Monday, 28 December 2009

28hb Disember 2009 - Terima Kasih Ya Allah

Alhamdulillah, pada hari ini saya masih sempat menghirup udara Mu yang terus memberi saya nafas kehidupan buat tahun yang ke 48! Teramat bersyukur pada usia begini, saya masih dilimpahkan dengan kasih sayang Mu yang tiada dapat saya balas selain amal dan pujian kepada Mu, Tuhan yang Maha Esa!

Ya Allah, sekiranya saya masih boleh meneruskan kehidupan yang sedikit ini, saya pinta dan berdoa semoga terus dilimpahkan hidayah agar dapat saya memperhambakan diri kepada Mu. Sesungguhnya Kau Maha Mengetahui akan perjalanan hidup ini!

Ya Allah, peliharalah kesihatan hamba Mu ini, supaya jasad ini dapat terus melakukan tugas yang telah diamanahkan. Halakan lidah dan perbuatan ini supaya dapat saya teruskan penghambaan ini dengan cara yang terbaik sesungguhnya Kau Maha Mengetahui mengapa saya diciptakan dan meletakkan saya di tampuk ini. Wallahualam ..

Ya Allah, betapa syukurnya saya kerana Kau masih terus pesan pesan sayang Mu pada mereka2 yang rapat dengan saya supaya terus memgingatkan saya seandainya saya lalai dalam amal, dalam ibadat, dalam kewajipan, dalam suka dan duka dan dalam menggalas tanggungjawab terhadap Mu. Kau telah menganugerahkan kepada saya saudara2 yang sentiasa bersama dalam waktu senang dan susah, pada waktu tawa dan nangis!

Kerana kasih Mu Ya Allah, Kau telah berikan pada saya kelebihan limpah rahmat Mu, supaya langkah yang saya atur ini tidak pincang supaya ada yang dapat menegur keterlanjuran, keegoan dan kealpaan hamba Mu!

Ya Tuhan ku, selama 48 tahun, Kau bentuk diri ini dan semua yang baik datang dari Mu, dan yang buruk dari diri sendiri. Bersyukur kepada Mu kerana masih berpeluang lagi meminta ampun daripada Mu!

Ya Rahman Ya Rahim, Alhamdulillah dengan nikmat rezeki yang telah kau limpahkan! Biar sekecil mana habuannya saya masih tetap bersyukur atas pemberian Mu! Jangan digelapkan mata ini untuk rezeki yang bukan milik kami! Ringankan tangan hamba ini untuk memberi, untuk menghulur dan untuk menderma. Halakan selera ini untuk yang halal dan bukan yang diharamkan dan dilaknati!

Ya Allah, jadikan lah mata ini untuk menjadi saksi kepada semua kesilapan dan kelemahan agar dapat di tebus sebelum ia menjadi kabur dan tutup buat selamanya ..

Ya Allah peliharalah kata kata supaya yang diucap bakal jadi ubat, yang ditutur bakal jadi penawar, yang diluah bakal jadi madu dan yang dikatakan bakal jadi perindu. Doa dari hamba Mu agar kasturi janji Mu menjadi penyegar nafas ini ..

Ya Wahid! Pada usia yang selewat ini, saya masih dibenarkan untuk menghayun tangan ini dan akan digunakan untuk mengangkat kelangit memohon syafaat Mu!

Ya tuhan pencipta sekalian alam! Ampunkan dosa2 saya yang kian tahun kian menggunung agar mendapat keampunan Mu sebelum saya menghadap Mu.

Kepada insan2 yang saya berhutang kemaafan, ampun kan saya jika saya pernah melukai, mengguris dan menyakiti hati kalian ..

Biar esok saya dilahirkan semula supaya bersedia untuk dikembalikan, Amin!!

Saturday, 26 December 2009

Adakala kita lupa atau memang pelupa????

Syukur Alhamdulillah, dapat juga saya dan suami berpuasa pada hari ini! Hairan jugak, seawal pagi saya dah sibuk kepasar kemudian singgah kerumah mertua sekejap, lepas tu ke PJ Old Town untuk mewarna rambut - mewarna uban yang dah banyak kelihatan, walaupun berpuasa, saya langsung tak terasa lapar! Mujur lah suami saya ni manusia yang sangat sporting, apa saja yang saya minta ( setakat yang beliau mampu) pasti dia menurut saja! Contohnya hari ini, saya dah bagitau awal2 lagi yang saya hendak warnakan rambut, lepas tu nak buat facial, nak gi spa buat body treatment, nak gi shopping - semuanyadia kata ok! Saya tahu selagi dia mampu, dia akan cuba sedaya upaya menuruti kemahuan saya tapi tak lah selalu saya meminta2! Dah hampir 25 tahun kami hidup sebagai suami isteri, terlalu banyak susah senang, suka duka kami tempuh bersama! Saya bersyukur sangat2 kerana suami saya seorang yang baik dan penyayang!

Sedang saya memikir2 menu untuk bbq esok, sempat juga saya duduk didepan computer - bukak facebook, comment mana yang patut, kemudian check email, balas email lepas tu sempat jugak main 'Bejewelled' my favourite game! Itulah rutin saya, tak produktif langsung saya ni ...

Terpanggil untuk menyelit sedikit kisah ini, saya sudah dapat berkenalan dengan tuan punya diri, penulis blog 'Model 80an'!!! - menarik sungguh walaupun masih belum mengenali beliau secara peribadi tetapi seakan ada satu tarikan untuk saya mengenali beliau secara dekat! Apabila dia membalas email saya, sejak itu saya seronok untuk menghubungi beliau dan akhirnya saya dapat juga menempah 'kek coklat' beliau untuk majlis bbq dirumah saya esok (27/12/09). Yang lucunya kami berdua dah confused pasal tarikh sehinggakan kek saya disiapkan sehari awal! Tak mengapa, saya tetap akan mengambil kek saya esok! Kesian dekat dia, mungkin beria menyiapkan kek saya tapi jangan serik ambik order saya ye Puan Nani, hehehe...

Terlalu awal untuk saya menilai wanita hebat ini namun tulisan2 dalam blog beliau sentiasa menarik minat saya untuk terus membaca! Saya kagumi kegigihan, kerajinan dan ketabahan wanita ini dan tersimpan niat dalam hati kecil ini, sekiranya diberi peluang untuk belajar menjadi 'super woman' semacam beliau!

Ok, dah lewat ni, mata pun dah kabur! Nak solat isya dulu lepas tu nak tidur! Suami nak berpuasa sunat esok tapi saya kata saya tak dapat puasa sama sebab memandangkan esok banyak tugasan yang perlu saya buat! Tak sabar nak ambik kek, tak sabar nak jumpa jemputan2 saya esok malam, tak sabar nak buat bread pudding dan tak sabar nak merinate my teppanyaki beef! Moga2 saya tak lupa ....

Wednesday, 23 December 2009

Kalau lah .....

Diam tak diam hari ni dah 24 Disember 2009! Cepatnya masa berlalu, kurang dari seminggu kita semua akan menyambut tahun baru 2010! Masa berlalu tidak menunggu kita, setiap detik dan saat melewati kita tanpa henti! Termenung seketika memikirkan betapa banyak masa yang telah berlalu dan betapa banyak masa yang telah disia siakan! Berbisik sendirian, 'kalau lah dapat ku kembalikan semula masa2 yang terbuang itu, rasanya banyak perkara yang hendak diperbaiki, kalau lah ............

Apakah bulan ini, minggu ini dan hari ini akan jadi lebih baik dari bulan, minggu dan hari2 sebelumnya? Kita hanya mampu merancang! Kita hanya mampu mengharapkan yang terbaik namun hakikatnya tiada daya dan kuasa yang dapat mengatasinya selain dari ketentuan yang telah ditetapkan keatas kita!

'Kita adalah apa yang kita inginkan' - kata2 yang saya petik dalam buku 'the Secret' oleh Rhonda Byrne! Buku yang menarik untuk menjana minda kita lebih2 lagi kalau kita membacanya diwaktu pagi! Ia bagaikan memberi semangat dan inspirasi untuk mengikut setiap yang diceritakan atau yang diajar didalam buku tersebut! Namun ia tidak semudah apa yang ditulis kerana kefahaman dan kemahuan dalam diri adalah amat penting untuk kita merubah kearah yang lebih positif, menarik kan???

Keinginan saya?? Sudah tentu jawapannya 'kebahagiaan'. Kalau boleh ingin saya kecapi kebahagiaan itu sehingga akhir hayat ini dan melihat suami, anak2 serta seluruh kaum keluarga saya bahagia! Sementalah didalam setiap doa2 saya, saya memohon kehadrat Allah swt agar saya mendapat kebahagiaan dunia dan akhirat.

Sukar sebenarnya untuk saya meyakinkan hati kecil ini walaupun telah berkali2 mencuba agar tidak menyimpan sebarang dendam pada sesiapa! Selalu tertanya2 samada kehidupan ini akan berakhir dengan kebaikan, adakah ada yang akan mengenang kebaikan kita, adakah kebenaran akan terbukti juga atau adakah peluang untuk membetulkan segala kesilapan? Betapa bertuahnya kita tatkala kita sudah tidak ada, segala kebaikan kita dikenangi, segala salah faham dan segala cerita yang tidak benar tentang diri kita dibetulkan! Dalam melayari kehidupan ini, banyak perkara yang berlaku diluar kemampuan dan kuasa kita! Kita berusaha menjadi insan yang baik namun dugaan untuk mencapainya sentiasa mengekori kita! Semoga sebarang kesalahfahaman dapat diuraikan agar aman roh ini meninggalkan dunia yang fana!

Semua yang kita milikki adalah pinjaman dari yang maha Esa! Beruntunglah kita kiranya apa yang dipinjamkan itu dapat kita manfaatkan sepenuhnya ~ pesanan buat diri saya sendiri ...

Monday, 21 December 2009

Kenapa kita marah????

Kenapa kita marah??????? Hmmmmmmmmmm, mesti bersebab kan?? Takkan lah nak marah tanpa sebab! Sebelum tu baik saya tarik nafas dalam2 sebelum saya teruskan menulis sebab perasaan amarah ni masih menggelegak dalam diri saya tika ini.

Sebenarnya saya sendiri tak suka nak marah lebih2 lagi pada waktu pagi sebab arwah mak selalu kata kalau kita mulakan hari kita dengan 'marah' nanti rezeki tak masuk rumah! Selesai menunaikan solat subuh berjemaah bersama suami tersayang, saya akan turun kebawah untuk membuat sarapan. Sambil menuruni anak tangga, mata saya dah nampak tangga tak bersapu lagi, habuk dah mula menebal, helaian rambut dah banyak kelihatan! Terpandang pula frame gambar didinding, sempat menyapu dengan tangan, hmmmmmmmm hitam tangan saya dengan habuk! Sebaik sampai didapur, maid sedang berdiri termenung dipintu dapur sambil meminum kopi! Mata pun masih pejam lagi! Hairan, tidur seawal 9 malam, bangun pukul 6.30pagi, masih mengantuk??? Dia overtime ke semalam?? Kenapa pinggan mangkuk masih penuh disingki? Pada waktu itu, darah saya dah mula menyirap! Tersedar kehadiran saya terus bingkas kebelakang seolah2 sedang menyapu! Seperti biasa mata saya akan melihat sekeliling - dalam sinki masih penuh dengan pinggan mangkuk, lantai masih melekit! Jam didinding sudah menunjukkan 7.30 pagi!

Saya keruang tamu, kaki masih terasa seperti lantai belum bersapu! Saya buka tingkap2 dan pintu! Suasana pagi begitu damai sekali, sekali lagi kawasan luar rumah masih belum berkemas! Kasut dan selipar masih berselerakan - tak lama kemudian saya nampak maid mengambil penyapu dan terus mengemas laman depan! Saya kembali kedapur, mengacau kopi untuk suami dan saya, sempat minum bersama dan kemudian suami naik keatas semula! Tiba2 maid dah ada dalam dapur! Eh, tak sampai 5 minit dia menyapu laman depan, dan tak mungkin dia dah menyiram pokok2 bunga saya! Apalagi rasa2nya kesabaran saya sudah ketahap kritikal! Saya pun terus bertanya samada dia dah siapkan kerja menyapu dan menyiram pokok - dengan nyaring dia menjawab bahawa dia dah siapkan kerja dia!! Saya pun apalagi terus kedepan dan apa yang saya lihat dan nampak tidak seperti apa yang dia katakan! Mula lah 'angin puting beliung' masuk satu badan!!!!

Saya paksa dia menyapu semula, menyiram pokok lagi sekali dan saya berdiri disitu memerhatikan pekerjaannya. Baru nampak dia ketakutan bila saya tercegat didepan dia! Muka masam mencuka dan saya tengok mulut dia tak henti2 bersungut. Eeeeeee, spoilt my morning aje, sakit betul hati ni dengan kerenah maid saya ni!!!!! Rupanya itulah kerja dia hari2, bila ditanya mesti dia jawab dah 'buat'. Ya Allah ini betul2 menguji kesabaran dan keimanan, bukan sebulan dua bekerja dengan saya dah hampir setahun tapi masih lagi lembab, malas dan paling saya benci bila dia suka menipu!! Memang malang sungguh nasib dia hari ini sebab saya suruh dia buat balik semua kerja, dari dalam rumah hinggalah keluar rumah!! Yang pasti dia sudah silap pengiraan, mungkin selama ini dia tidak pernah terfikir yang saya akan periksa semula kerja2 yang dibuat!

Inilah rutin pembantu rumah saya setiap hari - 'lakonan' yang serupa setiap hari! Bila kena marah, barulah kerja jalan dengan betul kalau tak perkara yang serupa berulang! So macamana tak marah???

Saturday, 19 December 2009

We are family ....

Bagaikan satu kepuasan yang tak dapat saya gambarkan dengan perkataan selain daripada bersyukur kerana dapat berjumpa dan bermesra dengan kaum keluarga sebelah suami saya yang telah sudi melapangkan masa memenuhi jemputan saya dan suami! Walaupun tidak semua yang dapat hadhir namun kehadiran mereka semalam sudah cukup memeriahkan suasana!

Buat pertama kalinya saya cuba memasak 'nasi lemak kukus' namun hasilnya sungguh membanggakan! Seawal pagi saya sudah merendam 25 pot beras kemudian mengukus selama setengah jam kemudian keluarkan beras tadi dan rendam semula selama 5 jam ( mengikut apa yang diajar didalam resipi). Memang meletihkan dan rumit. Alhamdulillah, by 6pm semua lauk2 telah siap dimasak - sambal tumis ikan bilis, sambal udang, sambal sotong, daging goreng kunyit, kangkong celur dan ayam goreng! Sempat juga in between tu, saya membuat 'peach crumble' Baked Macaronni n Cheese dan Sheppards Pie!! Suami dan anak2 bujang saya sibuk mengemas dan mengatur meja didepan! Terharu jugak saya bila melihat mereka bekerjasama.

Yang penting my main dishes dapat disiapkan sebelum tetamu sampai! Berdebar2 jugak hati ni sebab maklumlah ini pertama kali saya membuat nasi lemak kukus - selepas solat maghrib sempat juga saya berdoa agar semua masakan saya 'menjadi'!

Syukur Alhamdulillah apabila semua tetamu saya 'enjoyed' masakan saya dan memuji 'nasi lemak kukus' saya! Lebih menyeronokan apabila mertua saya juga memuji masakan saya!! Kembang satu badan!!!

