Thursday, 21 January 2010

Antara tugas dan tanggung jawab

Apabila secara sahnya saya bergelar seorang isteri kepada suami yang amat saya cintai, maka dengan resminya saya menerima kedua orang tuanya sebagai ibubapa saya juga! Itulah pesanan arwah ibu saya supaya menerima keluarga sebelah suami saya seperti keluarga saya sendiri! Walaupun tidak mengerti akan tanggungjawab yang bakal saya tempuhi itu namun saya masih ingat, saya mengangguk2kan kepala tanda saya faham apa yang arwah mak maksudkan. Kini baru lah saya mengerti apa yang beliau maksudkan ..

Di awal perkahwinan, banyak perkara baru yang perlu saya lalui! Bukan mudah sebenarnya untuk menyesuaikan diri apatah lagi berada ditengah2 ahli keluarga yang baru! Masih mentah untuk memikul tanggungjawab sebagai isteri dan menantu, banyak yang perlu saya pelajari dan hakikatnya banyak kali jua saya gagal ditengah jalan! Maka pada arwah mak lah tempat saya mengadu! Sekarang ini baru saya faham kenapa arwah mak selalu 'melenting' setiap kali saya mengadu hal2 rumahtangga saya! Itulah naluri seorang ibu yang tidak sanggup melihat anak2 mereka dalam kedukaan dan kesusahan! Nasihat yang baik saya jadikan tauladan dan yang tidak itu saya jadikan sempadan ..

Menyedari hakikat yang saya seorang manusia biasa yang ada kekurangan, saya kuatkan hati untuk melayari alam rumahtangga dengan sebaik mungkin! Diam tak diam, insyaAllah pada tahun ini, tanggal 20hb April maka genaplah 25 tahun usia perkahwinan saya! Satu tempoh yang cukup panjang melayari bahtera perkahwinan, dikurniakan dengan enam orang anak2 yang semakin dewasa dan yang paling saya kagumi adalah suami saya yang menjadi tonggak kebahagiaan saya selama ini!

Bertuah rasanya kerana kedua2 mertua saya masih ada lagi walaupun keadaan kesihatan mereka tidak berapa baik! Masih segar dalam ingatan saya tatkala keduanya masih sihat dan bertenaga! Saya sedar, saya bukan lah menantu kesayangan namun kasih dan sayang saya tidak pernah luntur buat mereka berdua. Walaupun ada kalanya saya masih tidak dapat lupakan beberapa insiden yang mengguris hati dan perasaan. Kini setiap kali saya tatap wajah kedua2 mereka, saya jadi sebak dan terharu! Hati kecil ini masih mengharapkan agar kedua2 mereka kembali sihat seperti sediakala!

Bapa mertua saya baru saja keluar dari hospital kerana menghidap 'ulcer' perut. Kelmarin saya sempat berjumpa kedua2 mereka - ternyata bapa mertua saya masih bersemangat dan sempat juga bercerita tentang kesakitan yang beliau alami! Tersentuh hati kecil ini pabila mendengar rintihan nya, mengeluh tentang kesakitannya dan wajah sayunya membuat saya begitu terharu! Dalam keadaan begitu, dia masih risaukan tentang mak mertua saya! Tambahnya lagi sewaktu dia berada dihospital, mak mertua saya tak boleh tidur sebab risaukan keadaan dia! Ternyata kasih mereka berdua masih utuh, tanpa saya sedari air mata saya mengalir ...! Masya Allah hebat sungguh kasih sayang mereka! Betapa bertuahnya mak mertua saya walaupun dalam keadaan dirinya yang uzur itu dia masih mendapat kasih sayang dari suami tercinta!

Kini saya terasa kehilangan kedua orang tua saya! Saya rindu pada mereka! "Ya Allah, ampuni lah dosa kedua2 orang tua ku, kasihani mereka sebagaimana mereka mengasihani ku, cucurkan lah rahmat Mu keatas roh mereka dan tempatkan lah mereka dikalangan orang2 yang beriman!

Pada kesempatan ini saya berdoa moga moga saya mampu melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai seorang isteri dan menantu yang dapat berjasa kepada keluarga! Hanya berbekalkan doa dan kasih sayang saya mohon pada yang Esa agar diberi kesempatan memperbaiki segala kelemahan dan kekurangan!

No comments: