Amboi amboi amboi, sedapnya mulut mengata orang! Tak cukup dengan mengata siap bagi remark lagi! Ada pulak pendengar2 yang setia yang sentiasa dahagakan cerita2 sensasi jadi makin menjadi jadi lah 'orang' ni buat cerita! Ada yang ternganga mendengarnya, ada yang mengogam sama dan yang paling hebat ada yang sanggup meng'ia' kan cerita2 yang belum tentu benar dan betul.
Ini lah sifat orang kita, pantang dengar cerita pasal orang! Yang lesu pun boleh jadi segar bugar bila dapat cerita2 yang sensasi. Yang hairan nya tu, bila bab mengata orang bukan main lancang lagi mulut tu mengeluarkan kata2 tapi bila bab orang mengata dia balik pandai pulak dia naik angin, naik sawan dan macam2 naik lah ..
Mengata orang ni seronok agaknya ya! Manakan tidak masa mengata tu, orang yang dia 'kata' tak ada disitu, makanya bertambah seronok lah bercerita, ditokok tambah pulak dengan insiden2 yang lalu dan ada pulak ikut sedap mulut aje hingga lupa orang2 yang dia kata tu adalah kaum keluarga sendiri, kawan karib dan yang paling dasyat apabila ada yang bermuka2, depan kita dia 'kawan kita' tapi bila dibelakang macam2 cerita kita yang dijejehkan!
Itulah yang bahayanya apabila kita terlalu mempercayai seseorang. Pernah terjadi pada saya sendiri, seseorang yang saya anggap seperti saudara saya sanggup berpaling tadah dan mengata saya macam macam. Kalau ikutkan geram hati saya, nak aje saya ramas ramas mulut orang ini. Bukan aje mengata dan mengumpat tentang saya bahkan sanggup jadi 'double sided tape' - kat sini lekat, kat sana pun lekat! Mujur lah saya ni bukan jenis yang suka bergaduh dengan orang sebab pada saya orang2 sebegini tidak layak bahkan tidak sepatutnya dipanggil seorang kawan!
Ada pulak tu, suka mengata perihal anak2 orang lain! Dia lupa agaknya yang dia juga ada anak! Kalau anak orang semuanya tak baik, tak pandai, tak berjaya! Pantang kalau dengar ada anak2 kawan2 yang bermasaalah, dialah orang pertama yang nak ambik tahu! Pelik lah sebab yang dia nampak semua kekurangan pada orang lain tapi bab diri sendiri tak sedar pulak! "Eh, anak lelaki si A tu hisap dadah, anak perempuan si B tu minum arak, I pernah nampak anak kembar si C tu hisap shisha, do you know that anak si D tu suka ponteng sekolah, I nampak anak perempuan E tu ada boyfriend, etc etc etc ...
Tak cukup dengan itu, ada juga yang nak uji kesabaran kita apabila sanggup bersumpah dengan nama yang maha Esa! MasyaAllah, insaf lah wahai kawan, jangan lah sampai kita bersumpah dusta semata mata untuk membuat orang percaya dengan kata2 yang belum tentu betul!
Susah sangat ke untuk kita muhasabah diri? Sebelum kita nak mengata orang, kita lihat diri dan keluarga kita! Jangan lah kita ingat apabila keluarga kita berjaya, kita tidak akan diduga dengan masalah2 sebab hidup ini ibarat roda yang berpusing, hari ini kita diatas, akan tiba masa kita dibawah pulak!
Saya bersyukur kerana saya dikelilingi oleh orang2 yang sentiasa mengingatkan saya setiap kali saya terkeluar dari landasan, sentiasa ada untuk membetulkan kesilapan saya. Saya juga manusia biasa yang tidak sepi dari membuat silap dan salah. Alhamdulillah masih diberi kewarasan untuk menilai dan yang paling penting saya dambarkan kawan2 yang ikhlas, yang dapat menerima saya seadanya dan menegur saya kiranya saya terlanjur dalam perkataan atau perbuatan!
No comments:
Post a Comment