Monday, 28 December 2009
28hb Disember 2009 - Terima Kasih Ya Allah
Ya Allah, sekiranya saya masih boleh meneruskan kehidupan yang sedikit ini, saya pinta dan berdoa semoga terus dilimpahkan hidayah agar dapat saya memperhambakan diri kepada Mu. Sesungguhnya Kau Maha Mengetahui akan perjalanan hidup ini!
Ya Allah, peliharalah kesihatan hamba Mu ini, supaya jasad ini dapat terus melakukan tugas yang telah diamanahkan. Halakan lidah dan perbuatan ini supaya dapat saya teruskan penghambaan ini dengan cara yang terbaik sesungguhnya Kau Maha Mengetahui mengapa saya diciptakan dan meletakkan saya di tampuk ini. Wallahualam ..
Ya Allah, betapa syukurnya saya kerana Kau masih terus pesan pesan sayang Mu pada mereka2 yang rapat dengan saya supaya terus memgingatkan saya seandainya saya lalai dalam amal, dalam ibadat, dalam kewajipan, dalam suka dan duka dan dalam menggalas tanggungjawab terhadap Mu. Kau telah menganugerahkan kepada saya saudara2 yang sentiasa bersama dalam waktu senang dan susah, pada waktu tawa dan nangis!
Kerana kasih Mu Ya Allah, Kau telah berikan pada saya kelebihan limpah rahmat Mu, supaya langkah yang saya atur ini tidak pincang supaya ada yang dapat menegur keterlanjuran, keegoan dan kealpaan hamba Mu!
Ya Tuhan ku, selama 48 tahun, Kau bentuk diri ini dan semua yang baik datang dari Mu, dan yang buruk dari diri sendiri. Bersyukur kepada Mu kerana masih berpeluang lagi meminta ampun daripada Mu!
Ya Rahman Ya Rahim, Alhamdulillah dengan nikmat rezeki yang telah kau limpahkan! Biar sekecil mana habuannya saya masih tetap bersyukur atas pemberian Mu! Jangan digelapkan mata ini untuk rezeki yang bukan milik kami! Ringankan tangan hamba ini untuk memberi, untuk menghulur dan untuk menderma. Halakan selera ini untuk yang halal dan bukan yang diharamkan dan dilaknati!
Ya Allah, jadikan lah mata ini untuk menjadi saksi kepada semua kesilapan dan kelemahan agar dapat di tebus sebelum ia menjadi kabur dan tutup buat selamanya ..
Ya Allah peliharalah kata kata supaya yang diucap bakal jadi ubat, yang ditutur bakal jadi penawar, yang diluah bakal jadi madu dan yang dikatakan bakal jadi perindu. Doa dari hamba Mu agar kasturi janji Mu menjadi penyegar nafas ini ..
Ya Wahid! Pada usia yang selewat ini, saya masih dibenarkan untuk menghayun tangan ini dan akan digunakan untuk mengangkat kelangit memohon syafaat Mu!
Ya tuhan pencipta sekalian alam! Ampunkan dosa2 saya yang kian tahun kian menggunung agar mendapat keampunan Mu sebelum saya menghadap Mu.
Kepada insan2 yang saya berhutang kemaafan, ampun kan saya jika saya pernah melukai, mengguris dan menyakiti hati kalian ..
Biar esok saya dilahirkan semula supaya bersedia untuk dikembalikan, Amin!!
Saturday, 26 December 2009
Adakala kita lupa atau memang pelupa????
Sedang saya memikir2 menu untuk bbq esok, sempat juga saya duduk didepan computer - bukak facebook, comment mana yang patut, kemudian check email, balas email lepas tu sempat jugak main 'Bejewelled' my favourite game! Itulah rutin saya, tak produktif langsung saya ni ...
Terpanggil untuk menyelit sedikit kisah ini, saya sudah dapat berkenalan dengan tuan punya diri, penulis blog 'Model 80an'!!! - menarik sungguh walaupun masih belum mengenali beliau secara peribadi tetapi seakan ada satu tarikan untuk saya mengenali beliau secara dekat! Apabila dia membalas email saya, sejak itu saya seronok untuk menghubungi beliau dan akhirnya saya dapat juga menempah 'kek coklat' beliau untuk majlis bbq dirumah saya esok (27/12/09). Yang lucunya kami berdua dah confused pasal tarikh sehinggakan kek saya disiapkan sehari awal! Tak mengapa, saya tetap akan mengambil kek saya esok! Kesian dekat dia, mungkin beria menyiapkan kek saya tapi jangan serik ambik order saya ye Puan Nani, hehehe...
Terlalu awal untuk saya menilai wanita hebat ini namun tulisan2 dalam blog beliau sentiasa menarik minat saya untuk terus membaca! Saya kagumi kegigihan, kerajinan dan ketabahan wanita ini dan tersimpan niat dalam hati kecil ini, sekiranya diberi peluang untuk belajar menjadi 'super woman' semacam beliau!
Ok, dah lewat ni, mata pun dah kabur! Nak solat isya dulu lepas tu nak tidur! Suami nak berpuasa sunat esok tapi saya kata saya tak dapat puasa sama sebab memandangkan esok banyak tugasan yang perlu saya buat! Tak sabar nak ambik kek, tak sabar nak jumpa jemputan2 saya esok malam, tak sabar nak buat bread pudding dan tak sabar nak merinate my teppanyaki beef! Moga2 saya tak lupa ....
Wednesday, 23 December 2009
Kalau lah .....
Apakah bulan ini, minggu ini dan hari ini akan jadi lebih baik dari bulan, minggu dan hari2 sebelumnya? Kita hanya mampu merancang! Kita hanya mampu mengharapkan yang terbaik namun hakikatnya tiada daya dan kuasa yang dapat mengatasinya selain dari ketentuan yang telah ditetapkan keatas kita!
'Kita adalah apa yang kita inginkan' - kata2 yang saya petik dalam buku 'the Secret' oleh Rhonda Byrne! Buku yang menarik untuk menjana minda kita lebih2 lagi kalau kita membacanya diwaktu pagi! Ia bagaikan memberi semangat dan inspirasi untuk mengikut setiap yang diceritakan atau yang diajar didalam buku tersebut! Namun ia tidak semudah apa yang ditulis kerana kefahaman dan kemahuan dalam diri adalah amat penting untuk kita merubah kearah yang lebih positif, menarik kan???
Keinginan saya?? Sudah tentu jawapannya 'kebahagiaan'. Kalau boleh ingin saya kecapi kebahagiaan itu sehingga akhir hayat ini dan melihat suami, anak2 serta seluruh kaum keluarga saya bahagia! Sementalah didalam setiap doa2 saya, saya memohon kehadrat Allah swt agar saya mendapat kebahagiaan dunia dan akhirat.
Sukar sebenarnya untuk saya meyakinkan hati kecil ini walaupun telah berkali2 mencuba agar tidak menyimpan sebarang dendam pada sesiapa! Selalu tertanya2 samada kehidupan ini akan berakhir dengan kebaikan, adakah ada yang akan mengenang kebaikan kita, adakah kebenaran akan terbukti juga atau adakah peluang untuk membetulkan segala kesilapan? Betapa bertuahnya kita tatkala kita sudah tidak ada, segala kebaikan kita dikenangi, segala salah faham dan segala cerita yang tidak benar tentang diri kita dibetulkan! Dalam melayari kehidupan ini, banyak perkara yang berlaku diluar kemampuan dan kuasa kita! Kita berusaha menjadi insan yang baik namun dugaan untuk mencapainya sentiasa mengekori kita! Semoga sebarang kesalahfahaman dapat diuraikan agar aman roh ini meninggalkan dunia yang fana!
Semua yang kita milikki adalah pinjaman dari yang maha Esa! Beruntunglah kita kiranya apa yang dipinjamkan itu dapat kita manfaatkan sepenuhnya ~ pesanan buat diri saya sendiri ...
Monday, 21 December 2009
Kenapa kita marah????
Sebenarnya saya sendiri tak suka nak marah lebih2 lagi pada waktu pagi sebab arwah mak selalu kata kalau kita mulakan hari kita dengan 'marah' nanti rezeki tak masuk rumah! Selesai menunaikan solat subuh berjemaah bersama suami tersayang, saya akan turun kebawah untuk membuat sarapan. Sambil menuruni anak tangga, mata saya dah nampak tangga tak bersapu lagi, habuk dah mula menebal, helaian rambut dah banyak kelihatan! Terpandang pula frame gambar didinding, sempat menyapu dengan tangan, hmmmmmmmm hitam tangan saya dengan habuk! Sebaik sampai didapur, maid sedang berdiri termenung dipintu dapur sambil meminum kopi! Mata pun masih pejam lagi! Hairan, tidur seawal 9 malam, bangun pukul 6.30pagi, masih mengantuk??? Dia overtime ke semalam?? Kenapa pinggan mangkuk masih penuh disingki? Pada waktu itu, darah saya dah mula menyirap! Tersedar kehadiran saya terus bingkas kebelakang seolah2 sedang menyapu! Seperti biasa mata saya akan melihat sekeliling - dalam sinki masih penuh dengan pinggan mangkuk, lantai masih melekit! Jam didinding sudah menunjukkan 7.30 pagi!
Saya keruang tamu, kaki masih terasa seperti lantai belum bersapu! Saya buka tingkap2 dan pintu! Suasana pagi begitu damai sekali, sekali lagi kawasan luar rumah masih belum berkemas! Kasut dan selipar masih berselerakan - tak lama kemudian saya nampak maid mengambil penyapu dan terus mengemas laman depan! Saya kembali kedapur, mengacau kopi untuk suami dan saya, sempat minum bersama dan kemudian suami naik keatas semula! Tiba2 maid dah ada dalam dapur! Eh, tak sampai 5 minit dia menyapu laman depan, dan tak mungkin dia dah menyiram pokok2 bunga saya! Apalagi rasa2nya kesabaran saya sudah ketahap kritikal! Saya pun terus bertanya samada dia dah siapkan kerja menyapu dan menyiram pokok - dengan nyaring dia menjawab bahawa dia dah siapkan kerja dia!! Saya pun apalagi terus kedepan dan apa yang saya lihat dan nampak tidak seperti apa yang dia katakan! Mula lah 'angin puting beliung' masuk satu badan!!!!
Saya paksa dia menyapu semula, menyiram pokok lagi sekali dan saya berdiri disitu memerhatikan pekerjaannya. Baru nampak dia ketakutan bila saya tercegat didepan dia! Muka masam mencuka dan saya tengok mulut dia tak henti2 bersungut. Eeeeeee, spoilt my morning aje, sakit betul hati ni dengan kerenah maid saya ni!!!!! Rupanya itulah kerja dia hari2, bila ditanya mesti dia jawab dah 'buat'. Ya Allah ini betul2 menguji kesabaran dan keimanan, bukan sebulan dua bekerja dengan saya dah hampir setahun tapi masih lagi lembab, malas dan paling saya benci bila dia suka menipu!! Memang malang sungguh nasib dia hari ini sebab saya suruh dia buat balik semua kerja, dari dalam rumah hinggalah keluar rumah!! Yang pasti dia sudah silap pengiraan, mungkin selama ini dia tidak pernah terfikir yang saya akan periksa semula kerja2 yang dibuat!
Inilah rutin pembantu rumah saya setiap hari - 'lakonan' yang serupa setiap hari! Bila kena marah, barulah kerja jalan dengan betul kalau tak perkara yang serupa berulang! So macamana tak marah???
Saturday, 19 December 2009
We are family ....
Buat pertama kalinya saya cuba memasak 'nasi lemak kukus' namun hasilnya sungguh membanggakan! Seawal pagi saya sudah merendam 25 pot beras kemudian mengukus selama setengah jam kemudian keluarkan beras tadi dan rendam semula selama 5 jam ( mengikut apa yang diajar didalam resipi). Memang meletihkan dan rumit. Alhamdulillah, by 6pm semua lauk2 telah siap dimasak - sambal tumis ikan bilis, sambal udang, sambal sotong, daging goreng kunyit, kangkong celur dan ayam goreng! Sempat juga in between tu, saya membuat 'peach crumble' Baked Macaronni n Cheese dan Sheppards Pie!! Suami dan anak2 bujang saya sibuk mengemas dan mengatur meja didepan! Terharu jugak saya bila melihat mereka bekerjasama.
Yang penting my main dishes dapat disiapkan sebelum tetamu sampai! Berdebar2 jugak hati ni sebab maklumlah ini pertama kali saya membuat nasi lemak kukus - selepas solat maghrib sempat juga saya berdoa agar semua masakan saya 'menjadi'!
Syukur Alhamdulillah apabila semua tetamu saya 'enjoyed' masakan saya dan memuji 'nasi lemak kukus' saya! Lebih menyeronokan apabila mertua saya juga memuji masakan saya!! Kembang satu badan!!!
Kami semua sempat menyambut hari jadi Fiqah yang ke21! Saya betul2 seronok dan tetamu2 saya pun nampak seronok! Ada kek untuk saya juga - ehsan dari the Azlan's!! Sempatlah kami menyanyi lagu besday! Best sangat! Yang tak boleh saya lupakan apabila semua tetamu terpaku mendengar cerita 'fantasi' saya!! Sleeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeep, hehehe ...
Thursday, 10 December 2009
Doa dan suara hati ini ....
"Dengan menyebut Asma Allah Yang Maha Agung, Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, segala puji adalah kepunyaan Allah, Penguasa dan Pengatur alam semesta.
Ya Allah, limpahkan rahmat ke atas junjungan kami Muhammmad s.a.w dan ahli keluarganya yang dengan selawat itu semoga kami selamat daripada segala bencana dan penderitaan, dengan selawat itu pula segala hajat Engkau kabulkan, dan Engkau bersihkan kami dari segala keburukan, angkatlah kami ke darjat yang tinggi, sampaikan lah kami kepada tujuan yang Engkau redhai, iaitu kebaikan selama kami hidup dan sesudah kami mati. Ya Allah yang Menguasai segala sesuatuYang Menyertai segala yang menyendiri, Yang dekat tiada jauh, Yang nyata tiada menghilang, Yang menang dan tiada Yang terkalahkan Ya Allah, Yang hidup tegak dan kukuh, Pencipta langit dan bumi. Sesungguhnya hamba Mu memohon kepada Engkau dengan nama Bismillah al-Rahman al-Rahim, Zat yang hidup tegak dengan kukuh, Yang tidak pernah mengantuk atau tidur. Aku bermohon kepada Engkau dengan Bismillah al-Rahman al-Rahim, Yang lemah segala wajah bila berhadapan dengan Nya, dan rendah segala suara dihadapan Nya serta bergetar hati kerana takut akan Dia. Limpahkan lah selawat keatas junjungan kami Muhammad s.a.w dan keluarganya, bukakan lah pintu kejayaan dan jalan keluar bagi kami ini, dan perkenankan lah hajat permohonan kami ini ....
Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa atas segala sesuatu, dan segala puji adalah kepunyaan Allah Tuhan Penguasa sekalian alam."
Amin, amin, Ya rabbal a'lamin ...
Tuesday, 8 December 2009
Bintang bintang Disember!!!





Akhirnya sampai juga hasrat saya untuk memilikki sebuah bbq set! Dah agaknya 10 kali saya singgah kedai yang menjual bbq set ini tapi selalu saya berkata2 pada diri sendiri, kalau ada rezeki nanti saya ingin memilikki set bbq ni dan akhirnya termakbul juga permintaan saya! Seronok tidak terkata, sebelum sampai rumah dah call my brothers Zainal n Maman untuk tolong saya memasang set tersebut! Setibanya saya petang tu, my 2 brothers and my sister inlaw dah sedia menunggu! Apa lagi mereka berdua pun tak sabar2 terus memasang set tersebut!
Setelah siap, saya bersama2 my bothers and Ain, pergi ke Giant untuk membeli ayam dan daging yang sudah dimerinade untuk merasmikan set bbq tersebut! Suami dan saya begitu excited, saya sempat mengajak wanchu dan intan untuk turut serta! Memang meriah sekali, our lamb turns out to be very tender and delicious except for the chickens, tak berapa masak sebab masih tak faham nak guna temperature yg sesuai! Wanchu sempat bawak sate so malam tu 'macam2 ada!
Kebetulan pada 5 Disember adalah hari jadi my sister inlaw Intan and kebetulan pula my other sister inlaw ada sebut nak buat ikan bakar dekat rumah saya! So i planned with wanchu, Zainal n Ain to have makan2 on sunday night! Saya pun menjemputlah semua ahli keluarga saya! Pagi2 lagi Zainal, Maman n Ain dah datang ambik saya untuk ke Pasir Penambang dekat Kuala Selangor untuk membeli ikan2 yang segar! Memang betul setibanya kami disitu saya tak sabar2 untuk membeli sebab ikan2 memang fresh dan udang pulak bermacam size! Kitorang pun apalagi dengan penuh semangat memilih ikan kembung, jenahak, terubuk, cencaru, telur ikan baung, udang besar, udang galah dan sotong! Tak cukup kat situ, singgah pulak pasar besar seksyen 6, shah alam untuk membeli ikan keli yang telah siap disiang! Lepas tu kami singgah pasaraya Tesco pulak untuk membeli jagung muda untuk dibakar!!!!!
Yang seronoknya semua adek beradek saya datang malam tu! Wanchu yang terkenal dengan sikap dermawannya tu datang dengan 50 bungkus nasi lemak dan kek dan durian kampung! Wanteh pulak datang dengan pulut kuning dan rendang, jadi malam bbq tu menu bertambah2 - deretan ikan bakar yang mengeliurkan, udang dan sotong bakar, chicken wings, jagung dan mushroom bakar, emmmmmm very2 yummy! My husband pun tunjuk kepakaran membuat 'steak' sendiri!!
Meriah tak terkata, makanan memang banyak dan tetamu semua begitu seronok menikmati makanan, Alhamdulillah! Malam tu kami semua menyambut hari jadi untuk semua yang lahir pada bulan Disember! We included Anis, menantu wanchah untuk meniup lilin sebab tak sempat celebrate harijadi dia, diikuti dengan Intan, Zainal, Ajak, Wanteh, Ajis dan akhir sekali saya!!! Riuh rendah dibuatnya apabila semua menyanyikan lagu "Allah Selamatkan Kamu" dan lagu "Happy B'day To You". Suami masing2 begitu sporting sekali menyanyi bersama2 kami!
We also served 'shisha' - tak percaya rasanya!!
Thursday, 3 December 2009
Jumaat datang lagi ...
Kebelakangan ini saya sering dikunjungi dengan hal2 yang memeningkan kepala yang ada kalanya boleh membuat jantung ini berhenti seketika dan adakala juga boleh membuat debaran jantung saya berdetik pantas, adakala juga hati dan perasaan saya menjadi cemas, Orang kata kalau ikutkan hati mati, kalau ikutkan rasa binasa - disaat2 beginilah adakalanya saya tewas dan mulalah hati kecil ini bersungut2 dan bertanya dimanakah silap nya???
Setiap peluang yang ada sedaya upaya saya akan memanjatkan doa dan memohon kepada yang maha Esa agar setiap permasaalahan akan ada jalan keluar, kiranya ia adalah balasan dosa2 yang pernah saya lakukan, maka saya pohon agar diberi kekuatan untuk menempuh segala ujian dengan penuh ketabahan. Saya yakin sesungguhnya Allah itu maha Pengasih lagi Penyayang, maha Pengampun dan maha Mengetahui akan setiap sesuatu yang telah ditetapkan!
Penat rasanya terpaksa berdepan dengan situasi yang serupa, walau puas berusaha namun ia masih tetap menghampiri! Puas juga berikhtiar sana sini namum masih belum menemukan satu solusi! Kenapa agaknya ya? Dimana silapnya dan kenapa saya terus2an diberi ujian ini? Mujurlah setakat ini masih mampu saya menghadapi walaupun dalam keadaan yang paling getir!
Ya Allah, memang mudah untuk mulut ini melafazkannya dan biar lah apa yang terlafaz seiring dengan apa yang ada didalam hati ini! Walaupun sentiasa memperlihatkan keceriaan diwajah ini, namun apa yang tersirat hanya Allah jua yang tahu!
"Ya Allah, doa dari hamba mu yang hina ini, memohon kesejahteraan yang berpanjangan, kesihatan yang baik, iman yang teguh serta anak2 yang soleh dan solehah! Tiada tuhan yang aku sembah selain Mu Ya Allah, bimbing lah hamba Mu ini, tunjukkan lah jalan yang benar, jauhkan kami sekeluarga dari segala macam kemungkaran! Ya Allah izinkan lah hamba mu ini menikmati kelebihan hari Jumaat ini dan Jumaat2 yang akan datang! Kiranya langkah ku ini harus berhenti, izinkan langkah yang terakhir ini melangkah kejalan Mu Ya Allah."
Wednesday, 2 December 2009
KALAU HATI INI MAMPU BERSUARA!
Berzikir dengan memuji nama2 Allah banyak membantu tatkala saya kebuntuan! Syukur alhamdulillah kerana ketika saya berdepan dengan 'gelombang' yang paling tinggi, terasa dengungan yang membingitkan, bila degupan jantung semakin laju dan ketika berada ditengah2 situasi yang tidak menyenangkan! Ibarat saya lalui satu lorong yang penuh dengan cabaran, merasakan kepayahannya namun saya berjaya laluinya dengan berkat zikir yang saya baca! Setiap kali ada sesuatu yang tidak enak menyinggah dihati kecil ini, saya akan perbanyakkan zikir serta istighfar dan semua permasaalahan itu akan berlalu pergi walaupun adakala ianya berlalu terlalu perlahan. Bersyukur saya sekali lagi kerana diberi kekuatan dan ketabahan hati setiap kali saya berada dilorong yang gelap ini! MasyaAllah!
Betapa bersyukur juga saya kerana masih berkesempatan memperbaiki kekurangan, membetulkan yang salah, meluruskan jalan yang semakin bengkang benkok dan menjernihkan sesuatu yang semakin hitam! Hari ini sempat saya sujud syukur dihadapan Mu Ya Allah! Dengan penuh kesyukuran hambaMu sujud dihadapan maha PenciptaNYa kerana telah memberikan cahaya ketika dalam kegelapan, memberi harapan ketika dalam kehampaan dan memberi kekuatan ketika dalam lemah! Subhanallah, walhamdulillah Walla illa haillallah huwallah huAkhbar!!
Apapun saya terpaksa akur, suka atau tidak setiap dugaan harus saya tempuh! Inilah kata2 yang sering saya ingatkan pada anak2 agar mereka juga berani berdepan dengan apa jua rintangan dan dugaan hidup ini! Saya tidak mampu menghulurkan bantuan pada setiap permasaalahan namun saya hanya mampu berdoa dan terus berdoa tanpa ada rasa jemu kerana Allah itu Maha Mendengar dan Maha Mengetahui.
~ Langkah ini terhenti seketika kerana 'tersesat' dilorong yang gelap lagi namun dalam tercari cari jalan keluar, ku lihat samar samar cahaya nun dihujung jalan! Aku mengorak langkah ini semula walaupun tepaksa berhati2 namun ku yakin aku pasti akan jumpa juga jalan keluar, insyaAllah ~
Monday, 30 November 2009
Andainya kau tahu ...
agar kau tahu betapa remuk dan hancur hati ini
agar kau dapat lihat betapa dalam luka ini
agar kau dapat lihat penderitaan dan kesedihan
agar kau dapat rasa kekecewaan ini ...
Saat ketika aku menoleh mengharapkan satu pengertian
ku pujuk berkali kali hati ini untuk mengerti
namun kau tetap ulangi
kesilapan yang serupa
kecurangan yang sama
yang hanya menambah luka di hati ini ..
Teramat dalam luka yang ku alami
menyusuk setiap anggota tubuh ku
menghiris hati dan perasaan
namun, kau terus terusan menikam
hati ini yang semakin parah
langkah semakin lemah
dan aku semakin kalah ..
Rasanya tidak sanggup lagi
aku berdepan dengan sikap mu, kerenah mu dan kedegilan mu
walau ku cuba menghampiri
namun langkah mu makin laju
meninggalkan ku pergi
Tidak sanggup ku hidu bau yang kau cemari
tidak sanggup ku langkah jalan yang kau lalui
tidak sanggup aku memikirkan apa yg bakal kau tempuhi ...
Langkah ini semakin perlahan
degup jantung ini semakin lemah
tak daya untuk aku lalui
perkara yang sama,
peristiwa yang serupa
namun kenapa tiada kesal dihati mu ?
Sunday, 29 November 2009
Erti sebuah pengorbanan
Termenung saya sejenak apabila memikirkan tentang maksud pengorbanan yang sebenar! Setiap kita yang ada dimuka bumi ini memang tidak dapat lari dari melakukan 'pengorbanan' samada untuk diri sendiri, keluarga, sahabat handai tak kurang juga untuk kehidupan, kerjaya dan bermacam2 lagi agaknya!
Puas sebenarnya saya pujuk hati ini, pujuk rasa marah dan rasa teraniaya yang teramat sangat terhadap satu pengorbanan yang terpaksa dilakukan oleh suami tanpa diberi sebarang pilihan! Walaupun pada zahirnya saya tidak mampu mempamirkan rasa tidak puas hati diatas tindakan suami tapi hakikat yang sebenar, saya rasa amat kecewa, marah, geram dan menyampah pada seseorang insan ini diatas sikap beliau yang tidak bertanggung jawab!!
Apapun alasan yang diberi namun saya masih tidak dapat memaafkan atas segala kerumitan dan kesusahan yang timbul akibat dari perbuatan yang hanya mementingkan diri sendiri! Pernah kah insan ini terfikir bagaimana perasaan saya dan anak2 apabila suami terpaksa akur dengan keputusan yang dibuat tanpa kerelaan hati kami?
Pada 24hb November lepas, suami saya dengan rasminya diistiharkan 'muflis' gara2 perbuatan orang lain! Apakah 'pengorbanan' yang dilakukan suami saya ini setimpal dengan perbuatan insan ini? Persoalannya adakah 'insan' ini sanggup melakukan 'pengorbanan' yang sama? Dari awal lagi saya tidak bersetuju kerana ini membabitkan nama dan maruah keluarga saya tapi saya kagum dengan sikap suami saya yang sanggup mengistiharkan dirinya 'muflis' semata2 untuk menjaga nama dan status seseorang! Lebih menyakitkan hati saya, apabila insan ini tidak langsung menunjukkan rasa simpati dengan apa yang berlaku! Apakah 'pengorbanan' yang dilakukan suami saya, tidak langsung membuka hati dan perasaan insan ini untuk sekurang2nya memahami apa yang terpaksa kami sekeluarga lalui??
Rasa kecewa yang begitu menebal tidak dapat saya bendung lagi kerana pada saya 'pengorbanan' yang dilakukan oleh suami memang tidak berbaloi! Saya redha kiranya 'insan' ini dalam kesusahan tapi sebaliknya beliau sekeluarga hidup senang lenang! Walau apapun ganjaran yang beliau janjikan, tapi ianya tidak akan dapat menebus nama dan maruah keluarga saya yang tercemar! Saya cukup yakin bahawa Allah itu maha adil dan akan tiba satu saat nanti apa yang kami lalui akan berlaku keatas insan ini juga.
Bukan untuk jadi orang yang tidak mengenang budi bahkan saya sentiasa ingat diatas segala jasa dan budi baik insan ini pada keluarga saya tapi makin hari rasa hormat saya pada insan ini makin menipis kerana hingga kesaat ini saya masih tidak mampu untuk mengerti bagaimana seseorang yang tinggi kedudukannya lagi bijaksana sanggup lakukan semua ini keatas suami saya!!!
Saat ini, hati saya begitu terluka! Tidak mudah untuk saya menerima apa yang berlaku tapi akan saya gagahi juga demi suami dan anak2! Dimanakah letaknya sifat kemanusiaan serta perasaan beliau apabila hidup dalam kemewahan disebalik penderitaan orang lain? Setiap kali saya bersua muka dengan insan ini, buat saya rasa benci yang teramat sangat dan jangan ada yang sanggup menyalahkan saya serta anak2 kerana membenci insan ini kerana sememangnya beliau tidak layak bertandang dalam hati kami sekeluarga!
"Ya Allah, ampuni lah segala dosa dosa ku! Jadikan hamba mu ini seorang yang tabah menghadapi apa jua ujian yang kau berikan keatas kami sekeluarga! Bersihkan lah hati ku ini Ya Allah dan jauhkan lah diri ku, suami ku dan anak2 kami daripada perkara2 yang merugikan" Amin, yarabbal alamin"
Sunday, 22 November 2009
Betapa beruntungnya kita ...
Beberapa minggu lepas, banyak peristiwa yang berlaku, ada diantaranya yang mengguris perasaan, tidak kurang juga yang menggembirakan! Sesungguhnya Allah itu maha adil, diuji kita dengan berbagai cara agar kita dapat jadikan ianya sebagai iktibar dan pengajaran! Apabila kita diberi kesenangan dan kemewahan kemudian diuji dengan kehilangan dan kehancuran, semuanya untuk menguji sejauh mana kekuataan dan keimanan kita! Ya, bercakap memang mudah, tapi melaluinya sendiri bukan lah semudah yang dibicarakan!
Berbagai berita yang terpampang didada akhbar, kisah suka duka, kemalangan, kemusnahan, peperangan dan bencana alam sudah cukup untuk kita menilai diri kita dan mengucapkan syukur yg teramat kehadrat Allah swt yang telah menyelamatkan kita serta kaum keluarga kita dari segala musibah itu! Hati kecil ini begitu tersentuh setiap kali membaca atau melihat musibah2 yang melanda dan setiap kali itulah saya akan berbisik sendirian memohon perlindungan dari Allah yang maha Esa!
Mudah2an dengan izinNYa, kita semua terkecuali dan dijauhi daripada perkara2 yang tidak diingini! Ok, hari ini Isnin 23 November 2009!! Anak dara saya saat ini sedang menduduki peperiksaan Matematik SPM! "Ya Allah, terangkan hati anak saya ini, mudahkan lah baginya menjawab semua soalan dengan baik, lapangkan dadanya agar dapat memberi tumpuan dan berikan lah dia kejayaan diatas segala usahanya". Hari khamis lepas, setelah beberapa jam menunggu dengan penuh debaran, akhirnya mendapat perkhabaran yang menggembirakan!! Syukur Alhamdulillah, anak bongsu saya telah berjaya memperolehi 5A dalam peperiksaan UPSR! Walaupun pada awalnya saya menyangkakan beliau akan mendapat sekurang2nya 3A tapi berkat usaha dan kerajinan beliau akhirnya terbukti juga!! Nampaknya keinginan beliau untuk memilikki PS3 akan menjadi kenyataan, insyaAllah!
Minggu ini ada beberapa perkara penting yang akan berlaku, semoga Allah permudahkan segala urusan dan memberi kami kekuatan mental dan fizikal untuk menghadapinya dan sesungguhnya kami amat yakin bahawa setiap ujian ini pastinya ada hikmah disebaliknya, insyaAllah! Mohon yang terbaik, fikir yang baik dan insyaAllah segalanya akan berakhir dengan baik!
"Terima kasih Ya Allah, diatas segala nikmat dan rahmat Mu dan jadikan lah kami sekeluarga orang2 yang sentiasa bersyukur, jauhkan kami dari sikap2 yang merugikan dan kami mohon agar kami sentiasa berada dijalan yang benar, jalan yang Engkau redhai, Ya Allah"!! Amin, Ya rabbal Alamin!
Tuesday, 10 November 2009
Pengajaran yang tidak ternilai ...
Mulut saya tidak henti2 beristighfar sebab masih tidak percaya dengan apa yang saya baca dalam sms itu! Baru sangat rasanya 'dia' bersama saya, tidak sampai 24 jam dia mendakap erat tubuh saya, mencium pipi saya, bercerita tentang kawan2, mengutuk kawan2 yang kononnya membenci saya, bersama2 solat dan membaca yassin ketika majlis doa selamat saya itu! Menghadiahkan saya dengan 100 botol air mineral untuk dibacakan yassin, menikmati hidangan saya, membawa pulang bermacam2 makanan2 saya, bercerita, bergurau dan akhirnya semua itu berakhir dengan sesuatu yang mengejutkan! Rupa2nya ia adalah sekadar lakonan. Hairan sungguh saya memikirkan tentang sikap beliau ini yang sanggup datang kemajlis saya, berpura2 dengan sikap baiknya tetapi yang jelas beliau tidak ikhlas dan hanya menjalankan peranan 'baik' beliau untuk mengaburi mata saya! Sayang sekali, saya langsung tidak mengesyaki apa2, sehinggalah peristiwa 'sms' berlaku!
Akhirnya segala kebaikan kita selama mengenali dia sekeluarga, berakhir dengan kebencian! Kata2 manis bertukar dengan kata2 kesat yang amat mengguris hati! Kalau dulu saya dipihak benar tiba2 saya pulak yang dikatakan bersalah! Apabila kita diserang dengan kata2 yang kita tidak sekali2 menduga akan keluar dari mulut orang yang kita suka, yang kononnya menyebelahi kita tiba2 bertukar, tentulah amat mengecewakan!
Seharian saya dalam keadaan tertekan! Bermacam2 bermain dikepala memikirkan dimana kesilapan saya! Saya forwardkan sms2 itu pada anak2 perempuan saya yang berada diUK, saya forwardkan juga pada adek beradek saya yang lain supaya mereka tahu cerita yang sebenar! Melihatkan keadaan saya begitu, suami tercinta lah yang banyak mententeramkan saya begitu juga dengan anak2 dan keluarga! Mereka begitu memahami betapa hancurnya hati saya!
Seperti yang saya katakan, lakonan insan ini sungguh hebat sehinggakan dapat mengaburi mata semua orang! Sayang sekali saya tidak langsung dapat mengesannya walaupun berkali2 telah diberitahu oleh suami, anak2 dan juga adek beradek saya! Pernah saya tertanya2 kenapalah keluarga saya tidak berapa suka saya begitu rapat dengan insan ini dan sekarang barulah saya tahu! Ketika semuanya terbongkar, keadaan sudah terlalu parah kerana selama ini orang yang kita percayai rupa2nya seperti 'gunting dalam lipatan'. Apabila dia bersama saya, dia mengutuk habis2 orang disebelah sana dan begitulah seterusnya apabila beliau bersama mereka!Sehinggalah lakonan beliau memakan diri beliau sendiri!
Sayang sekali, begitu cetek pemikiran beliau yang sanggup menjadi dalang dalam semua kemelut ini! Kini setelah beberapa hari, saya mula dapat berfikir dengan tenang, mengimbau kembali setiap kata2 yang beliau lemparkan kepada saya, saya mula tersenyum! Akhirnya terbukti juga kebenaran walaupun saya akui dalam situasi ini ada juga kesilapan saya! Pengajaran yang amat 'mahal' buat saya! Terima kasih ya Allah kerana telah menyedarkan kesilapan saya dan mengizinkan saya melihat kelemahan saya! Saya redha dengan ketentuan ini! Walaupun a lot of damaged have been done, tapi saya bersyukur sekurang2nya saya diberi peluang untuk mengenali hati budi insan ini yang sebenar!
Tidak akan saya hitamkan hati saya ini dengan membenci bahkan dengan hati yang ikhlas saya maafkan beliau kerana saya tidak mahu memusuhi sesiapa! Mulai saat ini saya akan anggap mereka2 ini bukan lagi kawan2 saya dan saya juga tidak mengenali mereka! Segala yang berlaku akan saya jadikan pengajaran agar tidak mudah mempercayai sesiapa pun selain dari ahli keluarga kita sendiri!
Alhamdulillah, syukur saya kehadrat Allah kerana memberi saya kekuatan untuk menghadapi ujian ini dengan waras! Bagi saya 'mereka2' ini sudah tidak ujud lagi dalam kehidupan saya dan akan saya lemparkan jauh2 segala kenangan bersama mereka!
Hari ini, saya adalah saya, dikelilingi oleh insan2 yang paling saya cintai iaitu suami, anak2 serta kaum keluarga saya!!! Saya memohon maaf kepada mereka kerana selama ini saya tidak mendengar nasihat mereka. Mereka lah yang akan terus bersama saya dalam keadaan susah dan senang!
Sekiranya kelmarin penuh dengan kisah yang melukakan dan meruntum hati kecil ini tetapi hari ini saya bangun dengan penuh ceria!