Kami semua sempat menyambut hari jadi Fiqah yang ke21! Saya betul2 seronok dan tetamu2 saya pun nampak seronok! Ada kek untuk saya juga - ehsan dari the Azlan's!! Sempatlah kami menyanyi lagu besday! Best sangat! Yang tak boleh saya lupakan apabila semua tetamu terpaku mendengar cerita 'fantasi' saya!! Sleeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeep, hehehe ...

Thursday, 10 December 2009

Doa dan suara hati ini ....

Bismillahirahmanirahim ..

"Dengan menyebut Asma Allah Yang Maha Agung, Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, segala puji adalah kepunyaan Allah, Penguasa dan Pengatur alam semesta.

Ya Allah, limpahkan rahmat ke atas junjungan kami Muhammmad s.a.w dan ahli keluarganya yang dengan selawat itu semoga kami selamat daripada segala bencana dan penderitaan, dengan selawat itu pula segala hajat Engkau kabulkan, dan Engkau bersihkan kami dari segala keburukan, angkatlah kami ke darjat yang tinggi, sampaikan lah kami kepada tujuan yang Engkau redhai, iaitu kebaikan selama kami hidup dan sesudah kami mati. Ya Allah yang Menguasai segala sesuatuYang Menyertai segala yang menyendiri, Yang dekat tiada jauh, Yang nyata tiada menghilang, Yang menang dan tiada Yang terkalahkan Ya Allah, Yang hidup tegak dan kukuh, Pencipta langit dan bumi. Sesungguhnya hamba Mu memohon kepada Engkau dengan nama Bismillah al-Rahman al-Rahim, Zat yang hidup tegak dengan kukuh, Yang tidak pernah mengantuk atau tidur. Aku bermohon kepada Engkau dengan Bismillah al-Rahman al-Rahim, Yang lemah segala wajah bila berhadapan dengan Nya, dan rendah segala suara dihadapan Nya serta bergetar hati kerana takut akan Dia. Limpahkan lah selawat keatas junjungan kami Muhammad s.a.w dan keluarganya, bukakan lah pintu kejayaan dan jalan keluar bagi kami ini, dan perkenankan lah hajat permohonan kami ini ....


Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa atas segala sesuatu, dan segala puji adalah kepunyaan Allah Tuhan Penguasa sekalian alam."

Amin, amin, Ya rabbal a'lamin ...

Tuesday, 8 December 2009

Bintang bintang Disember!!!






Akhirnya sampai juga hasrat saya untuk memilikki sebuah bbq set! Dah agaknya 10 kali saya singgah kedai yang menjual bbq set ini tapi selalu saya berkata2 pada diri sendiri, kalau ada rezeki nanti saya ingin memilikki set bbq ni dan akhirnya termakbul juga permintaan saya! Seronok tidak terkata, sebelum sampai rumah dah call my brothers Zainal n Maman untuk tolong saya memasang set tersebut! Setibanya saya petang tu, my 2 brothers and my sister inlaw dah sedia menunggu! Apa lagi mereka berdua pun tak sabar2 terus memasang set tersebut!

Setelah siap, saya bersama2 my bothers and Ain, pergi ke Giant untuk membeli ayam dan daging yang sudah dimerinade untuk merasmikan set bbq tersebut! Suami dan saya begitu excited, saya sempat mengajak wanchu dan intan untuk turut serta! Memang meriah sekali, our lamb turns out to be very tender and delicious except for the chickens, tak berapa masak sebab masih tak faham nak guna temperature yg sesuai! Wanchu sempat bawak sate so malam tu 'macam2 ada!

Kebetulan pada 5 Disember adalah hari jadi my sister inlaw Intan and kebetulan pula my other sister inlaw ada sebut nak buat ikan bakar dekat rumah saya! So i planned with wanchu, Zainal n Ain to have makan2 on sunday night! Saya pun menjemputlah semua ahli keluarga saya! Pagi2 lagi Zainal, Maman n Ain dah datang ambik saya untuk ke Pasir Penambang dekat Kuala Selangor untuk membeli ikan2 yang segar! Memang betul setibanya kami disitu saya tak sabar2 untuk membeli sebab ikan2 memang fresh dan udang pulak bermacam size! Kitorang pun apalagi dengan penuh semangat memilih ikan kembung, jenahak, terubuk, cencaru, telur ikan baung, udang besar, udang galah dan sotong! Tak cukup kat situ, singgah pulak pasar besar seksyen 6, shah alam untuk membeli ikan keli yang telah siap disiang! Lepas tu kami singgah pasaraya Tesco pulak untuk membeli jagung muda untuk dibakar!!!!!

Yang seronoknya semua adek beradek saya datang malam tu! Wanchu yang terkenal dengan sikap dermawannya tu datang dengan 50 bungkus nasi lemak dan kek dan durian kampung! Wanteh pulak datang dengan pulut kuning dan rendang, jadi malam bbq tu menu bertambah2 - deretan ikan bakar yang mengeliurkan, udang dan sotong bakar, chicken wings, jagung dan mushroom bakar, emmmmmm very2 yummy! My husband pun tunjuk kepakaran membuat 'steak' sendiri!!

Meriah tak terkata, makanan memang banyak dan tetamu semua begitu seronok menikmati makanan, Alhamdulillah! Malam tu kami semua menyambut hari jadi untuk semua yang lahir pada bulan Disember! We included Anis, menantu wanchah untuk meniup lilin sebab tak sempat celebrate harijadi dia, diikuti dengan Intan, Zainal, Ajak, Wanteh, Ajis dan akhir sekali saya!!! Riuh rendah dibuatnya apabila semua menyanyikan lagu "Allah Selamatkan Kamu" dan lagu "Happy B'day To You". Suami masing2 begitu sporting sekali menyanyi bersama2 kami!


We also served 'shisha' - tak percaya rasanya!!

Thursday, 3 December 2009

Jumaat datang lagi ...

Hari ini 4hb Disember 2009, bersamaan 17 Zulhijjah 1430 dan hari Jumaat! Saya pernah diberitahu bahawa hari Jumaat adalah hari yang paling berkat, pintu langit terbuka luas untuk menerima semua doa doa kita! Bagaikan sudah menjadi satu amalan dimana saya suka melebihkan doa2 pada hari ini, jika berkesempatan saya juga tidak lepaskan peluang berdoa selepas azan fardu jumaat dilaungkan dan kemudian berdoa lagi apabila bilal melaungkan iqamat! Ketika itu saya akan berdoa sepuas2nya memohon keampunan, kesejahteraan, kedamaian dan kejayaan dunia dan akhirat!

Kebelakangan ini saya sering dikunjungi dengan hal2 yang memeningkan kepala yang ada kalanya boleh membuat jantung ini berhenti seketika dan adakala juga boleh membuat debaran jantung saya berdetik pantas, adakala juga hati dan perasaan saya menjadi cemas, Orang kata kalau ikutkan hati mati, kalau ikutkan rasa binasa - disaat2 beginilah adakalanya saya tewas dan mulalah hati kecil ini bersungut2 dan bertanya dimanakah silap nya???

Setiap peluang yang ada sedaya upaya saya akan memanjatkan doa dan memohon kepada yang maha Esa agar setiap permasaalahan akan ada jalan keluar, kiranya ia adalah balasan dosa2 yang pernah saya lakukan, maka saya pohon agar diberi kekuatan untuk menempuh segala ujian dengan penuh ketabahan. Saya yakin sesungguhnya Allah itu maha Pengasih lagi Penyayang, maha Pengampun dan maha Mengetahui akan setiap sesuatu yang telah ditetapkan!

Penat rasanya terpaksa berdepan dengan situasi yang serupa, walau puas berusaha namun ia masih tetap menghampiri! Puas juga berikhtiar sana sini namum masih belum menemukan satu solusi! Kenapa agaknya ya? Dimana silapnya dan kenapa saya terus2an diberi ujian ini? Mujurlah setakat ini masih mampu saya menghadapi walaupun dalam keadaan yang paling getir!

Ya Allah, memang mudah untuk mulut ini melafazkannya dan biar lah apa yang terlafaz seiring dengan apa yang ada didalam hati ini! Walaupun sentiasa memperlihatkan keceriaan diwajah ini, namun apa yang tersirat hanya Allah jua yang tahu!

"Ya Allah, doa dari hamba mu yang hina ini, memohon kesejahteraan yang berpanjangan, kesihatan yang baik, iman yang teguh serta anak2 yang soleh dan solehah! Tiada tuhan yang aku sembah selain Mu Ya Allah, bimbing lah hamba Mu ini, tunjukkan lah jalan yang benar, jauhkan kami sekeluarga dari segala macam kemungkaran! Ya Allah izinkan lah hamba mu ini menikmati kelebihan hari Jumaat ini dan Jumaat2 yang akan datang! Kiranya langkah ku ini harus berhenti, izinkan langkah yang terakhir ini melangkah kejalan Mu Ya Allah."

Wednesday, 2 December 2009

KALAU HATI INI MAMPU BERSUARA!

Banyak benda yang hendak saya lakukan pada minggu ini. 'Things to do' list dah ada dalam kepala tapi manusia ni hanya boleh merancang, at the end of the day Allah juga yang tentukan! Banyak egenda yang sudah tersasar dari garisan, alamat jenuh lah jugak nak susun balik dan kena pulak fikirkan 'alternatif' lain! Kadang2 tu geram pulak dibuatnya tapi nak buat macam mana kan?

Berzikir dengan memuji nama2 Allah banyak membantu tatkala saya kebuntuan! Syukur alhamdulillah kerana ketika saya berdepan dengan 'gelombang' yang paling tinggi, terasa dengungan yang membingitkan, bila degupan jantung semakin laju dan ketika berada ditengah2 situasi yang tidak menyenangkan! Ibarat saya lalui satu lorong yang penuh dengan cabaran, merasakan kepayahannya namun saya berjaya laluinya dengan berkat zikir yang saya baca! Setiap kali ada sesuatu yang tidak enak menyinggah dihati kecil ini, saya akan perbanyakkan zikir serta istighfar dan semua permasaalahan itu akan berlalu pergi walaupun adakala ianya berlalu terlalu perlahan. Bersyukur saya sekali lagi kerana diberi kekuatan dan ketabahan hati setiap kali saya berada dilorong yang gelap ini! MasyaAllah!

Betapa bersyukur juga saya kerana masih berkesempatan memperbaiki kekurangan, membetulkan yang salah, meluruskan jalan yang semakin bengkang benkok dan menjernihkan sesuatu yang semakin hitam! Hari ini sempat saya sujud syukur dihadapan Mu Ya Allah! Dengan penuh kesyukuran hambaMu sujud dihadapan maha PenciptaNYa kerana telah memberikan cahaya ketika dalam kegelapan, memberi harapan ketika dalam kehampaan dan memberi kekuatan ketika dalam lemah! Subhanallah, walhamdulillah Walla illa haillallah huwallah huAkhbar!!

Apapun saya terpaksa akur, suka atau tidak setiap dugaan harus saya tempuh! Inilah kata2 yang sering saya ingatkan pada anak2 agar mereka juga berani berdepan dengan apa jua rintangan dan dugaan hidup ini! Saya tidak mampu menghulurkan bantuan pada setiap permasaalahan namun saya hanya mampu berdoa dan terus berdoa tanpa ada rasa jemu kerana Allah itu Maha Mendengar dan Maha Mengetahui.


~ Langkah ini terhenti seketika kerana 'tersesat' dilorong yang gelap lagi namun dalam tercari cari jalan keluar, ku lihat samar samar cahaya nun dihujung jalan! Aku mengorak langkah ini semula walaupun tepaksa berhati2 namun ku yakin aku pasti akan jumpa juga jalan keluar, insyaAllah ~