Alhamdulillah akhirnya pada pagi rabu yang lepas, sampai juga hasrat saya, wanchah, wanteh, wanchu, intan dan kak long menziarahi kubur mak di Bukit Kiara! Setahu saya, Zainal yg selalu menziarahi kubur mak especially pada hari Jumaat! Bagus betul adek bongsu saya ni! Sayu hati ini bila berada disitu sebab terasa seakan baru semalam saya tatap wajah mak! Terbayang bayang wajahnya, senyumnya dan kehilangannya amat kami rasai hingga kesaat ini! Tak puas rasanya saya berbakti kepada mak dan sekarang hanya mampu mendoakan kesejahteraan nya disana! Setiap kali selepas solat, saya tidak lupa untuk sedekahkan surah Al Fatihah untuk arwah mak, arwah bah, serta kaum keluarga yang telah meninggal dunia! Semuga diampuni segala dosa dosa mereka dan ditempatkan bersama sama orang orang yang beriman! Terkilan sebab tak sempat ziarah kubur my eldest brother Musa sebab tak ingat kuburnya dimana dan nombor kuburnya pun dah ter hilang! Kami semua tetap sedekahkan Al Fatihah buat arwah Musa!
Alhamdulillah walaupun mak dan bah dah tak ada tapi kami adek beradek semakin akrab! Kami tidak lupa segala pesanan arwah agar jangan sekali kali memutuskan ikatan kekeluargaan! Bila ada kesempatan, kami tidak lepaskan peluang untuk berkumpul dan bertanyakan khabar masing masing! Setiap kali kami bertemu, saya selalu dapat rasakan seolah arwah mak dan bah ada bersama sama! My brother Razak resembles a lot of arwah bah - kurus, tinggi, cara bercakap dan jalan pun mcm arwah! Brother Rahman memilkki wajah serupa dengan arwah bah! My brother Aziz and my youngest baby brother ( he's always a baby to me!) looks so much like arwah mak! Anak anak perempuan pulak semuanya ada combination of both!
(Oh ye, baru dapat tahu, tanah kosong disebelah kubur mak sebenarnya ada kubur! Astaghfirullahalazim, terperanjat besar kami kerana selama ini kami langsung tak tahu! Kata penjaga kubur yang kebetulan berada disitu, kubur hamba Allah itu tidak bertanda kerana tiada pengenalan diri dan tiada waris yang menuntut jenazahnya semasa dia meninggal dulu! Kesiannya! Kenapa lah tak letak tanda sekurang kurangnya tak lah nanti ada yang terpijak! Akhirnya kami semua menyusun batu bata disekeliling kubur tersebut dan menanam sepohon pokok dan menghadiahkan Al Fatihah, semuga rohnya dirahmati Allah, Amin Amin Amin!)
No comments:
Post a Comment