Saturday, 24 October 2009

Sekadar pesanan ...

Termenung saya seketika memikirkan tak lama lagi anak dara saya Siti Khadijah akan meninggalkan alam persekolahan dan jika ada rezeki akan melanjutkan pula pelajarannya ke peringkat tinggi! Walaupun seronok melihat anak dara bongsu saya ini sudah besar panjang tapi hakikatnya saya masih berat hati untuk melihat dia melangkah kealam dewasa setelah tamat peperiksaannya kelak! Semalam saya dan suami menghadiri majlis 'Graduation Nite' untuk merayakan pelajar2 tingkatan 5, sekolah Sri Kuala Lumpur! Majlis yang meriah yang dipenuhi oleh ibubapa pelajar, yang kebanyakannya begitu teruja melihat pencapaian anak2 mereka! Melihat my daughter melangkah keatas pentas menerima sijil beliau, hati dan perasaan saya bercampur baur dengan kegembiraan dan kesedihan, tak sangka rasanya waktu berlalu dengan pantas sekali sehinggakan adakala saya terlupa bahawa anak saya sudah dewasa rupanya!!

Tatkala my eldest and my 2nd daughter tamat tingkatan 5, perasaan yang serupa saya lalui seolah2 saya seakan tidak bersedia untuk melepaskan mereka! Ketika mereka mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran keperingkat tinggi sekali lagi saya berdepan dengan situasi yang serupa! Naluri seseorang ibu memang sukar digambarkan apatah lagi untuk meluahkannya! Hanya dengan doa serta kasih sayang yang sentiasa mengiringi mereka walau dimana sekalipun mereka berada!

Cepat sungguh masa berlalu, kini my son Haniff baru saja menyambut harijadi beliau yang ke21! Tiada hadiah istimewa dari saya dan suami hanya sekadar mendoakan kesejahteraan beliau, agar menjadi insan yang beriman, insan yang berjaya didunia dan akhirat! Haniff anak yang baik, terlalu senstif jiwanya, mudah tersentuh hatinya dan adakala keras hati juga tapi dia tetap istimewa buat kami! Semoga perjalanan hidupnya diberkati dan mampu berdikari, mampu menggalas segala tanggung jawab sebagai seorang manusia yang beriman dan menjadi insan yang berguna! Masih jauh perjalanan yang akan beliau lalui, jalan yang penuh dengan ranjau dan duri tapi saya yakin Haniff mampu melaluinya walaupun terpaksa berdepan dengan bermacam2 dugaan dan cabaran! Doa saya agar dia setabah bapanya yang tidak pernah mengeluh atau mengalah setiap kali berdepan dengan berbagai cabaran hidup! Saya mahu keenam enam anak saya mewarisi sifat2 'survivor' dari bapa mereka agar mereka semua tidak mudah berputus asa dan tidak mudah mengaku kalah!


Suka atau tidak, masa akan terus berlalu dan meninggalkan kita! Anak2 makin dewasa, makin bijak mengatur kehidupan! Bagi saya tidak ada satu 'formula' pun yang ada dimuka bumi ini yang dapat menjanjikan 'kejayaan', 'kebahgiaan' dan 'kesenangan' tanpa perlu kita berusaha! Kegagalan lah yang banyak mengajar kita tentang realiti kehidupan yang sebenar kerana setiap kejayaan itu bermula dari kegagalan! Pengalaman banyak mengajar kita tentang susah senang, suka duka, menang kalah tapi terpulang pada kita samada kita dapat jadikan pengalaman itu sebagai pengajaran! Kita tidak dapat lari daripada berdepan dengan manusia atau keadaan yang memaksa kita membuat pilihan, walaupun adakalanya kita terperangkap ditengah2 tanpa bantuan dan pertolongan! Bukan semua orang2 disekeliling kita yang bersikap jujur dan ikhlas - kalau lah mudah kita mengenal pasti mereka2 ini, sudah pasti dunia ini aman sekali!

Pesan buat anak2 ku, utamakan lah kasih sayang serta hurmat menghurmati diantara sesama insan, jauhkan perbalahan dan elakkan permusuhan! Selagi saya mampu memberi nasihat ini buat anak anak tercinta selagi itulah saya tidak akan berhenti berdoa agar anak2 saya menjadi insan2 yang berguna!

Salam kasih sayang buat suami dan anak anak yang amat saya kasehi kerana mereka adalah nadi kebahgiaan saya ......


No comments: