Akhirnya dapat juga saya meluangkan masa yang sedikit ini untuk menulis! Dah hampir 3 minggu sibuk memanjang - macam2 benda nak buat, macam2 perkara nak dibereskan! Seperti menguji kesabaran pulak kerana ia berlaku dibulan yang mulia ini! Memang lah meletihkan dan ada kala terasa benar macam berada dipadang pasir! Akan tetapi, syukur alhamdulillah kerana keimanan ini masih utuh!
30 Ogos 2009 - hari lahir suami tercinta! Sambutan yang sederhana kerana jatuh dalam bulan puasa tapi masih tidak mematahkan semangat saya dan anak2 untuk menyambutnya! Lebih menyeronokkan, anak2 semua ada! Buat pertama kalinya kami sekeluarga berbuka puasa diatas tikar seperti zaman saya kecik2 dulu! Saya dapat lihat keceriaan diwajah suami apabila dikelilingi oleh semua anak2nya! Bagi saya dan suami, tiada yang lebih menyeronokkan selain daripada melihat semua anak2 ada disekeliling, riuh dengan gurau senda dan gelak ketawa! Saya percaya ini adalah merupakan hadiah yang paling istimewa buat suami yang sangat dikasihi dan disayangi!
Ahhhhhhhhhhhhhh, masih banyak kerja yang hendak dibuat rupanya! Nak kemas disana, disini masih banyak yang perlu diuruskan. Setiap kali tengok keadaan sekeliling, mulut ni selalu kata yang saya boleh 'beres' kan tapi sebenarnya dalam hati kecil ini tahu sememangnya tak ada jalan pintas untuk menyiapkan semuanya dalam waktu yang terdekat ini ...! Walaubagaimanapun saya pasti semuanya akan berjalan dengan baik, mudah2an ...
Saya dan suami dah ada 'hobby' baru!!!! Buat pertama kalinya setelah berkahwin selama hampir 25 tahun, baru saya tahu yang suami tercinta saya ni adalah "jack of all trades". Dia pandai berkebun rupanya! Semenjak dua menjak ni, kami berdua banyak menghabiskan masa bersama melakukan sesuatu yang selama ini saya sendiri tidak tahu yang dia 'berbakat'! Menakjubkan sungguh! Rupa2nya mereka adek beradek memang ada kelebihan masing2!
Semakin hari semakin 'sayang' - bak kata pepatah melayu 'tak kenal, maka tak cinta'. Itulah apa yang sedang saya alami dan rasakan sekarang! Makin hari makin bertambah keinginan ini untuk 'merialisasi' kan impian saya, walaupun masih ada banyak yang perlu dilakukan tetapi saya YAKIN BETUL, ini adalah yang TERBAIK buat saya sekeluarga ....!
Kini, saya perlu terus memandang kehadapan walaupun adakala terasa juga ingin menoleh kebelakang, untuk melihat apa yang saya tinggalkan! Walaupun ada ketikanya saya seolah tidak mahu memikirkannya tapi saya tidak mampu membohongi hati kecil ini! Saya percaya ini merupakan satu titik tolak yang amat penting dalam kehidupan saya kerana pada awalnya semuanya kelihatan samar2 seperti dalam mimpi! Kini, insyaAllah dengan izin yang maha Esa, sedikit demi sedikit saya dapat merasakan bahawa tidak lama lagi saya akan 'berpijak dibumi yang nyata'!
Yang penting kita harus yakin, kemudian percaya dan insyaAllah selebihnya kita berserah pada Allah, tuhan yang Maha Agung lagi Maha Mengetahui ...
No comments:
Post a Comment