Thursday, 13 August 2009

Bagaikan pinang di belah dua!

Seronok rasanya apabila saya dapat memenuhi undangan ke majlis akad nikad anak jiran saya baru baru ini. Majlis nya sungguh meriah, khemah2 dihias indah dengan lampu chandelier! Wah! memang ada class majlis ini maklumlah tuan rumah pun bukan calang2 orang! Terdetik juga dalam hati ini, sekiranya sudah sampai jodoh anak2 dara saya kelak, adakah saya bersedia ketika itu, mengadakan majlis yang besar dan gemilang? Saya yakin setiap anak2 ada rezeki masing2 dan sebagai ibubapa tentulah kami ingin memberi yang terbaik dan yang termampu!

Pelamin walaupun simple tapi cantik dan menarik, mana kan tidak ianya adalah hasil kerja tangan 'Pak Abu' - wedding planner yang terkenal! Semua orang kenal siapa Pak Abu ni, dah beribu selebriti , orang kenamaan serta kerabat diraja menggunakan khidmat beliau! Deretan hantaran dihiasi indah tersusun rapi! Sempat saya, Fairouze, Hanim, Julia dan cikgu Min berseloroh tentang majlis untuk anak2 kami nanti! Kata saya kalau ada banyak duit, boleh lah dapatkan khidmat Pak Abu tapi kalau tak cukup budget, hasrat untuk mendapatkan khidmat beliau akan tinggal jadi 'abu' saja! Sempat juga saya bagitau kawan2 supaya bila tiba giliran mereka mengahwinkan anak nanti kena lah fikirkan barang2 yang boleh kitar semula! Mengekek ngekek kitorang ketawa! Kawan saya mencelah, katanya itu idea yang baik jadi kalau gubahan2 anak nya kelak warna emas, bila dah pass down ke saya, saya tukar lah pulak ke warna perak!!! Bukan itu saja baik dari pelamin hingga ke bunga telur kami kena fikirkan agar semua itu nanti dapat dikitar semula!! Ada juga yang bagi idea untuk ambik semula bunga telur, katanya 'kita bagi pegang je, sebelum balik, keluarkan telur dan kita ambik semula bunga telur tu!! Ada ke patut?? Bayang kan lah, tapi mungkin tak mustahil, hehehe!

Tak lama kemudian, rombongan pengantin lelaki pun tiba! Handsome dan kacak sungguh pengantin lelaki! Barang2 hantaran dari mereka juga tidak kurang hebatnya! 9 dulang dari pihak perempuan dibalas dengan 7 dulang dari pihak lelaki! Sekali lagi kami terpukau apabila pengantin perempuan dibawa turun untuk majlis akad nikah! Cantik dan ayu sungguh pengantin perempuan! Wajah beliau mirip ibunya dan pada malam itu beliau mengenakan busana pengantin serba putih, sedondon dengan pengantin lelaki! Alhamdulillah hanya dengan satu lafaz saja, sah kedua mempelai menjadi suami isteri! Saya dapat lihat keriangan terpancar diwajah kedua ibubapa mempelai!

Setelah selesai majlis akad nikah, tetamu yang hadir telah dihidangkan dengan jamuan makan yang sungguh lazat! Melihatkan majlis yang sesempurna ini, pasti tuan rumah membuat persediaan yang cukup teliti! Memang tak dapat dinafikan tuan rumah mempunyai citarasa yang tinggi dan eksklusif!

Keesokannya, saya dan suami sekali lagi diundang kemajlis resepsi bertempat di Cenderawasih Ballroom, Glenmarie Golf & Country Club, Holiday Inn Glenmarie! Dah lama sebenarnya kami berdua tidak pergi kemajlis sedemikian! Majlis yang gilang gemilang, dipenuhi dengan para jemputan! Tak hairan lah sekiranya tuan rumah berhabisan untuk majlis sedemikian kerana dari hiasan hinggalah kemeja makan, semuanya cantik dan teratur! Kami juga dihiburkan dengan 'life band' dengan lagu lagu baru dan lama yang sungguh menghiburkan! Sebelum berangkat pulang, saya sempat berbisik dengan kawan saya Fairouze agar kami semua kena pergi ke kelas vokal supaya majlis perkahwinan anak2 kami nanti, tak payah nak upah penyanyi luar! Kita masing2 boleh menyanyi ikut giliran, pasti gamat jadinya! Fairouze sempat juga memberi komen 'hai, semua kena buat sendiri ke Min? Pengsan kita nanti, mana nak buat persiapan, mana nak buat gubahan, mana nak sambut orang, mana nak menyanyi ....! We looked at each other and we had a good laugh!!!!!! Nama pun angan angan kan!

Kepada kedua mempelai yang kelihatan 'bagai pinang dibelah dua' - kami doakan agar perkahwinan ini kekal hingga keakhir hayat! Ribuan terima kasih kepada tuan rumah yang sudi mengundang kami berdua!

No comments: