Friday, 31 July 2009

Majlis Tahlil Arwah

1 hb Ogos 2009 - Majlis Tahlil dan Doa Selamat
Berkali kali ku panjatkan kesyukuran ku kehadrat Allah swt kerana dengan izinNYA, majlis tahlil semalam telah berjalan dengan lancar! Ramai kaum keluarga serta sahabat handai telah sudi meluangkan masa untuk sama sama memeriahkan majlis tersebut yang diadakan di Masjid Bukit Jelutong, Shah Alam! Yang paling istimewa apabila kehadiran lebih hampir 60 murid2 yg kebetulan menghadiri kem ibadat, dari sekolah agama bukit jelutong turut serta dalam bacaan yassin! Masya Allah, bergema seluruh masjid dengan kelunakan bacaan yassin oleh pelajar2 tersebut! Pada awalnya bimbang juga takut tak ramai yang dapat hadir pada majlis semalam tapi keadaan adalah sebaliknya! Syukur Alhamdulillah!

Terima kasih yang tidak terhingga buat suami tercinta kerana telah memberi kerjasama dan juga memahami kesibukan isterinya sepanjang minggu, sehinggakan adakala terpaksa ditinggalkan kerana sibuk dengan persiapan dan lain2 hal! Terasa juga seperti saya telah mengabaikan dia! Mujur lah suami saya ni tak banyak kerenah dan sentiasa memberi sokongan dalam apa jua yang saya lakukan!

Terima kasih buat semua saudara saudara ku - Wanchah, Wanteh, Wanchu, Intan, Nor, Ain, Ajak, Ajis, Maman dan Zainal diatas segala bantuan dari segi cenderahati, wang ringgit dan kueh mueh! Kehadiran kalian telah menyerikan majlis semalam dan doa ikhlas dari saya semuga Allah berkati kalian semua dan memperoleh rezeki yang melimpah ruah! To my brother inlaw, abang Mat, tq so much sebab sudi meluangkan masa untuk bersama2 kami semua!

Buat anak2 tersayang - mama rasa sungguh bangga dan terharu sebab keenam enam anak mama ada sama disepanjang majlis semalam! My thrillion thanks to kak long, aisyah & Tijah for all the help with the persiapan and all! Anip, Hafiz and Harris, you guys made my day!
Mama bersyukur sangat sebab dapat melihat kesemua anak2 mama membantu mama sepanjang majlis berjalan! Tiada perkataan yang dapat mama ucapkan dan gambarkan betapa seronok dan gembiranya mama semalam! Terima kasih buat semua anak anak ku ....

Buat teman2 yang sudi meluangkan masa memenuhi jemputan saya, terima kasih yang tidak terhingga! Terkilan juga hati kecil ini apabila ada diantara teman2 yang tidak dapat menghadirkan diri tapi hati ini bertukar gembira apabila tidak semena2 murid2 sekolah agama pulak turut serta! Syukur Alhamdulillah!


Harapan saya semuga majlis tahlil semalam diberkati Allah dan pada semua tetamu yang hadir, ribuan terima kasih sekali lagi! Saya dan suami dengan rendah hati memohon maaf sekiranya ada sebarang kekurangan dan kesilapan disepanjang majlis tersebut!


Friday, 24 July 2009

Pokok pokok bunga baru ku ...

Setiap kali saya lihat pokok2 bunga di rumah jiran sebelah setiap kali itu lah saya rasa teruja! Mungkin sekarang ini musim orang menanam pokok bunga 'petunia' jadi rumah jiran saya ni bagaikan taman bunga! Seronok bila memandang kawasan rumahnya yang dihiasi dengan pokok2 bunga yang berwarna warni dan berjenis jenis! Ada pokok ros yang berwarna warni, orkid yang bermacam jenis dan juga deretan pokok 'petunia' yang memukau! Memang cantik ...

Dengan semangat yang berkobar kobar dan juga mendapat 'green light' dari suami tercinta akhirnya saya, kak long dan aisyah membuat our first trip to Sg Buloh to buy pokok bunga! Bagai nak gila dibuatnya bila berada didalam 'nursery' tersebut! Saya bagaikan berada di taman bunga! Tak tahu nak pilih yang mana satu! Mujur lah ada si 'Dhilip' mamat dari Nepal ni yang menolong saya memilih! Terus terang saya katakan bahawa saya ni sebenarnya memang lah takde bakat menanam pokok sebab apa saja yang saya tanam pasti mati! Sedihnya ..

(Pernah beberapa minggu lepas, saya telah dihubungi oleh seseorang menjemput saya untuk mengikuti kursus tentang perladangan! PERLADANGANNNNN??????? Tergelak besar saya mendengarnya! Saya pun terus menjawab bahawa saya tidak berminat dan sempat juga saya memberitahu pemanggil yang saya ni tanam pokok serai pun mati!!! Berdekah dekah pemanggil itu ketawa kan saya!)

Berbalik kepada pokok2 bunga yang saya beli, orang pertama yang paling excited ialah pembantu rumah saya! Setiap kali jiran saya membeli pokok, dia yang seronok sangat! Sebelum itupun saya perhatikan yang pembantu rumah saya ni memang gemar bercucuk tanam. Yang tak seronok pulak, dia main tanam aje, tak kira pokok apa! Ada sekali tu, dia tanam pokok serai di halaman depan rumah! Bila saya suruh dia cabut semula pokok2 serai tu, masam mencuka muka dia! Hai, melawan tokeh nampaknya!!

