Bengang dan sakit hati betul saya bila memikirkan tentang seseorang ini. Tak tahu mengenang budi dan kebaikan kita walaupun bersusah payah kita menolong dia sewaktu dia dalam kesusahan dulu? Kalau boleh hendak saja saya hantar dia ke Mars sebab orang macam ni tak layak tinggal dibumi!
Ibarat menolong anjing yang tersepit, bila dah dilepaskan tangan kita pulak yang digigitnya!
Pada saya bukan 'wang' itu yang menjadi persoalannya tapi sikap dan komitmen dia sebagai orang yang berhutang! Cuma kerana sikap suami saya yang tidak suka meminta maka dia ambik kesempatan keatas suami saya! Takkan lah asyik kita saja yang kena ingatkan dia tentang hutang dia sedangkan dia sendiri langsung buat tak tahu! Sampai bila kita boleh bersabar ?? Sekarang ni kita pulak yang terpaksa meminta macam 'peminta sedekah'!
Teringat saya pada kata kata ini ' kalau nak lama berkawan sebaiknya elak daripada meminjam dan beri pinjaman sebab kita boleh hilang saudara dan hilang kawan! Sekarang ni dia yang termalu sendiri! Memang patut pun dia rasa malu ( itupun kalau tahu rasa malu!). Saya pun dah naik menyampah nak bertegur sapa dengan dia dan pada saya dia dah tak ujud pun! Percaya lah saya dan suami tak rugi apa apa, bahkan saya amat bersyukur kerana rezeki yang Allah berikan pada kami sekeluarga masih berterusan! Tiada dendam dalam hati ini tapi mulai sekarang 'anda' bukan lagi kawan saya!
"Ya Allah, ampuni segala dosa dosa hamba mu ini! Jauhkan lah diriku, suami ku dan anak anak kami daripada orang orang yang tidak memberi kebaikan dan manfaaat dan jauhkan lah kami daripada perkara perkara yang melalaikan dan merugikan! Bersihkan lah hati kami dan jadikan lah kami orang orang yang bertakwa! Amin, amin, amin!!!"
No comments:
Post a Comment