Saturday, 23 January 2010

Seperti yang diceritakan ...

Rupa paras yang sungguh jelita, ditambah dengan senyum manis yang mempersona! Gaya dan lentok manjanya begitu menggetar jiwa! Bertuah si jejaka yang berjaya merebut hatinya dan akhirnya disatukan dalam ikatan perkahwinan! Bagai pinang dibelah dua, sama cantik sama padan, doa restu diiringi agar perkahwinan itu berkekalan ...

Bagaikan membawa tuah, rezeki datang melimpah limpah! Suami pula berjaya memilikki firma sendiri! Bertambah gembira apabila kehadiran cahaya mata penyeri rumahtangga. Maka keduanya melayari alam rumahtangga dengan penuh bahagia ...

Setelah beberapa ketika, si isteri mula berubah! Kekayaan dan kemewahan mengaburkan mata sehinggakan mula mendabik dada. Yang mahal semua miliknya, yang berjenama jadi pakaian untuk ditayang pada semua. Mula lupa diri, orang2 disekeliling sudah tidak setaraf dengannya. Tak cukup dengan itu, suka membangga diri kononnya suami begitu menuruti semua kata kata! Tak berani membantah walau sepatah, semua yang dipinta dan semua yang dikehendaki dipenuhi tanpa banyak bicara! Hebat wanita ini, sehebat lakonan dan sandiwaranya ..

Orang sekeliling mula terasa. Mertua sudah dilupa bahkan sering menjadi mangsa herdikannya! Yang tidak mengenali pasti tidak akan percaya kerana perwatakan wanita ini memang jauh bezanya dengan sikap dan perangai sebenarnya. Sayang sekali anugerah tuhan dipersia, kecantikan diri tak seiring dengan peribadi! Mungkin lupa kah dia bahawa segala yang dimiliki hanyalah pinjaman semata ..

Seperti yang diceritakan - wanita ini semakin menggila sehinggakan mertua tidak langsung dihormati, tengking herdik sudah menjadi biasa. Dikatanya simertua menghabiskan harta suaminya. Yang hairannya suami langsung tak berani berbuat apa apa, jangan kan menegur jauh sekali untuk memberitahu tentang salah dan silapnya! Diikutkan semua kerenah siisteri hinggakan hilang maruah diri. Kasihan simertua yang terlalu memakan hati. Ada anak tapi tak mampu membela diri ..

Seperti yang diceritakan - wanita ini sudah mula lupa diri, bagai kaduk naik junjung - lupa darimana asal usulnya, lupa kehidupan susahnya, lupa orang2 yang pernah satu ketika sebumbung dengannya. Paling menyedihkan sehingga sanggup untuk tidak mengaku perempuan yang menjadi ibu kepada suaminya ..

Terlalu gairah dengan kesenangan, terlalu taksub dengan suami yang begitu menuruti telunjuknya sehinggakan begitu berani mengeluarkan kata kata yang kononnya suaminya tidak pernah berani marah, jauh sekali menegur tentang setiap salah laku yang beliau lakukan. Katanya lagi kalau hendakkan lantai emas sekali pun, suami akan turuti ..

Saya, ketika mendengar cerita ini terkedu seketika! Tak ada perkataan yang mampu saya gambarkan tentang wanita ini! Apa yang dapat saya katakan, sayang seribu kali sayang - saat ini mungin dia masih boleh mendabik dada, tersenyum bangga, akan tetapi tidak sedar kah dia akan balasan tuhan yang maha Esa?

Buka lah mata wahai suami, jangan jadi anak yang durhaka! Kasihani lah ibu tua yang merintih duka! Walau menggunung cinta dan sayang tidak akan dapat mengambil alih kasih dan sayang seorang ibu terhadap anaknya! Yang cantik itu hanya sementara, kekayaan pula tak bawa ke syurga. Jika terlepas balasan dunia, balasan akhirat tetap tiba ..

Wahai wanita cantik jelita, berhati hati lah jangan sampai suami bertukar selera! Jangan ingat kita akan dipuja selamanya! Hari ini kita bahgia, belum tentu esok akan serupa.

Ku susun jari sepuluh ini memohon keampunan kiranya tulisan ku ini akan membuat ada yang terasa dan terluka! Ku hanya ingin menyedarkan diri ku agar apa yang berlaku ini sebagai pengajaran agar aku tidak menjadi orang yang lupa diri ...

3 comments:

Shyllazahar said...

suatu cerita yg memberi pengajaran. Jgn diturunkan sikap sedemikian kepada keturunannya.as an adult, they should give good example to the youngsters.kene igt, what goes around, comes around.

Min Azri said...

Aunty bersetuju! Hidup ini cuma sementara, segala yg kita ada pun hanya sementara - beringat sebelum padah menimpa!
Tq for yr lovely comment!

NaniRostam said...

min, banyak lelaki macam tu....sebab tu, anak-anak lelaki kita, masa dia kecil ni kita beri kasih sayang, selalu ingatkan dia, anak lelaki kena jaga mak bapak. Berdosa kalau tak jaga ibu.Ibaratnya syurga anak lelaki di bawah tapak kaki ibu. Anak perempuan kalau dah kahwin bukan kita punya, dah jadi orang punya. Tapi anak lelaki tetap kita punya sampai mati.

Banyak lelaki tak sedar, tambah teruk kalau dapat isteri yang lagi nak pisahkan dia dan emak dia....