Dibelakang rumah saya sekarang ni dah ada bermacam macam pokok yang dia tanam! Ada pokok kari, pokok kesum,pokok selasih, serai, lengkuas dan yang paling banyak, pokok cili! Tanah yang sekangkang kera itu pun dia boleh bercucuk tanam! Sebelum ini, rumput pun tak boleh hidup dekat tanah tu ..

Setiba saja saya dengan pokok2 yang baru saya beli, bersemangat sungguh dia menolong mengalih pokok2 tersebut kedalam pasu! Ada juga yang belum sempat saya bagitau, dia dah pandai2 menggantung pokok2 bunga tersebut! Sabar je lah ...

Kerana terlampau seronok, keesukannya kami bertiga sekali lagi pergi membeli pokok bunga di Sg Buloh! Bagaikan satu kepuasan apabila tiba tiba laman rumah saya sudah dipenuhi dengan pokok bunga yang berwarna warni! Betul juga kata suami saya satu ketika dulu, menyuruh saya menanam pokok2 yang berbunga kerana katanya rumah akan kelihatan lebih ceria dan lebih bersemangat! Sekarang ini saya sendiri pun suka melihat pokok2 yang memenuhi porch rumah saya dan yang paling saya kagumi ialah pokok bunga ros 'purple' yang saya beli! Amazing!




My purple rose

Sunday, 19 July 2009

Soal hati ..

Saya pernah ditanya, apakah tulisan2 saya didalam blog saya ini ada yang saya tujukan pada sesiapa? Tergelak saya mendengarnya! Untuk pengetahuan semua, tulisan2 saya itu tidak ada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang telah mati. Apa yang saya tulis kebanyakannya adalah pengalaman saya sendiri dan sekiranya ada sesiapa yang 'terasa' atau 'tersinggung', saya memohon maaf kerana bukan itu tujuan dan maksud sebenar. Adakalanya saya menulis hanya sekadar ingin meluahkan apa yang yang saya rasa atau apa yang pernah saya lalui. Saya bukan jenis yang pandai meluahkan perasaan secara lisan, selalunya saya banyak 'makan hati' kerana tidak mampu menyuarakan perasaan yang sebenar! Setelah saya berjaya memilikki blog saya sendiri, Alhamdulillah saya berjaya mengatasi masalah tersebut! Dah lama sebenarnya saya ingin menulis tapi waktu, kesempatan dan juga peluang tidak menyebelahi saya ketika itu!

Berbalik pada soal 'hati' - mungkin ada ramai diluar sana yang senasib dengan saya. Bukan meminta simpati tapi saya percaya yang setiap kita perlu diberi peluang supaya kita berani menyuarakan apa yang tersurat dan tersirat agar kita dapat menghidupkan kembali keceriaan dalam hati kita!! Kita semua berhak memilikkinya! Ayuh kita usahakan!!!!

Akhir akhir ini banyak perkara telah berlaku yang melibatkan soal hati. Saya sendiri tidak pernah menduga yang saya akan berdepan dengan masalah ini apatah lagi apabila ia melibatkan ahli keluarga! Bukan sesuatu yang mudah kerana ia melibatkan banyak 'hati' - yang sebelum ini hanya kita saja yang beria ia menjaga hati orang lain! Banyak yang perlu difikirkan, sekiranya kita bersuara takut nanti dikatanya kita 'kurang ajar' dan jika kita mempersoalkan kebenaran dituduh pula tidak 'mengenang budi'. Akhirnya kita akur untuk 'menyejukkan' hati masing masing buat seketika dan berharap agar akan ada satu 'saat' nanti kita mampu bersuara! Pernah saya terfikir bahawa apa yang berlaku ini sebenarnya tidak sepatutnya berlaku lebih lebih lagi apabila ia melibatkan orang orang yang kita kagumi dan hurmati! Adakah kerana kedudukan dan harta boleh membuat orang jadi lupa tentang perasaan dan hati orang lain?

Ada juga cerita cerita yang sampai ketelinga saya - ada yang membuat andaian mengikut fahaman sendiri. Memang lah mudah untuk orang luar bersuara tanpa memikirkan orang yang menanggungnya tapi kalau kena 'batang hidung' sendiri, baru lah mereka tahu bagaimana rasanya berada ditempat saya!

Mengeluh dan menyalahkan keadaan tidak akan membantu! Saya, suami dan anak2 perlu bangun dan yakin dengan kebesaran Allah! Seperti yang terdapat dalam surah Al Fatihah yang bermaksud "Hanya kepadaMu yang kami sembah dan hanya kepadaMu kami meminta pertolongan". Ya Allah, bersihkan lah hati hati kami dari segala sifat2 yang keji dan jadikan lah kami orang orang yang sentiasa bersyukur diatas segala nikmat dan rahmat yang telah dikurniakan kepada kami. Amin! Amin! Amin!

Saturday, 18 July 2009

It's the thought that counts ...

Alhamdulillah, sampai juga hasrat my dearest brother Zainal and his wife Ain mengadakan majlis tahlil arwah di Masjid Kawasan Melayu, Petaling Jaya semalam (18/07/09). Saya rasa amat terharu dan bangga kerana Zainal managed to organise the tahlil on his own! Of course the wife should be given the credit as well! Sebagai seorang kakak sesungguhnya saya berbangga bila melihat adek kesayangan saya beria ia untuk mengadakan majlis tahlil ini. Semuga majlis semalam diberkati dan pahala yang diperolehi dapat kita hadiahkan pada INSAN INSAN TERSAYANG yang telah meninggalkan kita! Al Fatihah ...

Semenjak Masjid Kawasan Melayu di naik taraf dan diubah suai, ini adalah pertama kalinya saya menjejak kaki kedalam masjid tersebut. Besar dan sungguh cantik! Kalau lah arwah mak masih ada pasti dia seronok sebab pernah satu ketika semasa masjid sedang diubah suai, arwah mak begitu bersemangat memberitahu saya yang masjid itu akan bertukar wajah! Sempat dia memberitahu saya kalau bulan puasa nanti pasti masjid itu akan dipenuhi dengan jemaah dan pasti meriah! Sayang sekali arwah tak sempat melihat masjid yang baru ini kerana semasa arwah meninggal masjid ini masih dalam proses ubah suai!

Sebaik kaki melangkah masuk kedalam masjid ini, banyak sungguh kenangan! Terbayang bayang saya semasa arwah mak, wanchah, wanteh, saya dan wanchu mengikut arwah untuk solat terawih! Kami semua berjalan kaki kemasjid. Ketika itu kami semua dalam belasan tahun dan arwah masih sihat! Beria ia dia mengajak kami semua untuk menunaikan solat terawih dan marah sungguh dia kalau ada diantara kami yang memonteng! Biasalah pada waktu itu, kalau tak kena paksa mula lah macam macam alasan sebab malas nak pergi. Selesai saja solat, kami adek beradek akan berebut rebut untuk menjamah juadah yang dihidangkan! Macam macam hidangan yang ada dan kueh mueh yang beraneka jenis! Masa tu arwah mak pun seronok sebab dapat berjumpa dengan kawan kawan! Waktu balik pulak, ramai yang berjalan kaki dan masa tu lah saya dengan adek beradek lain akan berlari lari dengan telekong dan berlumba lumba untuk sampai kerumah dulu! Terjerit jerit arwah mak marah kan kami sebab dah tinggalkan dia dibelakang! Masa tu, siap lah peha kami semua mesti kena 'cubit'!!

Sempat juga saya bercerita dan mengimbas kembali kenangan indah itu bersama sama dengan wanchah, wanteh dan wanchu! Walaupun sudah berpuluh tahun berlalu tapi kesannya masih segar dalam ingatan! Mujur lah kami semua berada didalam kawasan masjid kalau tidak pasti tergolek golek kami ketawa bila mengingati kembali kenangan kami ketika itu! Sepanjang masa saya terpaksa menahan diri untuk ketawa sebab kalau dah wanchah yang bercerita memang tak kering gusi dibuatnya!

Seronok dapat berjumpa dengan all my brothers! Tabik spring to Maman Rahman sebab menjalankan tugas dengan baik! Siapa yang tak kenal dengan Maman Rahman, imam masjid pun dah jadi kawan bermain pingpong! InsyaAllah kita semua akan berjumpa lagi pada 1 Ogos nanti! Harapan ikhlas dari saya agar semua kaum keluarga dapat berkumpul dan meluangkan masa pada hari tersebut!

ELOK BAHASA KAN BAKAL HIDUP, ELOK BUDI KAN BAKAL MATI
TERLENTANG SAMA MENADAH EMBUN, TERTIARAP SAMA MEMAKAN PASIR

Friday, 17 July 2009

Nostalgia Bonda



NOSTALGIA BONDA, Reminiscing Mum's Love By Kamariah Jamaludin.
Tajuk buku masakan ini telah menarik minat saya untuk membelinya dan menjadikannya salah satu dari koleksi buku buku masakan saya. Tertarik dengan tulisan serta resipi resipi yang terkandung didalam buku ini. Penulis buku tersebut menulis khas untuk bonda beliau yang tersayang dan saya merasakan usaha beliau sungguh murni untuk mengumpul dan membukukan resipi resipi bondanya untuk dikongsi bersama sama sebagai menghargai jasa dan pengurbanan bonda yang tercinta! Saya ambil kata kata ini dari buku tersebut 'that a family that eats together will remain as one unit and stay close to one another' dan 'how important it is to cook from the heart'.


Setelah memilikki buku ini saya seolah olah terpanggil untuk mengumpul semula semua resipi2 masakan peninggalan arwah ibu saya! Semasa hayatnya arwah merupakan tukang masak yang sungguh hebat - masakan beliau selalu mendapat pujian dari kawan kawan, arwah bah dan kami semua. Apa saja yang arwah masak, walau pun hanya sup sayur yang ringkas tapi keenakkan nya sungguh ketara. Arwah mempunyai satu kelebihan iaitu hanya dengan merasa sesuatu masakan, beliau boleh mengagak dengan tepat bahan bahan yang digunakan dan beliau akan memasaknya semula untuk dihidangkan pada kami semua. Semasa zaman kanak kanak saya dulu, memandangkan adek beradek yang ramai dan peluang untuk makan diluar atau makan dikedai memang jarang sekali berlaku jadi arwah akan memasak dengan banyak supaya kami adek beradek dapat makan dengan puas! Sehingga ke hari ini, berani saya mengatakan bahawa 'Laksa Johor' masakan arwah mak adalah yang paling sedap!! Saya sendiri pun masih tercari cari kekurangan dalam laksa johor saya kerana saya masih gagal mendapatkan rasa 'original' seperti yang pernah arwah buat! I missed all her cooking!


Banyak juga resipi resipi lama yang masih menjadi makanan favorit kami sekeluarga sehingga kesaat ini. Saya pulak suka mencuba resipi2 baru dan cara saya memasak juga banyak meniru cara arwah ibu saya iaitu kami tidak pandai menggunakan sukatan, sebaliknya kami hanya mengikut 'naluri' sendiri apabila memasak! Adakala tu bila orang bertanyakan resipi, susah jugak saya nak menerangkan! Arwah ibu selalu berpesan, jangan lokek dengan ilmu, kiranya ada sesiapa yang minta diajar atau minta resipi sekalipun, arwah selalu memberi dengan ikhlas. Alhamdulillah saya sendiri pun begitu, apa saja resipi yang saya tahu, dengan mudahnya saya akan berkongsi dengan sesiapa sahaja!


Pernah sekali semasa saya meminta satu resipi ini dari seorang hamba Allah kerana kebetulan suami ingin sangat memakannya! Jawapannya amat mengecewakan sebab bukan saja dia enggan untuk berkongsi resipi tersebut bahkan sempat mengatakan resipi itu milik keluarganya dan tak boleh diajar pada sesiapa! Saya tidak berputus asa, saya cuba bertanyakan dengan orang lain dan alhamdulillah saya dah pandai memasaknya dan sering mendapat pujian dari suami tercinta! Sekarang ianya merupakan salah satu hidangan saya pada majlis2 seperti Hari Raya atau kenduri kendara! Saya tidak akan mengaku bahawa itu resipi saya tapi saya sudah berjaya mengolahnya mengikut citarasa saya sendiri!


Semalam beria ia anak dara saya yang berdua tu ( Siti Fatimah & Siti Aisyah) membuat 'Chicken Pie'. Bakat memasak ni saya dah nampak pada kedua dua anak dara saya ini! Itupun setelah duduk jauh beribu batu dari saya, maka barulah nak memasak! Sebelum ni, nak masuk dapur pun susah! Saya tidak lagi risau sebenarnya, memikirkan tentang apa yang mereka makan apabila sudah berada di negara orang kerana saya yakin mereka berdua mampu memasak makanan sendiri. The father always ingatkan diorang tentang mustahaknya soal 'halal' dan 'haram' dalam pemakanan jadi pesannya lagi jangan ambil jalan mudah! Oh the pie semalam was very yummy! By the time pie siap sudah hampir 12 tengah malam! Aroma nya memenuhi seluruh rumah dan saya sendiri pun tidak mampu to say 'no' untuk merasanya! Bila dah masak saja, terus dipotong dan diberi kepada baba nya untuk dirasa! Selalunya my husband ni takkan makan apa apa lagi kalau dah tengah malam tapi untuk tidak menghampakan kedua dua anak daranya dia pun terus memakannya! The father said it was very delicious and gave them both a 'thumbs up'! We managed to take a picture and below is how the 'Chicken pie' looked like!






Ohhhhh, I'm invited!!!

Geli hati pun ada, nak tergelak pun ada! Ye lah, tiba tiba dapat jemputan dari seseorang yang dah lama sangat tak berjumpa! Masih ingat juga hamba Allah ini pada saya! Yang buat saya rasa geli hati dan tergelak tu, saya diundang ke majlis harijadi??? Eh, biar betul ni! Selalunya saya dapat undangan majlis perkahwinan, majlis kenduri dan majlis doa selamat jadi bila baca 'majlis harijadi' macam tak percaya lah pulak! Saya rasa terharu sebab saya masih diingati! Atas sebab2 yang tak dapat dielakkan maka saya tidak dapat memenuhi undangan tersebut! Tapi saya pasti tanpa saya sekalipun majlis itu akan meriah dan berjalan dengan lancar! Ribuan terima kasih kerana sudi menjemput saya!

SITI AISYAH AZMIN DAH PULANG TAPI ...
Saya agak panic jugak semalam semasa menjemput anak saya yang baru pulang dari UK dan dia telah didapati demam dan selsema! Oh tidak! Masa tu macam2 bermain dalam kepala saya, mana tidaknya sekarang ni wabak H1N1 semakin menular! Sepanjang perjalanan balik ke rumah, hati saya berdebar debar dan risau takut kalau2 anak saya dijangkiti oleh wabak influenza itu. Tanpa membuang masa kami terus menuju ke klinik untuk mendapat pengesahan! Setiba diklinik, doktor terus memeriksa dan terus menyuruh saya membawa anak saya ke hospital! Katanya semua tanda tanda yang dia dijangkiti ada pada anak saya! Kesiannya anak mama dan kesian kat kitorang semua sebab rasa seronok dan gembira belum habis lagi tiba tiba dapat berita macam ni! Memandangkan ini bukan perkara yang boleh diambil ringan maka kami semua telah pergi ke Hospital Sungai Buloh untuk mendapatkan pengesahan dan rawatan! Setelah diperiksa akhirnya doktor mengesahkan bahawa anak saya Siti Aisyah Azmin, BEBAS dari jangkitan H1N1 kerana suhu badannya telah menurun dan ianya cuma demam dan flu biasa! Dia dinasihatkan untuk di 'house quarantine' selama seminggu! Hari ni saya nampak dia dah sihat, bercakap tak berhenti henti (itu memang sah Siti Aisyah Azmin dalam mode 'sihat'nya).

