Monday, 14 June 2010
Apabila kita khilaf ...
Kita hanya mampu merancang dan adakalanya apa yang kita rancang tidak berlaku tapi itu bukan bererti yang kita memungkiri janji. Saya hanya mampu meminta mereka bersabar sedikit namun ada yang tidak faham, bahkan menyalahkan saya kerana memungkiri janji!! Saya sedih ....
Dalam hidup ini rasanya dah banyak kali saya berkorban hanya untuk menggembirakan hati orang lain! Saya sering mengenepikan perasaan saya demi menjaga perasaan orang lain! Apa yang saya dapat hanyalah kata2 yang menghiris2 hati kecil ini ...
Terlalu banyak air mata ini mengalir kerana mereka, namun mereka tidak pernah ambil peduli! Tak terhitung bagaimana susahnya saya untuk melelapkan mata kerana risaukan tentang keadaan mereka namun dimanakah silapnya sehinggakan tidak sedikit pun mereka tunjukkan yang mereka mengerti perasaan saya ..
Apakah kerana mereka fikir mereka sudah dewasa, sudah pandai mengatur hidup mereka sehingga mereka tidak perlu lagi mendapatkan pandangan saya! Apabila saya bersuara, dikatanya saya tidak adil, berat sebelah dan sengaja tidak mahu memahami perasaan mereka! Bagaimana dengan perasaan saya????
Ketahuilah bahawa hati kecil ini begitu terluka! Dalam kegairahan melihat kejayaan yang mereka perolehi seringkali hati kecil ini tersentuh dengan sikap dan kerenah mereka! Sekarang ini kata kata saya sudah tidak diendahkan, perasaan saya sering dikecewakan dan sampai bila mereka akan faham??
Dah puas rasanya saya menyembunyikan kelukaan dihati ini namun saya hanya manusia biasa! Usia yang semakin menambah ini membuatkan hati ini begitu sensitif dan tak mampu menampung segala kekecewaan! Cukup lah, tak tertanggung rasanya untuk menempuhi ujian ini lagi! Mujur, sekeping hati kecil ini masih mampu mendapat ketenangan setiap kali saya menghadapkan diri kepadaMU Ya Allah, tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang!
Pesanan saya buat mereka, sedar dan fahami lah bahawa apa yang saya lakukan selama ini adalah untuk kebaikan semua tetapi mungkin saya silap dan tidak sebijak mereka untuk memahami setiap yang berlaku! Tanggungjawab saya masih belum selesai selagi saya masih mampu bernafas, selagi itulah saya akan terus mendoakan kesejahteraan untuk kalian semua ...
Sunday, 16 May 2010
Enough is enough ...
Saya akui kelemahan saya dan saya sedar bahawa saya dijadikan oleh Allah tidak sempurna, namun saya tidak pernah memperlekehkan kekurangan dan kelemahan orang lain! Saya menganggap kehidupan saya ini seperti satu pengembaraan. Banyak ranjau dan duri yang perlu saya lalui dan tempuhi begitu juga suami dan anak2 saya! Sebaik mungkin saya cuba mengelak dari mengambil tahu hal2 yang tiada kena mengena dengan saya atau ahli keluarga saya tetapi ada juga 'orang' yang diluar sana tak penat2 mengambil tahu hal saya sekeluarga ..
'Orang' yang kepochi ni bukan takde suami, bukan takde anak tapi apa yang dia nampak hanya kekurangan dan kelemahan orang lain! Saya tak boleh tutup mulut dia tapi kalau dah keterlaluan, silap2 haribulan boleh buat saya hilang sabar!!
Yang dia nampak hanya anak2 orang saja yang bermasalah walhal anak dia sendiri pun takde kurangnya! Dah lah tu, dia mempersoalkan pulak kenapa kita ibu bapa tidak tahu bertindak, tidak tahu mengajar anak, tidak tahu itu ini! Dia hebat sangat ke?? Tolong lah, tak perlu susah payah cuba mengajar anak orang!!! I just want YOU to stay away from my children, stop bugging them, stop giving remarks and stop telling them what to do!! Enough is enough ... Daripada sibuk mengambil tahu hal anak2 orang kan lebih baik ambik tahu hal anak sendiri! Yang pasti saya tahu anak2 saya bukan hipokrit! Cukup2 lah menganggu kehidupan orang lain - tengok lah diri sendiri dan cermin diri tu supaya nampak diri ANDA yang sebenar!
Kalau diikutkan dah lama saya ingin putuskan perhubungan kami sebab saya tidak mahu menghitamkan hati saya membenci insan ini! Wang ringgit serta harta kekayaan belum tentu boleh menjamin kebahagian lebih2 lagi kalau semua extra itu tidak langsung membuat kita peka dengan keadaan sekeliling sehingga boleh membuatkan kita seperti orang yang tidak punya perasaan!!!
Kalau kena batang hidung sendiri, bukan main lagi dia melenting! Sampai tegang urat leher tu bila bercakap dan cakap dia aje yang betul - pandangan dan kata orang semuanya salah!! Bila terlalu ghairah membetulkan orang lain, kekurangan pada diri sendiri pun tak perasan! Yang dia tahu mengata, mengata dan terus mengata!! Pernah saya pejamkan mata saya dan membayangkan bagaimana tangan saya ini memberi satu tamparan pada mulutnya yang celupar tu! Walaupun hanya membayangkan tapi puas jugak rasanya, hehehe!!
Jadi saya juga perlu bermuhasabah diri, perlu memperbaiki setiap kelemahan yang ada agar kelak saya tidak di 'benci' atas sikap dan perangai saya! Wallahualam ....
Thursday, 13 May 2010
MAID to order ....
Sejak dari mula dia menjejakkan kaki kedalam rumah, saya sudah mula sangsi dengan kebolehannya walaupun ejen beria ia memuji kononnya 'pembantu rumah' saya ini seorang yang rajin dan boleh memahami sedikit bahasa melayu untuk memudahkan saya memberi arahan! Memandangkan dia adalah pembantu Kemboja yang ketiga dibekalkan oleh ejen yang sama yang mana sebelum ini, the first two, terpaksa saya 'reject' sebab tidak memenuhi dengan kehendak saya!
Ingatkan masalah saya selesai rupa2nya makin bertambah kerana terpaksa berdepan dengan kerenah pembantu rumah yang sorang ni! Bab kerja boleh lah tahan tapi kalau tak dipantau mulalah kerja tak senonoh! Rutin kerja selama 15 bulan tak pernah berubah - bangun pukul 6 pagi, terus capai penyapu dan menyapu ruang tamu, mata pun masih separuh tutup! Selesai menyapu terus mop itupun mop ikut suka hati 'nenek' dia - kalau saya tak check dia akan buat sambil lewa! Habis selesai kerja dalam rumah yang tak sampai 20 minit dia menyapu diluar rumah pulak! Yang saya tak faham tu, walaupun dah berbuih mulut ni menegur namun dia buat jugak iaitu menyapu laman diluar rumah masa gelap lagi, tak boleh ke tunggu sampai hari cerah sikit??? Entah apa yang dikejarkan pun saya tak tahu, walhal masa tu masih panjang lagi!
Dah lah tak cuci muka, tak gosok gigi lepas tu kalau minum air suka berdiri dan cawan tak cuci terus letak balik! Kalau lah saya boleh ulang tayang macamana angin saya boleh jadi puting beliung, rasanya boleh dimasukkan dalam youtube untuk tontonan semua! Pada awalnya setiap kali saya melenting, adalah jugak perubahan tapi cuma sekejap lepas tu back to her old habits!!! Itulah yang berlaku selama 15 bulan dia bersama saya dan kalau ditanya kenapa dia masih lagi bekerja dengan saya, jawapan saya - ENTAH!!!!!!
Baru2 ini dia dah buat saya naik angin sekali lagi! Selama ini belum pernah ada pembantu rumah saya yang berani mengambil atau memasak brg2 saya tanpa mendapat kebenaran cuma dia saja yang berani - memasak ikan tenggiri saya tanpa bertanya terlebih dahulu! Yang menggeramkan saya, ikan lain tak suka makan tapi kalau ikan tenggiri, favorit dia!! kalau cuma sekeping masih boleh saya maafkan tapi ini tidak, dalam masa 3 hari habis semua ikan tenggiri saya dimakannya tanpa rasa bersalah langsung!!! Kebiadaban dan kurang ajarnya dah melampaui batas dan kali ini kesabaran saya telah diuji ketahap maksimum!
Lebih menyakitkan hati apabila dia dah pandai melawan cakap saya, kalau ditegur sikit mulalah dia meninggikan suara! Sekarang dah bertambah gemuk, manakan tidak, makan banyak kerja sikit, pantang kalau saya duduk diatas, mulalah masuk bilik dan tidur, pukul 8 malam dah masuk tidur - belum pernah ada pembantu rumah yang tidur 10 - 12 jam sehari tapi si malaun sorang ni aje yang berani buat ....
Kalau ikutkan sakit hati ni, dah lama saya hantar dia balik tapi ejen sewel pulak tak dapat gantikan saya dengan yang baru! Duit saya dah banyak habis jadi suka atau tidak saya terpaksa walaupun bertentangan dengan kehendak hati ini bertahan hingga hujung tahun!!! Biarlah orang menganggap saya ini seorang majikan yang garang tapi untuk spesis macam ni kita kena bersikap demikian!! Jiran sebelah selalu mengadu yang dia dah mula bercakap2 dengan security guard semasa saya tiada dirumah dan pernah mengajak orang itu masuk kehalaman rumah saya! Itu apa yang jiran saya nampak, apa yang tak nampak Allah saja yang tahu ...
Kini saya sudah jarang keluar sebab anak dara saya sudah mengambil alih tugas menghantar anak bongsu saya kesekolah dan ternyata dia begitu risau sebab saya ada untuk memantau kerjanya! Baru2 ini saya jumpa nombor handphone dalam biliknya!! Eeeeeeeeeeeee kalau diikutkan geram saya ni, nak aje saya kerjakan dia ...
Hingga kesaat saya menulis ini saya masih belum dapat cari jalan yang terbaik samada untuk menghantar dia balik atau bertahan hingga tamat tempoh dia bekerja pada hujung tahun ini!! Soalannya, mampukah saya??????
Wednesday, 5 May 2010
Nilai 100 pound sterling
Yelah, bagi orang yang berpendapatan besar apalah sangat dengan 100 pound tu ye?? Mungkin pada mereka sama aje nilainya bergantung dimana wang itu dibelanjakan! Kalau dalam keadaan kita yang banyak duit dan kemudian dengan murah hati pula menghadiahkannya pada seseorang tanpa rasa ralat dihati sudah pasti kita tidak akan rasa 'menyesal' dengan pemberian kita itu TETAPI kalau kita sudah menghulurkan wang tersebut kepada seseorang kemudian kita tidak henti2 mengungkit, apakah pemberian itu dikira ikhlas????
Pada saya, sekiranya pemberian itu tulus dan ikhlas tak perlulah kita menyebutnya berkali kali! Kalau dah rasa dengan memberi itu boleh me'miskin' kita, lebih baik simpan ajelah duit itu! Kenapa perlu kita susah payah memberi, lebih baik disimpan saja agar wang itu bertambah banyak! Agaknya lah bagi mereka2 ini wang adalah segala galanya! Pada saya 'wang' itu adalah rezeki kurniaan Allah! Walaupun wang saya hanya ada RM1, saya tetap bersyukur dan selalu berdoa agar wang ringgit yang saya dan keluarga perolehi itu diberkati Allah!! Kalau ada wang berjuta sekalipun tapi hidup tak tenteram buat apa kan?? Kita jadi hamba duit, sampai bila pun tak akan pernah cukup tapi kalau kita sentiasa bersyukur dengan wang yang sedikit pun boleh buat kita bahagia!!!!
Disudut hati kecil ini saya simpati pada insan ini kerana walaupun hidupnya senang lenang, mewah wang ringgit tapi masih ada yang kurang! Saya katakan begitu kerana samada dia sedar atau tidak, apa yang terpancar diwajahnya tidak lah seceria dirinya! Mungkin dia bimbang, takut2 harta yang dimilikki akan diambil orang! Syukurlah walaupun dalam keadaan yang tidak mewah tapi saya dapat rasakan kedamaian didalam hati ini. Suami dan anak2saya sentiasa membuat saya hidup dalam realiti dan bukan fantasi!!
Saturday, 24 April 2010
April 2010 dalam kenangan ...
12hb April 2010, harijadi anak bongsu saya Muhammad Harris yang ke13 tahun! Kami cuma sambut sesama sendiri di TGIF! Tak percaya rasanya anak bongsu saya ni dah besar! Doa dan harapan saya agar Harris akan menjadi seorang anak yang soleh, beriman dan berjaya didunia dan juga diakhirat!
Pada tanggal 16hb April 2010, pada jam lebih kurang 9.30 malam, saya telah kehilangan seseorang yang sangat saya hurmati, kagumi dan sayangi iaitu bapa mertua saya Mahmood bin Osman. Kehilangan yang tidak akan ada penggantinya! Disudut hati kecil ini tersimpan rasa kasih yang amat sangat pada arwah! Semenjak saya kehilangan bapa tercinta, arwah lah yang menjadi penggantinya! Mungkin sepajang hayat arwah, saya tidak berpeluang dan berkesempatan untuk menunjukkan kasih sayang saya pada arwah namun Allah maha tahu betapa saya menyanyangi dan menghormati arwah seperti bapa saya sendiri. Adakala saya rasa tersisih kerana saya tidak mampu memenangi hati arwah seperti menantu2 arwah yang lain! Namun sebagai pengubatnya, saya sering teringat pujian arwah kalau saya masakkan lauk kegemaran arwah iaitu 'asam pedas'! Tak lah sesedap mana tapi arwah selalu kata asam pedas saya sedap dan kata2 itu sudah cukup membuat hati saya berkembang mekar!!
Semenjak arwah jatuh sakit, saya sering berdoa agar arwah cepat sembuh dan kembali ceria seperti sediakala! Saya mahu melihat arwah sihat dan ceria dan setiap kali saya melihat keadaan kesihatan arwah yang semakin menurun saya rasa begitu tersentuh dan sedih! Tak sanggup saya melihat setiap kali arwah menjerit kesakitan! Saat ketika arwah nazak, saya sempat berada disisinya, sempat membisikkan kalimat syahadah ditelinganya, sempat menyuap air yassin kemulutnya dan sempat membaca yassin untuknya sebelum ambulan membawa arwah pergi!! Walau seribu tahun sekalipun, saat saat akhir saya bersama arwah tidak akan pudar dalam ingatan ini ..
Kini arwah telah pergi buat selama lamanya dan amat dirasai oleh semua kaum keluarga! Yang tinggal kini hanyalah kenangan yang akan sentiasa mekar dalam sanubari setiap anak, menantu dan cucu cucu arwah! Al Fatihah buat arwah yang dikasehi .....
Pada 21hb April 2010, tarikh ulang tahun perkahwinan saya yang ke 25 tahun! Teramat bersyukur kehadrat ilahi kerana dengan izinnya saya dan suami dapat melayari alam rumahtangga selama 25 tahun! Sepanjang waktu itu, banyak suka duka yang saya lalui namun kasih sayang suami serta kesabarannya bersama saya dalam susah dan senang membuat saya rasa begitu bersyukur mempunyai suami yang sebaiknya! Saya bukan lah jenis yang suka sambut ulangtahun perkahwinan, adakala saya terlupa lansung namun pada tahun ini sungguh memeranjatkan sekali apabila suami mengucapkan happy anniversary pada saya! Terasa diri ini begitu dihargai!!! Terima kasih buat suami tercinta, semoga cinta kita, kasih sayang kita akan kekal hingga keakhir hayat!
Saturday, 20 March 2010
Warisan keluarga ku ..
Sejak kecil lagi kami selalu didedahkan dengan makanan yang lazat lazat sebab kebetulan keluarga sebelah arwah bah memang tukang masak istana! Masih ingat lagi waktu itu saya masih kecil dan dibawa beraya kerumah keluarga arwah bah di JB dan buat pertama kalinya saya merasa 'trifle' buatan Mak Ngah Nina! Sedapnya tidak terkata! Mak Ngah merupakan tukang masak istana dan semua masakan beliau memang lazat dan sedap! Itulah puncanya kami berpeluang menikmati dan merasa masakan istana. Salah satu masakan beliau ialah Harisa, sejenis masakan Arab kalau tak silap saya, yang dimasak dengan rempah ratus, daging lembu atau ayam dan dicampur dengan Oats dan dimakan dengan air lada dan madu! Dah lama saya tak makan Harisa! Arwah mak suka juga membuatnya dan proses memasaknya terlalu rumit tapi hasilnya cukup sedap!!! Bercerita pasal masakan ni memang seronok bahkan saya pernah terfikir untuk membukukan semua resipi resipi peninggalan keluarga!
Seperkara tentang arwah mak adalah kehebatannya mampu meneka bahan2 yang digunakan dalam masakan hanya dengan merasa selepas itu beliau akan memasaknya semula dan ternyata ia selalu menjadi! Arwah seorang yang sangat pemurah, sesiapa saja yang minta diajar apa saja masakan, dengan senang hati beliau akan mengajarnya! Kalau pasal resipi dah beratus kali dia memberi pada sesiapa yang meminta! Bukan itu saja, beliau siap tunjuk ajar sekali! Sekarang ni saya pula yang mewarisi sifat beliau itu! Pada saya setiap kali sesiapa saja yang minta resipi atau minta diajar apa jenis masakan ( yang saya tahu saja la) pasti dengan mudah saya memberinya! Ada juga teman2 yang agak kedekut untuk berkongsi resipi, ada tu bagi resipi pun tak lengkap! Pernah terjadi apabila saya meminta satu resipi biskut dari seseorang, hasinya sungguh mengecewakan kerana bukan saja tak jadi bahkan biskut itu jadi bantat! Pernah juga saya meminta untuk diajar membuat sejenis masakan dan terang2 saya diberitahu itu resipi keluarga dan tidak boleh dikongsi!! Semua itu tidak pernah mematahkan semangat saya untuk terus mencuba sehingga saya dapat menghasilkan sesuatu masakan itu dengan baik!
Kini, apa saja jenis masakan pasti saya tidak gentar untuk mencuba! Pelbagai jenis nasi telah saya cuba dan seronok sekali bila ahli keluarga serta kawan2 memuji masakan saya! Yang paling membanggakan apabila ibu dan bapa mertua saya mengatakan masakan saya sedappppppp!! Kata kata mereka itu sudah cukup menggembirakan!
InsyaAllah dengan ilmu yang sedikit ini, saya ingin berkongsi resipi dengan kawan2 agar pahala itu dapat saya kongsi bersama...
Sunday, 28 February 2010
Perlukah kita jadi baik??
Soalan yang hendak saya jawab sejujur jujurnya. Entah lah dah banyak kali sangat perbuatan baik saya sering tidak dihargai! Adakalanya terasa seakan segala kebaikan yang kita lakukan tidak lagi mendapat balasan baik. Mungkin kerana saya terlalu mengharapkan balasan??? Tidak juga sebab selalunya sesuatu kebaikan yang saya lakukan adalah datang dari sifat semulajadi saya iaitu saya suka berbaik dengan sesiapa saja pun!
Dalam berkawan pun begitu, saya rasa teramat senang kiranya saya dapat membantu teman2 saya yang dalam kesusahan! Sesiapa yang mengenali saya, yang kenal hatibudi saya pasti tahu diri saya yang sebenar. Begitu juga dengan adek beradek dan saudara mara saya yang mengenali saya dan yang telah menerima saya seadanya! Tak payahlah nak berpura2 atau jadi hipokrit kerana sikap sedemikian tidak akan bertahan lama dan hanya akan memakan diri sendiri ..
Apakah perlu kita mengenali seseorang itu sebelum kita berbuat baik? Ternyata soalan yang mudah sebegini tidak mampu saya menjawabnya kerana siapalah kita untuk mengetahui hati budi seseorang sehinggalah sesuatu perkara itu berlaku. Yang hairannya walaupun sering 'terkena' dengan sikap2 manusia yang tidak tahu mengenang kebaikan kita namun masih tidak serik2 untuk saya berbuat baik pada sesiapa saja!
