Arwah Tok chen called her 'Piwang' dan dikalangan ahli keluarga lain dia dipanggil dengan nama 'Pipah'. Uncle Azri pun sehingga sekarang call her as 'Piwang'! Saya lihat Pipah membesar dari seorang bayi comel sehinggalah menjadi seorang gadis ayu dan cantik! Sejak kecik dia sudah menunjuk kan sikap seorang survivor, susah nak tengok dia menangis walaupun selalu kena bully dengan anak anak saya! My two daughters were her closest cousin dan bila berjumpa riuh rendah jadinya! I'm very sure Pip tak akan lupa peristiwa dimana she ended up with a 'black' Barbie Doll!!! I think Siti Fatimah Azrina and Siti Aisyah Azmin owe you an explaination!! Ha Ha Ha! Pipah suka bermain dengan laki laki terutama anak lelaki saya Anip! Diorang berdua sebaya. Ketika itu saya selalu berseloroh dengan wan chu, mama Pipah yang kami hendak menjodohkan diorang berdua!! Biasalah respond diorang sampai sekarang ni 'tak nak' 'tak suka' dan 'tak ingin' '!! Nasib! Nasib!
Pada 1hb Julai lepas satu majlis doa selamat telah diadakan khas untuk Wan Norhafifa bertempat di Kelab Shah Alam Selangor! Meriah sungguh majlis tersebut! Ramai saudara serta sahabat handai turut sama memenuhi undangan! Mama Pipah telah bertungkus lumus sepanjang minggu membuat persiapan dan mujur lah ada my sister inlaw, Intan yang banyak membantu! Intan memang ada 'magic touch', apa saja yang dia buat pasti membuat orang terpegun dan terpukau dengan hasil kerjatangannya! Intan banyak menjaga dan mengasuh Pipah sejak dari kecil lagi so she is like a second mum to her!
Majlis dimulakan dengan solat maghrib berjemaah, diikuti dengan solat hajat dan tazkirah sebelum berakhir dengan solat isya! Para tetamu dijamu dengan masakan kampung yang sungguh menyelerakan! Sebelum balik semua tetamu mendapat cenderati yang sungguh cantik dari 'tuan rumah!' Semuga bertambah murah rezeki mereka sekeluarga!
Wan Norhafifa akan melanjutkan pengajian keperingkat ijazah dalam bidang Media & Communication di Queensland University of Technology in Australia! Semuga beliau berjaya dengan cemerlang dan saya akan sentiasa mendoakannya! Pip, you are very special person indeed - you made your ayah, mama, ainul and all of us so proud of you!
'You have got to say NO to the good so you can say YES to the best!'
'Remember that failure is an event - not a PERSON!'
May Allah bless you with success in both this world and in the Hereafter, insyaAllah!
2 comments:
hemmm.. at last berjaya juga be ur follower. hehehehe.. first of all nk ucap thank u to u n family cos hadir pada majlis doa selamat wan nurhafifa a.k.a pipah, piwang and pip.. tak lupa juga pada sambal belacan u yg mendapat sambutan ramai tu!!!..gempak tuuuuuuu..thanks a million sis!
my dearest pip tersenyum baca ur blog mayb teringat zaman semasa kecil wit all ur beautiful children. pasal black doll tu sebenar nye she suka lah..
Welcome to my blog and tq for being a follower! my sambal blcn? Tq to someone who shared the recipe! Pip liked the blck doll? hmmm, that's yr daughter always know how to please people! I love her for that!!
Post a Comment