Wednesday, 28 October 2009

27 Oktober 2009

27 Oktober 2009, genap 22 tahun umur anak dara ke2 saya, Siti Aisyah Azmin! Alhamdulillah bersyukur saya kehadrat Allah swt kerana dengan izinNya Siti Aisyah dapat merayakan hari lahirnya pada tahun ini! Ini merupakan kali kedua beliau tidak dapat menyambut hari jadi bersama keluarga sebab beliau sekarang berada di UK! Walau dimana sekalipun beliau berada, doa saya dan suami sentiasa mengiringi beliau agar dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, berilmu, beriman serta menjadi insan yang berguna!

Saya dapat lihat banyak persamaan dalam diri Siti Aisyah dengan saya! Seperti saya, beliau suka berjenaka, mudah mesra dengan sesiapa saja, mudah sensitif, mudah mengeluarkan air mata dan mudah tersentuh jiwanya! Sejak kecil lagi beliau seorang yang sangat periang, suka bercakap, suka mereka reka cerita dan suka membuat sesuatu diluar dugaan - seperti dengan berani memberitahu kelas beliau 'boring' semasa di tadika, bila disuruh mandi, beliau akan jawab dengan selamba 'no, thank you!, suka 'bergusti' dan 'tarik rambut' dengan kakaknya, tidak suka bersukan (mcm mama dia), suka menari dan yang paling istimewa beliau suka membantu sesiapa saja yang memerlukan! Saya tak pernah lupa bagaimana beliau bercengkang mata menolong menyiapkan 'folio' untuk anip semasa pmr dulu dan sikap beliau yang selalu bersedia menolong sesiapa saja dengan rela hati! Dan saya dapat lihat kesungguhan dalam diri beliau setiap kali melakukan sesuatu!

Anak yang agak degil, selalu bercanggah pendapat dengan saya, suka buat sesuatu tanpa berbincang, suka membuat keputusan dan kemudian menyesal, suka menyerak, suka tidur, suka bershopping dan yang paling dia suka ialah berbelanja ...! Itulah Siti Aisyah Azmin binti Mohamed Azri. Ada ketika kami berdua boleh berkongsi masalah, adakala juga kami tidak sependapat kerana sifat degil beliau adakalanya melewati batas!

Walaupun saya mempunyai 6 orang anak, tapi setiap mereka mempunyai kelebihan dan keistimewaan yang tersendiri! Tidak ada seorang pun yang mempunyai karektor yang sama! Kalau nak disebut tentang kenakalan dan kedegilan, keenam2 pun ada tapi masing2 berbeza dan sebagai ibu saya selalu kena fikirkan jalan terbaik untuk menangani setiap masalah mereka! Kini hampir kesemua mereka telah dewasa dan melihat mereka semua membesar, sihat dan sudah pandai memilih jalan kehidupan masing2 walaupun masih memerlukan panduan dan tunjuk ajar tapi saya amat bersyukur! Doa dan harapan saya agar anak2 saya menjadi insan2 yang berjaya didunia dan diakhirat!

Kini setelah 22 tahun saya masih menganggap dia seperti seorang anak kecil, kerana sukar menerima hakikat yang beliau sudah dewasa! Dalam doa saya, saya selalu memohon agar anak2 perempuan saya berjaya dalam pelajaran, berjaya mencapai impian dan cita cita dan ditemukan jodoh dengan orang2 yang baik dan beriman, yang dapat membimbing mereka kejalan yang benar! Sebagai ibu saya hanya mampu mendoakan yang terbaik dan mudah2an doa saya dimakbulkan!

Buat anak ku Siti Aisyah Azmin, semoga berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi, semoga ditemukan dengan jodoh yang baik, semoga menjadi anak yang tidak lupa diri dan berjaya didunia dan juga di akhirat!

Salam kasih sayang dari mama dan "selamat harijadi yang ke22"!!!!

No comments: