Thursday, 25 June 2009

Adakah kerana doa saya?

Kata kata ini saya petik dari buku '101 Doa Para Nabi & Rasul Dalam Al Quran'.
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Doa itu senjata bagi orang Mukmin." Kita memang sentiasa berdoa tetapi doa kita sering bebas tanpa panduan tertentu. Semua bangsa dan agama di atas muka bumi ini berdoa dengan cara mereka yang tersendiri. Apakah doa mereka sentiasa diterima Allah s.w.t lantas mereka berjaya membawa kemajuan hingga menerokai angkasa lepas dan menyelami dasar laut yang paling dalam?
Soalnya sekarang ialah apakah doa kita sudah berkualiti? Sesungguhnya doa memberi kebenaran di dalam hati. Allah akan berserta dengan apa yang kita minta kerana hati kita telah mengiakan. Sebab itu keyakinan diri amat penting.

Apabila saya membaca petikan di atas, saya terpanggil untuk berkongsi pengalaman saya tentang satu 'doa'. Selain daripada doa doa biasa yang selalu diamalkan setiap kali selepas solat saya juga mengamalkan satu doa ini antara lain yang berbunyi "Ya Allah jauhkan lah diri ku daripada orang orang yang tidak mendatangkan kebaikan dan juga manfaat" Seperti yang dipetik dari kata kata diatas 'Allah akan beserta dengan apa yang kita minta kerana hati kita telah mengiakan'. Apakah doa yang saya amalkan ini salah kerana ia berlaku seperti yang kita mintak tapi pada waktu yang sama hati ini jadi berat untuk merelakan dan ini lah apa yang sedang saya lalui ...

Saya sudah mula menjauhkan diri daripada berjumpa dengan kawan kawan atau saudara mara, bukan sesuatu yang di rancang tapi perasaan itu datang dengan sendiri! Saya mula hilang minat untuk menyertai mana mana pertemuan atau perjumpaan. Banyak temujanji terpaksa dibatalkan seolah olah seperti ada aral yang menghalang saya berjumpa dengan mereka! Perasaan seronok bersama mereka juga sedikit demi sedikit mula hilang. Bukan itu saja kawan kawan pun mula menjauhkan diri daripada saya!

Astaghfirullahalazim, adakah semua ini berlaku kerana doa saya itu??? Apakah doa saya itu salah atau memang Allah mahu menjauhkan saya daripada mereka kerana doa saya menyebut supaya dijauhkan daripada orang orang yang tidak membawa kebaikan dan manfaat! Atau adakah kerana saya telah melafazkan satu doa yang tidak berkualiti? Saya berkesempatan berjumpa dengan seorang teman dan saya menceritakan kepada beliau apa yang terjadi! Jawab beliau 'kita harus berfikiran positif, apa yang berlaku hanya Allah saja yang maha mengetahui dan kemungkinan besar Allah memperkenankan doa saya! katanya lagi mungkin kawan kawan ini menjauhkan diri bukan kerana mereka tidak memberi kebaikan kepada kita tapi mungkin kita yang tidak memberi kebaikan kepada mereka! Tergaman saya seketika. Ketika itu terasa betapa kecil dan hina nya saya ini, betapa saya juga manusia biasa yang banyak melakukan dosa dan kesalahan! Sambungnya lagi kita perlu redha dengan ketentuan Allah kerana sesungguhnya Allah saja yang tahu apa yang terbaik buat diri kita! Beberapa kali saya beristighfar kerana saya mula sedar bahawa saya juga ada kelemahan dan kekurangan. Saya yakin sekiranya ini adalah yang terbaik buat saya maka saya harus belajar menerima dengan hati terbuka!

Semuga saya dilandasan yang betul dan berharap agar Allah makbulkan doa doa saya! Saya berasa lega sebab saya sudah dapat melihat diri saya dari sudut kelemahan saya sendiri dan tidak mahu lagi menyalahkan orang lain! Saya akan cuba sedaya upaya memperbaiki kelemahan yang ada dan berusaha menjadi isteri, ibu, sahabat yang berkualiti dan juga yang berjaya di dunia dan akhirat. Amin!

2 comments:

ayeshazmin said...

Ive been doa the same thing and nowwwww.. I dont have any friends!!!! none!!! mungkin Allah swt tahu yang kerja i nie mengumps aje.. so if kawan sure tak mendatangkan manfaat the both parties.. betul tak ma?!??!?!

love you ribu lemon:)

Min Azri said...

oh no, we better check all our doa again b4 we start doa ing coz sometimes wht we doa doesnt turn out to be wht we want! betul tu, Allah nmpk semuanya, even when u mengumps so betulkan yg biasa dan biasa kan yg betul