Yang baik itu semuanya milik Allah dan yang tidak baik itu datangnya dari kelemahan dan kesilapan kita sendiri! Agak terkilan dan sedih kerana hubungan baik selama ini berakhir dengan cara ini! Saya redha dan terima semua ini dengan hati yang terbuka kerana pengajaran disebalik semua yang berlaku adalah amat berharga buat saya! Buat mereka2 ini yang sekarang sedang bergembira kerana telah berjaya mengeruhkan keadaan, teruskan lah! Saya tidak akan henti2 memohon petunjuk dari Allah agar suatu hari nanti kebenaran akan terbukti juga! Saya memohon agar saya serta seluruh kaum keluarga saya dijauhi dari orang2 yang sedemikian. Bersihkan hati, ikhlaskan niat dan jadilah hamba Allah yang jujur dengan diri sendiri dan orang2 disekeliling kita! Semoga saya akan lebih berhati2 dimasa hadapan dan minta dijauhkan dari berjumpa, berkenalan dan berkawan dgn manusia2 ini! Mudah2an! Amin ya rabbal alamin ...
Wednesday, 28 October 2009
27 Oktober 2009
Saya dapat lihat banyak persamaan dalam diri Siti Aisyah dengan saya! Seperti saya, beliau suka berjenaka, mudah mesra dengan sesiapa saja, mudah sensitif, mudah mengeluarkan air mata dan mudah tersentuh jiwanya! Sejak kecil lagi beliau seorang yang sangat periang, suka bercakap, suka mereka reka cerita dan suka membuat sesuatu diluar dugaan - seperti dengan berani memberitahu kelas beliau 'boring' semasa di tadika, bila disuruh mandi, beliau akan jawab dengan selamba 'no, thank you!, suka 'bergusti' dan 'tarik rambut' dengan kakaknya, tidak suka bersukan (mcm mama dia), suka menari dan yang paling istimewa beliau suka membantu sesiapa saja yang memerlukan! Saya tak pernah lupa bagaimana beliau bercengkang mata menolong menyiapkan 'folio' untuk anip semasa pmr dulu dan sikap beliau yang selalu bersedia menolong sesiapa saja dengan rela hati! Dan saya dapat lihat kesungguhan dalam diri beliau setiap kali melakukan sesuatu!
Anak yang agak degil, selalu bercanggah pendapat dengan saya, suka buat sesuatu tanpa berbincang, suka membuat keputusan dan kemudian menyesal, suka menyerak, suka tidur, suka bershopping dan yang paling dia suka ialah berbelanja ...! Itulah Siti Aisyah Azmin binti Mohamed Azri. Ada ketika kami berdua boleh berkongsi masalah, adakala juga kami tidak sependapat kerana sifat degil beliau adakalanya melewati batas!
Walaupun saya mempunyai 6 orang anak, tapi setiap mereka mempunyai kelebihan dan keistimewaan yang tersendiri! Tidak ada seorang pun yang mempunyai karektor yang sama! Kalau nak disebut tentang kenakalan dan kedegilan, keenam2 pun ada tapi masing2 berbeza dan sebagai ibu saya selalu kena fikirkan jalan terbaik untuk menangani setiap masalah mereka! Kini hampir kesemua mereka telah dewasa dan melihat mereka semua membesar, sihat dan sudah pandai memilih jalan kehidupan masing2 walaupun masih memerlukan panduan dan tunjuk ajar tapi saya amat bersyukur! Doa dan harapan saya agar anak2 saya menjadi insan2 yang berjaya didunia dan diakhirat!
Kini setelah 22 tahun saya masih menganggap dia seperti seorang anak kecil, kerana sukar menerima hakikat yang beliau sudah dewasa! Dalam doa saya, saya selalu memohon agar anak2 perempuan saya berjaya dalam pelajaran, berjaya mencapai impian dan cita cita dan ditemukan jodoh dengan orang2 yang baik dan beriman, yang dapat membimbing mereka kejalan yang benar! Sebagai ibu saya hanya mampu mendoakan yang terbaik dan mudah2an doa saya dimakbulkan!
Buat anak ku Siti Aisyah Azmin, semoga berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi, semoga ditemukan dengan jodoh yang baik, semoga menjadi anak yang tidak lupa diri dan berjaya didunia dan juga di akhirat!
Salam kasih sayang dari mama dan "selamat harijadi yang ke22"!!!!
Saturday, 24 October 2009
sekadar renungan ...
Alhamdulillah setakat ini keadaan masih terkawal. Berkali kali ku ingatkan diri ini agar tidak terkeluar dari garis yang terlakar tapi adakala juga keadaan memaksa untuk kita melakukan sesuatu diluar kemampuan hati ini! Kuat kah saya untuk menempuhnya? Kuat kah saya untuk berdepan dengannya???
Sekali lagi saya rasa teramat kerdil didunia yang penuh pancaroba ini! Dikelilingi dengan dugaan dan cabaran dari setiap sudut - sementalah saya hanya seorang manusia biasa yang tidak dapat lari dari segala kesilapan dan kesalahan. Umur sudah hampir setengah abad, kalau boleh segala yang pernah berlaku dahulu walaupun ada diantaranya diluar kerelaan hati, tidak akan berulang lagi! Mohon petunjuk dari yang maha Esa agar laluan yang sedikit saja lagi ini dapat dilalui dengan penuh ketenangan dan kesabaran. Dijauhi perkara2 yang tidak memberi kebaikan dan dikuatkan iman ini agar diberi kesempatan untuk sampai kepenghujung jalan dalam keadaan yang diterima oleh Allah swt ...
Hari ini, satu lagi laluan yang perlu dilalui! Selagi nyawa dikandung badan selagi itulah perjalanan hidup ini perlu diteruskan! Walaupun adakalnya kita kepenatan dan perlu berhenti tapi masa tidak akan turut serta kerana masa akan terus berjalan meninggalkan kita! Adakah perlu kita berlumba dengan masa atau kita hanya mampu melihat masa berlalu tanpa kita memanfaatkannya??? Sebab itulah saya perlu bersyukur kerana hingga kesaat ini masih di limpahi dengan segala nikmat - masih boleh bernafas, bergerak, makan dan minum, masih boleh ketawa, masih sihat tubuh badan dan masih boleh menikmati rezeki dari mu Ya Allah! Masya Allah, Subhanallah, Alhamdulillah dan Allahuakhbar!!
Saya ingatkan diri saya, suami dan anak2 agar sentiasa bersyukur dengan segala nikmat dan rahmat yang telah dikurniakan kepada kami sekeluarga! Tunjukkan lah kepada kami Ya Allah, jalan yang lurus dan jalan yang Engkau redhai! Jauhkan lah kami dari segala kemungkaran, bersihkan hati kami dan jadikan kami orang2 yang beriman!
Sekadar pesanan ...
Tatkala my eldest and my 2nd daughter tamat tingkatan 5, perasaan yang serupa saya lalui seolah2 saya seakan tidak bersedia untuk melepaskan mereka! Ketika mereka mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran keperingkat tinggi sekali lagi saya berdepan dengan situasi yang serupa! Naluri seseorang ibu memang sukar digambarkan apatah lagi untuk meluahkannya! Hanya dengan doa serta kasih sayang yang sentiasa mengiringi mereka walau dimana sekalipun mereka berada!
Cepat sungguh masa berlalu, kini my son Haniff baru saja menyambut harijadi beliau yang ke21! Tiada hadiah istimewa dari saya dan suami hanya sekadar mendoakan kesejahteraan beliau, agar menjadi insan yang beriman, insan yang berjaya didunia dan akhirat! Haniff anak yang baik, terlalu senstif jiwanya, mudah tersentuh hatinya dan adakala keras hati juga tapi dia tetap istimewa buat kami! Semoga perjalanan hidupnya diberkati dan mampu berdikari, mampu menggalas segala tanggung jawab sebagai seorang manusia yang beriman dan menjadi insan yang berguna! Masih jauh perjalanan yang akan beliau lalui, jalan yang penuh dengan ranjau dan duri tapi saya yakin Haniff mampu melaluinya walaupun terpaksa berdepan dengan bermacam2 dugaan dan cabaran! Doa saya agar dia setabah bapanya yang tidak pernah mengeluh atau mengalah setiap kali berdepan dengan berbagai cabaran hidup! Saya mahu keenam enam anak saya mewarisi sifat2 'survivor' dari bapa mereka agar mereka semua tidak mudah berputus asa dan tidak mudah mengaku kalah!
Suka atau tidak, masa akan terus berlalu dan meninggalkan kita! Anak2 makin dewasa, makin bijak mengatur kehidupan! Bagi saya tidak ada satu 'formula' pun yang ada dimuka bumi ini yang dapat menjanjikan 'kejayaan', 'kebahgiaan' dan 'kesenangan' tanpa perlu kita berusaha! Kegagalan lah yang banyak mengajar kita tentang realiti kehidupan yang sebenar kerana setiap kejayaan itu bermula dari kegagalan! Pengalaman banyak mengajar kita tentang susah senang, suka duka, menang kalah tapi terpulang pada kita samada kita dapat jadikan pengalaman itu sebagai pengajaran! Kita tidak dapat lari daripada berdepan dengan manusia atau keadaan yang memaksa kita membuat pilihan, walaupun adakalanya kita terperangkap ditengah2 tanpa bantuan dan pertolongan! Bukan semua orang2 disekeliling kita yang bersikap jujur dan ikhlas - kalau lah mudah kita mengenal pasti mereka2 ini, sudah pasti dunia ini aman sekali!
Pesan buat anak2 ku, utamakan lah kasih sayang serta hurmat menghurmati diantara sesama insan, jauhkan perbalahan dan elakkan permusuhan! Selagi saya mampu memberi nasihat ini buat anak anak tercinta selagi itulah saya tidak akan berhenti berdoa agar anak2 saya menjadi insan2 yang berguna!
Salam kasih sayang buat suami dan anak anak yang amat saya kasehi kerana mereka adalah nadi kebahgiaan saya ......
Thursday, 22 October 2009
Catatan ku (2) ..
Pada hari itu saya sempat pergi kepasar untuk membuat my weekly marketing, selalunya saya pergi samada hari sabtu atau ahad tp kesibukan pada hari tersebut telah memaksa saya untuk pergi pada hari isnin! Lengang sungguh pasar pada hari itu, mungkin disebabkan ramai yang tidak berniaga! Memandangkan cuma beberapa gerai ikan saja yg berniaga dan ikan2 pun tidak ada yang segar jadi saya terus ketempat jual sayur! Seperti biasa wanita yg menjual sayur ini akan sentiasa menegur pelanggan2nya dengan ramah termasuk lah saya! Ketika itu tak ramai pembeli jadi dia sempat mempelawa saya untuk merasa kuih2 raya yang dibawa dari rumah! Untuk tidak menghampakan pelawaan beliau saya pun sempat mengambil sekeping biskut. Sambil itu wanita tersebut sempat bercerita dengan saya bagaimana sambutan hariraya beliau pada tahun ini.
Cerita wanita itu, beliau terpaksa berniaga sehingga petang raya kerana permintaan yang banyak dari para pelanggan. Kedai ditutup pukul 4 petang, terus balik kerumah memasak untuk berbuka puasa dan sempat juga memasak rendang dan merebus ketupat! Setelah selesai berbuka, suami mengajak dia kerumah saudara yang tinggal berdekatan untuk takbir raya! Selesai saja majlis takbir, mereka pun pulang kerumah. Alangkah terperanjatnya mereka anak beranak apabila mendapati rumah mereka telah dimasukki pencuri! Sebaik beliau melangkah masuk, ruang tamu habis berselerakan, bergegas kedalam bilik - hancur hatinya apabila mendapati laci tempat beliau menyimpan duit berniaga dan juga barang2 kemas telah dikosongkan! Terduduk mengenangkan duit jualan telah habis dicuri juga barang2 kemas peninggalan arwah ibunya! Berkata kata dalam hatinya kenapa lah sampai terjadi begini, sedih mengenangkan wang hasil titik peluhnya berniaga hilang sekelip mata! Malam raya sepatutnya meriah tapi beliau pula berduka dgn kejadian yang menimpa! Anak gadisnya meraung kesedihan kerana duit serta barang kemas beliau juga diambil! Tiba2 bagaikan ada satu kekuatan dalam dirinya - dia beristighfar berkali kali dan memberitahu dirinya ini adalah dugaan dari Allah dan apa yang berlaku itu sebagai takdir dan sempat memujuk anak2nya agar bersabar! Suami dan anak lelaki beliau terus membuat lapuran polis! Sementara menunggu ketibaan pihak polis beliau sempat mengangkat pasu2 yang pecah diluar rumah mungkin terlanggar oleh pencuri! Semasa beliau sedang mengalih pasu2 tersebut tiba2 beliau ternampak satu bungkusan terselit ditepi pagar rumahnya, setelah diamati beliau dapati itu adalah 'karung beg kain' yang beliau gunakan untuk menyimpan duit hasil jualan siang tadi! Segera beliau membuka dan terus terduduk disitu kerana karung beg itu penuh dengan duit dan barang2 kemas beliau!!!! Alhamdulillah jeritnya berkali2, dan bersyukur kehadrat Allah kerana ternyata wang hasil jualan dan barang2 kemas beliau itu adalah dari hasil yang halal sebab itu beliau dapat balik walaupun diduga hanya beberapa minit untuk merasa kehilangannya! Masya Allah!
