Friday, 5 June 2009

Betulkan yang biasa dan biasakan yang betul ...

Tagline yang selalu saya dengar dalam program "AL Hidayah"! "Betulkan yang biasa dan biasakan yang betul". Interesting kan? Kalau macam tu, banyak sebenarnya yang perlu saya betulkan! Ye lah kalau dah jadi satu kebiasaan bukan mudah untuk buat perubahan!

Bab makan contohnya, saya memang penggemar nasi dan menu saya mesti ada nasi. Tak puas makan kalau tkde nasi sehinggakan macam dah terbiasa - kalau tak makan nasi saya tak boleh tidur malam! Sehinggalah saya berjumpa dengan seorang 'nutritionist', itupun kerana terpaksa! Memilikki seraut wajah yang comel dan sepasang mata yang cantik! Membuatkan saya terus berminat untuk mendengar penerangan dan nasihat yang diberi! Sebelum ini, siapa pun yang bercakap pasal pemakanan yang betul dan sihat akan 'masuk telinga kiri dan keluar telinga kanan'! Dia telah berjaya meyakinkan saya tentang mustahaknya menjaga pemakanan yang sihat dan mengekalkan berat badan yang ideal. Ok! ok! saya tahu, dah lama sebenarnya saya berazam untuk menurunkan berat badan tapi trust me, this time is for REAL! Perubahan yang saya dah lakukan adalah berusaha to cut down on my rice! At least ada sikit perubahan walaupun masih tak ketara tapi dah longgar la sikit baju baju saya! Jadi saya dah cuba untuk betulkan yang biasa dan akan cuba untuk biasakan yang betul!!!!! Hendak seribu daya, taknak seribu dalih!

Itu kalau bab makan tapi kalau bab perangai??? Kalau selama ini dah terbiasa memilikki sifat sifat yang suka meninggi diri, suka cakap besar, suka menunjuk nunjuk, suka bercakap perkara2 yang menyakiti hati orang lain, macamana? Boleh ke kita betulkan yang dah 'biasa' tu?? Tak mustahil sebenarnya sebab saya percaya sekiranya masih ada ruang untuk seseorang itu berubah maka masih belum terlambat untuk membetulkan diri! Semoga saya juga mendapat peluang untuk memperbaiki segala kelemahan yang ada. Yang penting hati mau baik, beb!

No comments: