Monday, 13 July 2009

As I was passing ... (2)

Alangkah seronoknya kalau kehidupan kita ini aman damai dan tiada permusuhan! Pasti semua orang hidup gembira dan ceria kan??? Tapi sayangnya itu bukan realiti kehidupan, suka atau tidak pasti ada perkelahian, pergaduhan, permusuhan. Kadang kala tu kita langsung tak terlibat tapi tak semena mena kita berada didalam permasaalahan tersebut. Kita boleh kata yang kita tak mahu terlibat dalam mana mana sengketa tapi kita cuma manusia, hanya mampu merancang dan selebihnya Allah lah yang menentukan!

Setiap hari kita akan berdepan dengan bermacam macam kerenah manusia, ada yang baik dan ada yang tidak. Lihat saja di sekeliling kita, suami kita, anak anak kita, jiran tetangga kita, adakalanya perbuatan dan tingkah laku mereka boleh menyakitkan hati. Kita sendiri pun adakala boleh naik angin tanpa sebab, kadang kadang tu punca nya hanya dari perkara yang remeh temeh! Ye lah adakala angin kat badan ni boleh buat kita jadi tak menentu, masa tu kucing lalu pun kena marah! Saya lah tu, hehehe!

Ada juga yang suka menyibuk, ambik tahu hal orang, hanya nampak kelemahan dan kesalahan orang tapi kelemahan diri sendiri tak nampak! Sibuk menyalahkan orang lain, mengumpat mengata dan ada tu seolah olah dah jadi macam rutin pulak! Setiap petang mesti berkumpul dan berjumpa lepas tu siap lah, macam2 cerita yang keluar! Mengata orang ni memang seronok sebab kita mengata orang tapi cuba mengata diri sendiri, agak agak kita boleh buat tak? Tentu lah boleh, kalau kita mengata diri kita yang baik baik tapi kalau sebaliknya? Ada yang boleh buat??

Beberapa bulan lepas, semasa saya sedang menunggu suami saya di One Utama, tiba tiba saya dihampiri oleh seorang lelaki yang bersaiz agak besar. Dari awal lagi saya dah dapat rasakan mesti ada sesuatu yang tak kena tapi saya buat tak tahu je. Dia pun terus duduk disebelah saya dan bertanya saya hendak kemana. Mula tu saya buat tak tahu tapi bila dia semakin rapat duduk disebelah, saya pun dengan wajah serius bertanya balik, apa yang dia hendak! Dengan tersengih sengih dia menjawab yang dia hendak berkenalan dengan saya!!! Berkenalan??? Oh tidak! Terperanjat dengan jawapan spontan dia tu, saya pun terus bangun dan beralih ketempat lain! Sejurus kemudian sebuah bas pun sampai dan dia terus menaiki bas tersebut! Dia sempat melambai dan mengenyit mata dan memberi 'flying kiss' pada saya! Terkejut dan tergamam saya seketika! Apabila saya menceritakan peristiwa ini pada suami saya, tergelak besar dia! Ada jugak yang berminat kat saya ye? Kalau lah yang menegur saya tu 'Brad Pit ke, Anuar Zain ke, kan best!! Ini tidak, nak buat macam mana kan? Geram ada, marah ada dan nak tergelak pun ada!

Saya masih ingat tentang satu peristiwa ini, ketika itu saya sedang beratur untuk membeli makanan. Ada sepasang kekasih ni pun sedang beratur didepan saya. Saya katakan kekasih sebab nampak macam tu! Sambil tangan memeluk pinggang si gadis mereka pun mengorder makanan. Masa hendak membayar, sigadis yg mengeluarkan duit dari beg nya dan membayar. Nak jadi kan cerita, saya duduk betul betul bersebelahan dengan pasangan tadi. Ketika itu baru saya perasan yang pasangan tadi hanya membeli 1 air dan 1 burger! Hai romantiknya! Muka sigadis masam mencuka, diambil burger dan terus memakan, masa itu lah saya nampak si lelaki tadi cuba mengambik sedikit burger ditangan sigadis, apa lagi si gadis naik angin, dia ambik burger tadi dan di campak ke muka si lelaki dan terus bangun dan keluar dari tempat itu. Saya yang berada disebelah pun tersentak dengan tindakan gadis itu tapi saya buat buat tak nampak lah! Yang hairan tu, si lelaki bukannya hendak pergi memujuk tapi dia ambik burger tu dan dia terus memakannya hingga habis! Sambil memakan dia tersenyum senyum sendiri! Pada hemat saya, ini mesti kes nak makan free! Sebelum dia beredar, dia sempat menoleh kearah saya dan menaik naikkan keningnya! Eeeeeee menyampahnya......!

Bercakap pasal makan free ni, teringat saya pada seorang hamba Allah ni! Kami pernah berkerja disebuah syarikat yang sama! Setiap kali waktu makan, jarang sekali dia hendak keluar makan sebaliknya bila ditanya dia akan jawab yang dia sedang menjaga badan! Tak kisah lah tu tapi lama kelamaan, ramai yang perasan termasuk lah saya sebab hamba Allah ni suka sangat 'mengendeng' makanan orang! Bila tiba waktu makan dia akan keluarkan sudu kemudian dia akan pergi pada kawan2 dan konon2 nya hanya ingin menjamah makanan. Kalau lah sepuluh orang dia dapat menjamah makanan mereka semua, tak ke kenyang jadinya??? Apabila perkara ini berlarutan akhirnya kami semua berpakat untuk tidak makan didalam pejabat lagi. Ketika itu saya lihat hamba Allah ini kelihatan hampa sangat, ke hulu ke hilir mencari 'mangsa' dengan sudu ditangan! Nak kata susah, pangkat executive, gaji besar lah jugak tapi punya lah kedekut sampai makan pun nak berjimat! Mungkin dia dah jadi jutawan sekarang!

Ini lah dia warna warna kehidupan! Bermacam macam ragam yang mampu membuat kita tersenyum memikirkannya. Ada yang boleh kita jadikan tauladan dan ada juga yang boleh dijadikan sempadan - 'TEPUK DADA TANYA SELERA!!

No comments: