Friday, 24 July 2009

Pokok pokok bunga baru ku ...

Setiap kali saya lihat pokok2 bunga di rumah jiran sebelah setiap kali itu lah saya rasa teruja! Mungkin sekarang ini musim orang menanam pokok bunga 'petunia' jadi rumah jiran saya ni bagaikan taman bunga! Seronok bila memandang kawasan rumahnya yang dihiasi dengan pokok2 bunga yang berwarna warni dan berjenis jenis! Ada pokok ros yang berwarna warni, orkid yang bermacam jenis dan juga deretan pokok 'petunia' yang memukau! Memang cantik ...

Dengan semangat yang berkobar kobar dan juga mendapat 'green light' dari suami tercinta akhirnya saya, kak long dan aisyah membuat our first trip to Sg Buloh to buy pokok bunga! Bagai nak gila dibuatnya bila berada didalam 'nursery' tersebut! Saya bagaikan berada di taman bunga! Tak tahu nak pilih yang mana satu! Mujur lah ada si 'Dhilip' mamat dari Nepal ni yang menolong saya memilih! Terus terang saya katakan bahawa saya ni sebenarnya memang lah takde bakat menanam pokok sebab apa saja yang saya tanam pasti mati! Sedihnya ..

(Pernah beberapa minggu lepas, saya telah dihubungi oleh seseorang menjemput saya untuk mengikuti kursus tentang perladangan! PERLADANGANNNNN??????? Tergelak besar saya mendengarnya! Saya pun terus menjawab bahawa saya tidak berminat dan sempat juga saya memberitahu pemanggil yang saya ni tanam pokok serai pun mati!!! Berdekah dekah pemanggil itu ketawa kan saya!)

Berbalik kepada pokok2 bunga yang saya beli, orang pertama yang paling excited ialah pembantu rumah saya! Setiap kali jiran saya membeli pokok, dia yang seronok sangat! Sebelum itupun saya perhatikan yang pembantu rumah saya ni memang gemar bercucuk tanam. Yang tak seronok pulak, dia main tanam aje, tak kira pokok apa! Ada sekali tu, dia tanam pokok serai di halaman depan rumah! Bila saya suruh dia cabut semula pokok2 serai tu, masam mencuka muka dia! Hai, melawan tokeh nampaknya!!

Dibelakang rumah saya sekarang ni dah ada bermacam macam pokok yang dia tanam! Ada pokok kari, pokok kesum,pokok selasih, serai, lengkuas dan yang paling banyak, pokok cili! Tanah yang sekangkang kera itu pun dia boleh bercucuk tanam! Sebelum ini, rumput pun tak boleh hidup dekat tanah tu ..

Setiba saja saya dengan pokok2 yang baru saya beli, bersemangat sungguh dia menolong mengalih pokok2 tersebut kedalam pasu! Ada juga yang belum sempat saya bagitau, dia dah pandai2 menggantung pokok2 bunga tersebut! Sabar je lah ...

Kerana terlampau seronok, keesukannya kami bertiga sekali lagi pergi membeli pokok bunga di Sg Buloh! Bagaikan satu kepuasan apabila tiba tiba laman rumah saya sudah dipenuhi dengan pokok bunga yang berwarna warni! Betul juga kata suami saya satu ketika dulu, menyuruh saya menanam pokok2 yang berbunga kerana katanya rumah akan kelihatan lebih ceria dan lebih bersemangat! Sekarang ini saya sendiri pun suka melihat pokok2 yang memenuhi porch rumah saya dan yang paling saya kagumi ialah pokok bunga ros 'purple' yang saya beli! Amazing!




My purple rose

2 comments:

Sha@Mama TinaAzra said...

Salam kak..

Saya baru first time smpi sini..saya suka pokok ros purple akak tu tapi kenapa tak macam pokok ros yang biasa ye?

Mana gambar pokok-pokok bunga lain yang akak beli tu...nak tengok!

Min Azri said...

Salam! ok, pokok ros purple tu mmg tk sama dgn spesies ros yng biasa sbb daun dia lain dan tk ada duri! skrg ni tgh sibuk ambik gmbr pokok2 yg kak min tanam, insyaAllah nnti saya upload dlm blog ni k!