tapi apa yang berlaku adalah terlalu 'berat sebelah'! Merumitkan lagi keadaan apabila ada pihak yang campur tangan! Kesalahan saya saja yang dipertikaikan sedangkan kesalahan 'dia' langsung tak timbul! Saya masih ingat apabila satu pertemuan telah diatur untuk meleraikan kekusutan itu. Disingkap semula kronologi kejadian, kedengaran kata kata 'dia' yang selagi dia tidak meluahkan ketidak puasan hati nya, selagi itulah bagaikan ada satu titik hitam dalam hatinya! Bagaimana dengan perasaan saya?? Ketika itu saya tak mampu untuk mempertahankan kebenaran saya! Saya tergamam! Pada malam itu, kononnya perang 'dingin' antara kami telah selesai! Ia belum lagi selesai! Apa yang hendak saya katakan, punca sebenar kemelut dan permasaalahan bukan lah salah saya semata mata tapi 'dia' juga terlibat sama! Apa yang semua orang nampak adalah kebenaran disatu pihak sedangkan dipihak saya, cerita yang sebenar benarnya tidak ada yang tahu!
Sesungguhnya biar lah Allah saja yang tahu apa yang berlaku!! Walaupun sudah beribu kali kita bersalaman dan memohon maaf tapi dalam hati kecil ini masih tidak mampu menyembunyikan apa yang tersirat dan tersurat! Pasti satu ketika nanti cerita yang sebenar akan terurai juga.

"PEOPLE PAY MORE ATTENTION TO WHAT YOU DO THAN WHAT YOU SAY"



No comments: