Saya pernah ditanya, apakah tulisan2 saya didalam blog saya ini ada yang saya tujukan pada sesiapa? Tergelak saya mendengarnya! Untuk pengetahuan semua, tulisan2 saya itu tidak ada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang telah mati. Apa yang saya tulis kebanyakannya adalah pengalaman saya sendiri dan sekiranya ada sesiapa yang 'terasa' atau 'tersinggung', saya memohon maaf kerana bukan itu tujuan dan maksud sebenar. Adakalanya saya menulis hanya sekadar ingin meluahkan apa yang yang saya rasa atau apa yang pernah saya lalui. Saya bukan jenis yang pandai meluahkan perasaan secara lisan, selalunya saya banyak 'makan hati' kerana tidak mampu menyuarakan perasaan yang sebenar! Setelah saya berjaya memilikki blog saya sendiri, Alhamdulillah saya berjaya mengatasi masalah tersebut! Dah lama sebenarnya saya ingin menulis tapi waktu, kesempatan dan juga peluang tidak menyebelahi saya ketika itu!
Berbalik pada soal 'hati' - mungkin ada ramai diluar sana yang senasib dengan saya. Bukan meminta simpati tapi saya percaya yang setiap kita perlu diberi peluang supaya kita berani menyuarakan apa yang tersurat dan tersirat agar kita dapat menghidupkan kembali keceriaan dalam hati kita!! Kita semua berhak memilikkinya! Ayuh kita usahakan!!!!
Akhir akhir ini banyak perkara telah berlaku yang melibatkan soal hati. Saya sendiri tidak pernah menduga yang saya akan berdepan dengan masalah ini apatah lagi apabila ia melibatkan ahli keluarga! Bukan sesuatu yang mudah kerana ia melibatkan banyak 'hati' - yang sebelum ini hanya kita saja yang beria ia menjaga hati orang lain! Banyak yang perlu difikirkan, sekiranya kita bersuara takut nanti dikatanya kita 'kurang ajar' dan jika kita mempersoalkan kebenaran dituduh pula tidak 'mengenang budi'. Akhirnya kita akur untuk 'menyejukkan' hati masing masing buat seketika dan berharap agar akan ada satu 'saat' nanti kita mampu bersuara! Pernah saya terfikir bahawa apa yang berlaku ini sebenarnya tidak sepatutnya berlaku lebih lebih lagi apabila ia melibatkan orang orang yang kita kagumi dan hurmati! Adakah kerana kedudukan dan harta boleh membuat orang jadi lupa tentang perasaan dan hati orang lain?
Ada juga cerita cerita yang sampai ketelinga saya - ada yang membuat andaian mengikut fahaman sendiri. Memang lah mudah untuk orang luar bersuara tanpa memikirkan orang yang menanggungnya tapi kalau kena 'batang hidung' sendiri, baru lah mereka tahu bagaimana rasanya berada ditempat saya!
Mengeluh dan menyalahkan keadaan tidak akan membantu! Saya, suami dan anak2 perlu bangun dan yakin dengan kebesaran Allah! Seperti yang terdapat dalam surah Al Fatihah yang bermaksud "Hanya kepadaMu yang kami sembah dan hanya kepadaMu kami meminta pertolongan". Ya Allah, bersihkan lah hati hati kami dari segala sifat2 yang keji dan jadikan lah kami orang orang yang sentiasa bersyukur diatas segala nikmat dan rahmat yang telah dikurniakan kepada kami. Amin! Amin! Amin!
No comments:
Post a Comment