Perlukah kita jadi baik?
Soalan yang hendak saya jawab sejujur jujurnya. Entah lah dah banyak kali sangat perbuatan baik saya sering tidak dihargai! Adakalanya terasa seakan segala kebaikan yang kita lakukan tidak lagi mendapat balasan baik. Mungkin kerana saya terlalu mengharapkan balasan??? Tidak juga sebab selalunya sesuatu kebaikan yang saya lakukan adalah datang dari sifat semulajadi saya iaitu saya suka berbaik dengan sesiapa saja pun!
Dalam berkawan pun begitu, saya rasa teramat senang kiranya saya dapat membantu teman2 saya yang dalam kesusahan! Sesiapa yang mengenali saya, yang kenal hatibudi saya pasti tahu diri saya yang sebenar. Begitu juga dengan adek beradek dan saudara mara saya yang mengenali saya dan yang telah menerima saya seadanya! Tak payahlah nak berpura2 atau jadi hipokrit kerana sikap sedemikian tidak akan bertahan lama dan hanya akan memakan diri sendiri ..
Apakah perlu kita mengenali seseorang itu sebelum kita berbuat baik? Ternyata soalan yang mudah sebegini tidak mampu saya menjawabnya kerana siapalah kita untuk mengetahui hati budi seseorang sehinggalah sesuatu perkara itu berlaku. Yang hairannya walaupun sering 'terkena' dengan sikap2 manusia yang tidak tahu mengenang kebaikan kita namun masih tidak serik2 untuk saya berbuat baik pada sesiapa saja!
Inilah kelemahan yang ada pada saya! Saya mudah terlupa atau kadang2 sengaja nak lupa tentang setiap perbuatan kawan2 atau taulan yang menyakitkan hati! Saya berani katakan bahawa saya memilikki sekeping hati yang mudah terguris namun dalam masa yang sama hati saya mudah memaafkan. Walaupun berkali2 lidah ini mengatakan saya benci, marah, geram dan dendam pada seseorang namun dalam sekelip mata hati ini akan berubah, saya boleh memaafkan, melupakan dan menidakkan perbuatan orang yang terang2 telah menghiris hingga luka hati ini. Hakikatnya itulah saya ..
Seperti yang pernah saya katakan dulu bahawa kebaikan yang kita buat tidak lagi menjanjikan balasan yang baik! Ada segelintir teman2 yang hanya mengakui kita ini sahabat semasa dalam susah saja, lepas tu kita dimusuhi, dibenci dan macam2 pulak cerita yang tidak benar timbul. Apa yang pernah kita buat sudah jadi umpat dan keji. Lupakah mereka atau pura2 lupa tentang kebaikan yang pernah kita hulurkan tatkala mereka dihimpit kesusahan, dilanda krisis rumahtangga, kesempitan wang ringgit semua itu hanya tinggal kenangan yang hanya mereka sendiri mengetahuinya! Mungkin mereka boleh menipu saya tapi yang pasti mereka tak boleh menipu diri sendiri! Bak kata pepatah melayu 'mata bertentangan, budi pendapatan'.
No comments:
Post a Comment