Sejurus kemudian pihak polis pun tiba! Katanya lagi pihak polis percaya pencuri2 itu telah meninggalkan rumah itu dengan tergesa2 dan kemungkinan besar karung beg itu tercicir! Setelah diperiksa beliau dapati wang serta semua barang2 kemas beliau masih ada, yang hilang cuma handphone, beberapa balang kuih raya (dasyat betul punya penyamun, kuih raya pun nak curi!) dan yang kelakarnya pencuri sempat 'menjamu selera' memakan ketupat dan rendang yang beliau masak siang tadi!
Apa yang menarik minat saya ialah kejadian selepas itu kerana 'so called jiran' beliau yang tinggal berhadapan rumah beliau selama 20 tahun, ye 20 tahun tidak pernah sekali pun menegur sapa beliau tiba2 menegur suami beliau itupun semata2 untuk bertanya apa yang telah berlaku mungkin kerana menyedari kehadiran beberapa pegawai polis dan kereta peronda! Sempat juga beliau bercerita tentang jirannya ini kpd saya yang katanya langsung tidak mahu berbaik mungkin kerana dia hanya seorang peniaga sayur dipasar dan jirannya pula seorang berpangkat! Tambah beliau lagi suaminya juga pernah ditegur kerana meletak van buruk mereka didepan rumah kerana kononnya tidak sesuai di letakkan disitu!
Bersemangat sekali wanita ini bercerita dan saya juga seolah2 terpaku mendengar setiap cerita beliau. Dipendekkan cerita, pada pagi raya setelah menunaikan solat hari raya bersama keluarga tiba2 suami beliau meminta beliau menyediakan ketupat dan rendang untuk dihantar kerumah jiran depan rumah! Terperanjat besar beliau kerana selama 20 tahun mereka seolah2 tidak pernah ujud, jangan kata pelawa dtg kerumah, majlis perkahwinan anak perempuan mereka pun tidak diundang! Suami beliau berkeras untuk menghantar makanan itu juga jadi dengan berat hati beliau menyiapkan semua makanan itu dan suami beliau terus menghantar kerumah jiran tersebut! Beliau memerhatikan suaminya dari dalam rumah, berdebar2 hatinya takut disambut dengan dingin tapi apa yang berlaku adalah sebaliknya! Ternyata tanggapan beliau salah sama sekali, suami beliau disambut dengan baik dan pada petang itu 'jiran' itu pulak mengunjungi beliau dan sejak dari hari itu mereka sudah mula berbaik baik! Saya pulak yang seronok mendengar cerita wanita ini. Dua kejadian yang menimpa keluarga ini yang mempunyai hikmah yang tersembunyi. Wajah wanita ini begitu ceria sekali semasa menceritakan kejadian yang menimpa beliau, seolah olah beliau pasrah menerima ujian itu! Setelah membeli sayur2 yang saya perlukan, kami pun bersalaman memohon maaf kalau ada salah silap dan saya pun terus beredar, ketika itu tak sabar rasanya untuk saya berkongsi cerita ini pada suami ( pendengar setia) saya ...
Friday, 16 October 2009
Catatan ku ...
Kebetulan sebenarnya sebab memang tidak pernah terlintas langsung untuk membela ikan 'koi'. It all started apabila my hubby n me, bercadang utk membeli ikan 'guppy' utk diletakkan dalam pond comel kami dirumah! Setiba di kedai the first thing saya tanya adalah 'ikan guppy' dan saya diajukan dengan soalan, 'kenapa ikan guppy? its too small and if u put inside the pond, u wont be able to see' kata tokey kedai itu! Ye tak ye jugak, saya pun terus tanya, 'ikan apa yang sesuai'? The lady answered 'ikan koi la, sebab senang nak jaga'! Ohhhhhhh, ye ke??? Saya pun terus dibawa kebelakang kedai dimana ada dua tangki ikan yang dipenuhi dengan ikan2 koi! Memandangkan ini merupakan pertama kalinya saya dan suami terpaksa memilih ikan2 yang hendak dibeli maka kami berdua dengan rela hati meminta pekerja kedai itu memilih ikan2 itu untuk kami - 8 ekor semuanya, siap dengan 2 net, sebotol anti chlorine dan sepeket makanan ikan! Saat saya melepaskan ikan2 yg saya beli itu kedalam kolam maka bermula dari saat itulah saya dan suami sudah jadi seakan 'ketagih' untuk menambah bilangan ikan setiap kali kami keluar. Sekarang ini jgn katakan mall atau shopping complex yg jd tempat kegemaran saya tapi kedai ikan sudah jadi keutamaan! Sehingga saat ini terdapat 86 ekor ikan dalam pond comel saya itu!!! Ramai yg menyangka pond itu terlalu kecil utk ikan sebanyak itu tp bukan kesemua 84 ikan2 koi - ada long tail red comet, 4 ekor ikan yg saya tk tahu namanya tp saya panggil ikan 'miss dainty' sebab nmpk lemah lembut bila dia berenang renang, 4 ekor ikan bandaraya dan jgn tk percaya guppies juga ada!
Semenjak adanya my 'mini fountain' dan ikan2 ini, kawasan itu adalah kawasan kegemaran saya sekeluarga! Kalau saya tk dapat cari suami diatas, maka saya tahu dia akan ada dekat pond itu samada bagi ikan makan atau sekadar melihat ikan2! MasyaAllah memang mengasyikkan dan terasa damai sekali setiap kali melihat ikan2 saya itu berenang2 dan juga diiringi dengan bunyi air dari fountain seolah2 berada dikawasan air terjun! Sekarang rutin harian saya sudah banyak berubah. Kalau dulu masa saya banyak dihabiskan dengan menonton tv tp sekarang tidak lagi - bangun pagi setelah selesai mengerjakan kewajipan saya, saya akan bergegas turun menyiapkan sarapan dan selepas itu saya akan terus ke 'pond' saya - memberi salam pd ikan2 saya dan kemudian memberi ikan2 itu makan! The minute saya menabur makanan ikan kedalam pond, berebut2 lah ikan2 itu memakannya - ahhhhhhhh seronok sungguh!
Saya teramat bersyukur sebenarnya kerana 'rumah baru' saya ini telah banyak merubah hidup saya. Sekarang ini saya tak perlu lagi berdepan dengan 'orang2' yang menyakitkan hati, tak ada lagi melihat kelompok2 manusia yg suka berkumpul setiap petang (didepan rumah saya pulak tu dan duduk pun atas kerusi saya) mengumpat dan mengata orang dan dah tak ada lagi dengar cerita2 yang menyakitkan hati! Kini saya banyak menghabiskan masa pagi dan petang saya dengan gardening atau ikan2 saya! Berada diluar rumah, menyiram pokok, mencabut lalang2 dan menyapu kawasan rumah sudah mampu mengeluarkan peluh dengan banyak! Setiap hari saya dengan suami ada saja kerja yang hendak dibuat! Bab2 menggali, menanam dan 'bermain' dengan tanah ni bukan minat saya tp saya jd superrvisor lah! Dulu saya cuma kenal baja pokok tp sekarang mcm2 baja saya dah tahu - bilangan pokok2 saya pun sudah bertambah dan percaya lah ianya bagaikan satu kepuasan setiap kali saya lihat pokok2 saya berbunga dengan lebat terasa gembira sangat! Baru2 ini saya ke nursey pokok, asalnya cuma nk beli pokok tapi we end up dengan 20 pasu2 bunga, 20 peket tanah hitam dan 30 peket tanah baja!!! Bayangkan lah!
Banyak sebenarnya yang hendak saya buat dikawasan rumah saya tu cuma masa saja yang belum mengizinkannya! Apapun'tranformasi' ini telah merubah kehidupan saya dan tak sabar nak tengok pokok2 dan ikan2 saya membesar!
Saturday, 3 October 2009
Pernahkah kita terfikir ...
Satu ketika dulu, saya mudah tertekan jika setiap kali mendengar berita2 sebegini, lebih2 lagi apabila ia menyentuh hal peribadi kita! Tapi apakan daya, mulut orang? Bercakap memang mudah lebih2 lagi kalau kita nak bercakap pasal orang lain! Memang dah jadi lumrah manusia, mengumpat dan mengata itu bagaikan satu penyakit menular kerana jika ada seseorang yang memulakan dan ada pula pendengar yang setia, kemudian ada pula penyampai berita, percayalah tak sampai beberapa minit saja berita itu sudah tersebar luas.
Berbagai cara berita itu tersiar, ada yang menghantar sms, telefon atau masa duduk sembang2 petang! Bila berita dah jadi sensasi dan ditokok tambah lagi maka bertambah panas lah cerita itu jadinya! Dulu semasa saya berpeluang bercampur dengan segelintir 'manusia2' ini saya juga pernah terpengaruh dengan segala macam cerita - pasal jiran lah, pasal suami jiran lah, pasal anak2 jiran lah! Pendek kata ada saja cerita, sipolan ni begini, sipolan tu begitu sehinggakan saya juga terjebak sama dalam konspirasi yg tidak berasas itu! Mungkin kerana jarak umur menyebabkan saya mudah menarik diri dan lama kelamaan saya mula jelak dengan sikap2 sebegitu yang tidak habis2 menyalahkan orang lain, mengata dan mengumpat seolah seolah mereka2 ini bagaikan 'angel' yang tidak pernah melakukan kesilapan!
Yang lucunya ( pada pandangan saya lah ), mereka2 ini sanggup melakukan apa saja untuk membuat saya rasa cemburu dan marah! Bagaikan ada satu konspirasi dengan satu 'master mind' yang mengemudi rancangan demi rancangan untuk memburuk2kan saya dan menabur fitnah dengan cerita2 yang bermacam2! Hebat sungguh mereka ini yang pada hemat saya tidak mempunyai pekerjaan lain selain daripada mengata orang! Kenapa lah mereka tidak melihat kelemahan yang ada pada mereka? Kenapa yang buruk itu semua ada pada orang lain sedangkan sikap dan perangai mereka tidak ada kurangnya!
Cerita pasal saya berpindah pun jadi topik hangat kononnya saya pindah senyap2 seolah2 melarikan diri! Melarikan diri dari siapa ya? Saya tidak berhutang dengan mereka sebaliknya mereka lah yang berhutang dengan saya! Pelik manusia ni, semasa susah saya ni lah teman sejati, kakak tempat mengadu dan mencurahkan perasaan! Kini saya pula dimusuhi nya gara2 saya menuntut 'hak' saya kembali! Betapa ceteknya pemikiran mereka2 ini dan yang paling melukakan hati saya, mereka2 ini adalah sebangsa dan seugama dengan saya!
Pada saya 'what goes around, comes around and what goes up must come down'! Pada insan2 yang sedang seronok memburuk2kan nama saya, mengata dan mengumpat hal saya, teruskan lah kerana saya tidak akan menyimpan sebarang dendam atau marah! Life is short, selagi kita boleh bernafas dan menghirup udara segar, selagi itulah kita harus banyak2 bersyukur. Hari ini ceritanya sama belum tentu esok kita dapat bercerita perkara yang sama sebab tidak semestinya apa yang kita katakan hari ini, akan jadi cerita yang serupa dan jangan juga lupa jika kita begitu taksub memburuk2kan hal orang lain, pekara yang sama tidak mustahil akan menimpa diri kita atau ahli keluarga kita!
Pada insan2 yang pernah satu ketika dulu makan bersama, hitea bersama, celebrate b'day bersama dan pernah bercerita kisah suka duka, pernah memeluk erat tubuh saya, pernah menangis dibahu saya, pernah meminjam 'duit' dari suami saya, pernah meminjam harta benda saya, tak perlulah bersusah payah menabur fitnah tentang saya kerana kebenaran itu akan tiba jua! Hari ini hari anda dan pasti satu ketika nanti akan tiba hari saya!
