Wednesday, 28 October 2009

27 Oktober 2009

27 Oktober 2009, genap 22 tahun umur anak dara ke2 saya, Siti Aisyah Azmin! Alhamdulillah bersyukur saya kehadrat Allah swt kerana dengan izinNya Siti Aisyah dapat merayakan hari lahirnya pada tahun ini! Ini merupakan kali kedua beliau tidak dapat menyambut hari jadi bersama keluarga sebab beliau sekarang berada di UK! Walau dimana sekalipun beliau berada, doa saya dan suami sentiasa mengiringi beliau agar dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, berilmu, beriman serta menjadi insan yang berguna!

Saya dapat lihat banyak persamaan dalam diri Siti Aisyah dengan saya! Seperti saya, beliau suka berjenaka, mudah mesra dengan sesiapa saja, mudah sensitif, mudah mengeluarkan air mata dan mudah tersentuh jiwanya! Sejak kecil lagi beliau seorang yang sangat periang, suka bercakap, suka mereka reka cerita dan suka membuat sesuatu diluar dugaan - seperti dengan berani memberitahu kelas beliau 'boring' semasa di tadika, bila disuruh mandi, beliau akan jawab dengan selamba 'no, thank you!, suka 'bergusti' dan 'tarik rambut' dengan kakaknya, tidak suka bersukan (mcm mama dia), suka menari dan yang paling istimewa beliau suka membantu sesiapa saja yang memerlukan! Saya tak pernah lupa bagaimana beliau bercengkang mata menolong menyiapkan 'folio' untuk anip semasa pmr dulu dan sikap beliau yang selalu bersedia menolong sesiapa saja dengan rela hati! Dan saya dapat lihat kesungguhan dalam diri beliau setiap kali melakukan sesuatu!

Anak yang agak degil, selalu bercanggah pendapat dengan saya, suka buat sesuatu tanpa berbincang, suka membuat keputusan dan kemudian menyesal, suka menyerak, suka tidur, suka bershopping dan yang paling dia suka ialah berbelanja ...! Itulah Siti Aisyah Azmin binti Mohamed Azri. Ada ketika kami berdua boleh berkongsi masalah, adakala juga kami tidak sependapat kerana sifat degil beliau adakalanya melewati batas!

Walaupun saya mempunyai 6 orang anak, tapi setiap mereka mempunyai kelebihan dan keistimewaan yang tersendiri! Tidak ada seorang pun yang mempunyai karektor yang sama! Kalau nak disebut tentang kenakalan dan kedegilan, keenam2 pun ada tapi masing2 berbeza dan sebagai ibu saya selalu kena fikirkan jalan terbaik untuk menangani setiap masalah mereka! Kini hampir kesemua mereka telah dewasa dan melihat mereka semua membesar, sihat dan sudah pandai memilih jalan kehidupan masing2 walaupun masih memerlukan panduan dan tunjuk ajar tapi saya amat bersyukur! Doa dan harapan saya agar anak2 saya menjadi insan2 yang berjaya didunia dan diakhirat!

Kini setelah 22 tahun saya masih menganggap dia seperti seorang anak kecil, kerana sukar menerima hakikat yang beliau sudah dewasa! Dalam doa saya, saya selalu memohon agar anak2 perempuan saya berjaya dalam pelajaran, berjaya mencapai impian dan cita cita dan ditemukan jodoh dengan orang2 yang baik dan beriman, yang dapat membimbing mereka kejalan yang benar! Sebagai ibu saya hanya mampu mendoakan yang terbaik dan mudah2an doa saya dimakbulkan!

Buat anak ku Siti Aisyah Azmin, semoga berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi, semoga ditemukan dengan jodoh yang baik, semoga menjadi anak yang tidak lupa diri dan berjaya didunia dan juga di akhirat!

Salam kasih sayang dari mama dan "selamat harijadi yang ke22"!!!!

Saturday, 24 October 2009

sekadar renungan ...

Walau seakrab dan serapat mana sekalipun, bukan mudah untuk kita membaca dan memahami hati seseorang. Mungkin kita hanya mampu mengagak saja tapi belum tentu kita boleh megetahui lebih dari itu. Adakala kita terpaksa berpura pura untuk menjaga hati kononnya, ada juga kita ingin meluahkan rasa hati tapi dalam banyak hal kita hanya mampu memendam perasaan dan ketika itulah hati kita tertanya tanya! Pelik kan? Tapi itulah kehidupan dan terpulang pada kita sebenarnya untuk bertindak seterusnya ..

Alhamdulillah setakat ini keadaan masih terkawal. Berkali kali ku ingatkan diri ini agar tidak terkeluar dari garis yang terlakar tapi adakala juga keadaan memaksa untuk kita melakukan sesuatu diluar kemampuan hati ini! Kuat kah saya untuk menempuhnya? Kuat kah saya untuk berdepan dengannya???

Sekali lagi saya rasa teramat kerdil didunia yang penuh pancaroba ini! Dikelilingi dengan dugaan dan cabaran dari setiap sudut - sementalah saya hanya seorang manusia biasa yang tidak dapat lari dari segala kesilapan dan kesalahan. Umur sudah hampir setengah abad, kalau boleh segala yang pernah berlaku dahulu walaupun ada diantaranya diluar kerelaan hati, tidak akan berulang lagi! Mohon petunjuk dari yang maha Esa agar laluan yang sedikit saja lagi ini dapat dilalui dengan penuh ketenangan dan kesabaran. Dijauhi perkara2 yang tidak memberi kebaikan dan dikuatkan iman ini agar diberi kesempatan untuk sampai kepenghujung jalan dalam keadaan yang diterima oleh Allah swt ...

Hari ini, satu lagi laluan yang perlu dilalui! Selagi nyawa dikandung badan selagi itulah perjalanan hidup ini perlu diteruskan! Walaupun adakalnya kita kepenatan dan perlu berhenti tapi masa tidak akan turut serta kerana masa akan terus berjalan meninggalkan kita! Adakah perlu kita berlumba dengan masa atau kita hanya mampu melihat masa berlalu tanpa kita memanfaatkannya??? Sebab itulah saya perlu bersyukur kerana hingga kesaat ini masih di limpahi dengan segala nikmat - masih boleh bernafas, bergerak, makan dan minum, masih boleh ketawa, masih sihat tubuh badan dan masih boleh menikmati rezeki dari mu Ya Allah! Masya Allah, Subhanallah, Alhamdulillah dan Allahuakhbar!!

Saya ingatkan diri saya, suami dan anak2 agar sentiasa bersyukur dengan segala nikmat dan rahmat yang telah dikurniakan kepada kami sekeluarga! Tunjukkan lah kepada kami Ya Allah, jalan yang lurus dan jalan yang Engkau redhai! Jauhkan lah kami dari segala kemungkaran, bersihkan hati kami dan jadikan kami orang2 yang beriman!

Sekadar pesanan ...

Termenung saya seketika memikirkan tak lama lagi anak dara saya Siti Khadijah akan meninggalkan alam persekolahan dan jika ada rezeki akan melanjutkan pula pelajarannya ke peringkat tinggi! Walaupun seronok melihat anak dara bongsu saya ini sudah besar panjang tapi hakikatnya saya masih berat hati untuk melihat dia melangkah kealam dewasa setelah tamat peperiksaannya kelak! Semalam saya dan suami menghadiri majlis 'Graduation Nite' untuk merayakan pelajar2 tingkatan 5, sekolah Sri Kuala Lumpur! Majlis yang meriah yang dipenuhi oleh ibubapa pelajar, yang kebanyakannya begitu teruja melihat pencapaian anak2 mereka! Melihat my daughter melangkah keatas pentas menerima sijil beliau, hati dan perasaan saya bercampur baur dengan kegembiraan dan kesedihan, tak sangka rasanya waktu berlalu dengan pantas sekali sehinggakan adakala saya terlupa bahawa anak saya sudah dewasa rupanya!!

