Semenjak Masjid Kawasan Melayu di naik taraf dan diubah suai, ini adalah pertama kalinya saya menjejak kaki kedalam masjid tersebut. Besar dan sungguh cantik! Kalau lah arwah mak masih ada pasti dia seronok sebab pernah satu ketika semasa masjid sedang diubah suai, arwah mak begitu bersemangat memberitahu saya yang masjid itu akan bertukar wajah! Sempat dia memberitahu saya kalau bulan puasa nanti pasti masjid itu akan dipenuhi dengan jemaah dan pasti meriah! Sayang sekali arwah tak sempat melihat masjid yang baru ini kerana semasa arwah meninggal masjid ini masih dalam proses ubah suai!
Sebaik kaki melangkah masuk kedalam masjid ini, banyak sungguh kenangan! Terbayang bayang saya semasa arwah mak, wanchah, wanteh, saya dan wanchu mengikut arwah untuk solat terawih! Kami semua berjalan kaki kemasjid. Ketika itu kami semua dalam belasan tahun dan arwah masih sihat! Beria ia dia mengajak kami semua untuk menunaikan solat terawih dan marah sungguh dia kalau ada diantara kami yang memonteng! Biasalah pada waktu itu, kalau tak kena paksa mula lah macam macam alasan sebab malas nak pergi. Selesai saja solat, kami adek beradek akan berebut rebut untuk menjamah juadah yang dihidangkan! Macam macam hidangan yang ada dan kueh mueh yang beraneka jenis! Masa tu arwah mak pun seronok sebab dapat berjumpa dengan kawan kawan! Waktu balik pulak, ramai yang berjalan kaki dan masa tu lah saya dengan adek beradek lain akan berlari lari dengan telekong dan berlumba lumba untuk sampai kerumah dulu! Terjerit jerit arwah mak marah kan kami sebab dah tinggalkan dia dibelakang! Masa tu, siap lah peha kami semua mesti kena 'cubit'!!
Sempat juga saya bercerita dan mengimbas kembali kenangan indah itu bersama sama dengan wanchah, wanteh dan wanchu! Walaupun sudah berpuluh tahun berlalu tapi kesannya masih segar dalam ingatan! Mujur lah kami semua berada didalam kawasan masjid kalau tidak pasti tergolek golek kami ketawa bila mengingati kembali kenangan kami ketika itu! Sepanjang masa saya terpaksa menahan diri untuk ketawa sebab kalau dah wanchah yang bercerita memang tak kering gusi dibuatnya!
Seronok dapat berjumpa dengan all my brothers! Tabik spring to Maman Rahman sebab menjalankan tugas dengan baik! Siapa yang tak kenal dengan Maman Rahman, imam masjid pun dah jadi kawan bermain pingpong! InsyaAllah kita semua akan berjumpa lagi pada 1 Ogos nanti! Harapan ikhlas dari saya agar semua kaum keluarga dapat berkumpul dan meluangkan masa pada hari tersebut!
ELOK BAHASA KAN BAKAL HIDUP, ELOK BUDI KAN BAKAL MATI
TERLENTANG SAMA MENADAH EMBUN, TERTIARAP SAMA MEMAKAN PASIR
No comments:
Post a Comment