Hari ini saya dapat menarik nafas lega! Syukur Alhamdulillah!

Wednesday, 15 July 2009

Yes, what goes around, comes around ...

Sebagai manusia kita tak dapat lari dari rasa KECEWA, SAKIT HATI, MARAH, DENDAM apabila kita dipersalahkan atau dipertanggung jawabkan keatas sesuatu perkara yang bukan disebabkan oleh perbuatan kita! Hanya kerana disebabkan kita dipihak yang tidak mampu mempertahankan kebenaran maka dengan sewenang wenang nya ada pihak yang sanggup mengatur dan mengarahkan kehidupan kita!

Apabila kita berdiam diri, ada pihak menyangka yang kita ini TERPAKSA menerima semua ini seadanya! Membuat keputusan tanpa menghirau hati dan perasaan orang lain. Tidak mahu ambil tahu apatah lagi mengambil kira akan kesan yang bakal dihadapi! Berapa lama perlu kita bersabar? Berapa lama perlu kita berpura pura seperti tak ada apa yang berlaku? Adakah kerana memiliki kesenangan dan kekayaan, maka semudah itu keputusan diambil tanpa memikirkan kesan yang bakal menimpa?

Tentu ada pihak yang bergembira kerana telah berjaya membuat orang lain memikul beban dan menanggung kesalahannya! Apa rasa agaknya apabila kita berdiri megah diatas kejatuhan orang lain? Kadang kala terfikir juga, adakah mereka rasa puas dan dapat tidur lena? Hebat kan? Puas ku pujuk hati ini untuk berani bangun dan menghadapi semua yang diatur ini dengan penuh tabah tapi ianya bukan lah satu perkara yang mudah! Kesannya? Amat perit, tak dapat digambarkan dan diucapkan! Hanya Allah saja yang Maha Mengetahui!

Allah itu Maha Kaya, Maha Agung dan Maha Mendengar! Doa doa orang yang teraniaya adalah antara doa doa yang dimakbulkan Allah! Kehidupan ini ibarat sebuah roda, adakala kita diatas dan adakala kita dibawah! Tak akan ku hitam kan hati ini untuk mendoakan yang tidak baik bahkan akan selalu ku berdoa semuga semua ini akan ada pembalasan yang setimpal! Ku terima semua ini andaikata ianya adalah satu dugaan dari Mu, Ya Allah. Berikan lah kepada kami sekeluarga kekuatan dan ketabahan untuk menempuh segala ujian ini. Biarlah kita 'muflis' didunia tapi kita tidak 'muflis' diakhirat, kata kata yang selalu diucap oleh suami tercinta! Yang penting kita masih punya harga diri dan didalam keadaan ini kita masih mampu berdiri dalam satu keluarga! Saya percaya 'what goes around, comes around' and 'what goes up must come down'!!

Monday, 13 July 2009

As I was passing ... (2)

Alangkah seronoknya kalau kehidupan kita ini aman damai dan tiada permusuhan! Pasti semua orang hidup gembira dan ceria kan??? Tapi sayangnya itu bukan realiti kehidupan, suka atau tidak pasti ada perkelahian, pergaduhan, permusuhan. Kadang kala tu kita langsung tak terlibat tapi tak semena mena kita berada didalam permasaalahan tersebut. Kita boleh kata yang kita tak mahu terlibat dalam mana mana sengketa tapi kita cuma manusia, hanya mampu merancang dan selebihnya Allah lah yang menentukan!

Setiap hari kita akan berdepan dengan bermacam macam kerenah manusia, ada yang baik dan ada yang tidak. Lihat saja di sekeliling kita, suami kita, anak anak kita, jiran tetangga kita, adakalanya perbuatan dan tingkah laku mereka boleh menyakitkan hati. Kita sendiri pun adakala boleh naik angin tanpa sebab, kadang kadang tu punca nya hanya dari perkara yang remeh temeh! Ye lah adakala angin kat badan ni boleh buat kita jadi tak menentu, masa tu kucing lalu pun kena marah! Saya lah tu, hehehe!

Ada juga yang suka menyibuk, ambik tahu hal orang, hanya nampak kelemahan dan kesalahan orang tapi kelemahan diri sendiri tak nampak! Sibuk menyalahkan orang lain, mengumpat mengata dan ada tu seolah olah dah jadi macam rutin pulak! Setiap petang mesti berkumpul dan berjumpa lepas tu siap lah, macam2 cerita yang keluar! Mengata orang ni memang seronok sebab kita mengata orang tapi cuba mengata diri sendiri, agak agak kita boleh buat tak? Tentu lah boleh, kalau kita mengata diri kita yang baik baik tapi kalau sebaliknya? Ada yang boleh buat??

Beberapa bulan lepas, semasa saya sedang menunggu suami saya di One Utama, tiba tiba saya dihampiri oleh seorang lelaki yang bersaiz agak besar. Dari awal lagi saya dah dapat rasakan mesti ada sesuatu yang tak kena tapi saya buat tak tahu je. Dia pun terus duduk disebelah saya dan bertanya saya hendak kemana. Mula tu saya buat tak tahu tapi bila dia semakin rapat duduk disebelah, saya pun dengan wajah serius bertanya balik, apa yang dia hendak! Dengan tersengih sengih dia menjawab yang dia hendak berkenalan dengan saya!!! Berkenalan??? Oh tidak! Terperanjat dengan jawapan spontan dia tu, saya pun terus bangun dan beralih ketempat lain! Sejurus kemudian sebuah bas pun sampai dan dia terus menaiki bas tersebut! Dia sempat melambai dan mengenyit mata dan memberi 'flying kiss' pada saya! Terkejut dan tergamam saya seketika! Apabila saya menceritakan peristiwa ini pada suami saya, tergelak besar dia! Ada jugak yang berminat kat saya ye? Kalau lah yang menegur saya tu 'Brad Pit ke, Anuar Zain ke, kan best!! Ini tidak, nak buat macam mana kan? Geram ada, marah ada dan nak tergelak pun ada!

Saya masih ingat tentang satu peristiwa ini, ketika itu saya sedang beratur untuk membeli makanan. Ada sepasang kekasih ni pun sedang beratur didepan saya. Saya katakan kekasih sebab nampak macam tu! Sambil tangan memeluk pinggang si gadis mereka pun mengorder makanan. Masa hendak membayar, sigadis yg mengeluarkan duit dari beg nya dan membayar. Nak jadi kan cerita, saya duduk betul betul bersebelahan dengan pasangan tadi. Ketika itu baru saya perasan yang pasangan tadi hanya membeli 1 air dan 1 burger! Hai romantiknya! Muka sigadis masam mencuka, diambil burger dan terus memakan, masa itu lah saya nampak si lelaki tadi cuba mengambik sedikit burger ditangan sigadis, apa lagi si gadis naik angin, dia ambik burger tadi dan di campak ke muka si lelaki dan terus bangun dan keluar dari tempat itu. Saya yang berada disebelah pun tersentak dengan tindakan gadis itu tapi saya buat buat tak nampak lah! Yang hairan tu, si lelaki bukannya hendak pergi memujuk tapi dia ambik burger tu dan dia terus memakannya hingga habis! Sambil memakan dia tersenyum senyum sendiri! Pada hemat saya, ini mesti kes nak makan free! Sebelum dia beredar, dia sempat menoleh kearah saya dan menaik naikkan keningnya! Eeeeeee menyampahnya......!

Bercakap pasal makan free ni, teringat saya pada seorang hamba Allah ni! Kami pernah berkerja disebuah syarikat yang sama! Setiap kali waktu makan, jarang sekali dia hendak keluar makan sebaliknya bila ditanya dia akan jawab yang dia sedang menjaga badan! Tak kisah lah tu tapi lama kelamaan, ramai yang perasan termasuk lah saya sebab hamba Allah ni suka sangat 'mengendeng' makanan orang! Bila tiba waktu makan dia akan keluarkan sudu kemudian dia akan pergi pada kawan2 dan konon2 nya hanya ingin menjamah makanan. Kalau lah sepuluh orang dia dapat menjamah makanan mereka semua, tak ke kenyang jadinya??? Apabila perkara ini berlarutan akhirnya kami semua berpakat untuk tidak makan didalam pejabat lagi. Ketika itu saya lihat hamba Allah ini kelihatan hampa sangat, ke hulu ke hilir mencari 'mangsa' dengan sudu ditangan! Nak kata susah, pangkat executive, gaji besar lah jugak tapi punya lah kedekut sampai makan pun nak berjimat! Mungkin dia dah jadi jutawan sekarang!

Ini lah dia warna warna kehidupan! Bermacam macam ragam yang mampu membuat kita tersenyum memikirkannya. Ada yang boleh kita jadikan tauladan dan ada juga yang boleh dijadikan sempadan - 'TEPUK DADA TANYA SELERA!!

Friday, 10 July 2009

10 Amalan Yang Terbalik

Coretan dibawah ini bukan lah hasil tulisan saya tetapi didatangkan secara risalah dan diedarkan kepada orang ramai. Saya terpanggil untuk memaparkan dalam blog saya supaya kita semua akan mendapat manfaat darinya.

Renung2kan lah....

Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalan harian kita. Kadang kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut ikut dengan budaya hidup orang lain. Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik:-
  • Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah dimana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?

  • Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.
  • Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik dirumah maupun dimasjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik?
  • Kalau menjadi tetamu dirumah orang dan diberi jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.

  • Kalau bersolat sunat dimasjid amat rajin, tapi kalau dirumah sangat malas. Sedangkan sebaik baiknya solat sunat banyak dilakukan dirumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.

  • Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan dibulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnyaperbelanjaan dibulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?

  • Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri bukan kerana nak bermusafir , maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain..

  • Semua ibubapa amat bimbang kalau kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.
  • Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi kerumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang kemasjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak kerumahNya segan dan malas.

  • Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. tetapi kalau duduk dirumah, masyaAllah. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumahtangga kurang bahagia.
  • Kita cukup teruja untuk meng'forward' kan sms atau emel dalam bentuk gossip2 artis kepada kawan2. Malah kebanyakkan sms emel tersebut tidak benar dan boleh menjatuhkan maruah orang lain. Tapi kenapa susah sangat nak forward emel2 peringatan sebegini kepada kawan2 kita??....