Nasihat saya pada diri saya 'buat baik berpada pada ....
Wednesday, 30 September 2009
Erti satu kemaafan ...
Persoalannya sejauh mana keikhlasan kita memberi kemaafan?
Walaupun berjuta kali kita meminta dan memberi kemaafan tapi adakah kita benar benar ikhlas? Bagaimana dengan orang2 yang pernah menzalimi kita, yang pernah menyakiti kita, yang pernah melukakan hati kita adakah kita dapat memaafkan hanya dengan sekadar memohon maaf? Astaghfirullahalazim! Siapa lah kita untuk tidak memaafkan?
Walaupun semanis mana sekalipun mulut ini menuturkan kata2 memohon maaf, tapi apa yang tersirat didalam hati hanya Allah yang maha mengetahui! Bila persoalan ini diajukan pada diri sendiri, sudah tentu saya tidak boleh membohongi hati ini kerana masih juga ada tersimpan perasaan marah, kecil hati dan dendam ... Disaat ini lah timbul persoalannya sejauh mana keikhlasan kita memohon dan memberi kemaafan! Setiap kali timbul perasaan marah, sakit hati dan dendam, satu titik hitam akan ada dalam hati kita! Bayangkan kalau selama ini hidup kita dipenuhi dengan sifat2 tersebut dah pasti hati kita menjadi hitam legam!!
Hari ini apabila saja tersedar dari tidur, saya terus mengucapkan 'subhanallah' dan 'alhamdulillah', bersyukur kerana masih diberi peluang untuk menikmati kehidupan ini! Bersyukur kerana diberi kesihatan yang baik, pendengaran yang baik, penglihatan yang baik dan tidak akan putus2 memohon kehadrat ilahi agar diberi hati yang bersih dan ikhlas!
Hidup didunia ini tidak kekal, sampai satu ketika nanti pasti kita akan kembali kepadaNYA jadi akan ku berusaha sedaya upaya agar dapat ku kikiskan segala sifat2 yang tidak baik dan memohon digantikan dengan sifat2 yang mulia! Setiap kesilapan dan kesalahan ku, ku mohon agar diberi kesempatan untuk menebusnya sebelum terlambat!
Syukur Alhamdulillah, dibulan Syawal yang mulia ini dan dengan kesempatan yang masih ada, ku susun sepuluh jari memohon ampun dan maaf diatas segala salah dan silap agar masih ada diluar sana yang dapat menerima salam kemaafan dari ku ...
Kata kata dibawah ini saya ambil dari sms seorang teman, yang hendak saya kongsi bersama :
Biar renggang di fana dunia
Biar hina di mata manusia
Biar semangat semakin tua
Biar harta semakin tiada
Biar akal semakin berusia
Biar jauh kedudukan kita
Jangan tergadai SILATURAHIM antara kita
Salam Aidil Fiti, Salam Kemaafan!
Tuesday, 29 September 2009
Satu hari di hari raya.....
Sekarang yang kedengaran hanya suara tv, suara burung, suara kucing - damainya keadaan sekarang! Dah tak dengar suara kanak2 menjerit macam dulu! This is my new 'home' yang mana akan ku jadikan mahligai bahgia buat kami seisi keluarga! Setiap sudut rumah ini membawa seribu kenangan, daripada sebuah rumah yang kosong kini telah dipenuhi sedikit demi sedikit - selain suami, anak2 juga memainkan peranan mengemas, menghias dan membersihkan kediaman baru kami ini! Setiap kali saya berada diluar rumah, terasa seakan kak long ada sama sebab dia banyak terlibat dalam penanaman rumput didepan rumah tu! Apabila berada didapur terasa seolah2 aisyah ada sama menyibuk disitu, membuat her 'lasagna'!
Adakala memang pening juga dibuatnya sebab semua anak2 kesayangan saya ni kaki menyerak! Bila dengar suara jeritan tarzan saya baru lah saya tengok ada yang nak menyapu, ada yang baru nak lipat selimut, ada jugak baru nk kemas bilik! Bilik cuma ada tiga saja dan sudah tentu tak cukup untuk menampung keenam2 mereka, jadi mereka semua tidur diruang 'family' - seronok bila lihat mereka tidur ramai2 macam tu, teringat waktu saya kecil2 dulu!
Raya yang meriah dan juga memenatkan tapi saya bangga sekali sebab buat pertama kalinya 'rumah baru' saya dipenuhi sanak saudara! Kemudian sibuk with my two powerpuff girls yang nak berangkat keUK! Mujur lah itu bukan pemergian yang pertama kali jadi diorang sendiri yang mengemas beg masing2 tanpa bantuan saya or the father! Sedih dan sayu bila melihat mereka pergi! Saya iringi mereka dengan doa dan harapan agar mereka tahu menjaga diri, belajar rajin2 dan tidak mensia siakan segala peluang yang ada untuk mencapai impian mereka!
Dalam kesibukkan itu sempat juga memenuhi undangan majlis pernikahan anak saudara kami di Ipoh! Syukur Alhamdulillah, majlis berjalan dengan baik dan lancar! Cuti raya pun dah berakhir, Tija dan Harris sudah memulakan sessi persekolahan mereka! Agak kalut sikit pada awalnya sebab masih tak berapa pasti jalan mana yang patut digunakan sebab 'jam' teruk disemua jalan menghala kesekolah mereka! Baru saya dan suami mencuba beberapa jalan alternatif! Seronok juga sebab selepas hantar mereka berdua, pasti suami akan singgah di restoran 'Melur' untuk bersarapan! Roti canai dia memang sedap!!!!
Banyak sms dari kawan2 menanyakan bila saya nak adakan 'open house'! Sedang fikirkan hari dan waktu yang sesuai sebenarnya! Saya pun memang teringin sangat nak berjumpa dengan mereka! InsyaAllah sekiranya saya sihat dan mempunyai masa, pasti saya akan mengundang mereka kerumah baru saya!
Lepas ni saya kena fikir2kan apa menu untuk saya hidangkan pada tetamu saya kelak! Bab memasak ni memang 'hobi' saya! Bagaikan satu 'kepuasan' sebenarnya bila saya dapat menyediakan hidangan dan kemudian menjamu para jemputan! Sejak saya kecil lagi, arwah mak dan arwah bah suka menjemput tetamu kerumah dan kami sekeluarga sering menjamu orang sehinggakan apabila kami besar kami tidak merasa kekok untuk memasak dalam kuantiti yang banyak!
Raya sebulan, jemputan 'open house' setiap minggu ada! Tak tahu mana satu nak pergi! Setiap kali nak keluar beraya, ada saja tetamu yang datang! Arwah mak selalu berpesan, kita kena utamakan tetamu yang datang, kerana mereka membawa 'rezeki' pada kita! Mudah2an begitu lah hendaknya ya!
Raya tetap raya tapi pesanan 'penaja', makan tu berpada pada lah ya, hehehe .....
Monday, 21 September 2009
Aidil Fitri yang penuh bermakna ...
Aku sujud dihadapan mu Ya Allah dengan rasa penuh kesyukuran kerana telah mengizinkan diri ku sekeluarga menyambut AidilFitri kali ini dengan penuh keriangan!
Tiada perkatan yang dapat menggambarkan keriangan dihati ini, apabila dapat menyambut Aidil Fitri kali ini dengan insan insan tersayang! Lebih menyeronokkan apabila buat pertama kalinya menyambut hari raya dirumah baru dan dapat pula menjadi 'tuan rumah' buat ahli keluarga berkumpul! Walaupun persiapan agak kelam kabut kerana 'berpindah' pada bulan puasa tetapi akhirnya segala persiapan berjalan dengan lancar!
Saat ketika dikelilingi dengan ahli keluarga adalah saat yang sungguh menyeronokkan kerana sudah lama tidak merasakan suasana sebegitu! Berjumpa kembali ahli keluarga, bersalaman dan bertanya khabar memenuhi setiap sudut! Terpancar keriangan di setiap wajah mereka! Betapa mesranya kesemua ahli keluarga dan tentunya aku lah orang yang paling bangga!!!
Peluang untuk bertemu semula kaum keluarga adalah saat saat yang paling indah! Hilang segala penat lelah! Orang yang banyak berjasa, merialisasikan impian ini adalah suami tercinta! Beliau lah yang banyak membantu, begitu bersungguh sungguh dan bersemangat menyediakan segala persiapan untuk menyambut hari yang mulia ini! Ada ketika terasa sayu hati ini apabila melihat beliau begitu keletihan! Manakan tidak, seawal selepas sahur, beliau lah yang banyak berulang alik dari rumah lama, lepas tu menguruskan pula persiapan dirumah baru! Kesiannya suami ku ..
Dalam kesibukkan berpindah, kemudian sibuk dengan mengemas rumah, aku masih mampu menyediakan hidangan untuk hari raya! Agak mencabar dan menguji kesabaran tapi akhirnya berjaya juga memasak rendang, lodeh, sambal sotong dan kuah kacang pada malam raya! Hilang rasa penat ini apabila melihat tetamu2 menikmati juadah yang ku sediakan! Anak2 dara ku pun banyak membantu! Bagaikan satu rahmat apabila raya tahun ini, my eldest and my 2nd daughter ada bersama!
Yang paling bermakna ialah apabila diberi penghormatan untuk menjadi 'tuan rumah' pada raya kali ini! Rumah 'baru' ku dipenuhi sanak saudara, riuh dengan gelak ketawa! Walaupun masih banyak lagi yang belum berkemas, maklum lah rumah baru tapi sambutan masih tetap meriah!
Ketika sessi bersalaman, saat ketika ku cium tangan kedua mertua ku, memohon ampun dan maaf, hati ini begitu sayu dan sebak! Teringat pula pada kedua orang tua ku yang telah tiada! Tiba2 terasa sebak mengenangkan ketiadaan mereka! Lalu, dikesempatan yang masih ada ini, ketika aku mencium tangan kedua ibu dan bapa mertua ku, aku rasa bersyukur kerana masih berpeluang memohon maaf dari mereka!
Kemudian aku memohon ampun dan maaf dari suami tercinta serta kaum keluarga yang lain! Kemudian anak2 pula beratur untuk bersalaman, diikuti dengan anak2 saudara yang lain! Itulah saat yang paling bermakna, tak dapat digambarkan dengan kata kata! Ketulusan dan keikhlasan terpancar diwajah kesemua mereka yang ada!
Rumah ku dipenuhi tetamu hingga kemalam! Seronoknya tidak terkata apabila adek beradek ku juga turut serta. Kalau lah dapat aku gambarkan kegembiraan ini dalam satu perkataan maka perkataannya adalah 'PUAS'!!! Puas kerana dapat menjadi 'tuan rumah', puas kerana dapat bertemu sanak saudara, puas kerana segala keinginan hati ini dan doa ini telah termakbul dan akhir sekali begitu puas kerana telah berjaya mengembalikan 'kemesraan dan keriangan' dikalangan ahli keluarga! Doa dan harapan ku dibulan Syawal yang mulia ini agar kemesraan ini akan berkekalan!
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA SERTA MOHON AMPUN DAN MAAF DIATAS SEGALA SALAH DAN SILAP
Tuesday, 1 September 2009
Saat dan ketika yang dinantikan ...
30 Ogos 2009 - hari lahir suami tercinta! Sambutan yang sederhana kerana jatuh dalam bulan puasa tapi masih tidak mematahkan semangat saya dan anak2 untuk menyambutnya! Lebih menyeronokkan, anak2 semua ada! Buat pertama kalinya kami sekeluarga berbuka puasa diatas tikar seperti zaman saya kecik2 dulu! Saya dapat lihat keceriaan diwajah suami apabila dikelilingi oleh semua anak2nya! Bagi saya dan suami, tiada yang lebih menyeronokkan selain daripada melihat semua anak2 ada disekeliling, riuh dengan gurau senda dan gelak ketawa! Saya percaya ini adalah merupakan hadiah yang paling istimewa buat suami yang sangat dikasihi dan disayangi!
Ahhhhhhhhhhhhhh, masih banyak kerja yang hendak dibuat rupanya! Nak kemas disana, disini masih banyak yang perlu diuruskan. Setiap kali tengok keadaan sekeliling, mulut ni selalu kata yang saya boleh 'beres' kan tapi sebenarnya dalam hati kecil ini tahu sememangnya tak ada jalan pintas untuk menyiapkan semuanya dalam waktu yang terdekat ini ...! Walaubagaimanapun saya pasti semuanya akan berjalan dengan baik, mudah2an ...
