Saturday, 20 March 2010

Warisan keluarga ku ..

Saya selalu berangan angan untuk memilikki sebuah kedai makan kerana saya memang minat memasak! Menjamu keluarga dan kawan kawan memang menjadi kegemaran saya kerana ia memberi satu kepuasan yang tidak terhingga! Mungkin kerana kebanyakan ahli keluarga saya memang pakar masak! Saya memang cerewet dalam bab makan sebab saya akan rasa amat kecewa sekiranya masakan itu tidak dapat menepati selera saya. Contohnya, Laksa Johor masakan arwah mak saya, sehingga kesaat ini saya belum jumpa mana mana laksa johor yang selazat masakan arwah mak! Mungkin sejak kecil lagi arwah selalu memasak laksa johor dan ianya merupakan masakan tradisi keluarga pada setiap hari perayaan seperti Hari Raya! Keistimewaan pada laksa tersebut adalah kepekatan pada kuah tersebut dan jenis ikan yang digunakan! Arwah suka guna ikan parang kerana katanya kuah laksa akan lebih sedap, lemak dan rasanya jugak agak unik! Dalam ramai ramai adek beradek, cuma saya dan kakak sulong saya yang suka memasak laksa Johor! Yang lain tu suka makan je!

Sejak kecil lagi kami selalu didedahkan dengan makanan yang lazat lazat sebab kebetulan keluarga sebelah arwah bah memang tukang masak istana! Masih ingat lagi waktu itu saya masih kecil dan dibawa beraya kerumah keluarga arwah bah di JB dan buat pertama kalinya saya merasa 'trifle' buatan Mak Ngah Nina! Sedapnya tidak terkata! Mak Ngah merupakan tukang masak istana dan semua masakan beliau memang lazat dan sedap! Itulah puncanya kami berpeluang menikmati dan merasa masakan istana. Salah satu masakan beliau ialah Harisa, sejenis masakan Arab kalau tak silap saya, yang dimasak dengan rempah ratus, daging lembu atau ayam dan dicampur dengan Oats dan dimakan dengan air lada dan madu! Dah lama saya tak makan Harisa! Arwah mak suka juga membuatnya dan proses memasaknya terlalu rumit tapi hasilnya cukup sedap!!! Bercerita pasal masakan ni memang seronok bahkan saya pernah terfikir untuk membukukan semua resipi resipi peninggalan keluarga!

Seperkara tentang arwah mak adalah kehebatannya mampu meneka bahan2 yang digunakan dalam masakan hanya dengan merasa selepas itu beliau akan memasaknya semula dan ternyata ia selalu menjadi! Arwah seorang yang sangat pemurah, sesiapa saja yang minta diajar apa saja masakan, dengan senang hati beliau akan mengajarnya! Kalau pasal resipi dah beratus kali dia memberi pada sesiapa yang meminta! Bukan itu saja, beliau siap tunjuk ajar sekali! Sekarang ni saya pula yang mewarisi sifat beliau itu! Pada saya setiap kali sesiapa saja yang minta resipi atau minta diajar apa jenis masakan ( yang saya tahu saja la) pasti dengan mudah saya memberinya! Ada juga teman2 yang agak kedekut untuk berkongsi resipi, ada tu bagi resipi pun tak lengkap! Pernah terjadi apabila saya meminta satu resipi biskut dari seseorang, hasinya sungguh mengecewakan kerana bukan saja tak jadi bahkan biskut itu jadi bantat! Pernah juga saya meminta untuk diajar membuat sejenis masakan dan terang2 saya diberitahu itu resipi keluarga dan tidak boleh dikongsi!! Semua itu tidak pernah mematahkan semangat saya untuk terus mencuba sehingga saya dapat menghasilkan sesuatu masakan itu dengan baik!

Kini, apa saja jenis masakan pasti saya tidak gentar untuk mencuba! Pelbagai jenis nasi telah saya cuba dan seronok sekali bila ahli keluarga serta kawan2 memuji masakan saya! Yang paling membanggakan apabila ibu dan bapa mertua saya mengatakan masakan saya sedappppppp!! Kata kata mereka itu sudah cukup menggembirakan!

InsyaAllah dengan ilmu yang sedikit ini, saya ingin berkongsi resipi dengan kawan2 agar pahala itu dapat saya kongsi bersama...

No comments: