Bukan ingin mendabik dada dan bermegah megah tapi itulah hakikatnya - dimana saja saya tinggal sebelum ini saya belum pernah menghadapi masalah dengan jiran tetangga! Bahkan hubungan saya dengan mereka kekal mesra hingga ke hari ini! Seingat saya belum pernah sekalipun terjadi perkara2 yang boleh menjejaskan hubungan baik diantara kami! Bahkan Islam juga mengajar kita supaya berbaik baik dengan jiran tetangga sehinggakan kita dianjurkan untuk mengenali dulu siapa jiran kita sebelum kita berpindah kesesuatu tempat!
Lain padang, lain belalang! Manusia juga dijadikan dengan bermacam2 ragam begitu juga lah dengan jiran tetangga! Pada awalnya semua nya baik tapi lama kelamaan macam2 pulak yang berlaku! Yelah, saya akui apabila kita baik dengan seseorang kita akan mudah berkongsi masalah, mudah meluahkan perasaan dan terlalu mudah juga meletak kepercayaan pada mereka sehinggakan kita lupa bahawa mereka hanyalah sekadar 'kawan' biasa! Apabila keadaan berubah mula lah keluar semua cerita2 yang menyakitkan hati! Yang A kata B, yang B kata C dan berterusan sehinggakan kita sendiri tidak tahu lagi cerita yang sebenar! Tak pasal2 mula lah ada yang 'tersentap', takde angin takde ribut tengok kita menjeling jeling! MasyaAllah ada lagi rupanya orang2 macam ni ya! Saya ingatkan apabila kita bertambah maju, berpelajaran tinggi dah tak ada orang yang bersikap macam ni! Bukan lah ingin menunjuk pandai tapi saya pasti semua ini berpunca dari sikap manusia yang suka menyampai nyampai cerita! Pernah seorang hamba Allah memberitahu saya kononnya ada orang memberitahu dia yang saya ni suka menunjuk nunjuk, suka cakap besar dan suka cari gaduh dengan orang! Tergamam saya seketika! Saya kenal diri saya dan saya yakin sifat yang beliau sebut itu tidak ada dalam diri saya! Ternyata orang yang membuat cerita ini tidak mengenali saya! Fitnah lah tu kan?
Rupanya berbuat baik tidak lagi memberi jaminan yang kita akan dibalas dengan kebaikan - orang2 yang pernah satu ketika dulu datang meminta pertolongan, pernah bercerita kisah suka duka, pernah datang meminjam barang2 dapur, pernah datang mengambil barang2 saya tanpa meminta izin terlebih dahulu, pernah datang makan dan minum sekarang ini sudah menganggap saya sebagai 'musuh' pula! Yang lebih menakjubkan, orang orang yang begitu baik seketika dulu sudah menunjukkan 'warna' diri mereka yang sebenar! Terserempak di satu majlis, ada hamba Allah ini merenung saya macam saya 'berhutang' dengan dia! Biadab sungguh! Lupa atau pura pura lupa yang saya lah orang yang pernah 'menolong' dia satu ketika dulu! Betul juga kata kata mantan Perdana Menteri kita yang 'melayu mudah lupa ..' Kalau lah mulut saya ni jahat dah lama semua cerita sensasi beliau saya hebahkan satu dunia! Yang pasti saya tidak akan berbuat begitu sebab saya masih punya keluarga dan saya tidak mahu ada diantara kami kelak diuji dengan perangai sedemikian, Nauzzubillah!
InsyaAllah, saya tidak akan mendedahkan keburukan dan keaiban orang kerana saya percaya Allah itu maha adil! Biarlah orang hendak kata apa pun kerana sekiranya apa yang mereka katakan itu tidak benar, mereka sebenarnya menambah pahala kepada saya! Senyum tawa dan tegur sapa semakin hambar dan pura pura! Saya pun sudah mula merasakan seakan ada sesuatu yang tidak kena kerana insan2 tertentu sudah mula menunjukkan 'diri' mereka yang sebenar! Akan saya jadikan pengalaman sebagai pengajaran yang sungguh berharga! Saya tetap saya dan tiada kuasa selain kuasa Allah yang mampu mengubah saya untuk menjadi orang lain! Buat insan2 yang masih sehaluan dan seiring jalan bersama saya, terima kasih saya ucapkan! Moga kekal tali persahabatan kita dan tidak mudah goyah dengan hasutan dan fitnah! Belajar dari kelemahan dan kesilapan supaya laluan yang kita lalui bersama akan berterusan dalam keadaan baik sampai bila bila, insyaAllah!
No comments:
Post a Comment