Bagaimana kah cara yang terbaik untuk kita luahkan rasa marah, bengang dan sakit hati ini pada seseorang agar orang yang berkenaan ini tahu dan faham bahawasanya saya TIDAK SUKA dia mengambil tahu hal saya sekeluarga? FAHAM???? Saya dah puas bersabar namun 'orang' ini seolah2 menguji kesabaran saya! Terus terang saya katakan, bermusuh dengan orang bukan sifat saya tetapi apabila 'orang' ini terus2an menguji kesabaran saya maka saya bimbang kalau tiba satu saat kelak kemarahan saya boleh 'meletop' macam gunung berapi ...
Saya akui kelemahan saya dan saya sedar bahawa saya dijadikan oleh Allah tidak sempurna, namun saya tidak pernah memperlekehkan kekurangan dan kelemahan orang lain! Saya menganggap kehidupan saya ini seperti satu pengembaraan. Banyak ranjau dan duri yang perlu saya lalui dan tempuhi begitu juga suami dan anak2 saya! Sebaik mungkin saya cuba mengelak dari mengambil tahu hal2 yang tiada kena mengena dengan saya atau ahli keluarga saya tetapi ada juga 'orang' yang diluar sana tak penat2 mengambil tahu hal saya sekeluarga ..
'Orang' yang kepochi ni bukan takde suami, bukan takde anak tapi apa yang dia nampak hanya kekurangan dan kelemahan orang lain! Saya tak boleh tutup mulut dia tapi kalau dah keterlaluan, silap2 haribulan boleh buat saya hilang sabar!!
Yang dia nampak hanya anak2 orang saja yang bermasalah walhal anak dia sendiri pun takde kurangnya! Dah lah tu, dia mempersoalkan pulak kenapa kita ibu bapa tidak tahu bertindak, tidak tahu mengajar anak, tidak tahu itu ini! Dia hebat sangat ke?? Tolong lah, tak perlu susah payah cuba mengajar anak orang!!! I just want YOU to stay away from my children, stop bugging them, stop giving remarks and stop telling them what to do!! Enough is enough ... Daripada sibuk mengambil tahu hal anak2 orang kan lebih baik ambik tahu hal anak sendiri! Yang pasti saya tahu anak2 saya bukan hipokrit! Cukup2 lah menganggu kehidupan orang lain - tengok lah diri sendiri dan cermin diri tu supaya nampak diri ANDA yang sebenar!
Kalau diikutkan dah lama saya ingin putuskan perhubungan kami sebab saya tidak mahu menghitamkan hati saya membenci insan ini! Wang ringgit serta harta kekayaan belum tentu boleh menjamin kebahagian lebih2 lagi kalau semua extra itu tidak langsung membuat kita peka dengan keadaan sekeliling sehingga boleh membuatkan kita seperti orang yang tidak punya perasaan!!!
Kalau kena batang hidung sendiri, bukan main lagi dia melenting! Sampai tegang urat leher tu bila bercakap dan cakap dia aje yang betul - pandangan dan kata orang semuanya salah!! Bila terlalu ghairah membetulkan orang lain, kekurangan pada diri sendiri pun tak perasan! Yang dia tahu mengata, mengata dan terus mengata!! Pernah saya pejamkan mata saya dan membayangkan bagaimana tangan saya ini memberi satu tamparan pada mulutnya yang celupar tu! Walaupun hanya membayangkan tapi puas jugak rasanya, hehehe!!
Jadi saya juga perlu bermuhasabah diri, perlu memperbaiki setiap kelemahan yang ada agar kelak saya tidak di 'benci' atas sikap dan perangai saya! Wallahualam ....
No comments:
Post a Comment