Cerita ini telah disampaikan kepada saya beberapa minggu lepas! Tujuan saya menulis di blog ini bukan untuk memburukkan sesiapa tetapi ianya menarik minat saya untuk berkongsi cerita ini kerana pada pandangan saya ianya mengandungi pengajaran yang baik untuk kita renungkan ....
Pada hari itu saya sempat pergi kepasar untuk membuat my weekly marketing, selalunya saya pergi samada hari sabtu atau ahad tp kesibukan pada hari tersebut telah memaksa saya untuk pergi pada hari isnin! Lengang sungguh pasar pada hari itu, mungkin disebabkan ramai yang tidak berniaga! Memandangkan cuma beberapa gerai ikan saja yg berniaga dan ikan2 pun tidak ada yang segar jadi saya terus ketempat jual sayur! Seperti biasa wanita yg menjual sayur ini akan sentiasa menegur pelanggan2nya dengan ramah termasuk lah saya! Ketika itu tak ramai pembeli jadi dia sempat mempelawa saya untuk merasa kuih2 raya yang dibawa dari rumah! Untuk tidak menghampakan pelawaan beliau saya pun sempat mengambil sekeping biskut. Sambil itu wanita tersebut sempat bercerita dengan saya bagaimana sambutan hariraya beliau pada tahun ini.
Cerita wanita itu, beliau terpaksa berniaga sehingga petang raya kerana permintaan yang banyak dari para pelanggan. Kedai ditutup pukul 4 petang, terus balik kerumah memasak untuk berbuka puasa dan sempat juga memasak rendang dan merebus ketupat! Setelah selesai berbuka, suami mengajak dia kerumah saudara yang tinggal berdekatan untuk takbir raya! Selesai saja majlis takbir, mereka pun pulang kerumah. Alangkah terperanjatnya mereka anak beranak apabila mendapati rumah mereka telah dimasukki pencuri! Sebaik beliau melangkah masuk, ruang tamu habis berselerakan, bergegas kedalam bilik - hancur hatinya apabila mendapati laci tempat beliau menyimpan duit berniaga dan juga barang2 kemas telah dikosongkan! Terduduk mengenangkan duit jualan telah habis dicuri juga barang2 kemas peninggalan arwah ibunya! Berkata kata dalam hatinya kenapa lah sampai terjadi begini, sedih mengenangkan wang hasil titik peluhnya berniaga hilang sekelip mata! Malam raya sepatutnya meriah tapi beliau pula berduka dgn kejadian yang menimpa! Anak gadisnya meraung kesedihan kerana duit serta barang kemas beliau juga diambil! Tiba2 bagaikan ada satu kekuatan dalam dirinya - dia beristighfar berkali kali dan memberitahu dirinya ini adalah dugaan dari Allah dan apa yang berlaku itu sebagai takdir dan sempat memujuk anak2nya agar bersabar! Suami dan anak lelaki beliau terus membuat lapuran polis! Sementara menunggu ketibaan pihak polis beliau sempat mengangkat pasu2 yang pecah diluar rumah mungkin terlanggar oleh pencuri! Semasa beliau sedang mengalih pasu2 tersebut tiba2 beliau ternampak satu bungkusan terselit ditepi pagar rumahnya, setelah diamati beliau dapati itu adalah 'karung beg kain' yang beliau gunakan untuk menyimpan duit hasil jualan siang tadi! Segera beliau membuka dan terus terduduk disitu kerana karung beg itu penuh dengan duit dan barang2 kemas beliau!!!! Alhamdulillah jeritnya berkali2, dan bersyukur kehadrat Allah kerana ternyata wang hasil jualan dan barang2 kemas beliau itu adalah dari hasil yang halal sebab itu beliau dapat balik walaupun diduga hanya beberapa minit untuk merasa kehilangannya! Masya Allah!
Sejurus kemudian pihak polis pun tiba! Katanya lagi pihak polis percaya pencuri2 itu telah meninggalkan rumah itu dengan tergesa2 dan kemungkinan besar karung beg itu tercicir! Setelah diperiksa beliau dapati wang serta semua barang2 kemas beliau masih ada, yang hilang cuma handphone, beberapa balang kuih raya (dasyat betul punya penyamun, kuih raya pun nak curi!) dan yang kelakarnya pencuri sempat 'menjamu selera' memakan ketupat dan rendang yang beliau masak siang tadi!
Apa yang menarik minat saya ialah kejadian selepas itu kerana 'so called jiran' beliau yang tinggal berhadapan rumah beliau selama 20 tahun, ye 20 tahun tidak pernah sekali pun menegur sapa beliau tiba2 menegur suami beliau itupun semata2 untuk bertanya apa yang telah berlaku mungkin kerana menyedari kehadiran beberapa pegawai polis dan kereta peronda! Sempat juga beliau bercerita tentang jirannya ini kpd saya yang katanya langsung tidak mahu berbaik mungkin kerana dia hanya seorang peniaga sayur dipasar dan jirannya pula seorang berpangkat! Tambah beliau lagi suaminya juga pernah ditegur kerana meletak van buruk mereka didepan rumah kerana kononnya tidak sesuai di letakkan disitu!
Bersemangat sekali wanita ini bercerita dan saya juga seolah2 terpaku mendengar setiap cerita beliau. Dipendekkan cerita, pada pagi raya setelah menunaikan solat hari raya bersama keluarga tiba2 suami beliau meminta beliau menyediakan ketupat dan rendang untuk dihantar kerumah jiran depan rumah! Terperanjat besar beliau kerana selama 20 tahun mereka seolah2 tidak pernah ujud, jangan kata pelawa dtg kerumah, majlis perkahwinan anak perempuan mereka pun tidak diundang! Suami beliau berkeras untuk menghantar makanan itu juga jadi dengan berat hati beliau menyiapkan semua makanan itu dan suami beliau terus menghantar kerumah jiran tersebut! Beliau memerhatikan suaminya dari dalam rumah, berdebar2 hatinya takut disambut dengan dingin tapi apa yang berlaku adalah sebaliknya! Ternyata tanggapan beliau salah sama sekali, suami beliau disambut dengan baik dan pada petang itu 'jiran' itu pulak mengunjungi beliau dan sejak dari hari itu mereka sudah mula berbaik baik! Saya pulak yang seronok mendengar cerita wanita ini. Dua kejadian yang menimpa keluarga ini yang mempunyai hikmah yang tersembunyi. Wajah wanita ini begitu ceria sekali semasa menceritakan kejadian yang menimpa beliau, seolah olah beliau pasrah menerima ujian itu! Setelah membeli sayur2 yang saya perlukan, kami pun bersalaman memohon maaf kalau ada salah silap dan saya pun terus beredar, ketika itu tak sabar rasanya untuk saya berkongsi cerita ini pada suami ( pendengar setia) saya ...
No comments:
Post a Comment