Wednesday, 2 December 2009

KALAU HATI INI MAMPU BERSUARA!

Banyak benda yang hendak saya lakukan pada minggu ini. 'Things to do' list dah ada dalam kepala tapi manusia ni hanya boleh merancang, at the end of the day Allah juga yang tentukan! Banyak egenda yang sudah tersasar dari garisan, alamat jenuh lah jugak nak susun balik dan kena pulak fikirkan 'alternatif' lain! Kadang2 tu geram pulak dibuatnya tapi nak buat macam mana kan?

Berzikir dengan memuji nama2 Allah banyak membantu tatkala saya kebuntuan! Syukur alhamdulillah kerana ketika saya berdepan dengan 'gelombang' yang paling tinggi, terasa dengungan yang membingitkan, bila degupan jantung semakin laju dan ketika berada ditengah2 situasi yang tidak menyenangkan! Ibarat saya lalui satu lorong yang penuh dengan cabaran, merasakan kepayahannya namun saya berjaya laluinya dengan berkat zikir yang saya baca! Setiap kali ada sesuatu yang tidak enak menyinggah dihati kecil ini, saya akan perbanyakkan zikir serta istighfar dan semua permasaalahan itu akan berlalu pergi walaupun adakala ianya berlalu terlalu perlahan. Bersyukur saya sekali lagi kerana diberi kekuatan dan ketabahan hati setiap kali saya berada dilorong yang gelap ini! MasyaAllah!

Betapa bersyukur juga saya kerana masih berkesempatan memperbaiki kekurangan, membetulkan yang salah, meluruskan jalan yang semakin bengkang benkok dan menjernihkan sesuatu yang semakin hitam! Hari ini sempat saya sujud syukur dihadapan Mu Ya Allah! Dengan penuh kesyukuran hambaMu sujud dihadapan maha PenciptaNYa kerana telah memberikan cahaya ketika dalam kegelapan, memberi harapan ketika dalam kehampaan dan memberi kekuatan ketika dalam lemah! Subhanallah, walhamdulillah Walla illa haillallah huwallah huAkhbar!!

Apapun saya terpaksa akur, suka atau tidak setiap dugaan harus saya tempuh! Inilah kata2 yang sering saya ingatkan pada anak2 agar mereka juga berani berdepan dengan apa jua rintangan dan dugaan hidup ini! Saya tidak mampu menghulurkan bantuan pada setiap permasaalahan namun saya hanya mampu berdoa dan terus berdoa tanpa ada rasa jemu kerana Allah itu Maha Mendengar dan Maha Mengetahui.


~ Langkah ini terhenti seketika kerana 'tersesat' dilorong yang gelap lagi namun dalam tercari cari jalan keluar, ku lihat samar samar cahaya nun dihujung jalan! Aku mengorak langkah ini semula walaupun tepaksa berhati2 namun ku yakin aku pasti akan jumpa juga jalan keluar, insyaAllah ~

No comments: