Wednesday, 5 May 2010

Nilai 100 pound sterling

"Alhamdulillah" itulah kata2 yang terkeluar dari mulut ini apabila diberitahu tentang pemberian wang sebanyak 100 pound sterling ini! Walaupun bunyinya sedikit tapi apabila ditukarkan kepada ringgit kita, hampir mencecah rm500 sekarang! Pernah nilainya mencecah hingga 7 ringgit setiap pound! Apapun nilainya saya sentiasa mengingatkan anak2 saya yang menuntut di UK tu agar selalu berjimat cermat, maklum lah memang tidak termampu rasanya untuk menghantar wang lebih buat mereka namun dalam apa jua keadaan saya selalu berpesan jangan sekali2 meminjam atau meminta dari sesiapa melainkan dalam keadaan yang betul betul terdesak! Maklumlah dengan keadaan kewangan yang terhad ada juga kalanya kami tidak dapat menghantar wang lebih buat mereka, namun saya percaya anak2 begitu memahami! Saya dan suami selalu mengingatkan pada kedua dua anak dara saya tujuan mereka dihantar keUK adalah untuk belajar dan bukan untuk bercuti dan makan angin!

Yelah, bagi orang yang berpendapatan besar apalah sangat dengan 100 pound tu ye?? Mungkin pada mereka sama aje nilainya bergantung dimana wang itu dibelanjakan! Kalau dalam keadaan kita yang banyak duit dan kemudian dengan murah hati pula menghadiahkannya pada seseorang tanpa rasa ralat dihati sudah pasti kita tidak akan rasa 'menyesal' dengan pemberian kita itu TETAPI kalau kita sudah menghulurkan wang tersebut kepada seseorang kemudian kita tidak henti2 mengungkit, apakah pemberian itu dikira ikhlas????

Pada saya, sekiranya pemberian itu tulus dan ikhlas tak perlulah kita menyebutnya berkali kali! Kalau dah rasa dengan memberi itu boleh me'miskin' kita, lebih baik simpan ajelah duit itu! Kenapa perlu kita susah payah memberi, lebih baik disimpan saja agar wang itu bertambah banyak! Agaknya lah bagi mereka2 ini wang adalah segala galanya! Pada saya 'wang' itu adalah rezeki kurniaan Allah! Walaupun wang saya hanya ada RM1, saya tetap bersyukur dan selalu berdoa agar wang ringgit yang saya dan keluarga perolehi itu diberkati Allah!! Kalau ada wang berjuta sekalipun tapi hidup tak tenteram buat apa kan?? Kita jadi hamba duit, sampai bila pun tak akan pernah cukup tapi kalau kita sentiasa bersyukur dengan wang yang sedikit pun boleh buat kita bahagia!!!!

Disudut hati kecil ini saya simpati pada insan ini kerana walaupun hidupnya senang lenang, mewah wang ringgit tapi masih ada yang kurang! Saya katakan begitu kerana samada dia sedar atau tidak, apa yang terpancar diwajahnya tidak lah seceria dirinya! Mungkin dia bimbang, takut2 harta yang dimilikki akan diambil orang! Syukurlah walaupun dalam keadaan yang tidak mewah tapi saya dapat rasakan kedamaian didalam hati ini. Suami dan anak2saya sentiasa membuat saya hidup dalam realiti dan bukan fantasi!!

No comments: