Sebenarnya bukan sesuatu yang seronok sekiranya kita telah mengeluarkan kata kata yang tidak sepatutnya kepada seseorang! Walaupun seseorang tu telah menguji kesabaran kita ke tahap maksimum! Hari ini saya telah mengeluarkan kata kata yang hingga ke saat ini saya tidak boleh lupakan dan dalam hati kecil ni terasa kesal yang amat sangat. Saya orang yang cepat rasa bersalah walaupun hakikatnya kesilapan itu berpunca dari orang lain! Astaghfirullahalazim, astaghfirullahalazim! Apa yang telah terkeluar dari mulut saya sebenarnya berlandaskan rasa ketidakpuasan hati saya terhadap seseorang ini kerana samada secara sengaja ataupun tidak, perbuatan nya telah mengguris hati kecil ini!
Pada satu ketika dulu, dia pernah berjumpa dan meminta tolong dari saya! Atas nama persahabatan dan juga rasa kasihan saya berusaha membantu meringankan masalah beliau! Apabila bantuan yang pernah kita hulurkan itu tidak mendapat balasan yang setimpal, pasti lah hati ini, perasaan ini akan kecewa! Lebih mengecewakan apabila kita ini langsung tidak diperdulikan! Bukan saya bermegah megah dengan pertolongan yang tidak seberapa itu tapi sekurang kurangnya ingat lah apa yang pernah saya lakukan! Jangan lah jadi manusia yang lupa daratan! "Ya Allah, aku hanya seorang hamba yang lemah, walau ku cuba sedaya upaya untuk tidak menyimpan sebarang dendam atau mengelak dari rasa amarah ini, adakala aku gagal kerana sesungguhnya aku hanya lah manusia biasa yang tidak dpt lari dari segala kelemahan!". Inilah satu pengajaran buat saya supaya jangan terlalu mudah mempercayai dan simpati pada sesiapa saja kerana hari ini dia mungkin 'kawan' kita tapi esok lusa belum tentu lagi!
Saya berserah segala galanya kepada Allah swt yang Maha Mendengar, Maha Mengetahui, Maha Besar lagi Maha Agung! Biarlah balasan itu datang dari yang Maha Esa! Bukan ingin mendoakan yang tidak baik tapi hari ini hari dia dan saya doakan supaya suatu hari nanti apa yang dia pernah lakukan keatas saya akan mendapat balasan yang setimpal!! Tiada ruang lagi dalam hati ini untuk ku terima dia sebagai kawan! Kepercayaan ini semakin menipis dan rasa hurmat ku juga sudah hilang! Orang berbudi kita berbahasa dan orang memberi kita merasa ...
No comments:
Post a Comment