Cukup dengan contoh contoh diatas. Marilah kita berlapang dada menerima hakikat sebenarnya. Marilah kita beralih kepada kebenaran agar hidup kita menurut landasan dan ajaran Islam yang sebenar bukan yang digubah mengikut selera kita. Allah yang mencipta kita maka biarlah Allah yang menentukan peraturan hidup kita!

Sabda Rasullullah SAW: 'Sampaikanlah dariku walaupun satu ayat.' (Riwayat Bukhari)



Tuesday, 7 July 2009

Bila idea datang ....


Ini adalah gambar putera dan puteri saya yang diambil pada tahun 1992! Yang duduk diatas riba tu, ialah Siti Khadijah, ketika berumur lebih kurang sebulan! Kalau lah boleh saya jadikan mereka semua kecil semula macam dalam gambar ni, kan bagus!
Dah lama tak update my blog, bukan sibuk pun tapi takde idea nak menulis! Adakalanya idea datang mencurah curah dan ada kalanya langsung tak ada! Kadang kadang tu, masa kita sedang membuat sesuatu contohnya sedang memasak ke, sedang mandi ke, sedang makan ke, masa tu lah datang macam2 idea tapi bila dah duduk depan computer, nak tulis sebaris ayat pun susah! Bayangkan lah orang yang menjadi penulis novel atau buku, tiba tiba ketandusan idea, macam mana agaknya????

Beberapa hari lepas saya berkesempatan membelek album album lama, ada gambar yang masih elok dan ada gambar yang dah pudar. Perasaan saya bercampur suka duka apabila melihat semula gambar gambar tersebut. Banyak betul kenangan disebalik gambar gambar itu dan membuat saya terkenang semula semua peristiwa yang terakam didalam nya. Bila terpandang gambar arwah mak dan bah, sayu sungguh hati ini - tak terucap oleh perkataan kerana kerinduaan yang ada tidak dapat dibayangkan ...

Ada juga gambar gambar yang membuat saya ketawa terbahak bahak! Mana tidaknya bila melihat gambar adek beradek saya sekitar tahun 70an, kurus kurus semuanya! Sekarang ni semua dah sihat sihat belaka cuma my brother Ajak dan Maman je yang tak banyak berubah! Bila lihat semula gambar2 slim saya, teringin nak kurus macam tu tapiiiiiiii ....! Ah, nevermind! Semasa anak2 menengok gambar muda saya, ada yang tak kenal pun! Sempat tanya lagi, "betul ke tu mama???'. Saya jawab "memang betul lah tu mama tapi selepas melahirkan korang semua, badan mama dah jadi besar la!" Semasa kak long dan aisyah kecil, mereka cukup tak suka kalau saya kata "kalau mama dan baba dah tua nanti", mereka berdua akan kata yang saya dengan babanya tak boleh jadi tua!! Sabar je lah budak berdua ni ...! Anak anak ku, takde kuasa yang boleh menahan kita dari jadi tua, satu hari nanti kalian jugak akan melalui proses yang sama, insyaAllah!

Ok, saya dah tahu apa yang patut saya buat dalam masa terdekat ini. My PA pun kalau takde aral akan balik ke Msia tak lama lagi! Dia paling kreatif, pasti akan jadi gabungan yang manTOP, hehehe! PA saya ni ibarat my 'energy booster', kalau dia ada, panjang lah akal kami berdua - adakala idea melepasi ruang angkasa!! Unlike my eldest daughter, dia ni tak selalu sependapat dengan saya jadi adakala kitorang macam ada personality conflict! Tak semua idea saya dia dapat terima begitu juga sebaliknya tapi PA saya ni ibarat my 'clone' - macam saya cakap tadi, bila digabungkan akal dia dengan akal saya pasti tak terduga oleh akal akal yang sihat dan sempurna! Bayang kan lah ...

Saya seolah seolah sudah mendapat ilham untuk membuat satu kompilasi gambar gambar kami sekeluarga dan saya harus usahakan agar ia menjadi kenyataan! Seperti biasa lah, kalau dah ada semangat nak buat, pasti menjadi!!

Sunday, 5 July 2009

Saya ada saudara kembar?? Ohhhhh, tidak!!!!!!

Baru-baru ini semasa saya berada di Maybank Tmn Tun tiba tiba ada seorang wanita menegur saya dan bertanya samada saya ada saudara kembar. Saudara kembar????? Terperanjat saya dengan soalan tersebut mana tidaknya sepanjang 49 tahun saya hidup di dunia ini tak pernah saya tahu yang saya ada saudara kembar!!! Dia kata dia selalu nampak saya dan so called kembar saya tu di bank tersebut! Secara berseloroh saya kata mungkin apa yang dia nampak tu adalah SAYA, SAYA, SAYA! Tetapi dia berkeras mengatakan itu bukan saya tapi seseorang yang betul seiras dengan wajah saya!!!! Phuiiii, berpeluh saya sekejap! Tak tahu macam mana nak cakap lagi sebab saya pun confused! Untuk tidak memalukan orang yang bertanya itu saya pun dengan selamba menjawab yang saya akan dapatkan khidmat Jejak Kasih dan juga CSI Miami untuk membuat penyiasatan!

