Friday, 5 June 2009

Erti sebenar kecantikan

Sebenarnya susah untuk kita mengenali hati budi seseorang hanya dengan melihat paras rupa, betul tak? Manusia dijadikan dengan bermacam macam perwatakan. Ada tu, bila kita terpandang saja wajah dia kita suka dan mendorong kita untuk cuba mengenali dengan lebih dekat dan ada juga sebaliknya! Baru baru ini saya terserempak dengan Nasya Aziz - masyaAllah dia memang cantik! Aura yg dia pancarkan memang menakjubkan sebab almost semua yg berada disitu terpaku dengan kecantikan dia! Wajah dia sungguh menawan, ditambah dengan senyuman yang tak putus putus di lemparkan pada sesiapa saja yang memandangnya! Hebat sungguh selebriti ini!


Saya percaya untuk membuat seseorang itu kelihatan cantik, ia perlu datang dari keiklasan yg tulin dari dalam dirinya! Sekiranya hati kita cantik maka secara automatiknya wajah kita akan menjadi cantik yg sebenar! Pernah saya terserempak dengan seorang hamba Allah ini di sebuah masjid. Wanita itu memakai purdah menutupi seluruh tubuh badannya dan semasa dia menanggalkan purdahnya untuk berwhuduk, masyaAllah terpegun mata saya memandang sebab kecantikan yg dimilikkinya sungguh mempersonakan! Bayangkan saya seorang perempuan terpegun dan terpukau melihat wajah dan susuk badannya, apatah lagi kalau kaum 'Adam?'


Apapun, biarlah kecantikan yang kita milikki datang dari hati yang cantik! Kalau cantik sekadar luaran tapi penuh dengan sifat dengki, iri hati, sombong dan meninggi diri, sia sia lah kecantikan itu. Apapun saya tetap bersyukur dengan kejadian yg telah Allah ciptakan keatas hambanya dan akan sentiasa berusaha untuk memperbaiki diri dan peribadi agar memperolehi cantik yang hakiki dan mempunyai hati yg bersih, jauh dari sifat sifat yg keji! Semoga hari ini, apabila kita melihat wajah kita dicermin kita dapat lihat wajah kita yang sebenar, bukan wajah yang berpura pura!

No comments: