Sunday, 28 June 2009
'One Day In Your Life' by Michael Jackson
Salah satu lagu beliau yang paling saya minati ialah 'One Day In Your Life'. Lagu ini pernah dinyanyikan oleh Allahyarham Sudirman Hj Arshad dan semenjak itu saya begitu mengkagumi setiap baris senikata lagu tersebut kerana ia membawa seribu kenangan manis dalam hidup saya.
Semasa berita kematian beliau diumumkan oleh media, lagu ini dimainkan beberapa kali dan begitu menyentuh hati dan perasaan saya! Banyak cerita tentang suka duka beliau dipaparkan! Walaupun beliau dikenali diseluruh dunia, hidup penuh dengan 'glamour' tapi tak ada siapa yang mungkin tahu tentang kesedihan dan keperitan yang beliau lalui ..
I want to share this song with you .....
One Day In Your Life
One day in your life
You'll remember a place
Someone touching your face
You'll come back and you'll look around YOU
One day in your life
You'll remember the love you found here
You'll remember me somehow
Though you dont need me now
I will stay in your heart
And when things fall apart
You'll remember one day ...
One day in your life
When you find that you're always waiting
For the love we used to share
Just call my name
And i'll be there
You'll remember me somehow
Though you dont need me now
I will stay in your heart
And when things fall apart
You'll remember one day ...
One day in your life
When you find that you're always waiting
For the love we used to share
Just call my name
And i'll be there .......
Saturday, 27 June 2009
dia dah buat lagi .....
Perut tak boleh lapar! Kalau lapar saja mula lah buat kerja tak senonoh! Bayangkan bulan puasa nanti? Sekarang dah pandai komplen kalau saya beli makanan diluar dia kata tak sedap!!! Mana tak sakit hati ni? Makan nasi 3 kali sehari kalau tak, tak larat nak buat kerja! Makan kuat dan banyak tapi yang buat geram tu tak setimpal dengan kerja! Bila dah kenyang, mata tak boleh bukak, mulalah curi tulang! Pantang saya naik atas kejap, dia akan masuk bilik dan tidur!
SABAR!
Dari awal saya dah bagitau barang2 elektrik dalam rumah tak boleh guna kalau saya takde tapi sekarang dah pandai panas kan lauk sendiri dalam microwave! Dah berbuih rasanya mulut ni kata jangan tapi masih degil! Washing machine pun begitu, bukan saja dia tapi semua pembantu yang dulu memang saya larang gunakan sebab saya sendiri yang akan pilih dan masukkan baju baju kedalam machine sebab kalau suruh diorang ni semua disumbatnya, tapi dia sorang je yang berani melanggar arahan saya! Eeeee, geramnya tak terkata!!!!! SABAR!
Dah berapa kali i caught her sleeping during the day! Kalau kerja dah siap tak lah saya naik angin! Yang dia tahu, bangun pagi menyapu mengemop menyiram pokok dan menjemur baju lepas tu dah tak tahu nak buat apa sementara tunggu baju kering untuk digosok! Kalau saya ada dirumah sepanjang hari, baru lah nampak nak buat kerja kalau tidak dah masuk bilik dan tidur, siap peluk bantal lagi!!! SABAR!
Semalam saya ada tetamu dirumah! Seperti biasa dia akan tercengang cengang depan tetamu saya dan setiap kali itu lah saya kena bagitau untuk sediakan minuman! Dah 7 bulan tapi masih lagi kerja kena bagitau! Bukan itu saja, dia pun sama sibuk membuka album gambar didepan tetamu tetamu saya! Biadap sungguh! Balik saja tetamu, panjang lebar dia kena lecture tapi rasanya tak satu pun yang saya cakap masuk dalam kepala otak dia! Sepatutnya kalau dah kena marah mesti lah takut, ini tidak hari ni bangun pukul 6.45 pagi tanpa rasa bersalah! Dia boleh buat muka selamba je! SABAR!
Kalau dapat pengganti, hari ni jugak saya hantar dia balik ke ejen tapi masalahnya ejen suruh tunggu sampai akhir bulan 9! Boleh ke saya bertahan sampai bulan 9? Bulan puasa pun dah nak dekat, tak tahu lah kalau dia boleh berpuasa sebab nampak gaya tak boleh berlapar langsung! Pasti ujian paling hebat buat saya nanti! Tunggu dan lihat saja la!
Innallahamaassobirin!!!
Thursday, 25 June 2009
Adakah kerana doa saya?
Apabila saya membaca petikan di atas, saya terpanggil untuk berkongsi pengalaman saya tentang satu 'doa'. Selain daripada doa doa biasa yang selalu diamalkan setiap kali selepas solat saya juga mengamalkan satu doa ini antara lain yang berbunyi "Ya Allah jauhkan lah diri ku daripada orang orang yang tidak mendatangkan kebaikan dan juga manfaat" Seperti yang dipetik dari kata kata diatas 'Allah akan beserta dengan apa yang kita minta kerana hati kita telah mengiakan'. Apakah doa yang saya amalkan ini salah kerana ia berlaku seperti yang kita mintak tapi pada waktu yang sama hati ini jadi berat untuk merelakan dan ini lah apa yang sedang saya lalui ...
Saya sudah mula menjauhkan diri daripada berjumpa dengan kawan kawan atau saudara mara, bukan sesuatu yang di rancang tapi perasaan itu datang dengan sendiri! Saya mula hilang minat untuk menyertai mana mana pertemuan atau perjumpaan. Banyak temujanji terpaksa dibatalkan seolah olah seperti ada aral yang menghalang saya berjumpa dengan mereka! Perasaan seronok bersama mereka juga sedikit demi sedikit mula hilang. Bukan itu saja kawan kawan pun mula menjauhkan diri daripada saya!
Astaghfirullahalazim, adakah semua ini berlaku kerana doa saya itu??? Apakah doa saya itu salah atau memang Allah mahu menjauhkan saya daripada mereka kerana doa saya menyebut supaya dijauhkan daripada orang orang yang tidak membawa kebaikan dan manfaat! Atau adakah kerana saya telah melafazkan satu doa yang tidak berkualiti? Saya berkesempatan berjumpa dengan seorang teman dan saya menceritakan kepada beliau apa yang terjadi! Jawab beliau 'kita harus berfikiran positif, apa yang berlaku hanya Allah saja yang maha mengetahui dan kemungkinan besar Allah memperkenankan doa saya! katanya lagi mungkin kawan kawan ini menjauhkan diri bukan kerana mereka tidak memberi kebaikan kepada kita tapi mungkin kita yang tidak memberi kebaikan kepada mereka! Tergaman saya seketika. Ketika itu terasa betapa kecil dan hina nya saya ini, betapa saya juga manusia biasa yang banyak melakukan dosa dan kesalahan! Sambungnya lagi kita perlu redha dengan ketentuan Allah kerana sesungguhnya Allah saja yang tahu apa yang terbaik buat diri kita! Beberapa kali saya beristighfar kerana saya mula sedar bahawa saya juga ada kelemahan dan kekurangan. Saya yakin sekiranya ini adalah yang terbaik buat saya maka saya harus belajar menerima dengan hati terbuka!
Semuga saya dilandasan yang betul dan berharap agar Allah makbulkan doa doa saya! Saya berasa lega sebab saya sudah dapat melihat diri saya dari sudut kelemahan saya sendiri dan tidak mahu lagi menyalahkan orang lain! Saya akan cuba sedaya upaya memperbaiki kelemahan yang ada dan berusaha menjadi isteri, ibu, sahabat yang berkualiti dan juga yang berjaya di dunia dan akhirat. Amin!
Wednesday, 24 June 2009
Carik carik bulu ayam ....
Kalau kita lihat, orang tua tua dulu bila mereka ingin menyampaikan sesuatu hajat atau ingin memberi nasihat, mereka akan gunakan peribahasa atau kiasan! Itu bertujuan untuk mengelak daripada tercakap kasar takut pulak menyakiti hati dan perasaan orang lain! Apa yang berlaku sekarang banyak berbeza, kita dah tak pandai menggunakan bahasa yang baik! Main cakap saja tanpa memikirkan perasaan orang, tersinggung ke, kecik hati ke! Well, 'bahasa menunjukkan bangsa!!!'
Sebenarnya setiap kali saya terdengar peribahasa 'carik carik bulu ayam' ni saya mesti ketawa sebab ada satu peristiwa yang cukup melucukan berlaku. Ada seseorang ni ( nama nya terpaksa dirahsiakan ) beria ia mengatakan maksud peribahasa itu adalah ' bulu ayam yang dicabut dan kemudian dijadikan feather duster!' Ada sesiapa yang nak komen? Puas saya katakan maksud yang di beri adalah salah tapi dia berkeras mengatakan ianya betul! Untuk memuaskan hati saya, dia tepaksa membuat satu panggilan kepada kawan baiknya yang memang pakar dalam bahasa melayu ( kawannya itu seorang gadis cina yang memperolehi A1 dalam matapelajaran BM (SPM)! Apabila jawapan yang sebenar diberitahu, terbukti lah jawapan saya adalah BETUL!!!!! Come to think about it, mungkin ada betul jugak jawapan 'feather duster' tu sebab yang dimaksudkan dengan 'akhirnya bercantum semula' sama lah mcm 'feather duster' yang akhirnya bersatu sebab dah jadi feather duster!!!! Dalam hati kecil ni, macam boleh terima jawapan tu, hehehe! Again, ada sesiapa nak komen??
Yang pasti maksud sebenar adalah seperti yang saya tulis diawal ayat diatas - zaman dulu mana ada 'feather duster'? Kalau nanti anak anak dia tanya pasal maksud peribahasa itu, saya yakin dia pasti akan bagi 2 jawapan atau mungkin dah ada 3 atau 4 jawapan mengikut peredaran zaman! Nasihat saya jangan lah sampai tersasar dari maksud sebenar! Ok, saya ni ibarat 'orang mengantuk dihulurkan bantal' dan 'kalau menyeluk perkasam biar sampai ke pangkal lengan'! 'Orang berbudi kita berbahasa' dan jangan pulak sampai 'burung terbang dipipiskan lada!!!'
Tuesday, 23 June 2009
Liku liku kehidupan ....
Wanita tadi terus bercerita tentang apa yang berlaku dan saya mendengar dengan penuh minat dan simpati! Mereka berdua baru sampai dari JB sehari sebelum tu dan menginap dirumah anak lelaki kesayangan mereka! Saya masih ingat apabila dia menggunakan perkataan 'anak kesayangan' setiap kali bila dia menyebut tentang anak nya. Katanya anak lelakinya itu memang rapat dengannya sebab dia adalah anak bongsu dari 3 beradek! Semasa dia menuntut di luar negara, kerap lah si ibu ini melawatnya kerana tak sanggup berjauhan! Pernah satu ketika katanya semasa di luar negara, si anak tadi demam tapi ibunya yang berada disini dapat merasakan! Katanya lagi kalau anak nya dalam kesusahan atau kesedihan sekalipun, dia boleh tahu, itulah naluri seorang ibu! Hebat naluri ibu ini kan! Sebab itulah dia dan suami bergegas ke Kuala Lumpur kerana dapat merasakan seperti ada sesuatu yang berlaku! Semenjak anak lelakinya berkahwin dan berpindah ke Kuala Lumpur, mereka jarang bertemu dan hanya panggilan telefon untuk menghilangkan kerinduan.
Alangkah terkejut si ibu tadi apabila sampai saja kerumah anaknya, si anak tadi menyambut kedatangan mereka dengan 'dingin' sekali! Rupa rupanya si anak tadi sedang membasuh pakaian isterinya! Bukan itu saja disuruh kedua orang tuanya untuk tidak berbuat bising kerana si isteri baru balik dari kerja dan masih tidur! Saya di beritahu menantunya seorang peramugari! Memandangkan perkahwinan mereka adalah pilihan sendiri, maka si ibu tadi pasrah walaupun katanya dari awal lagi dia memang tak berapa berkenan dengan pilihan anak nya itu! Tentu lah perasaan si ibu tadi sayu dan sedih kerana anak kesayangan nya itu yang dibesarkan dengan penuh kasih sayang, dididik dengan adat dan sopan kini sudah berubah! Sebelum berkahwin makan pakainya terjaga, kehidupannya teratur tapi setelah berkahwin keadaan menjadi sebaliknya! Air mata wanita ini semakin deras mengalir dan begitu menyentuh hati saya! Saya pegang tangannya dan cuba memujuk agar dia banyak banyak bersabar! Dalam tangis sendunya itu sempat dia bercerita yang dia terdengar perbualan anak dan menantunya yang seolah olah mereka tidak senang dengan kehadiran mereka berdua! Si menantu enggan melayan mertua dengan alasan terlalu penat bekerja dan menyuruh suami membawa kedua orang tuanya untuk makan di luar! Baru lah saya tahu kenapa wanita itu kelihatan sungguh sedih walaupun saya bukan berada didalam keadaan itu tapi saya dapat merasakan kepiluan dan kekecewaannya!
Pagi itu kata wanita itu selepas selesai solat subuh, kedua duanya meninggalkan rumah tersebut! Kerana begitu kecewa, dia langsung tidak memberitahu yang mereka akan balik ke JB pada pagi itu! Walaupun ketika itu saya tidak layak untuk memberi sebarang nasihat tapi saya yakin wanita tersebut berasa lega kerana dapat meluahkan perasaanya! Sebelum berpisah dia sempat memeluk erat tubuh saya dan berkali kali mengucapkan terima kasih kerana katanya saya sudi mendengar ceritanya! Siapa pun dia (kami berdua tidak sempat memperkenalkan diri), saya amat simpati dengan apa yang dia lalui! Perkenalan sesingkat itu meninggalkan kesan yang mendalam sehinggakan saya masih mengingati beliau hingga ke hari ini! Dalam hati ini mendoakan agar wanita itu tabah dan dapat menyelesaikan masalahnya sebaik mungkin dan buat anak lelakinya ( saya tidak kenal siapa anda!) semuga anda sempat memohon ampun dan maaf sebelum terlambat kerana anda telah melukakan hati seorang ibu! Adakalanya saya tertanya tanya apa kesudahannya cerita anak beranak ni ya! Saya doakan yang terbaik buat mereka semua!
Sudah lapan tahun peristiwa ini berlalu. Mungkin anak lelaki nya sudah beranak pinak. Bagaimana kehidupan mereka sekarang agak nya? Dalam hati kecil ini berharap agar segala kekusutan dan kekeliruan telah dapat diselesaikan dengan baik! Tertanya tanya juga samada wanita itu masih ada dan berharap suatu hari kami dapat bertemu lagi!
Kini anak anak saya sudah dewasa dan pasti satu hari nanti mereka juga akan berumahtangga! Suami pernah memberitahu agar tidak terlalu mengharap pada anak anak dan sebolehnya saya pun begitu! Kami berdua hanya mampu berdoa agar anak anak akan sentiasa menyayangi kami! Kehidupan ini penuh dengan suka duka dan kita tidak dapat lari dari realiti kehidupan yang sebenar! Kita hanya mampu berdoa dan selebihnya hanya Allah yang menentukan! Bukan niat untuk mengaibkan sesiapa kerana siapa lah saya untuk menilai semua ini! Saya juga manusia yang lemah, yang banyak kekurangan dan masih banyak yang perlu saya lalui!
Sunday, 21 June 2009
Kelmarin, semalam dan hari ini ....
So on that day, I volunteered to cook something for the kids so i buat sandwich telur, trifle strawberries dan sheppards pie! The host cooked indonesian dishes, tak tau nak menyebut nama nama masakan tu tapi it was nice, something different and the guests were enjoying the food! Semenjak anak anak saya dah besar dan setiap kali kalau dapat jemputan harijadi saya selalu rasa janggal to attend! Bukan apa, masing masing bawak anak anak takkan lah saya nak datang dengan suami je! Kadang2 tu, saya kirim hadiah saja sebab kalau saya pergi rasa out of place pulak! My youngest son pun tak mahu dah pergi birthday party bawah umur 12 tahun! Dah besar lah konon ...
Semalam was Father's Day! Pagi pagi lagi dah ingatkan anak anak to wish the father! My husband pulak kena masuk office kejap so plan nak keluar lunch terpaksa tunda for dinner! As usual my husband akan tanya nak pergi makan kat mana, ada yang kata nak makan crab, ada yang kata nak makan kat Muhibbah, i said Teppanyaki! Semua yg kami cadangkan tak laku, husband kata nak makan steak dekat Victoria Station! Ok, kami semua ikut je! Sampai je dekat tempat tu, kami nampak kereta dah panjang beratur! Yang parking pun dah sampai ke tepi jalan raya! Oh no, chances very slim, no reservation made sudah tentu lah tkde tempat! Husband agreed dan akhirnya dengan sebulat suara kami semua pergi Uptown!!!!
Ternyata pilihan kami semua tepat sebab orang tak ramai dekat situ dan parking pun senang! Tak kisah lah celebrate kat mana pun yang penting semua anak anak ada! ( except my dearest siti aisyah azmin! i ate on yr behalf k!) Seronok bila berkumpul anak beranak dan masa tu mula lah masing masing nak bercerita! Hafiz sempat bercerita pengalaman semasa di pulau Langkawi, tak kering gusi dibuatnya! Alhamdulillah, semuanya berselera and the foods were not bad!
Today is my rajin day! I cooked nasi bryani with lauk bryani ayam dan dalca daging! Dapat ilham semasa menonton rancangan Sedapnya dkt channel AFC semalam so selepas hantar tija n harris to school, i asked my daughter to singgah kat Mydin! Alhamdulillah semua bahan2 yang diperlukan ada disitu! Sampai je rumah saya terus menyediakan bahan2 untuk dimasak! By noon semuanya dah siap! Kali ini saya masukkan lauk bryani ayam kedalam nasi! Macam bryani gam gitu! Seronok bila tengok husband makan sampai 2 kali tambah dan bertambah seronok bila dia kata bryani saya sedap! Satu badan mengembang!! My eldest daughter pun tetiba rajin pulak hari ni sebab dia nak buat trifle - katanya masa b'day party sabtu lepas dia tak dapat rasa trifle yang saya buat! Hari ni dia berjaya membuat sendiri trifle berpandukan resipi yang terlekat dkt peti sejuk! Siap decorate atas trifle dengan hirisan strawberries, peaches dan grapes! Kalah trifle saya! Rasanya??? Memang sedap and the father gave her a thumbs up!Hehehe, tersenyum lebar kami dua beranak!
Friday, 19 June 2009
Segala Pujian Hanya Pada Mu, Ya Allah!
Beberapa hari lepas, banyak perkara yang telah berlaku! Saya diuji sekali lagi dan benar benar mencabar kesabaran saya! Tergamam apabila ianya berlaku lagi dan kesannya amat melukakan hati saya! Ah, dimana pulak silapnya kali ini? Adakah kerana kecuaian dan kealpaan ku atau Allah ingin menguji sejauh mana kesabaran yang ada pada ku! Mujurlah dengan membaca doa diatas berulang ulang kali, saya berjaya mengawal perasaan dan emosi dan cuba menghadapi ujian kali ini dengan lebih baik! Tak henti henti mohon petunjuk dari Allah supaya diberikan hambanya ini kekuatan dan ketabahan! Disusuli dengan solat hajat dan doa moga moga semua yang berlaku ini berakhir dengan baik! Banyak persoalan yang bermain di kepala, menyingkap semula kesilapan lampau dan berkali kali beristighfar, memohon keampunan yang maha Esa! Saya yakin setiap kali diuji dengan perkara perkara sebegini ada hikmah disebaliknya!
Alhamdulillah! Alhamdulillah! Alhamdulillah!
Sesungguhnya doa memberi kebenaran di dalam hati. Allah akan berserta dengan apa yang kita sangkakan dan apa yang kita pohon! Mudah mudahan kita semua dikurniakan kekuatan untuk beramal dengan segala perintah Nya dan menjauhi segala larangan Nya! Amin!
Thursday, 18 June 2009
Bila orang berbudi kita berbahasa ...
Pada satu ketika dulu, dia pernah berjumpa dan meminta tolong dari saya! Atas nama persahabatan dan juga rasa kasihan saya berusaha membantu meringankan masalah beliau! Apabila bantuan yang pernah kita hulurkan itu tidak mendapat balasan yang setimpal, pasti lah hati ini, perasaan ini akan kecewa! Lebih mengecewakan apabila kita ini langsung tidak diperdulikan! Bukan saya bermegah megah dengan pertolongan yang tidak seberapa itu tapi sekurang kurangnya ingat lah apa yang pernah saya lakukan! Jangan lah jadi manusia yang lupa daratan! "Ya Allah, aku hanya seorang hamba yang lemah, walau ku cuba sedaya upaya untuk tidak menyimpan sebarang dendam atau mengelak dari rasa amarah ini, adakala aku gagal kerana sesungguhnya aku hanya lah manusia biasa yang tidak dpt lari dari segala kelemahan!". Inilah satu pengajaran buat saya supaya jangan terlalu mudah mempercayai dan simpati pada sesiapa saja kerana hari ini dia mungkin 'kawan' kita tapi esok lusa belum tentu lagi!
Saya berserah segala galanya kepada Allah swt yang Maha Mendengar, Maha Mengetahui, Maha Besar lagi Maha Agung! Biarlah balasan itu datang dari yang Maha Esa! Bukan ingin mendoakan yang tidak baik tapi hari ini hari dia dan saya doakan supaya suatu hari nanti apa yang dia pernah lakukan keatas saya akan mendapat balasan yang setimpal!! Tiada ruang lagi dalam hati ini untuk ku terima dia sebagai kawan! Kepercayaan ini semakin menipis dan rasa hurmat ku juga sudah hilang! Orang berbudi kita berbahasa dan orang memberi kita merasa ...
Tuesday, 16 June 2009
As i was passing ...
Sambil membelek belek list barang yang hendak dibeli, tiba tiba saya ternampak seorang kanak2 lelaki tembam dan comel dalam lingkungan 5 tahun kot dan dengan penuh semangat sedang mengunyah cokelat! Apa yang menarik perhatian saya adalah cokelat2 yang dia makan tu, dia ambik terus dari shelf cokelat, lepas habis satu, dia bukak satu lagi dan dia terus ngappppp! Lama jugak saya memerhatikan gelagat kanak2 ini dan sempat mengira berapa cokelat yang telah masuk dalam perut dia! Saya dapati ada 6 bungkusan kertas cokelat itu atas lantai! Yang kelakarnya tu, kerana terlampau asyik memakan dia langsung tak perasan yang saya sedang memerhatikannya! Tak lama kemudian datang lah seorang wanita yang saya yakin adalah ibu kepada kanak2 tersebut! Ketika itu saya pura pura lah nak memilih cokelat DAN apa yang saya lihat amat mengejutkan! Si ibu tadi, terus menarik tangan anak lelakinya dan terus beredar! Apa lagi, saya pun ikut lah dari belakang! Bukan nak menyebok tapi sekadar ingin tahu! Guess what??? She just walked out without paying the chocolates!! Takkan lah wanita tu tak perasan yang anak nya sudah memakan cokelat2 tu, hmmmmmm mungkin isteri tokey Giant kot ..
Dah dapat semua barang2 saya pun singgah lah di tempat ikan! Banyak pulak ikan salmon hari ni - siap terpampang tulis 'Fresh Norwegian Salmon'! Kebetulan beberapa hari sebelum tu, me and my husband had 'salmon teppanyaki' and it taste quite nice! So apalagi saya pun teringin la nak membeli dan semasa saya sedang memilih milih ikan tu tiba tiba kedengaran suara seorang lelaki bertanyakan pasal ikan salmon tu! Oh, rupanya dia bercakap dengan saya! " Ikan apa ni ye?" Saya jawab "ikan salmon" Dia tanya lagi "kenapa warna isi ikan ni oren?" "Tak tau lah" jawab saya! Dia kata " kalau tak tau kenapa beli?" Macamana nak jawab ya? Saya pun kata lah " ikan ni kalau steam atau bakar memang sedap". Than dia jawab " masak asam pedas boleh tak?" I looked at him and i smiled!! Masak lah apapun abang oiiiii, janji boleh dimakan!
Semasa saya sedang beratur di kaunter pembayaran ada sepasang warga emas di depan saya! Isteri dia tak henti henti membebel, suami dia pulak buat tak tau je! Bukan lah nk busy body tp dapat jugak lah saya dengar sebab dah ada depan saya! Suami ambik barang letak atas counter, isteri keluarkan, suami letak balik! Hai, macam drama minggu ini pulak! Cashier pun bingung! Akhirnya out of so many things yang ada dalam trolley tu, cuma minyak masak dan biskut cream crackers saja yang dia ambik! Bersungut sungut cashier, mana tidaknya barang2 yang diorang reject tu penuh atas counter cashier! Saya pun bersungut sama - ye lah kena tunggu cashier clearkan barang2 tu dulu baru boleh letak barang2 saya! Naughty! Naughty!
On the way out saya terserempak dengan kanak2 lelaki tembam tu, kali ni dia sedang memakan ice cream! Dua ice cream ditangannya! Oh no, not again .....!
Monday, 15 June 2009
hari hari ku!
Mujur jugak ada my eldest daughter yang tak penat penat mengikut kerenah mama dia ni! (kalau dia bersungut dalam hati tu, tak tau lah saya) With her around senang sikit nak bergerak! Cakap saja nak kemana, pasti dia tak menolak! Kelmarin saya suruh dia hantar saya ke KL, nak cari tudung! Seronok sakan dapat beli tudung kat Ariani's! Lepas tu ke restoran 'Cili Hijau' di Sg Penchala for lunch! Berselera kami dua beranak makan kat situ! Kalau lah Aisyah ada, lagi panjang langkah ni! Ini juga salah satu cara untuk menghilangkan stressssssssssss!
Baru baru ni saya terserempak dengan seorang teman lama, tak sangka sungguh setelah sekian lama dia masih ingat dan kenal pada saya! Saya yang terpinga pinga ketika dia menegur saya dulu. Apabila dia memyebut nama penuh saya, berkerut kerut dahi ni cuba mengingatkan siapa dia sebenarnya! Last last bila dia sebut Form 4, Sekolah Menengah Assunta baru saya ingat! Astaghfirullahalazim, macamana boleh saya lupa?? Sebenarnya dia tak banyak berubah cuma penampilan yang berbeza! Lebih anggun dan bergaya! Setelah bersalaman dan berpelukan kami duduk sekejap untuk bercerita! Sempat bercerita kisah lama - masa kitorng berdua sembunyi dalam toilet sebab tak nak kena 'cuci toilet', kisah tudung Suhana yang kami ambil sebab konon konon nak cuba bertudung!! Berdekah dekah kami ketawa sehingga lupa ada orang disekeliling! Sikapnya masih macam dulu, suka berseloroh dan suka ketawa! Kebetulan pulak tu kami berdua menuju ke tempat yang sama! Tiba tiba someone approached us and address her as Datin Sri! Wah, she is a Datin Sri now patut lah bergaya sakan! Terbayang semasa kami di zaman persekolahan dulu, uniform sekolah pun gonjeng je but look at her now!! Kami berdua selalu berangan angan nak kahwin dengan orang kaya, nampaknya termakbul jugak doa dia tu! I am so happy for her! Seronok dan tumpang bangga melihat kehidupan dia sekarang! She plan to have a 'reunion' soon so my dearest Datin Sri, jangan lupa jemput saya ya ..... !
Sunday, 14 June 2009
Madam Zora oh madam zora!
Madam Zora ni ada satu tabiat yang pelik! Pelik tapi benar .... Bila dia suka pada seseorang tu, melangit dia memuji tapi kalau dia benci, habis lah orang tu! Semua cerita sensasi akan keluar! SEMUA, ok! So watch out to those who have close contact with her! Just kidding! Dulu selalu jugak jumpa dia tapi tak lagi, semenjak saya tahu perangai dia yang sebenar! Bukan apa, madam Zora ni cepat 'tersentap', kadang kadang tu tanpa sebab musabab! Bila dia dah tersentap, siap la 'orang' tu! Jangan kata nak tegur, tengok pun dia tak nak! Kira benci habis lah tu! Macam budak budak kecik gitu, kejap kejap merajuk! Dengan saya, sorry la, tak ingin saya nak pujuk pun! Dulu adalah seseorang ni yang dia benci sangat, benci tahap dewa gitu! Dasyat! Lama jugak dia bermusuh dengan seseorang tu tapi sekarang ni dah jadi akrab! Pelik tapi benar! Macam macam lah yang keluar dari mulut madam Zora ni, siap sumpah seranah! Memang berpikul pikul lah 'pahala' secara percuma dia bagi kat orang tu ye!
Pesan saya pada diri saya sebenarnya, kalau baik tu biarlah berpada pada! Silap haribulan tak pasal pasal kita pulak dapat tempiasnya! Jangan main main dengan madam Zora, bila dia naik angin habis disumpah semua orang! Masa tu apa yang keluar dari mulut dia memang tak sanggup nak dengar! Kucing pun lari! Kadang kadang kesian pulak bila saya tengok orang orang yang berkawan dengan dia sekarang. Kalau lah diorang tahu apa yang pernah madam Zora ni cakap pasal diorang, pasti gawat!! Boleh meletus perang saudara!! Hehehe, jangan lah ingat saya pulak yang nak menyampai nyampai tapi sendiri mau ingat la .....
