Sibuk betul beberapa hari lepas! My neighbour invited us to her sons birthday party on last saturday! Sehari sebelum majlis tu kitorang sibuk mencari hadiah yang sesuai untuk budak 5 tahun dan 3 tahun! Pening jugak nak cari hadiah untuk budak budak lelaki! Setelah 45 minit berlegar dalam Toys R Us, akhirnya saya, kak long, tija dan harris sebulat suara bersetuju membeli toys Transformers!! Really hoped tht the boys suka!
So on that day, I volunteered to cook something for the kids so i buat sandwich telur, trifle strawberries dan sheppards pie! The host cooked indonesian dishes, tak tau nak menyebut nama nama masakan tu tapi it was nice, something different and the guests were enjoying the food! Semenjak anak anak saya dah besar dan setiap kali kalau dapat jemputan harijadi saya selalu rasa janggal to attend! Bukan apa, masing masing bawak anak anak takkan lah saya nak datang dengan suami je! Kadang2 tu, saya kirim hadiah saja sebab kalau saya pergi rasa out of place pulak! My youngest son pun tak mahu dah pergi birthday party bawah umur 12 tahun! Dah besar lah konon ...
Semalam was Father's Day! Pagi pagi lagi dah ingatkan anak anak to wish the father! My husband pulak kena masuk office kejap so plan nak keluar lunch terpaksa tunda for dinner! As usual my husband akan tanya nak pergi makan kat mana, ada yang kata nak makan crab, ada yang kata nak makan kat Muhibbah, i said Teppanyaki! Semua yg kami cadangkan tak laku, husband kata nak makan steak dekat Victoria Station! Ok, kami semua ikut je! Sampai je dekat tempat tu, kami nampak kereta dah panjang beratur! Yang parking pun dah sampai ke tepi jalan raya! Oh no, chances very slim, no reservation made sudah tentu lah tkde tempat! Husband agreed dan akhirnya dengan sebulat suara kami semua pergi Uptown!!!!
Ternyata pilihan kami semua tepat sebab orang tak ramai dekat situ dan parking pun senang! Tak kisah lah celebrate kat mana pun yang penting semua anak anak ada! ( except my dearest siti aisyah azmin! i ate on yr behalf k!) Seronok bila berkumpul anak beranak dan masa tu mula lah masing masing nak bercerita! Hafiz sempat bercerita pengalaman semasa di pulau Langkawi, tak kering gusi dibuatnya! Alhamdulillah, semuanya berselera and the foods were not bad!
Today is my rajin day! I cooked nasi bryani with lauk bryani ayam dan dalca daging! Dapat ilham semasa menonton rancangan Sedapnya dkt channel AFC semalam so selepas hantar tija n harris to school, i asked my daughter to singgah kat Mydin! Alhamdulillah semua bahan2 yang diperlukan ada disitu! Sampai je rumah saya terus menyediakan bahan2 untuk dimasak! By noon semuanya dah siap! Kali ini saya masukkan lauk bryani ayam kedalam nasi! Macam bryani gam gitu! Seronok bila tengok husband makan sampai 2 kali tambah dan bertambah seronok bila dia kata bryani saya sedap! Satu badan mengembang!! My eldest daughter pun tetiba rajin pulak hari ni sebab dia nak buat trifle - katanya masa b'day party sabtu lepas dia tak dapat rasa trifle yang saya buat! Hari ni dia berjaya membuat sendiri trifle berpandukan resipi yang terlekat dkt peti sejuk! Siap decorate atas trifle dengan hirisan strawberries, peaches dan grapes! Kalah trifle saya! Rasanya??? Memang sedap and the father gave her a thumbs up!Hehehe, tersenyum lebar kami dua beranak!
2 comments:
ma,
i almost cried dkt part victoria station tue.. i macam patutlaaa dieorng tak tepon i nak makan steak rupenye.. pastue i scroll rupenye makannnn uptown.. hehehehe.. still jealous.. rindu everyone.. counting days.. i need too start be serious in my studies.. uhuk uhuk.. love youuuu
agaknya u pun doa supaya kitorang tak dpt mkn kat situ kot!
Post a Comment