Tuesday, 10 November 2009

Pengajaran yang tidak ternilai ...

Kalau lah saya dapat rakamkan satu lakonan yang sungguh hebat, pastinya ramai akan mengkagumi insan ini! Sepanjang saya mengenali dia, tidak langsung saya terfikir yang satu hari nanti saya akan dapat lihat diri dia yang sebenar! Walaupun hakikatnya ramai yang menyedari 'lakonan' beliau tapi saya masih boleh meneruskan persahabatan itu atas sebab2 yang saya sendiri tidak pasti! Kalau nak dikatakan saya beruntung mengenali insan ini, tidak jugak! Kalau nak dikatakan dia istimewa, tidak jugak tapi kenapa saya terus2an menyayangi dan mempercayai beliau, saya tidak mampu menjawabnya!

Mulut saya tidak henti2 beristighfar sebab masih tidak percaya dengan apa yang saya baca dalam sms itu! Baru sangat rasanya 'dia' bersama saya, tidak sampai 24 jam dia mendakap erat tubuh saya, mencium pipi saya, bercerita tentang kawan2, mengutuk kawan2 yang kononnya membenci saya, bersama2 solat dan membaca yassin ketika majlis doa selamat saya itu! Menghadiahkan saya dengan 100 botol air mineral untuk dibacakan yassin, menikmati hidangan saya, membawa pulang bermacam2 makanan2 saya, bercerita, bergurau dan akhirnya semua itu berakhir dengan sesuatu yang mengejutkan! Rupa2nya ia adalah sekadar lakonan. Hairan sungguh saya memikirkan tentang sikap beliau ini yang sanggup datang kemajlis saya, berpura2 dengan sikap baiknya tetapi yang jelas beliau tidak ikhlas dan hanya menjalankan peranan 'baik' beliau untuk mengaburi mata saya! Sayang sekali, saya langsung tidak mengesyaki apa2, sehinggalah peristiwa 'sms' berlaku!

Akhirnya segala kebaikan kita selama mengenali dia sekeluarga, berakhir dengan kebencian! Kata2 manis bertukar dengan kata2 kesat yang amat mengguris hati! Kalau dulu saya dipihak benar tiba2 saya pulak yang dikatakan bersalah! Apabila kita diserang dengan kata2 yang kita tidak sekali2 menduga akan keluar dari mulut orang yang kita suka, yang kononnya menyebelahi kita tiba2 bertukar, tentulah amat mengecewakan!

Seharian saya dalam keadaan tertekan! Bermacam2 bermain dikepala memikirkan dimana kesilapan saya! Saya forwardkan sms2 itu pada anak2 perempuan saya yang berada diUK, saya forwardkan juga pada adek beradek saya yang lain supaya mereka tahu cerita yang sebenar! Melihatkan keadaan saya begitu, suami tercinta lah yang banyak mententeramkan saya begitu juga dengan anak2 dan keluarga! Mereka begitu memahami betapa hancurnya hati saya!

Seperti yang saya katakan, lakonan insan ini sungguh hebat sehinggakan dapat mengaburi mata semua orang! Sayang sekali saya tidak langsung dapat mengesannya walaupun berkali2 telah diberitahu oleh suami, anak2 dan juga adek beradek saya! Pernah saya tertanya2 kenapalah keluarga saya tidak berapa suka saya begitu rapat dengan insan ini dan sekarang barulah saya tahu! Ketika semuanya terbongkar, keadaan sudah terlalu parah kerana selama ini orang yang kita percayai rupa2nya seperti 'gunting dalam lipatan'. Apabila dia bersama saya, dia mengutuk habis2 orang disebelah sana dan begitulah seterusnya apabila beliau bersama mereka!Sehinggalah lakonan beliau memakan diri beliau sendiri!

Sayang sekali, begitu cetek pemikiran beliau yang sanggup menjadi dalang dalam semua kemelut ini! Kini setelah beberapa hari, saya mula dapat berfikir dengan tenang, mengimbau kembali setiap kata2 yang beliau lemparkan kepada saya, saya mula tersenyum! Akhirnya terbukti juga kebenaran walaupun saya akui dalam situasi ini ada juga kesilapan saya! Pengajaran yang amat 'mahal' buat saya! Terima kasih ya Allah kerana telah menyedarkan kesilapan saya dan mengizinkan saya melihat kelemahan saya! Saya redha dengan ketentuan ini! Walaupun a lot of damaged have been done, tapi saya bersyukur sekurang2nya saya diberi peluang untuk mengenali hati budi insan ini yang sebenar!

Tidak akan saya hitamkan hati saya ini dengan membenci bahkan dengan hati yang ikhlas saya maafkan beliau kerana saya tidak mahu memusuhi sesiapa! Mulai saat ini saya akan anggap mereka2 ini bukan lagi kawan2 saya dan saya juga tidak mengenali mereka! Segala yang berlaku akan saya jadikan pengajaran agar tidak mudah mempercayai sesiapa pun selain dari ahli keluarga kita sendiri!

Alhamdulillah, syukur saya kehadrat Allah kerana memberi saya kekuatan untuk menghadapi ujian ini dengan waras! Bagi saya 'mereka2' ini sudah tidak ujud lagi dalam kehidupan saya dan akan saya lemparkan jauh2 segala kenangan bersama mereka!

Hari ini, saya adalah saya, dikelilingi oleh insan2 yang paling saya cintai iaitu suami, anak2 serta kaum keluarga saya!!! Saya memohon maaf kepada mereka kerana selama ini saya tidak mendengar nasihat mereka. Mereka lah yang akan terus bersama saya dalam keadaan susah dan senang!

Sekiranya kelmarin penuh dengan kisah yang melukakan dan meruntum hati kecil ini tetapi hari ini saya bangun dengan penuh ceria!
Yang baik itu semuanya milik Allah dan yang tidak baik itu datangnya dari kelemahan dan kesilapan kita sendiri! Agak terkilan dan sedih kerana hubungan baik selama ini berakhir dengan cara ini! Saya redha dan terima semua ini dengan hati yang terbuka kerana pengajaran disebalik semua yang berlaku adalah amat berharga buat saya! Buat mereka2 ini yang sekarang sedang bergembira kerana telah berjaya mengeruhkan keadaan, teruskan lah! Saya tidak akan henti2 memohon petunjuk dari Allah agar suatu hari nanti kebenaran akan terbukti juga! Saya memohon agar saya serta seluruh kaum keluarga saya dijauhi dari orang2 yang sedemikian. Bersihkan hati, ikhlaskan niat dan jadilah hamba Allah yang jujur dengan diri sendiri dan orang2 disekeliling kita! Semoga saya akan lebih berhati2 dimasa hadapan dan minta dijauhkan dari berjumpa, berkenalan dan berkawan dgn manusia2 ini! Mudah2an! Amin ya rabbal alamin ...

No comments: