Baru selesai sebulan kita berpuasa dan kini kita berada dibulan Syawal! Dikesempatan ini lah kita menggambil peluang yang ada untuk memohon ampun dan maaf dari orang tua kita, saudara2 kita dan semua ahli keluarga! Disaat kita menghulurkan tangan memohon kemaafan, ketika itulah kesayuan bersarang dihati mengenang kesilapan dan kesalahan dan mengharapkan kemaafan yang tulus dan ikhlas ..
Persoalannya sejauh mana keikhlasan kita memberi kemaafan?
Walaupun berjuta kali kita meminta dan memberi kemaafan tapi adakah kita benar benar ikhlas? Bagaimana dengan orang2 yang pernah menzalimi kita, yang pernah menyakiti kita, yang pernah melukakan hati kita adakah kita dapat memaafkan hanya dengan sekadar memohon maaf? Astaghfirullahalazim! Siapa lah kita untuk tidak memaafkan?
Walaupun semanis mana sekalipun mulut ini menuturkan kata2 memohon maaf, tapi apa yang tersirat didalam hati hanya Allah yang maha mengetahui! Bila persoalan ini diajukan pada diri sendiri, sudah tentu saya tidak boleh membohongi hati ini kerana masih juga ada tersimpan perasaan marah, kecil hati dan dendam ... Disaat ini lah timbul persoalannya sejauh mana keikhlasan kita memohon dan memberi kemaafan! Setiap kali timbul perasaan marah, sakit hati dan dendam, satu titik hitam akan ada dalam hati kita! Bayangkan kalau selama ini hidup kita dipenuhi dengan sifat2 tersebut dah pasti hati kita menjadi hitam legam!!
Hari ini apabila saja tersedar dari tidur, saya terus mengucapkan 'subhanallah' dan 'alhamdulillah', bersyukur kerana masih diberi peluang untuk menikmati kehidupan ini! Bersyukur kerana diberi kesihatan yang baik, pendengaran yang baik, penglihatan yang baik dan tidak akan putus2 memohon kehadrat ilahi agar diberi hati yang bersih dan ikhlas!
Hidup didunia ini tidak kekal, sampai satu ketika nanti pasti kita akan kembali kepadaNYA jadi akan ku berusaha sedaya upaya agar dapat ku kikiskan segala sifat2 yang tidak baik dan memohon digantikan dengan sifat2 yang mulia! Setiap kesilapan dan kesalahan ku, ku mohon agar diberi kesempatan untuk menebusnya sebelum terlambat!
Syukur Alhamdulillah, dibulan Syawal yang mulia ini dan dengan kesempatan yang masih ada, ku susun sepuluh jari memohon ampun dan maaf diatas segala salah dan silap agar masih ada diluar sana yang dapat menerima salam kemaafan dari ku ...
Kata kata dibawah ini saya ambil dari sms seorang teman, yang hendak saya kongsi bersama :
Biar renggang di fana dunia
Biar hina di mata manusia
Biar semangat semakin tua
Biar harta semakin tiada
Biar akal semakin berusia
Biar jauh kedudukan kita
Jangan tergadai SILATURAHIM antara kita
Salam Aidil Fiti, Salam Kemaafan!
No comments:
Post a Comment