Hmmmmm, bayangkan lah kalau saya ada saudara kembar:

Macamana boleh saya terpisah dengan dia? Adakah semasa kami lahir, ada orang telah mengkidnap dia ( banyak sangat menonton sinetron Indonesia sebab tu dapat idea mcm tu, hehehe..)

Macamana boleh ibu saya tak tahu atau memang tahu tapi terpaksa pisahkan kami berdua?(macam dalam salah satu cerita filem arahan Jins Shamsuddin)

Kalau betul dia wujud, adakah dia seiras wajah saya??? Sudah tentu lah kan, sebab wanita tersebut kata orang itu memang seiras wajah saya. Scary jugak, manalah tahu sekiranya kembar saya itu terserempak dengan suami tercinta saya dan suami saya pulak ingat itu saya! Eeeee pasti gawat!!

Tak mungkin!! Takkan lah tkde seorang pun adek beradek saya yang tahu? Mesti diorang tahu sesuatu ATAUPUN mereka juga hendak menyembunyikan sesuatu dari saya???

Apa yang patut saya lakukan jika saya bertembung dengan dia? Should i hug her? Should i just ignore or should i just say 'Hai, saya Min - kita mungkin adek beradek kembar sebab wajah kita sama...! Kita share mak dgn bah yang sama!


Waaaaaaaaaaaaaaa! Taknak! Selama ni mak dan bah saya ada lah mak dan bah saya mana boleh ada orang lain yang mengaku mereka mak dan bah dia?


SEBENARNYA SAYA CAKAP SAJA TAPI SAYA TAHU KALAU BETUL BETUL BERLAKU SAYA TIDAK TAHU APA YANG PATUT SAYA LAKUKAN!

Yang pasti semua ini adalah TIDAK BENAR! There is only one Aminah Hussein and that is ME!!



Friday, 3 July 2009

Wan Norhafifa a.k.a Pipah, Piwang and Pip ...

Masih segar dalam ingatan saya ketika buat pertama kalinya saya menatap wajah comel Wan Norhafifa beberapa jam selepas dia dilahirkan! You looked so pure and innocent! Jururawat tak benarkan saya memegang Wan Norhafifa jadi saya cuma dapat lihat dia dari luar nursery. When the nurse pushed her crib closer to the window, saya dapat lihat satu tubuh kecil yang dibalut dengan selimut pink, dengan mata yang pejam tapi mulut kecilnya seolah olah sedang mengunyah sesuatu! Cute sangat! Sayang tak dapat capture moment tu tapi saya tidak akan pernah lupa saat istimewa itu!

Arwah Tok chen called her 'Piwang' dan dikalangan ahli keluarga lain dia dipanggil dengan nama 'Pipah'. Uncle Azri pun sehingga sekarang call her as 'Piwang'! Saya lihat Pipah membesar dari seorang bayi comel sehinggalah menjadi seorang gadis ayu dan cantik! Sejak kecik dia sudah menunjuk kan sikap seorang survivor, susah nak tengok dia menangis walaupun selalu kena bully dengan anak anak saya! My two daughters were her closest cousin dan bila berjumpa riuh rendah jadinya! I'm very sure Pip tak akan lupa peristiwa dimana she ended up with a 'black' Barbie Doll!!! I think Siti Fatimah Azrina and Siti Aisyah Azmin owe you an explaination!! Ha Ha Ha! Pipah suka bermain dengan laki laki terutama anak lelaki saya Anip! Diorang berdua sebaya. Ketika itu saya selalu berseloroh dengan wan chu, mama Pipah yang kami hendak menjodohkan diorang berdua!! Biasalah respond diorang sampai sekarang ni 'tak nak' 'tak suka' dan 'tak ingin' '!! Nasib! Nasib!

Pada 1hb Julai lepas satu majlis doa selamat telah diadakan khas untuk Wan Norhafifa bertempat di Kelab Shah Alam Selangor! Meriah sungguh majlis tersebut! Ramai saudara serta sahabat handai turut sama memenuhi undangan! Mama Pipah telah bertungkus lumus sepanjang minggu membuat persiapan dan mujur lah ada my sister inlaw, Intan yang banyak membantu! Intan memang ada 'magic touch', apa saja yang dia buat pasti membuat orang terpegun dan terpukau dengan hasil kerjatangannya! Intan banyak menjaga dan mengasuh Pipah sejak dari kecil lagi so she is like a second mum to her!

Majlis dimulakan dengan solat maghrib berjemaah, diikuti dengan solat hajat dan tazkirah sebelum berakhir dengan solat isya! Para tetamu dijamu dengan masakan kampung yang sungguh menyelerakan! Sebelum balik semua tetamu mendapat cenderati yang sungguh cantik dari 'tuan rumah!' Semuga bertambah murah rezeki mereka sekeluarga!


Wan Norhafifa akan melanjutkan pengajian keperingkat ijazah dalam bidang Media & Communication di Queensland University of Technology in Australia! Semuga beliau berjaya dengan cemerlang dan saya akan sentiasa mendoakannya! Pip, you are very special person indeed - you made your ayah, mama, ainul and all of us so proud of you!

'You have got to say NO to the good so you can say YES to the best!'
'Remember that failure is an event - not a PERSON!'
May Allah bless you with success in both this world and in the Hereafter, insyaAllah!