Tatkala my eldest and my 2nd daughter tamat tingkatan 5, perasaan yang serupa saya lalui seolah2 saya seakan tidak bersedia untuk melepaskan mereka! Ketika mereka mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran keperingkat tinggi sekali lagi saya berdepan dengan situasi yang serupa! Naluri seseorang ibu memang sukar digambarkan apatah lagi untuk meluahkannya! Hanya dengan doa serta kasih sayang yang sentiasa mengiringi mereka walau dimana sekalipun mereka berada!

Cepat sungguh masa berlalu, kini my son Haniff baru saja menyambut harijadi beliau yang ke21! Tiada hadiah istimewa dari saya dan suami hanya sekadar mendoakan kesejahteraan beliau, agar menjadi insan yang beriman, insan yang berjaya didunia dan akhirat! Haniff anak yang baik, terlalu senstif jiwanya, mudah tersentuh hatinya dan adakala keras hati juga tapi dia tetap istimewa buat kami! Semoga perjalanan hidupnya diberkati dan mampu berdikari, mampu menggalas segala tanggung jawab sebagai seorang manusia yang beriman dan menjadi insan yang berguna! Masih jauh perjalanan yang akan beliau lalui, jalan yang penuh dengan ranjau dan duri tapi saya yakin Haniff mampu melaluinya walaupun terpaksa berdepan dengan bermacam2 dugaan dan cabaran! Doa saya agar dia setabah bapanya yang tidak pernah mengeluh atau mengalah setiap kali berdepan dengan berbagai cabaran hidup! Saya mahu keenam enam anak saya mewarisi sifat2 'survivor' dari bapa mereka agar mereka semua tidak mudah berputus asa dan tidak mudah mengaku kalah!


Suka atau tidak, masa akan terus berlalu dan meninggalkan kita! Anak2 makin dewasa, makin bijak mengatur kehidupan! Bagi saya tidak ada satu 'formula' pun yang ada dimuka bumi ini yang dapat menjanjikan 'kejayaan', 'kebahgiaan' dan 'kesenangan' tanpa perlu kita berusaha! Kegagalan lah yang banyak mengajar kita tentang realiti kehidupan yang sebenar kerana setiap kejayaan itu bermula dari kegagalan! Pengalaman banyak mengajar kita tentang susah senang, suka duka, menang kalah tapi terpulang pada kita samada kita dapat jadikan pengalaman itu sebagai pengajaran! Kita tidak dapat lari daripada berdepan dengan manusia atau keadaan yang memaksa kita membuat pilihan, walaupun adakalanya kita terperangkap ditengah2 tanpa bantuan dan pertolongan! Bukan semua orang2 disekeliling kita yang bersikap jujur dan ikhlas - kalau lah mudah kita mengenal pasti mereka2 ini, sudah pasti dunia ini aman sekali!

Pesan buat anak2 ku, utamakan lah kasih sayang serta hurmat menghurmati diantara sesama insan, jauhkan perbalahan dan elakkan permusuhan! Selagi saya mampu memberi nasihat ini buat anak anak tercinta selagi itulah saya tidak akan berhenti berdoa agar anak2 saya menjadi insan2 yang berguna!

Salam kasih sayang buat suami dan anak anak yang amat saya kasehi kerana mereka adalah nadi kebahgiaan saya ......


Thursday, 22 October 2009

Catatan ku (2) ..

Cerita ini telah disampaikan kepada saya beberapa minggu lepas! Tujuan saya menulis di blog ini bukan untuk memburukkan sesiapa tetapi ianya menarik minat saya untuk berkongsi cerita ini kerana pada pandangan saya ianya mengandungi pengajaran yang baik untuk kita renungkan ....