Yang baik kita jadikan tauladan ya dan yang buruk tu kita jadikan lah sempadan! Kita biarkan madam Zora ini dengan kehidupan dia sendiri dan yang pasti satu hari nanti akan terserlah juga warna yang sebenar! Biar lah dia dengan kehidupan dia dan saya dengan kehidupan saya! Tepuk dada, tanya lah selera!
Selera saya??????? Kan ku tanya perut ini ......
Friday, 12 June 2009
kiranya kau tahu ..
ku tatap wajah comel mu
ku cium bau 'syurga' mu
ku sentuh halus kulit mu
ku dakap dgn penuh cinta ku
ku lihat dari mula kau menapak
kau jatuh, kau bangun
kau ketawa, kau senyum
tatkala kau menangis, hati ku terguris
tatkala kau sakit, hati ini perit
kau hiasi alam ini dengan keriangan
tangis mu, sendu mu aku kebingungan
ku lebarkan sayap ini
agar dapat ku sambut jatuh mu, sedih mu, pilu mu!
kini, kau lukai hati ini
tercari cari jalan mana yg harus dilalui
hanyut dalam keriangan yang tk pasti
Apakah ini yg kau cari?
melukai hati ini tnpa henti
ku terluka, ku amat kecewa
apakah tiada kesal dalam hati?
tiada kata yg bisa di hayati
sampai bila harus kau terbang tnpa henti?
Sedar la ..
mohon lah pada yg esa
agar ada ruang untuk mensuci diri
jgn sampai memakan diri
Ingat la ..
selagi ada nafas ku
selagi itu lah ku pohon kesejahteraan mu
jangan sampai sehingga ia lenyap
jauh meninggalkan kau pergi ...
Buat seseorang ........... !
Mum and Daughter's day out ...., market!
Jumaat selalunya my 'marketing day'! Sebab selalunya semua anak anak ada jadi bersemangat lah saya memasak! Kak Long ( my driver, cum my partner) drove me to Section 6, Shah Alam wet market! Setiap kali saya masuk pasar ni, macam macam yang hendak saya beli - semuanya segar segar belaka! Yang seronoknya ( mmg teramat seronok) hampir semua peniaga dipasar kenal saya! Macam YB pulak, sana sini ada saja yang menegur! Kalau ada kak long or Aisyah bukan main lagi mat mat kat pasar tu! Ada yang panggil saya 'mama' lagi!
Selalunya saya akan ke ruang 'ikan' dulu - dah puas memilih ikan yang hendak dibeli saya pun serahkan pd penjual ikan untuk dibersihkan! Penjual ikan disini memang ramah ramah belaka dan setakat ini saya memang puas hati! Selalunya mereka akan tolong pilihkan ikan, udang atau sotong yang segar segar! Saya selalu dapat discount! Bukan itu saja, saya boleh membuat tempahan melalui telefon dan datang ambik saja! Lepas tu saya akan singgah di gerai sayur pulak. Macam2 sayur ada dijual disitu - ulam ulam kampung bermacam jenis! Tanya lah ulam apapun mesti ada! 'Abang' yang jual sayur ni dah kenal sgt dengan saya dan kebiasaannya saya hanya bagitau apa yg saya hendak dan dia akan pilih dan bungkuskan! Yang menariknya walau seramai mana pelanggan nya pada masa itu, dia akan tetap acknowledged saya! Kadang tu, saya hanya perlu jerit je dan nnti bila masa untuk mengambil, dah siap semua dibungkus - tinggal untuk membayar saja!
Selalunya saya and kak long will make our first round by just ordering what we want. Later baru kami datang bayar! Selepas tu dah jadi routine kami berdua mesti singgah di warung Kak Kam untuk breakfast, kadang kadang tu ada orang belanja kami berdua! Mana nak cari tempat yang mcm ni - mesra pelanggan! Untuk menu hari ini, saya masak lemak ketam, sambal tumis udang dengan petai dan sup petola dgn fishball!
Selalunya, setiap Jumaat saya akan cuba sedaya upaya menyiapkan hidangan tengahari sebelum suami dan anak2 pergi ke masjid tapi hari ni dah terlewat sikit jadi diorang kemasjid dulu! Sejurus selepas selesai solat Jumaat, kak long dah hidangkan lauk pauk tadi. Sampai saja suami dan my three musketeers, kami pun terus menjamu selera! Seronoknya hati ni bila dapat makan bersama sama tapi hati ini masih teringat dekat SITI AISYAH AZMIN! Cant wait for her to come back sebab semua dah rindu sangat kat dia! So anakanda Aisyah, dont be sad ok! InsyaAllah bila you balik nanti, mama akan masak all your favourite lauk k!
Thursday, 11 June 2009
A story that was never been told ...
"PEOPLE PAY MORE ATTENTION TO WHAT YOU DO THAN WHAT YOU SAY"
Wednesday, 10 June 2009
Kerinduan yang tiada penghujungnya ....
Alhamdulillah walaupun mak dan bah dah tak ada tapi kami adek beradek semakin akrab! Kami tidak lupa segala pesanan arwah agar jangan sekali kali memutuskan ikatan kekeluargaan! Bila ada kesempatan, kami tidak lepaskan peluang untuk berkumpul dan bertanyakan khabar masing masing! Setiap kali kami bertemu, saya selalu dapat rasakan seolah arwah mak dan bah ada bersama sama! My brother Razak resembles a lot of arwah bah - kurus, tinggi, cara bercakap dan jalan pun mcm arwah! Brother Rahman memilkki wajah serupa dengan arwah bah! My brother Aziz and my youngest baby brother ( he's always a baby to me!) looks so much like arwah mak! Anak anak perempuan pulak semuanya ada combination of both!
(Oh ye, baru dapat tahu, tanah kosong disebelah kubur mak sebenarnya ada kubur! Astaghfirullahalazim, terperanjat besar kami kerana selama ini kami langsung tak tahu! Kata penjaga kubur yang kebetulan berada disitu, kubur hamba Allah itu tidak bertanda kerana tiada pengenalan diri dan tiada waris yang menuntut jenazahnya semasa dia meninggal dulu! Kesiannya! Kenapa lah tak letak tanda sekurang kurangnya tak lah nanti ada yang terpijak! Akhirnya kami semua menyusun batu bata disekeliling kubur tersebut dan menanam sepohon pokok dan menghadiahkan Al Fatihah, semuga rohnya dirahmati Allah, Amin Amin Amin!)
Tuesday, 9 June 2009
Oh no, not again ....
Setelah sebulan menunggu akhirnya sampai jugak lah pembantu Kemboja saya ni! The minute i looked at her, berdetik dalam hati saya 'mudanya pembantu ini, tak nampak pun umur 20 tahun seperti yang tertulis dalam passportnya'! Setelah ejen memberi briefing saya pun membawa dia pulang Saya singgah dipasaraya berdekatan untuk membeli brg2 keperluan dia sebab dia datang dengan satu beg galas yg kecil! I always make a point to check their bags sebelum diorang mula bekerja so that i know what they have in their bags! Betul telahan saya, dia cuma membawa 2 helai pakaian. Keperluan lain seperti tuala, berus gigi, sikat dan pakaian dalam langsung tkde! Yang ada cuma apa yang dia pakai ketika itu! Haiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii! Kena lagi!
Mula mula sekali saya test dia menggosok baju! Sehelai kemeja T, dia mengambik masa 10 minit untuk digosok! Dah lah tu, kalau licin takpe jugak, ini langsung tak licin! Kalau sehelai baju mengambik masa 10 mint, kalau satu 'laundry basket' berapa lama boleh siap??? Tak boleh jadi, saya terpaksa mengajar dia menggosok itupun berkali kali dia kena buat semula! Melipat baju lagi dasyat! Bengang betul saya dengan ejen tu, kata dah properly trained tapi satu kerja tak pandai nak buat! Kemudian beralih kepada cuci baju pulak! Memberus pun tak pandai, membilas dan memerah baju pun tak larat! Menjemur baju pun huru hara! Belum masuk bab mengemas rumah dan mengemop lantai!!!! Asyik buat saya naik angin hari hari akhirnya dia bertahan selama 8 hari saja!! Hntar balik ke ejen dan ejen berjanji akan menggantikan dengan yang lebih baik dan lebih cekap kononya ...
Fair enough, after almost a month waiting, finally came the 2nd one! Yang ini lagi daring! Datang memakai tudung labuh dan berbaju kurung, the minute she changed, mak datuk - baju body hugging dgn seluar jeans yg koyak di lutut dan ber'cutex' sakan!! Astaghfirullahalazim! Terpaksa lah lagi sekali membeli baju dan seluar yang sesuai! Takpa, saya bagi peluang untuk dia belajar dan kali ni training ala ala 'gerilla Taliban' lah pulak! Apa yang saya nampak, diorang ni memang tak boleh diberi muka! Bila saya leka sikit, siaplah dia buat perangai!! Bilik tidur sentiasa berselerak, katil tak pernah berkemas! dah lah tu siap tampal gambar2 family kat dinding!! Dia ingat dia tinggal dekat rumah dia ke?? Baru beberapa hari berkerja, dah pandai ambik barang saya tanpa minta izin dulu! Kalau saya beli buah2an, dia dengan selambanya akan memakan dulu! Apa saja yang dia nak makan, tanpa bertanya dulu dia akan terus ambik! Pernah satu pagi semasa saya sibuk menyediakan sarapan untuk anak2 kesekolah, dia dengan selambanya mengambil kuali dan menggoreng nugget untuk diri dia sendiri! Bayangkan lah ...! Hari hari saya terpaksa menjerit mcm tarzan! Pendek kan cerita, dia bertahan selama 2 bulan saja and off she went!
Than came the 3rd one! Berumur awal 3oan, cerdik sedikit dari the last two! She can understand sikit bahasa melayu dan memudahkan saya berkomunikasi! Kerja rumah ok, menggosok pun ok dan quite neat! Yang tak ok nya, dia suka tarik muka masam bila saya suruh dia buat kerja! Lantak kau lah janji kerja rumah siap! And she is the only maid that goes to sleep as early as 8 pm! Hebat kan? Kalau saya tkde rumah, pukul tujuh dah gelap lampu bilik! Semalam dia dah buat saya betul betul naik angin!! Berkali kali dah bagitau to switch off the fans and lights bila dah habis mengemop! Sengaja atau lupa tapi itulah yang berlaku setiap hari! Asyik lupa saja! Apa lagi, gila sawan saya kejap! Mujur tak kena tempeleng! Dan semalam jugak lah dia kata nak berhenti kerja .....! Fine! I called the agent and the agent spoke to her - walaupun sepatah haram saya tak faham bahasa dia tapi yang pasti dia mengata saya lah tu! Siap dengan sedu sedan lagi!
Ejen seperti biasa lah asyik nak ganti dengan yang baru tapi sampai bila agaknya ya! Kalau lah saya diberi pilihan sekarang ini, sudah tentu cambodian maids will not be in my list! Kata ejen, akhir bulan 9 maids baru akan sampai, so meantime samada dia suka atau tidak, dia kena terus bekerja dengan saya!
Min's food channel....
Kak long dengan penuh perasaan membantu saya menyiapkan semua karipap karipap tersebut! Sebenarnya plan asal nak buat karipap pusing tapi bila tengok resipinya, kepala saya yang pusing sebab banyak sangat stepnya! Yang pasti 'karipap pusing' will be my next task! My husband pesan kalau nak buat inti daging suruh letak daging banyak2, baru terasa dia kata! Ye lah sayang oiiiii, nanti dinda letak daging banyak2 k! Rupanya selain kak long dan saya, anak anak yang lain tak suka inti 'telur'! Hmmmmm, banyak songeh lah diorang ni.....
Kan saya kata, semalam hari RAJIN saya sebab disebelah petang pulak saya buat 'macadamia coconut cheesecake'!! of course lah dengan bantuan my dearest daughters, kak long n tija! Bersemangat diorang menolong saya! Macam tak percaya bila lihat hasilnya! Seronok tak terkata! First time dah menjadi, yang penting cook with love!! Sesiapa nak order????????????. Once i learn how to upload gambar dlm blog ni, pasti saya akan tayang pada semua, hehehe!
Sunday, 7 June 2009
Permulaan yang tiada kesudahan ...
Ibarat menolong anjing yang tersepit, bila dah dilepaskan tangan kita pulak yang digigitnya!
Pada saya bukan 'wang' itu yang menjadi persoalannya tapi sikap dan komitmen dia sebagai orang yang berhutang! Cuma kerana sikap suami saya yang tidak suka meminta maka dia ambik kesempatan keatas suami saya! Takkan lah asyik kita saja yang kena ingatkan dia tentang hutang dia sedangkan dia sendiri langsung buat tak tahu! Sampai bila kita boleh bersabar ?? Sekarang ni kita pulak yang terpaksa meminta macam 'peminta sedekah'!
Teringat saya pada kata kata ini ' kalau nak lama berkawan sebaiknya elak daripada meminjam dan beri pinjaman sebab kita boleh hilang saudara dan hilang kawan! Sekarang ni dia yang termalu sendiri! Memang patut pun dia rasa malu ( itupun kalau tahu rasa malu!). Saya pun dah naik menyampah nak bertegur sapa dengan dia dan pada saya dia dah tak ujud pun! Percaya lah saya dan suami tak rugi apa apa, bahkan saya amat bersyukur kerana rezeki yang Allah berikan pada kami sekeluarga masih berterusan! Tiada dendam dalam hati ini tapi mulai sekarang 'anda' bukan lagi kawan saya!
"Ya Allah, ampuni segala dosa dosa hamba mu ini! Jauhkan lah diriku, suami ku dan anak anak kami daripada orang orang yang tidak memberi kebaikan dan manfaaat dan jauhkan lah kami daripada perkara perkara yang melalaikan dan merugikan! Bersihkan lah hati kami dan jadikan lah kami orang orang yang bertakwa! Amin, amin, amin!!!"
Friday, 5 June 2009
Betulkan yang biasa dan biasakan yang betul ...
Bab makan contohnya, saya memang penggemar nasi dan menu saya mesti ada nasi. Tak puas makan kalau tkde nasi sehinggakan macam dah terbiasa - kalau tak makan nasi saya tak boleh tidur malam! Sehinggalah saya berjumpa dengan seorang 'nutritionist', itupun kerana terpaksa! Memilikki seraut wajah yang comel dan sepasang mata yang cantik! Membuatkan saya terus berminat untuk mendengar penerangan dan nasihat yang diberi! Sebelum ini, siapa pun yang bercakap pasal pemakanan yang betul dan sihat akan 'masuk telinga kiri dan keluar telinga kanan'! Dia telah berjaya meyakinkan saya tentang mustahaknya menjaga pemakanan yang sihat dan mengekalkan berat badan yang ideal. Ok! ok! saya tahu, dah lama sebenarnya saya berazam untuk menurunkan berat badan tapi trust me, this time is for REAL! Perubahan yang saya dah lakukan adalah berusaha to cut down on my rice! At least ada sikit perubahan walaupun masih tak ketara tapi dah longgar la sikit baju baju saya! Jadi saya dah cuba untuk betulkan yang biasa dan akan cuba untuk biasakan yang betul!!!!! Hendak seribu daya, taknak seribu dalih!
Itu kalau bab makan tapi kalau bab perangai??? Kalau selama ini dah terbiasa memilikki sifat sifat yang suka meninggi diri, suka cakap besar, suka menunjuk nunjuk, suka bercakap perkara2 yang menyakiti hati orang lain, macamana? Boleh ke kita betulkan yang dah 'biasa' tu?? Tak mustahil sebenarnya sebab saya percaya sekiranya masih ada ruang untuk seseorang itu berubah maka masih belum terlambat untuk membetulkan diri! Semoga saya juga mendapat peluang untuk memperbaiki segala kelemahan yang ada. Yang penting hati mau baik, beb!
Erti sebenar kecantikan
Saya percaya untuk membuat seseorang itu kelihatan cantik, ia perlu datang dari keiklasan yg tulin dari dalam dirinya! Sekiranya hati kita cantik maka secara automatiknya wajah kita akan menjadi cantik yg sebenar! Pernah saya terserempak dengan seorang hamba Allah ini di sebuah masjid. Wanita itu memakai purdah menutupi seluruh tubuh badannya dan semasa dia menanggalkan purdahnya untuk berwhuduk, masyaAllah terpegun mata saya memandang sebab kecantikan yg dimilikkinya sungguh mempersonakan! Bayangkan saya seorang perempuan terpegun dan terpukau melihat wajah dan susuk badannya, apatah lagi kalau kaum 'Adam?'
Apapun, biarlah kecantikan yang kita milikki datang dari hati yang cantik! Kalau cantik sekadar luaran tapi penuh dengan sifat dengki, iri hati, sombong dan meninggi diri, sia sia lah kecantikan itu. Apapun saya tetap bersyukur dengan kejadian yg telah Allah ciptakan keatas hambanya dan akan sentiasa berusaha untuk memperbaiki diri dan peribadi agar memperolehi cantik yang hakiki dan mempunyai hati yg bersih, jauh dari sifat sifat yg keji! Semoga hari ini, apabila kita melihat wajah kita dicermin kita dapat lihat wajah kita yang sebenar, bukan wajah yang berpura pura!
Rajin ke saya?????????
Teringat saya satu ketika dulu, kemaruk sungguh nak buat apam eno! Macam2 resipi saya cuba, asyik tk menjadi, apam jadi bantat! Banyak kali saya cuba sehingga last sekali saya cakap pada anak anak, "kalau apam yg mama buat kali ni tak menjadi jugak, mama tak akan buat lagi sampai bila bila, and there will be no apam in this house!" Guess what happened? Apam Eno saya menjadi! Kalau lah saya dapat ambik gambar masa tu dan tunjuk pada semua pasti ramai yang jeles sebab apam apam saya jadi gebu dan cantik......
Someone have told me that kalau nak masakan kita sedap, kita kena masak dengan 'kasih sayang'. Pesan arwah mak saya jugak masakan air tangan seorang ibu/isteri adalah pengerat kasih sayang! Alhamdulillah setakat ni, suami dan anak anak suka dengan masakan saya :)
Kelmarin dah beli bahan bahan untuk Macadimia Cheese Cake. MACADIMIA CHEESE CAKE OK!!!!!!!!!! Tinggal satu aje lagi yg tak cukup - MASA! Insya Allah mesti esok menjadi.....
Thursday, 4 June 2009
Life is an Open Secret, think about it!
Semalam selepas dpt sms dari Siti Aisyah Azmin saya jadi sedih dan risau! Kesian anak mama! Terpaksa berdepan dgn kerenah manusia yang bermacam ragam! Sering jadi mangsa orang orang yg tak berperasaan tapi mama kagum dengan semangat dan kegigihan u! Bukan mudah untuk kita memuaskan hati orang! But u have to stand up for youself, jgn bagi peluang untuk orang mengambil kesempatan! And u know what????? I believe in you and i know u can do it!
Jangan biarkan hidup anda diselubungi misteriiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii!
Kalau lah ada "Ridsect' raksasa, mama hantar ke sana so that u can just spray to that annoying insect! Go! Go! Go Away! Feel like doing the same to 'Papa Bear'!!! Remember the cactus tree that i told u?? Its going to be REAL! Or should i just throw him a 'grenade'????? Astaghfirullahalazim....
Dalam buku 'Life is an Open Secret' author Zabrina A. Bakar she wrote that "Prophet Muhammad ( peace be upon him) once told us that: "Whoever seeks to be patient, Allah will give him patience." (Al-Bukhaari)
He says whoever! Not a certain race. Not a certain class of people. Not a certain educational level. Not a certain age. He says WHOEVER! Anyone! That means if we want it, we can have it" Cuba lah fikir fikir kan maksud nya....
I am going to share this beautiful poem that i once read, entitled Yesterday, Today and Tomorrow:
Today is tomorrow i worried about yesterday
And today was such a lovely day
That i wondered why i worried about today yesterday
So today I am not going to worry about tomorrow
There may not be a tomorrow anyway
So today I am going to live as if there is no tomorrow
And I am going to forget about yesterday
Today is the tomorrow i planned for yesterday
And nearly all my plans for today did not plan out the way i thought they would yesterday
So today I am forgetting about tomorrow and I will plan for today
But not too strenuously
Today i will stop to smell a rose
I will tell a loved one how much i love her
I will stop planning for tomorrow and plan to make today the best day of my liffe...
So, now my friends - a question for you and me. Is it worth worrying too much about tomorrow? Because tomorrow is yesterday's today. And my today looks just fine and wonderful, Alhamdulillah!
Wednesday, 3 June 2009
Happy Birthday Wanchah!
Semalam wanteh, wanchu, intan, pip, kak long & tija and also Aniz, menantu wanchah (buat pertama kalinya) turut serta maraikan advance b'day celebration for wanchah di Quality Hotel di Shah Alam!
Seperti biasa lah bila kami semua berjumpa riuh rendah dibuatnya - masing masing ada je cerita yg nak disampaikan! Itu belum masuk lagi suara hilai tawa kami semua!! Masa tu tak sedar pun orang di sekeliling!
Selesai makan tengahari kami semua terus ke tingkat 24 untuk berkaraoke! Karaoke ok!!!!!!! Memang sah lah keturunan kami semua memang ada bakat yg dah lama terpendammmmmm! Masing masing tak sabar sabar nak menyanyi - mike ada dua saja! Wanchah la yg mula dulu! Fuyoo suara wanchah kalah penyanyi yg tak profesional! Suasana bertambah gamat bila saya, wanchu, wanteh dan intan 'enter frame'! Kalau lah ada juri AF, mmg habis kena kutuk! Suara jgn cakap lah - sumbang mambang, pitching ke laut, melodi kemana, lirik kemana , main bantai je! Masa tu rasa mcm artis lah pulak! Lagu lagu yg kitorang pilih, bukan calang calang lagu, dari lagu slow ke lagu rancak dan lagu irama disko dan dangdut!!! Masa tu wanchu n wanchah gelek Inul - 360 darjah! Bayangkan lah.....! Menantu wanchah sendiri tak kering gusi melihat gelagat 'ibu mertua' nya yg paling sporting! Risau jugak saya melihat Aniz tu sbb dia sdg sarat mengandung! Memandangkan Aniz adalah new addition to the family, pasti dia 'terkedu' melihat kerenah kami semua! Kak long, pip and tija cuma jadi pemerhati sbb lagu lagu yg kitorang pilih bukan lah lagu kesukaan diorang! But i know they were also enjoying themselves especially when we sang lagu 'Saturday Night Fever dan Staying Alive' Kalau kumpulan BeeGees tu ada kat situ pasti 'tergolek dog' mereka semua....
Wanchu boleh nyanyi lagu Aris Ariwatan, gempak tu!!! I like the part masa wanchu main gitar rancak!! Sis, u ada gaya lah mcm 'man kidal!' Lagu yg sungguh menyentuh hati adalah lagu ' i just call to say i love u,' nyanyian Stevie Wonders! Terkenang kembali masa bercinta cinta dulu, syahdu nya! Booking dua jam tapi tak puas, lepas tu wanchu tambah lagi sejam! Satu pengalaman yang sungguh seronok ( not to mention berapa kerap kami semua ke tandas, faham faham saja la... )
Apapun to wanchah, wanteh, wanchu, intan, aniz, pip, kak long & tija - ' keep up the good work, soon kita semua akan bergelar artis yg tak sedar diri! Tq so much to all of u....!
Cruella Deville???
Tak tahu mcmana nak ketogari kan orang mcm ni kerana pada hakikatnya dia memang baik, selalu ambik berat pasal orang TETAPI at the same time dia boleh jadi 'gunting dalam lipatan'. Kalau kita ada masalah boleh dikatakan dia adalah orang yg pertama nak menolong tapi setiap kali cerita yg sepatutnya jadi rahsia, tahu tahu dah sampai ke utara, timur, barat dan selatan! Dia memang pakar mengorek rahsia, apa saja yg berlaku pasti dia dah dapat tahu dulu. Kalau tak dapat information dari saya, anak anak lah yg jadi mangsa! Dia akan buat buat simpati dan perihatin pada masalah kita, lepas tu bila dia dah perolehi maklumat yg dia nak, siap la satu MELAYA akan tahu!
Saya sebenarnya dah banyak kali kecik hati dan tersinggung tapi saya tak tahu nak menyelesaikan masalah ini. Saya cukup kagumi sifat suami saya sebab sepanjang 24 tahun saya menjadi isterinya tidak pernah sekalipun dia ambik hati pada orang orang yg terang terang menyakiti hati dia! Setiap kali kalau saya mengadu dia akan cakap ' biarlah orang nak buat, kita jgn jadi mcm tu!! Tension jugak dibuatnya! Kadang kala tu nak rasanya saya jerit, I.... HAD .... ENOUGH! mcm chef dalam siri Hell Kitchen tu!
Yang geramnya tu, apabila anak orang lain buat silap, bukan main kecoh dia bercerita tapi bila kena pada anak sendiri tak pulak dia sedar! Alangkah baiknya kalau saya ada 'magic wand'! Boleh saya buat orang itu disappear buat selama lamanya!!
"Ya Allah aku mohon keampunan mu! Jadi kan diri ku, suami ku dan anak anak ku orang orang yang beriman. Jauhkan lah kami sekeluarga daripada perkara perkara yg merugikan dan melalaikan. Bersihkan lah hati kami dari sifat sifat yg keji dan jauhkan lah kami dari tutur kata yg boleh menyakiti hati orang lain!." Amin, ya Rabalalamin!
Tuesday, 2 June 2009
Engkau laksana bulan ......
Wanchah contohnya, tanya lah dia apa aje pasti jawapan yg dia beri tak pernah terfikir oleh akal! Sikap dia yg suka berseloroh, suka berjenaka selalu buat orang terhibur! Wanteh pulak 'miss air mata' - waktu suka dia nangis, waktu sedih jgn ckp la, berbaldi baldi air mata dia keluar dan dia ni pakar masak, apa saja yg dia masak pasti menjilat jari! Yang paling 'glamor' pastinya wanchu! Always buat kitorang jeles sebab dia selalu yg paling vogue the vase!!! Kadang kadang tu rasa tergugat jugak bila dia ter over cantik dari kitorang!
To wanchah, wanteh n wanchu, i love u all so much! Tak lupa juga to Ajak, Ajis, Maman n my baby brother, Zainal! Ingat, blood is thicker than water! May Allah bless us all, amin, amin amin!
Monday, 1 June 2009
Hafiz 19th birthday ....
Bercakap pasal hari lahir, kami anak beranak semuanya lahir pada bulan genap! My eldest daughter was born in February, Aisyah was born in October, Haniff was also born in October, Hafiz in June, my baby girl Tija was born in February and my youngest boy Harris was born in April! Myself in December and my darling hubby in August! Dont u think that is amazing sbb mesti ada a month gap before someone's b'day! Kalau nak beli presents tu mmg ada masa la, especially mine sbb hujung tahun k!!!!!
Dari kecil lagi anak anak saya diajar untuk tidak mengharapkan sebarang hadiah on their b'day sbb tak mahu jadi kebiasaan! Selalunya mereka akan dapat hadiah bukan on the b'day itself! Apa yg kami semua amalkan ialah untuk tidak lupa memberi ucapan hari jadi! Yg seronoknya anak anak berebut rebut untuk menjadi orang yg pertama untuk bagi b'day wishes even among themselves! Tak terkecuali Siti Aisyah yg terpaksa bagi wishes 7 hrs before hand! Itulah hadiah yg paling bernilai dalam hidup saya setiap kali melihat kesungguhan anak anak untuk buat kejutan bila ada sesiapa yg menyambut harijadi!
To my dearest Hafiz - selamat hari jadi, semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, diberi kesihatan yg baik, iman yg teguh dan berjaya didunia dan diakhirat!
The Australian BeeGees
Walaupun bukan original group tapi persembahan mereka memang hebat! They can imitate the voice, the style, the singing and it was really amazing! Lagu lagu dendangan kumpulan ini mmg very popular during my 'younger' days dan sudah tentu lah membawa seribu macam kenangan! The songs like 'Staying Alive, How Deep is your Love, I feel like dancing, Words were among the best songs that i love so much! Persembahan selama hampir dua jam itu sungguh menghiburkan terutama orang orang yang se era dengan zaman kegemilangan kumpulan itu! I can see almost everyone in the hall sang along with them! It was like magic when the audience responded to every song they sang. It was very entertaining! Wished that Azri were there ....
I remembered once my daughter Siti Aisyah made fun of this group coz she said they sang very funny! As for me they are still the best group and their songs remain popular till today! Seronok sangat sampai termimpi mimpi saya menyanyi dkt atas stage dengan diorang, hehehe!
Sekali sekala bila dapat pergi tengok live show mcm ni mmg seronok, harap YB bermurah hati sekali lagi untuk sponsor kitorang untuk pertunjukan Boney M in November, hehehe!