Saya dan suami dah ada 'hobby' baru!!!! Buat pertama kalinya setelah berkahwin selama hampir 25 tahun, baru saya tahu yang suami tercinta saya ni adalah "jack of all trades". Dia pandai berkebun rupanya! Semenjak dua menjak ni, kami berdua banyak menghabiskan masa bersama melakukan sesuatu yang selama ini saya sendiri tidak tahu yang dia 'berbakat'! Menakjubkan sungguh! Rupa2nya mereka adek beradek memang ada kelebihan masing2!
Semakin hari semakin 'sayang' - bak kata pepatah melayu 'tak kenal, maka tak cinta'. Itulah apa yang sedang saya alami dan rasakan sekarang! Makin hari makin bertambah keinginan ini untuk 'merialisasi' kan impian saya, walaupun masih ada banyak yang perlu dilakukan tetapi saya YAKIN BETUL, ini adalah yang TERBAIK buat saya sekeluarga ....!
Kini, saya perlu terus memandang kehadapan walaupun adakala terasa juga ingin menoleh kebelakang, untuk melihat apa yang saya tinggalkan! Walaupun ada ketikanya saya seolah tidak mahu memikirkannya tapi saya tidak mampu membohongi hati kecil ini! Saya percaya ini merupakan satu titik tolak yang amat penting dalam kehidupan saya kerana pada awalnya semuanya kelihatan samar2 seperti dalam mimpi! Kini, insyaAllah dengan izin yang maha Esa, sedikit demi sedikit saya dapat merasakan bahawa tidak lama lagi saya akan 'berpijak dibumi yang nyata'!
Yang penting kita harus yakin, kemudian percaya dan insyaAllah selebihnya kita berserah pada Allah, tuhan yang Maha Agung lagi Maha Mengetahui ...
Tuesday, 25 August 2009
Ramadhan datang lagi.
Mengimbau kembali zaman kanak2 saya setiap kali berpuasa di bulan ramadhan, arwah emak akan masak lauk istimewa untuk makan waktu bersahur iaitu daging masak kicap dan telur masin! Ya, telur masin sebab arwah mak kata selalunya waktu bersahur kita tak ada selera untuk makan jadi dengan adanya telur masin pasti menyelerakan! Seingat saya kami semua akan dikejut seawal jam 3 pagi untuk bersahur! Seperti biasa, pada awal puasa semuanya bersemangat untuk bersahur tapi bila dah masuk minggu kedua dan seterusnya semua dah jadi malas! Arwah mak akan pastikan kami semua bersahur sehinggakan sekarang ini setelah saya berumah tangga dan mempunyai keluarga sendiri, bersahur adalah satu kemestian! Saya juga akan pastikan anak2 saya bersahur! Pernah juga saya dengar rungutan mereka2 yg tidak suka bersahur kerana katanya pada waktu pagi2 mcm tu, mana lah ada selera untuk makan tapi pada saya ia adalah sebaliknya kerana setakat ini, saya seronok menyediakan makanan untuk bersahur kerana suami dan anak2 sentiasa berselera! Seawal 4.30 pagi saya akan bangun dibantu oleh pembantu rumah saya memasak makanan sahur dan belum pernah lagi saya tengok diorang tak mahu makan! Saya akan pastikan sebelum masuk waktu imsak, anak2 meminum milo panas dan memakan kurma! Amalan ini telah dibuat oleh arwah mak saya semenjak saya kecil lagi kerana katanya ia akan memberi tenaga dan kita tidak akan berasa letih dan lapar!
Pada mula2 hendak mengajar anak2 berpuasa memang lah memerlukan kesabaran yang tinggi mujur lah suami saya begitu sabar melayan kerenah anak2! Kalau tanya saya mungkin saya cepat mengalah sebab tak tahan bila anak2 merengek2 dan lepas tu kata tak larat berpuasa! Suami saya lah dengan penuh sabar memujuk mereka! Kadang2 tu berpuluh kali diorang menelefon kami dipejabat untuk mendapat izin untuk berbuka sebab tak tahan! Kalau ikutkan saya, tentulah saya suruh diorang berbuka saja tapi bapa mereka akan memujuk dengan lembut dan sabar! Sebab itu lah seawal 6 tahun kesemua anak2 saya sudah dapat berpuasa penuh!
Sekarang apabila melihat anak2 sudah besar panjang, sudah mengerti tentang kewajipan berpuasa, saya sudah boleh menarik nafas lega! Zaman dimana saya terpaksa berdepan dengan kerenah yang menguji tahap kesabaran 'to the max' sudah berakhir! Even anak bongsu saya pun dah mampu berpuasa tanpa perlu saya memujuk seperti tahun2 sebelumnya! Syukur alhamdulillah!
Ramadhan kali ini agak menyeronokkan sebab selain dapat berkumpul dengan semua anak2 pada waktu bersahur kemudian berbuka puasa selepas itu dapat pula mengerjakan solat tarawih bersama2 di masjid berdekatan! Teringat pula semasa dizaman anak dara, saya serta adek beradek perempuan yang lain akan ikut arwah mak kemasjid untuk solat tarawih! Bila dikenang kembali, terasa keseronokan ketika itu dimana kami semua akan berjalan kaki kemasjid dengan penuh semangat! Terbayang wajah arwah mak, berseri seri kerana seronok apabila kami semua ikut dia kemasjid! Kini anak2 saya pula yang menemani dan barulah saya tahu betapa seronoknya bersama2 ahli keluarga menunaikan solat tersebut!
Dua tahun lepas, semasa anak sulong saya hendak berangkat ke UK dan kebetulan pula waktu itu bulan puasa, saya cukup cemas! Manakan tidak bila memikirkan anak sulong buat pertama kalinya akan berpuasa di negara orang tanpa ahli keluarga, saya jadi tak tentu arah dibuatnya! Walaupun saya cuba mengawal emosi untuk melepaskan dia pergi tapi hakikatnya saya cukup risau! Suami lah yang banyak menyakinkan saya kerana kata beliau dia yakin yang anak kami mampu berdikari dan menjaga diri dengan baik! Betul rupanya kata2 suami sebab ternyata anak saya mampu menyesuaikan diri di negara orang! Tak terbayang keresahan hati ini sebenarnya bila memikirkan semua itu tapi setiap kali mendengar suara cerianya saya merasa lega dan alhamdulillah tak banyak masalah yang timbul rupanya! Tahun berikutnya anak kedua saya pula berangkat ke UK dan ketika itu baru saya terasa bila kedua2 anak dara saya tak ada bersama! Maka tinggal lah empat beradek dirumah tapi tak lama kemudian anak ke4 saya pula mendapat tawaran belajar di Uitm Pulau Pinang! Keluarga saya jadi semakin mengecil jadi untuk tahun ini apabila hampir kesemua anak2 ada bersama2 lebih2 lagi pada bulan ramadhan ini, saya begitu seronok dan bersyukur! Nak masak pun dah mula bersemangat! My 2nd daughter pula kerjanya, hari2 beli kueh mueh dibazaar ramadhan! Kadang2 tu sampai penuh meja dengan makanan. Pada waktu itu, suami saya akan selalu menegur sebab dia cukup marah kalau sampai ada pembaziran!
Saya seronok bila anak2 ada bersama2, yang pasti saya tidak akan lepaskan peluang untuk sentiasa bersama mereka dalam bulan yang mulia ini! Semoga segala amalan kami disepanjang bulan yang mulia ini mendapat keberkatan! InsyaAllah!
Saturday, 15 August 2009
Dekat tapi jauh rupanya ...
Ada yang menyuruh saya pejam kan mata dan tunjuk secara rambang mana satu pilihan hati! Ada pulak suruh saya fikir masak2 sebelum membuat pilihan! Ada jugak suruh saya buat solat istikharah!
Kalau ikutkan hati ni, semuanya saya pilih tapi apakan daya?? Ini part yang paling tak seronok apabila hati kita mula berbelah bagi! Menunggu satu 'respond' agar menunjukkan satu arah yang positif tapi 'respond' itu slow sangat nak bertindak! Pejam kan mata seketika dengan harapan akan jadi macam 'zam! zam! alakazam! tapi tak jadi juga! Lihat sekeliling dan cuba dapatkan ilham kononnya tapi back to the old feelings again! Ahhhhhhhh, dugaan sungguh ni!
Akhirnya saya pasrah, saya mohon petunjuk dari yang maha Esa, sesungguhnya Dia yang maha mengetahui setiap sesuatu dan apabila Dia berkehendakkan ianya berlaku maka "Kun Faya Kun".
Dalam kepala otak ni macam2 nak buat, idea pulak datang mencurah curah! Masa ni lah kan ...
Sebenarnya secara tidak langsung ianya juga bagai satu terapi minda sebab kita melayan fikiran kita dan sekurang2nya ia dapat membantu kita berfikir dengan lebih positif! Eh eh macam dah pandai berkata kata pula saya ya????? Ini mesti kerana buku2 yang saya baca kebelakangan ini, hehehe!
Ada banyak yang perlu diambil kira sebenarnya, lebih2 lagi apabila ia melibatkan banyak pihak! Sekurang2nya saya tahu, masih ada diluar sana orang2 yang ambil berat! Ok, jgn nak komplain lagi, terus kan apa yang sepatutnya dan selebihnya kita berserah pada yang Esa! Buka mata, buka minda dan insyaAllah kalau tidak dapat perolehi semua pun sekurang2nya dari celah2 obstacles itu, nampak juga cahaya! :) :)
Senyum itu satu sedekah, adakah anda sudah 'senyum' hari ini??? Jangan tersenyum sorang2 diri nanti ada yang ingat kita dah tak betul! Apapun tingkatkan prestasi, jauhkan kontrovesi, layarrrrrrrrr!
Thursday, 13 August 2009
Bagaikan pinang di belah dua!
Pelamin walaupun simple tapi cantik dan menarik, mana kan tidak ianya adalah hasil kerja tangan 'Pak Abu' - wedding planner yang terkenal! Semua orang kenal siapa Pak Abu ni, dah beribu selebriti , orang kenamaan serta kerabat diraja menggunakan khidmat beliau! Deretan hantaran dihiasi indah tersusun rapi! Sempat saya, Fairouze, Hanim, Julia dan cikgu Min berseloroh tentang majlis untuk anak2 kami nanti! Kata saya kalau ada banyak duit, boleh lah dapatkan khidmat Pak Abu tapi kalau tak cukup budget, hasrat untuk mendapatkan khidmat beliau akan tinggal jadi 'abu' saja! Sempat juga saya bagitau kawan2 supaya bila tiba giliran mereka mengahwinkan anak nanti kena lah fikirkan barang2 yang boleh kitar semula! Mengekek ngekek kitorang ketawa! Kawan saya mencelah, katanya itu idea yang baik jadi kalau gubahan2 anak nya kelak warna emas, bila dah pass down ke saya, saya tukar lah pulak ke warna perak!!! Bukan itu saja baik dari pelamin hingga ke bunga telur kami kena fikirkan agar semua itu nanti dapat dikitar semula!! Ada juga yang bagi idea untuk ambik semula bunga telur, katanya 'kita bagi pegang je, sebelum balik, keluarkan telur dan kita ambik semula bunga telur tu!! Ada ke patut?? Bayang kan lah, tapi mungkin tak mustahil, hehehe!
Tak lama kemudian, rombongan pengantin lelaki pun tiba! Handsome dan kacak sungguh pengantin lelaki! Barang2 hantaran dari mereka juga tidak kurang hebatnya! 9 dulang dari pihak perempuan dibalas dengan 7 dulang dari pihak lelaki! Sekali lagi kami terpukau apabila pengantin perempuan dibawa turun untuk majlis akad nikah! Cantik dan ayu sungguh pengantin perempuan! Wajah beliau mirip ibunya dan pada malam itu beliau mengenakan busana pengantin serba putih, sedondon dengan pengantin lelaki! Alhamdulillah hanya dengan satu lafaz saja, sah kedua mempelai menjadi suami isteri! Saya dapat lihat keriangan terpancar diwajah kedua ibubapa mempelai!
Setelah selesai majlis akad nikah, tetamu yang hadir telah dihidangkan dengan jamuan makan yang sungguh lazat! Melihatkan majlis yang sesempurna ini, pasti tuan rumah membuat persediaan yang cukup teliti! Memang tak dapat dinafikan tuan rumah mempunyai citarasa yang tinggi dan eksklusif!
