Bersyukur kehadrat Allah swt kerana dengan izinnya, dapat saya, suami dan anak2 menempuhi ramadhan pada kali ini! Diam tak diam sudah masuk hari ke5 kita berpuasa! Seronok kerana kali ini my eldest daughter and my second daughter ada bersama2 pada bulan yang penuh barokah ini! Hati kecil ini sedih juga bila teringatkan my son Hafiz yang sekarang berada di Pulau Pinang tidak dapat bersahur dan berbuka bersama sama kami! Saya percaya Hafiz mampu menjalani ibadah puasa dengan baik, tak perlu dengar leteran saya yang dah jadi macam routine setiap tahun iaitu 'jangan lupa berniat', 'jangan asyk tidur je', jangan asyik tengok tv', bla bla bla ....!
Mengimbau kembali zaman kanak2 saya setiap kali berpuasa di bulan ramadhan, arwah emak akan masak lauk istimewa untuk makan waktu bersahur iaitu daging masak kicap dan telur masin! Ya, telur masin sebab arwah mak kata selalunya waktu bersahur kita tak ada selera untuk makan jadi dengan adanya telur masin pasti menyelerakan! Seingat saya kami semua akan dikejut seawal jam 3 pagi untuk bersahur! Seperti biasa, pada awal puasa semuanya bersemangat untuk bersahur tapi bila dah masuk minggu kedua dan seterusnya semua dah jadi malas! Arwah mak akan pastikan kami semua bersahur sehinggakan sekarang ini setelah saya berumah tangga dan mempunyai keluarga sendiri, bersahur adalah satu kemestian! Saya juga akan pastikan anak2 saya bersahur! Pernah juga saya dengar rungutan mereka2 yg tidak suka bersahur kerana katanya pada waktu pagi2 mcm tu, mana lah ada selera untuk makan tapi pada saya ia adalah sebaliknya kerana setakat ini, saya seronok menyediakan makanan untuk bersahur kerana suami dan anak2 sentiasa berselera! Seawal 4.30 pagi saya akan bangun dibantu oleh pembantu rumah saya memasak makanan sahur dan belum pernah lagi saya tengok diorang tak mahu makan! Saya akan pastikan sebelum masuk waktu imsak, anak2 meminum milo panas dan memakan kurma! Amalan ini telah dibuat oleh arwah mak saya semenjak saya kecil lagi kerana katanya ia akan memberi tenaga dan kita tidak akan berasa letih dan lapar!
Pada mula2 hendak mengajar anak2 berpuasa memang lah memerlukan kesabaran yang tinggi mujur lah suami saya begitu sabar melayan kerenah anak2! Kalau tanya saya mungkin saya cepat mengalah sebab tak tahan bila anak2 merengek2 dan lepas tu kata tak larat berpuasa! Suami saya lah dengan penuh sabar memujuk mereka! Kadang2 tu berpuluh kali diorang menelefon kami dipejabat untuk mendapat izin untuk berbuka sebab tak tahan! Kalau ikutkan saya, tentulah saya suruh diorang berbuka saja tapi bapa mereka akan memujuk dengan lembut dan sabar! Sebab itu lah seawal 6 tahun kesemua anak2 saya sudah dapat berpuasa penuh!
Sekarang apabila melihat anak2 sudah besar panjang, sudah mengerti tentang kewajipan berpuasa, saya sudah boleh menarik nafas lega! Zaman dimana saya terpaksa berdepan dengan kerenah yang menguji tahap kesabaran 'to the max' sudah berakhir! Even anak bongsu saya pun dah mampu berpuasa tanpa perlu saya memujuk seperti tahun2 sebelumnya! Syukur alhamdulillah!
Ramadhan kali ini agak menyeronokkan sebab selain dapat berkumpul dengan semua anak2 pada waktu bersahur kemudian berbuka puasa selepas itu dapat pula mengerjakan solat tarawih bersama2 di masjid berdekatan! Teringat pula semasa dizaman anak dara, saya serta adek beradek perempuan yang lain akan ikut arwah mak kemasjid untuk solat tarawih! Bila dikenang kembali, terasa keseronokan ketika itu dimana kami semua akan berjalan kaki kemasjid dengan penuh semangat! Terbayang wajah arwah mak, berseri seri kerana seronok apabila kami semua ikut dia kemasjid! Kini anak2 saya pula yang menemani dan barulah saya tahu betapa seronoknya bersama2 ahli keluarga menunaikan solat tersebut!
Dua tahun lepas, semasa anak sulong saya hendak berangkat ke UK dan kebetulan pula waktu itu bulan puasa, saya cukup cemas! Manakan tidak bila memikirkan anak sulong buat pertama kalinya akan berpuasa di negara orang tanpa ahli keluarga, saya jadi tak tentu arah dibuatnya! Walaupun saya cuba mengawal emosi untuk melepaskan dia pergi tapi hakikatnya saya cukup risau! Suami lah yang banyak menyakinkan saya kerana kata beliau dia yakin yang anak kami mampu berdikari dan menjaga diri dengan baik! Betul rupanya kata2 suami sebab ternyata anak saya mampu menyesuaikan diri di negara orang! Tak terbayang keresahan hati ini sebenarnya bila memikirkan semua itu tapi setiap kali mendengar suara cerianya saya merasa lega dan alhamdulillah tak banyak masalah yang timbul rupanya! Tahun berikutnya anak kedua saya pula berangkat ke UK dan ketika itu baru saya terasa bila kedua2 anak dara saya tak ada bersama! Maka tinggal lah empat beradek dirumah tapi tak lama kemudian anak ke4 saya pula mendapat tawaran belajar di Uitm Pulau Pinang! Keluarga saya jadi semakin mengecil jadi untuk tahun ini apabila hampir kesemua anak2 ada bersama2 lebih2 lagi pada bulan ramadhan ini, saya begitu seronok dan bersyukur! Nak masak pun dah mula bersemangat! My 2nd daughter pula kerjanya, hari2 beli kueh mueh dibazaar ramadhan! Kadang2 tu sampai penuh meja dengan makanan. Pada waktu itu, suami saya akan selalu menegur sebab dia cukup marah kalau sampai ada pembaziran!
Saya seronok bila anak2 ada bersama2, yang pasti saya tidak akan lepaskan peluang untuk sentiasa bersama mereka dalam bulan yang mulia ini! Semoga segala amalan kami disepanjang bulan yang mulia ini mendapat keberkatan! InsyaAllah!
2 comments:
selamat berpuasa aunty min and family...semoga ramadhan kali ni bawa keberkatan..amin!! miss u all~~
Selamat berpuasa to u too my dearest emi! Harapan semoga puasa kita diterima dan mendapat ganjaran pahala yg berlipat ganda!
Post a Comment