Alhamdulillah, ku panjatkan rasa kesyukuran yang teramat kehadrat Mu Ya Allah kerana dengan izin Mu, kami sekeluarga dapat merayakan AidilAdha pada 27hb November yang lepas! Terasa sayu juga apabila mengenangkan dua anak perempuan saya yang tidak dapat turut sama! Cuma panggilan telefon dapat menghilangkan rasa rindu ini pada mereka ...
Termenung saya sejenak apabila memikirkan tentang maksud pengorbanan yang sebenar! Setiap kita yang ada dimuka bumi ini memang tidak dapat lari dari melakukan 'pengorbanan' samada untuk diri sendiri, keluarga, sahabat handai tak kurang juga untuk kehidupan, kerjaya dan bermacam2 lagi agaknya!
Puas sebenarnya saya pujuk hati ini, pujuk rasa marah dan rasa teraniaya yang teramat sangat terhadap satu pengorbanan yang terpaksa dilakukan oleh suami tanpa diberi sebarang pilihan! Walaupun pada zahirnya saya tidak mampu mempamirkan rasa tidak puas hati diatas tindakan suami tapi hakikat yang sebenar, saya rasa amat kecewa, marah, geram dan menyampah pada seseorang insan ini diatas sikap beliau yang tidak bertanggung jawab!!
Apapun alasan yang diberi namun saya masih tidak dapat memaafkan atas segala kerumitan dan kesusahan yang timbul akibat dari perbuatan yang hanya mementingkan diri sendiri! Pernah kah insan ini terfikir bagaimana perasaan saya dan anak2 apabila suami terpaksa akur dengan keputusan yang dibuat tanpa kerelaan hati kami?
Pada 24hb November lepas, suami saya dengan rasminya diistiharkan 'muflis' gara2 perbuatan orang lain! Apakah 'pengorbanan' yang dilakukan suami saya ini setimpal dengan perbuatan insan ini? Persoalannya adakah 'insan' ini sanggup melakukan 'pengorbanan' yang sama? Dari awal lagi saya tidak bersetuju kerana ini membabitkan nama dan maruah keluarga saya tapi saya kagum dengan sikap suami saya yang sanggup mengistiharkan dirinya 'muflis' semata2 untuk menjaga nama dan status seseorang! Lebih menyakitkan hati saya, apabila insan ini tidak langsung menunjukkan rasa simpati dengan apa yang berlaku! Apakah 'pengorbanan' yang dilakukan suami saya, tidak langsung membuka hati dan perasaan insan ini untuk sekurang2nya memahami apa yang terpaksa kami sekeluarga lalui??
Rasa kecewa yang begitu menebal tidak dapat saya bendung lagi kerana pada saya 'pengorbanan' yang dilakukan oleh suami memang tidak berbaloi! Saya redha kiranya 'insan' ini dalam kesusahan tapi sebaliknya beliau sekeluarga hidup senang lenang! Walau apapun ganjaran yang beliau janjikan, tapi ianya tidak akan dapat menebus nama dan maruah keluarga saya yang tercemar! Saya cukup yakin bahawa Allah itu maha adil dan akan tiba satu saat nanti apa yang kami lalui akan berlaku keatas insan ini juga.
Bukan untuk jadi orang yang tidak mengenang budi bahkan saya sentiasa ingat diatas segala jasa dan budi baik insan ini pada keluarga saya tapi makin hari rasa hormat saya pada insan ini makin menipis kerana hingga kesaat ini saya masih tidak mampu untuk mengerti bagaimana seseorang yang tinggi kedudukannya lagi bijaksana sanggup lakukan semua ini keatas suami saya!!!
Saat ini, hati saya begitu terluka! Tidak mudah untuk saya menerima apa yang berlaku tapi akan saya gagahi juga demi suami dan anak2! Dimanakah letaknya sifat kemanusiaan serta perasaan beliau apabila hidup dalam kemewahan disebalik penderitaan orang lain? Setiap kali saya bersua muka dengan insan ini, buat saya rasa benci yang teramat sangat dan jangan ada yang sanggup menyalahkan saya serta anak2 kerana membenci insan ini kerana sememangnya beliau tidak layak bertandang dalam hati kami sekeluarga!
"Ya Allah, ampuni lah segala dosa dosa ku! Jadikan hamba mu ini seorang yang tabah menghadapi apa jua ujian yang kau berikan keatas kami sekeluarga! Bersihkan lah hati ku ini Ya Allah dan jauhkan lah diri ku, suami ku dan anak2 kami daripada perkara2 yang merugikan" Amin, yarabbal alamin"
No comments:
Post a Comment