Semalaman saya berfikir, kalau lah saya dapat memenuhi semua kehendak orang orang yang saya sayangi, pasti bahagia hidup saya! Hati saya begitu terluka jika setiap kali saya tidak dapat memenuhi permintaan mereka. Kalau lah boleh saya belah dada ini dan tunjukkan bagaimana sedih dan kecewanya saya apabila tidak dapat memenuhi janji janji saya walhal dalam hati ini seboleh2 ingin memenuhi semua kehendak mereka ...
Kita hanya mampu merancang dan adakalanya apa yang kita rancang tidak berlaku tapi itu bukan bererti yang kita memungkiri janji. Saya hanya mampu meminta mereka bersabar sedikit namun ada yang tidak faham, bahkan menyalahkan saya kerana memungkiri janji!! Saya sedih ....
Dalam hidup ini rasanya dah banyak kali saya berkorban hanya untuk menggembirakan hati orang lain! Saya sering mengenepikan perasaan saya demi menjaga perasaan orang lain! Apa yang saya dapat hanyalah kata2 yang menghiris2 hati kecil ini ...
Terlalu banyak air mata ini mengalir kerana mereka, namun mereka tidak pernah ambil peduli! Tak terhitung bagaimana susahnya saya untuk melelapkan mata kerana risaukan tentang keadaan mereka namun dimanakah silapnya sehinggakan tidak sedikit pun mereka tunjukkan yang mereka mengerti perasaan saya ..
Apakah kerana mereka fikir mereka sudah dewasa, sudah pandai mengatur hidup mereka sehingga mereka tidak perlu lagi mendapatkan pandangan saya! Apabila saya bersuara, dikatanya saya tidak adil, berat sebelah dan sengaja tidak mahu memahami perasaan mereka! Bagaimana dengan perasaan saya????
Ketahuilah bahawa hati kecil ini begitu terluka! Dalam kegairahan melihat kejayaan yang mereka perolehi seringkali hati kecil ini tersentuh dengan sikap dan kerenah mereka! Sekarang ini kata kata saya sudah tidak diendahkan, perasaan saya sering dikecewakan dan sampai bila mereka akan faham??
Dah puas rasanya saya menyembunyikan kelukaan dihati ini namun saya hanya manusia biasa! Usia yang semakin menambah ini membuatkan hati ini begitu sensitif dan tak mampu menampung segala kekecewaan! Cukup lah, tak tertanggung rasanya untuk menempuhi ujian ini lagi! Mujur, sekeping hati kecil ini masih mampu mendapat ketenangan setiap kali saya menghadapkan diri kepadaMU Ya Allah, tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang!
Pesanan saya buat mereka, sedar dan fahami lah bahawa apa yang saya lakukan selama ini adalah untuk kebaikan semua tetapi mungkin saya silap dan tidak sebijak mereka untuk memahami setiap yang berlaku! Tanggungjawab saya masih belum selesai selagi saya masih mampu bernafas, selagi itulah saya akan terus mendoakan kesejahteraan untuk kalian semua ...
No comments:
Post a Comment