Inilah kelemahan yang ada pada saya! Saya mudah terlupa atau kadang2 sengaja nak lupa tentang setiap perbuatan kawan2 atau taulan yang menyakitkan hati! Saya berani katakan bahawa saya memilikki sekeping hati yang mudah terguris namun dalam masa yang sama hati saya mudah memaafkan. Walaupun berkali2 lidah ini mengatakan saya benci, marah, geram dan dendam pada seseorang namun dalam sekelip mata hati ini akan berubah, saya boleh memaafkan, melupakan dan menidakkan perbuatan orang yang terang2 telah menghiris hingga luka hati ini. Hakikatnya itulah saya ..
Seperti yang pernah saya katakan dulu bahawa kebaikan yang kita buat tidak lagi menjanjikan balasan yang baik! Ada segelintir teman2 yang hanya mengakui kita ini sahabat semasa dalam susah saja, lepas tu kita dimusuhi, dibenci dan macam2 pulak cerita yang tidak benar timbul. Apa yang pernah kita buat sudah jadi umpat dan keji. Lupakah mereka atau pura2 lupa tentang kebaikan yang pernah kita hulurkan tatkala mereka dihimpit kesusahan, dilanda krisis rumahtangga, kesempitan wang ringgit semua itu hanya tinggal kenangan yang hanya mereka sendiri mengetahuinya! Mungkin mereka boleh menipu saya tapi yang pasti mereka tak boleh menipu diri sendiri! Bak kata pepatah melayu 'mata bertentangan, budi pendapatan'.
Thursday, 25 February 2010
Penat lah ..
Dah penat lihat keadaan sekeliling, nak kemas takde mood pulak
Dah penat rasanya asyik tegur benda yang sama pada pembantu rumah, tapi masih tak faham faham
Dah penat makan makanan yang sama, teringin juga nak tukar selera
Dah penat pakai baju yang sama aje, teringin nak gi shopping dan beli baju baru
Dah penat tengok ruang dapur yang masih semak dengan koleksi pinggan mangkuk saya berlambak lambak tu, tapi tak tahu nak disimpan dimana
Dah penat tengok bilik anak2 yang berselerak
Dah penat tengok bilik tidur saya, nak ubah perabot dalam bilik tak larat nak buat sorang
Dah penat tengok baju2 saya yang berlambak2
Dah penat bersarapan ditempat yang sama setiap hari
Dah penat asyik kena ingatkan anak2 tentang kebersihan
Dah penat asyik membebel pada anak2, jaga diri, jaga maruah dan jaga tingkah laku
Dah penat dengan semua itu!!!
What's wrong with me??? Kenapalah saya langsung tak terdorong untuk membuat sesuatu walaupun dalam hati macam2 yang hendak saya buat! I want to do something, but what??? Penat rasanya kena tempuh benda dan perkara yang sama saban hari! Kalau dipejam mata ini, dalam kepala dapat mainkan semula semua perkara yang akan berlaku lepas satu, satu. Bagaikan dah jadi satu master copy dalam kepala ini! Penat lah ...
Kalau lah membuat keputusan itu semudah memetik jari
Kalau lah setiap keinginan itu mudah diperolehi
Kalau lah duit masuk beribu ribu bahkan berjuta juta sehari
Kalau lah mahligai impian dapat ku milikki
Kalau lah hidup tak perlu berhutang
Kalau lah tiada kemarahan dalam diri ini
Kalau lah tiada dendam kesumat terpahat di hati
Kalau lah damai sentiasa menguliti
Kalau lah bahagia milik abadi .....
Pasti bahagia menanti ...
Saturday, 23 January 2010
Seperti yang diceritakan ...
Bagaikan membawa tuah, rezeki datang melimpah limpah! Suami pula berjaya memilikki firma sendiri! Bertambah gembira apabila kehadiran cahaya mata penyeri rumahtangga. Maka keduanya melayari alam rumahtangga dengan penuh bahagia ...
Setelah beberapa ketika, si isteri mula berubah! Kekayaan dan kemewahan mengaburkan mata sehinggakan mula mendabik dada. Yang mahal semua miliknya, yang berjenama jadi pakaian untuk ditayang pada semua. Mula lupa diri, orang2 disekeliling sudah tidak setaraf dengannya. Tak cukup dengan itu, suka membangga diri kononnya suami begitu menuruti semua kata kata! Tak berani membantah walau sepatah, semua yang dipinta dan semua yang dikehendaki dipenuhi tanpa banyak bicara! Hebat wanita ini, sehebat lakonan dan sandiwaranya ..
Orang sekeliling mula terasa. Mertua sudah dilupa bahkan sering menjadi mangsa herdikannya! Yang tidak mengenali pasti tidak akan percaya kerana perwatakan wanita ini memang jauh bezanya dengan sikap dan perangai sebenarnya. Sayang sekali anugerah tuhan dipersia, kecantikan diri tak seiring dengan peribadi! Mungkin lupa kah dia bahawa segala yang dimiliki hanyalah pinjaman semata ..
Seperti yang diceritakan - wanita ini semakin menggila sehinggakan mertua tidak langsung dihormati, tengking herdik sudah menjadi biasa. Dikatanya simertua menghabiskan harta suaminya. Yang hairannya suami langsung tak berani berbuat apa apa, jangan kan menegur jauh sekali untuk memberitahu tentang salah dan silapnya! Diikutkan semua kerenah siisteri hinggakan hilang maruah diri. Kasihan simertua yang terlalu memakan hati. Ada anak tapi tak mampu membela diri ..
Seperti yang diceritakan - wanita ini sudah mula lupa diri, bagai kaduk naik junjung - lupa darimana asal usulnya, lupa kehidupan susahnya, lupa orang2 yang pernah satu ketika sebumbung dengannya. Paling menyedihkan sehingga sanggup untuk tidak mengaku perempuan yang menjadi ibu kepada suaminya ..
Terlalu gairah dengan kesenangan, terlalu taksub dengan suami yang begitu menuruti telunjuknya sehinggakan begitu berani mengeluarkan kata kata yang kononnya suaminya tidak pernah berani marah, jauh sekali menegur tentang setiap salah laku yang beliau lakukan. Katanya lagi kalau hendakkan lantai emas sekali pun, suami akan turuti ..
Saya, ketika mendengar cerita ini terkedu seketika! Tak ada perkataan yang mampu saya gambarkan tentang wanita ini! Apa yang dapat saya katakan, sayang seribu kali sayang - saat ini mungin dia masih boleh mendabik dada, tersenyum bangga, akan tetapi tidak sedar kah dia akan balasan tuhan yang maha Esa?
Buka lah mata wahai suami, jangan jadi anak yang durhaka! Kasihani lah ibu tua yang merintih duka! Walau menggunung cinta dan sayang tidak akan dapat mengambil alih kasih dan sayang seorang ibu terhadap anaknya! Yang cantik itu hanya sementara, kekayaan pula tak bawa ke syurga. Jika terlepas balasan dunia, balasan akhirat tetap tiba ..
Wahai wanita cantik jelita, berhati hati lah jangan sampai suami bertukar selera! Jangan ingat kita akan dipuja selamanya! Hari ini kita bahgia, belum tentu esok akan serupa.
Ku susun jari sepuluh ini memohon keampunan kiranya tulisan ku ini akan membuat ada yang terasa dan terluka! Ku hanya ingin menyedarkan diri ku agar apa yang berlaku ini sebagai pengajaran agar aku tidak menjadi orang yang lupa diri ...
Thursday, 21 January 2010
Antara tugas dan tanggung jawab
Di awal perkahwinan, banyak perkara baru yang perlu saya lalui! Bukan mudah sebenarnya untuk menyesuaikan diri apatah lagi berada ditengah2 ahli keluarga yang baru! Masih mentah untuk memikul tanggungjawab sebagai isteri dan menantu, banyak yang perlu saya pelajari dan hakikatnya banyak kali jua saya gagal ditengah jalan! Maka pada arwah mak lah tempat saya mengadu! Sekarang ini baru saya faham kenapa arwah mak selalu 'melenting' setiap kali saya mengadu hal2 rumahtangga saya! Itulah naluri seorang ibu yang tidak sanggup melihat anak2 mereka dalam kedukaan dan kesusahan! Nasihat yang baik saya jadikan tauladan dan yang tidak itu saya jadikan sempadan ..
Menyedari hakikat yang saya seorang manusia biasa yang ada kekurangan, saya kuatkan hati untuk melayari alam rumahtangga dengan sebaik mungkin! Diam tak diam, insyaAllah pada tahun ini, tanggal 20hb April maka genaplah 25 tahun usia perkahwinan saya! Satu tempoh yang cukup panjang melayari bahtera perkahwinan, dikurniakan dengan enam orang anak2 yang semakin dewasa dan yang paling saya kagumi adalah suami saya yang menjadi tonggak kebahagiaan saya selama ini!
Bertuah rasanya kerana kedua2 mertua saya masih ada lagi walaupun keadaan kesihatan mereka tidak berapa baik! Masih segar dalam ingatan saya tatkala keduanya masih sihat dan bertenaga! Saya sedar, saya bukan lah menantu kesayangan namun kasih dan sayang saya tidak pernah luntur buat mereka berdua. Walaupun ada kalanya saya masih tidak dapat lupakan beberapa insiden yang mengguris hati dan perasaan. Kini setiap kali saya tatap wajah kedua2 mereka, saya jadi sebak dan terharu! Hati kecil ini masih mengharapkan agar kedua2 mereka kembali sihat seperti sediakala!
Bapa mertua saya baru saja keluar dari hospital kerana menghidap 'ulcer' perut. Kelmarin saya sempat berjumpa kedua2 mereka - ternyata bapa mertua saya masih bersemangat dan sempat juga bercerita tentang kesakitan yang beliau alami! Tersentuh hati kecil ini pabila mendengar rintihan nya, mengeluh tentang kesakitannya dan wajah sayunya membuat saya begitu terharu! Dalam keadaan begitu, dia masih risaukan tentang mak mertua saya! Tambahnya lagi sewaktu dia berada dihospital, mak mertua saya tak boleh tidur sebab risaukan keadaan dia! Ternyata kasih mereka berdua masih utuh, tanpa saya sedari air mata saya mengalir ...! Masya Allah hebat sungguh kasih sayang mereka! Betapa bertuahnya mak mertua saya walaupun dalam keadaan dirinya yang uzur itu dia masih mendapat kasih sayang dari suami tercinta!
Kini saya terasa kehilangan kedua orang tua saya! Saya rindu pada mereka! "Ya Allah, ampuni lah dosa kedua2 orang tua ku, kasihani mereka sebagaimana mereka mengasihani ku, cucurkan lah rahmat Mu keatas roh mereka dan tempatkan lah mereka dikalangan orang2 yang beriman!
Pada kesempatan ini saya berdoa moga moga saya mampu melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai seorang isteri dan menantu yang dapat berjasa kepada keluarga! Hanya berbekalkan doa dan kasih sayang saya mohon pada yang Esa agar diberi kesempatan memperbaiki segala kelemahan dan kekurangan!
Thursday, 14 January 2010
Apabila mengata itu jadi satu hobi ....
Ini lah sifat orang kita, pantang dengar cerita pasal orang! Yang lesu pun boleh jadi segar bugar bila dapat cerita2 yang sensasi. Yang hairan nya tu, bila bab mengata orang bukan main lancang lagi mulut tu mengeluarkan kata2 tapi bila bab orang mengata dia balik pandai pulak dia naik angin, naik sawan dan macam2 naik lah ..
Mengata orang ni seronok agaknya ya! Manakan tidak masa mengata tu, orang yang dia 'kata' tak ada disitu, makanya bertambah seronok lah bercerita, ditokok tambah pulak dengan insiden2 yang lalu dan ada pulak ikut sedap mulut aje hingga lupa orang2 yang dia kata tu adalah kaum keluarga sendiri, kawan karib dan yang paling dasyat apabila ada yang bermuka2, depan kita dia 'kawan kita' tapi bila dibelakang macam2 cerita kita yang dijejehkan!
Itulah yang bahayanya apabila kita terlalu mempercayai seseorang. Pernah terjadi pada saya sendiri, seseorang yang saya anggap seperti saudara saya sanggup berpaling tadah dan mengata saya macam macam. Kalau ikutkan geram hati saya, nak aje saya ramas ramas mulut orang ini. Bukan aje mengata dan mengumpat tentang saya bahkan sanggup jadi 'double sided tape' - kat sini lekat, kat sana pun lekat! Mujur lah saya ni bukan jenis yang suka bergaduh dengan orang sebab pada saya orang2 sebegini tidak layak bahkan tidak sepatutnya dipanggil seorang kawan!
Ada pulak tu, suka mengata perihal anak2 orang lain! Dia lupa agaknya yang dia juga ada anak! Kalau anak orang semuanya tak baik, tak pandai, tak berjaya! Pantang kalau dengar ada anak2 kawan2 yang bermasaalah, dialah orang pertama yang nak ambik tahu! Pelik lah sebab yang dia nampak semua kekurangan pada orang lain tapi bab diri sendiri tak sedar pulak! "Eh, anak lelaki si A tu hisap dadah, anak perempuan si B tu minum arak, I pernah nampak anak kembar si C tu hisap shisha, do you know that anak si D tu suka ponteng sekolah, I nampak anak perempuan E tu ada boyfriend, etc etc etc ...
Tak cukup dengan itu, ada juga yang nak uji kesabaran kita apabila sanggup bersumpah dengan nama yang maha Esa! MasyaAllah, insaf lah wahai kawan, jangan lah sampai kita bersumpah dusta semata mata untuk membuat orang percaya dengan kata2 yang belum tentu betul!
Susah sangat ke untuk kita muhasabah diri? Sebelum kita nak mengata orang, kita lihat diri dan keluarga kita! Jangan lah kita ingat apabila keluarga kita berjaya, kita tidak akan diduga dengan masalah2 sebab hidup ini ibarat roda yang berpusing, hari ini kita diatas, akan tiba masa kita dibawah pulak!
Saya bersyukur kerana saya dikelilingi oleh orang2 yang sentiasa mengingatkan saya setiap kali saya terkeluar dari landasan, sentiasa ada untuk membetulkan kesilapan saya. Saya juga manusia biasa yang tidak sepi dari membuat silap dan salah. Alhamdulillah masih diberi kewarasan untuk menilai dan yang paling penting saya dambarkan kawan2 yang ikhlas, yang dapat menerima saya seadanya dan menegur saya kiranya saya terlanjur dalam perkataan atau perbuatan!
Semalam
cerita tentang bulan
cerita tentang bintang
cerita tentang adam dan hawa
Semalam semua yang salah jadi betul
cerita tentang hati
cerita tentang perasaan
cerita tentang siapa benar
Semalam semua yang terang jadi gelap
cerita tentang kegagalan
cerita tentang kepercayaan
cerita tentang kemanusiaan
Kini cerita semalam sudah berubah
yang tersirat tak dapat diucap
yang tersurat tak dapat diungkap
yang tinggal seribu misteri
seribu pertanyaan, seribu persoalan
namun tak akan ku lupa cerita semalam ...
Thursday, 7 January 2010
Matahari ku - Agnes Monica
Anda lah Matahari ku ...
Tertutup sudah pintu,
pintu hati ku,
yang pernah dibuka waktu,
hanya untuk mu.
Kini kau pergi,
dari hidup ku,
ku harus relakan mu,
walau aku tak mau.
Berjuta warna pelangi,
didalam hati.
Sejenak luluh bergeming,
menjauh pergi.
Tak ada lagi,
cahaya suci,
semua nada beranjak,
aku terdiam sepi.
Dengarlah matahari ku,
suara tangisan ku,
ku bersedih,
kerna panah cinta menusuk jantung ku.
Ucapkan matahari ku,
puisi tentang hidup ku,
tentang ku,
yang tak mampu,
menaklukkan waktu.
Oh
Dengarlah matahari ku,
suara tangisan ku,
ku bersedih,
kerna panah cinta menusuk jantung ku.
Saturday, 2 January 2010
Tahun baru, cerita baru namun masih kisah lama ...
Nak menjadikan cerita, adalah seorang 'jiran' lama yang menghubungi saya, bertanyakan khabar dan mengucapkan selamat tahun baru pada saya! Sudah agak lama juga saya tidak mendengar berita beliau jadi apabila dia call tu seronok pulak bercerita! Cerita berkisar tentang anak2 dan juga rumah baru saya! Bukan apa, saya seakan fobia sebenarnya untuk bercerita lebih2, takut nanti cerita saya diputar belit pulak! Sempat lah juga bertanya khabar tentang kawan2 saya dan inilah jawapan beliau ..
" .. we all missed u so much! Dah tak semeriah dulu, kalau tak setiap kali ada birthday parties ke atau gathering, u mesti ada! I missed all yr delicious cooking!" - tergelak saya mendengarnya!
Dah tak macam dulu lah, sambungnya lagi!! You know what, sipolan tu ada tanya i pasal u! I pun jawab lah, dah lama tak cakap dengan u, sambungnya lagi! "Oh ye ke?" balas saya! Actually kawan kita yang lain asyik sebut jer, kalau u ada ni, mesti dia masak macam2 kan?" sambungnya lagi. "u know what, sipolan tu terus mencebik kan bibirnya and said, "ahhhhh, sedap sangat ke dia masak?", kenapa dengan u all ni? Dah jangan sebut psl dia lagi, berbulu telinga ni lah" Setiap kali I dengar nama dia, i rasa nak muntah lah .." cerita nya lagi!
Tatkala mendengar cerita ini saya cepat2 beritahu pemanggil yang saya pun tak nak dengar dah pasal manusia ni sebab pada saya 'dia' dah lama tak ujud dalam hidup saya! Kawan saya ni seakan mengerti dan cepat2 tukar topik! Saya mula rasa tak selesa untuk meneruskan perbualan sebab saya serik dan bimbang takut nanti apa yang saya cakap akan jadi lain pulak! So dengan sopan saya bagitau pemanggil ini yang saya terpaksa ke Giant untuk membeli barang2 anak saya! Setelah memberi salam, saya pun mematikan hp saya!
Setelah itu saya tergelak memikirkan apa yang saya dengar. Adakah kawan saya itu ikhlas ataupun satu lagi percubaan untuk mengeruhkan keadaan? Entah lah dan saya pun taknak peningkan kepala memikirkan cerita kawan saya itu.
Dulu semasa semuanya baik, tak henti2 sipolan ni memuji masakan lauk atau kueh2 saya! Saya nyatakan begitu bukan kerana 'masuk bakul angkat sendiri' tapi itulah sebenarnya yang berlaku! Boleh dikatakan hampir semua majlis saya, sipolan ini akan datang dengan semua ahli keluarganya! Tak cukup makan dirumah saya, sempat 'tapau' lagi! Masa tu, kalau dapat saya kumpul pujian sipolan ini , rasanya dah tinggi menggunung! Saya tak hairan sebenarnya, biasalah kan bila kita suka seseorang tu tak habis2 kita memuji tapi apabila berlaku sebaliknya mula semuanya tak bagus, tak sedap, tak cantik dan macam2 'tak' lagi lah ..
Itu memang hak sipolan untuk bercakap apa saja dan pada saya tidak menjadi kuman kudis pun dengan remark yang beliau lemparkan! Secara jujurnya saya pula rasa bertuah kerana berpeluang melihat diri insan ini yang sebenar! Kalau setakat 'lakonan' yang dah lapok tu, tak hairan lah saya kalau satu saat nanti pasti ada yang 'bosan' menontonnya, kan?
Yang menjadi tanda tanya, ada juga yang sanggup bersusah payah membuat panggilan kemudian menyampaikan cerita2 sebegini, apa agaknya motif beliau? Sekali lagi saya tergelak!
Berkali kali saya menggelengkan kepala saya ini dan dalam waktu yang sama saya rasa kelakar pun ada, geram pun ada! Mujur lah saya ni masih boleh bersabar dengan cerita2 sedemikian! Sempat saya memanjatkan kesyukuran dan doa pada yang Esa, memohon diberi kekuatan iman, memohon agar insan2 ini yang suka memburuk2kan saya agar menghentikan perbuatan mereka dan memohon petunjuk agar setiap kebenaran akan terungkap jua ..
Dah masuk tahun baru pun, azam saya agar saya dapat memperbaiki segala kelemahan dan kekurangan agar tidak terjerumus dengan perkara2 yang merugikan! Justeru saya perlu tinggalkan jauh2 kisah2 yang tidak memberi sebarang kebaikan buat saya dan keluarga! Masih mengharapkan belas ihsan dari Allah swt agar langkah saya ditahun baru ini, tidak terkeluar dari jalan yang di redhai! Mudah2an!