Keesokannya, saya dan suami sekali lagi diundang kemajlis resepsi bertempat di Cenderawasih Ballroom, Glenmarie Golf & Country Club, Holiday Inn Glenmarie! Dah lama sebenarnya kami berdua tidak pergi kemajlis sedemikian! Majlis yang gilang gemilang, dipenuhi dengan para jemputan! Tak hairan lah sekiranya tuan rumah berhabisan untuk majlis sedemikian kerana dari hiasan hinggalah kemeja makan, semuanya cantik dan teratur! Kami juga dihiburkan dengan 'life band' dengan lagu lagu baru dan lama yang sungguh menghiburkan! Sebelum berangkat pulang, saya sempat berbisik dengan kawan saya Fairouze agar kami semua kena pergi ke kelas vokal supaya majlis perkahwinan anak2 kami nanti, tak payah nak upah penyanyi luar! Kita masing2 boleh menyanyi ikut giliran, pasti gamat jadinya! Fairouze sempat juga memberi komen 'hai, semua kena buat sendiri ke Min? Pengsan kita nanti, mana nak buat persiapan, mana nak buat gubahan, mana nak sambut orang, mana nak menyanyi ....! We looked at each other and we had a good laugh!!!!!! Nama pun angan angan kan!
Kepada kedua mempelai yang kelihatan 'bagai pinang dibelah dua' - kami doakan agar perkahwinan ini kekal hingga keakhir hayat! Ribuan terima kasih kepada tuan rumah yang sudi mengundang kami berdua!
Monday, 10 August 2009
Apabila kita bukan lagi diri kita yang sebenar ...
Lain padang, lain belalang! Manusia juga dijadikan dengan bermacam2 ragam begitu juga lah dengan jiran tetangga! Pada awalnya semua nya baik tapi lama kelamaan macam2 pulak yang berlaku! Yelah, saya akui apabila kita baik dengan seseorang kita akan mudah berkongsi masalah, mudah meluahkan perasaan dan terlalu mudah juga meletak kepercayaan pada mereka sehinggakan kita lupa bahawa mereka hanyalah sekadar 'kawan' biasa! Apabila keadaan berubah mula lah keluar semua cerita2 yang menyakitkan hati! Yang A kata B, yang B kata C dan berterusan sehinggakan kita sendiri tidak tahu lagi cerita yang sebenar! Tak pasal2 mula lah ada yang 'tersentap', takde angin takde ribut tengok kita menjeling jeling! MasyaAllah ada lagi rupanya orang2 macam ni ya! Saya ingatkan apabila kita bertambah maju, berpelajaran tinggi dah tak ada orang yang bersikap macam ni! Bukan lah ingin menunjuk pandai tapi saya pasti semua ini berpunca dari sikap manusia yang suka menyampai nyampai cerita! Pernah seorang hamba Allah memberitahu saya kononnya ada orang memberitahu dia yang saya ni suka menunjuk nunjuk, suka cakap besar dan suka cari gaduh dengan orang! Tergamam saya seketika! Saya kenal diri saya dan saya yakin sifat yang beliau sebut itu tidak ada dalam diri saya! Ternyata orang yang membuat cerita ini tidak mengenali saya! Fitnah lah tu kan?
Rupanya berbuat baik tidak lagi memberi jaminan yang kita akan dibalas dengan kebaikan - orang2 yang pernah satu ketika dulu datang meminta pertolongan, pernah bercerita kisah suka duka, pernah datang meminjam barang2 dapur, pernah datang mengambil barang2 saya tanpa meminta izin terlebih dahulu, pernah datang makan dan minum sekarang ini sudah menganggap saya sebagai 'musuh' pula! Yang lebih menakjubkan, orang orang yang begitu baik seketika dulu sudah menunjukkan 'warna' diri mereka yang sebenar! Terserempak di satu majlis, ada hamba Allah ini merenung saya macam saya 'berhutang' dengan dia! Biadab sungguh! Lupa atau pura pura lupa yang saya lah orang yang pernah 'menolong' dia satu ketika dulu! Betul juga kata kata mantan Perdana Menteri kita yang 'melayu mudah lupa ..' Kalau lah mulut saya ni jahat dah lama semua cerita sensasi beliau saya hebahkan satu dunia! Yang pasti saya tidak akan berbuat begitu sebab saya masih punya keluarga dan saya tidak mahu ada diantara kami kelak diuji dengan perangai sedemikian, Nauzzubillah!
InsyaAllah, saya tidak akan mendedahkan keburukan dan keaiban orang kerana saya percaya Allah itu maha adil! Biarlah orang hendak kata apa pun kerana sekiranya apa yang mereka katakan itu tidak benar, mereka sebenarnya menambah pahala kepada saya! Senyum tawa dan tegur sapa semakin hambar dan pura pura! Saya pun sudah mula merasakan seakan ada sesuatu yang tidak kena kerana insan2 tertentu sudah mula menunjukkan 'diri' mereka yang sebenar! Akan saya jadikan pengalaman sebagai pengajaran yang sungguh berharga! Saya tetap saya dan tiada kuasa selain kuasa Allah yang mampu mengubah saya untuk menjadi orang lain! Buat insan2 yang masih sehaluan dan seiring jalan bersama saya, terima kasih saya ucapkan! Moga kekal tali persahabatan kita dan tidak mudah goyah dengan hasutan dan fitnah! Belajar dari kelemahan dan kesilapan supaya laluan yang kita lalui bersama akan berterusan dalam keadaan baik sampai bila bila, insyaAllah!
Saturday, 8 August 2009
Jangan lah buat macam ni lagi ....
Suddenly kawan kak long tak dapat pulak hantar diorang ke airport! Kak long terpaksa drive sendiri! Mujur lah dia boleh buat decision sendiri, sebab saya dan suami terpaksa hantar Harris kesekolah! My hubby dah mula bising - minta my 3 girls to leave the house immediately coz perjalanan ke LCCT airport mengambil masa 45 -50 minutes! Stressed sekejap, berdebar debar jantung saya takut my daughters ketinggalan kapal terbang! Selepas menjamah sedikit makanan, off the 3 went! Tak sempat nak lambai pun! Ketika itu suami dah membebel! Saya buat tak tau aje, bukan apa nanti kalau tersalah cakap ada yang kena jerit pulak! Mungkin asyik dok fikirkan about them sehinggakan sampai tersalah jalan, instead ikut jalan Glenmarie, dia ikut NKVE! Eh eh, kenapa I ikut jalan ni???? Saya toleh kearah suami dan tersenyum! Saya tahu, dia pun risau juga sebenarnya!
Saya sempat juga menghantar sms pada Aisyah, bertanyakan 'dah sampai mana? Kejap2 mata ni merenung my handphone, berdebar2 menunggu jawapan dari diorang! At 7.40, Tija replied and told me diorang dah sampai airport! Lega! I told her to go and check in sementara kak long nak cari parking! I immediately told my husband yang anak2 dah berada di airport dan belum pun sempat nak menarik nafas lega, my phone rang! 'Ma! pintu masuk dah tutup and we are not allowed to check in sebab dah 'TER lambat!!!!
I told my husband dan dia dengan selamba menjawab - ' I dah agak dah, memang tak sempat, ask them to balik la! So dengan berat hati i told my daughters what the father had said, dengan suara sedih diorang jawab ' ok lah ..! The minute saya nampak kelibat diorang turun dari kereta, bagai digeletek2 hati ini - saya ketawa tak henti henti! Diorang pun apa lagi, merungut rungut sesama mereka dan siap menjeling kearah saya! Dah nak buat macamana, dah terlambat! Mungkin ada hikmah disebalik semua kejadian pada pagi itu! My 'maid' pun tumpang sekaki, mengekek ngekek ketawa bila melihat anak dara pingitan saya tak jadi berangkat! Hai, nasib, nasib! Seperti biasa lah Aisyah tidak mudah putus asa, sampai saja dirumah dia terus cari alternative lain! Kalau tanya saya pada waktu itu, saya akan jawab 'tak payah pergi la' tapi kesungguhan mengatasi segalanya - finally they managed to buy bus tickets to go to Penang at 6pm! Pendek kan cerita, mereka bertiga akhirnya berjaya juga meneruskan niat untuk ke Penang!
Jangan lah buat planning macam ni lagi!!!!
Monday, 3 August 2009
Apabila hati tersentuh ...
Bila saya kenang balik majlis pada malam itu, saya terasa amat bersyukur kerana selain dari ahli keluarga ada juga teman2 yang sudi meluangkan masa memenuhi jemputan saya! Terima kasih yang tidak terhingga pada murid2 sekolah agama yang turut serta membaca yassin pada malam itu! Saya mengharapkan ramai teman2 yang datang tapi sebaliknya ramai juga yg tidak dapat hadir! Ada yang memberi alasan ada hal, ada jemputan lain ada yg juga kata 'malas' sebab penat dan ada juga yang ter 'kantoi' sendiri apabila saya dapat tahu yang mereka telah pergi ke majlis jemputan yang lain tapi didepan saya dia kata dia sibuk! Ada juga dua tiga tetamu saya yang sudi datang dan kemudian selepas solat bergegas balik untuk memenuhi undangan lain! So sweet of them yang sudi memenuhi jemputan saya! Kebetulan pada malam itu memang ada dua jemputan, satu dari saya dan satu lagi dari jiran yang tinggal berdekatan! Kami adek beradek sepakat untuk mengadakan majlis tahlil ini di masjid atas sebab ruang yang terhad dirumah. Di masjid bukan saja tempat yang besar tapi ramai jemaah dapat solat bersama! Itu yang seronok sebenarnya apabila kesemua ahli keluarga dapat solat berjemaah bersama2 jemaah yang lain pada malam itu! Saya sedikit pun tidak marah atau berkecil hati pada jiran2 yg mungkin sengaja ataupun tidak untuk datang kemajlis saya, cuma sebetulnya saya rasa amat terkilan! Apapun saya dah menjalankan kewajipan saya sebagai seorang Islam untuk menjemput tapi kalau mereka sendiri tak mahu memenuhi jemputan saya, nak buat macamana kan?? Itu semua diluar kemampuan saya untuk mempersoalkannya!
Bukan lah hendak menyalahkan sesiapa, cuma apa yang bermain didalam kepala saya ialah kenapa boleh jadi macam itu ya? Apakah memang betul alasan yang diberi atau sebaliknya? Itu yang membuat hati kecil ini tertanya tanya. Inilah kelemahan saya, mudah sangat terasa! Mujur lah suami dan anak2 begitu memahami dan berkali2 memberitahu supaya saya menerima semuanya dengan hati terbuka! Walaupun agak sukar tapi dalam waktu yang sama saya berasa lega sebab pasti ada hikmah disebalik semua ini. Ini adalah satu pengajaran yang cukup berharga buat saya supaya tidak mudah lagi menaruh harapan yang tinggi pada orang lain selain dari ahli keluarga sendiri . Mungkin jugak sifat saya yang mudah menganggap orang luar sebagai ahli keluarga adalah kurang wajar! Macamana baik sekalipun tanggapan kita pada mereka, mereka masih tetap orang luar!
Terima kasih pada suami tercinta kerana terpaksa mendengar rintihan hati ini walaupun ada juga tindakan saya yang kurang disenanginya tapi dia tetap ADA, menjadi pendengar yang setia! Pada my daughters, i can see that u guys were quite dissapointed and sad when you all knew what had happened but i thank to you guys for being there, and also for being a good listener, though at times we had our differences but trust me, i felt so much relieved now!
Syukur kehadrat mu Ya Allah kerana memberi kekuatan pada saya dan juga membuat saya dapat melihat apa yang berlaku ini dengan hati yang tenang!. Semuga hari hari mendatang akan lebih ceria dan perkara2 yang mengguris hati dan perasaan tidak akan mudah bertapak! Like wanchu had once said, jangan peduli dengan apa yang orang kata, yang penting kita tahu apa yang kita buat! Lets bygone be bygone!
Yang selama ini 'tersembunyi' dan 'terselindung' disebalik mulut dan kata kata yang manis sudah semakin terang dan jelas! Baru lah kini saya dapat memahami erti 'persahabatan' yang sebenar! Yang buruk itu datangnya dari kesilapan dan kecuaian kita sendiri! Sekali lagi kupanjatkan kesyukuran kehadrat mu Ya Allah diatas segala nikmat dan rahmat mu! Amin Ya Rabal Alamin!