Pada hari itu saya sempat pergi kepasar untuk membuat my weekly marketing, selalunya saya pergi samada hari sabtu atau ahad tp kesibukan pada hari tersebut telah memaksa saya untuk pergi pada hari isnin! Lengang sungguh pasar pada hari itu, mungkin disebabkan ramai yang tidak berniaga! Memandangkan cuma beberapa gerai ikan saja yg berniaga dan ikan2 pun tidak ada yang segar jadi saya terus ketempat jual sayur! Seperti biasa wanita yg menjual sayur ini akan sentiasa menegur pelanggan2nya dengan ramah termasuk lah saya! Ketika itu tak ramai pembeli jadi dia sempat mempelawa saya untuk merasa kuih2 raya yang dibawa dari rumah! Untuk tidak menghampakan pelawaan beliau saya pun sempat mengambil sekeping biskut. Sambil itu wanita tersebut sempat bercerita dengan saya bagaimana sambutan hariraya beliau pada tahun ini.

Cerita wanita itu, beliau terpaksa berniaga sehingga petang raya kerana permintaan yang banyak dari para pelanggan. Kedai ditutup pukul 4 petang, terus balik kerumah memasak untuk berbuka puasa dan sempat juga memasak rendang dan merebus ketupat! Setelah selesai berbuka, suami mengajak dia kerumah saudara yang tinggal berdekatan untuk takbir raya! Selesai saja majlis takbir, mereka pun pulang kerumah. Alangkah terperanjatnya mereka anak beranak apabila mendapati rumah mereka telah dimasukki pencuri! Sebaik beliau melangkah masuk, ruang tamu habis berselerakan, bergegas kedalam bilik - hancur hatinya apabila mendapati laci tempat beliau menyimpan duit berniaga dan juga barang2 kemas telah dikosongkan! Terduduk mengenangkan duit jualan telah habis dicuri juga barang2 kemas peninggalan arwah ibunya! Berkata kata dalam hatinya kenapa lah sampai terjadi begini, sedih mengenangkan wang hasil titik peluhnya berniaga hilang sekelip mata! Malam raya sepatutnya meriah tapi beliau pula berduka dgn kejadian yang menimpa! Anak gadisnya meraung kesedihan kerana duit serta barang kemas beliau juga diambil! Tiba2 bagaikan ada satu kekuatan dalam dirinya - dia beristighfar berkali kali dan memberitahu dirinya ini adalah dugaan dari Allah dan apa yang berlaku itu sebagai takdir dan sempat memujuk anak2nya agar bersabar! Suami dan anak lelaki beliau terus membuat lapuran polis! Sementara menunggu ketibaan pihak polis beliau sempat mengangkat pasu2 yang pecah diluar rumah mungkin terlanggar oleh pencuri! Semasa beliau sedang mengalih pasu2 tersebut tiba2 beliau ternampak satu bungkusan terselit ditepi pagar rumahnya, setelah diamati beliau dapati itu adalah 'karung beg kain' yang beliau gunakan untuk menyimpan duit hasil jualan siang tadi! Segera beliau membuka dan terus terduduk disitu kerana karung beg itu penuh dengan duit dan barang2 kemas beliau!!!! Alhamdulillah jeritnya berkali2, dan bersyukur kehadrat Allah kerana ternyata wang hasil jualan dan barang2 kemas beliau itu adalah dari hasil yang halal sebab itu beliau dapat balik walaupun diduga hanya beberapa minit untuk merasa kehilangannya! Masya Allah!

Sejurus kemudian pihak polis pun tiba! Katanya lagi pihak polis percaya pencuri2 itu telah meninggalkan rumah itu dengan tergesa2 dan kemungkinan besar karung beg itu tercicir! Setelah diperiksa beliau dapati wang serta semua barang2 kemas beliau masih ada, yang hilang cuma handphone, beberapa balang kuih raya (dasyat betul punya penyamun, kuih raya pun nak curi!) dan yang kelakarnya pencuri sempat 'menjamu selera' memakan ketupat dan rendang yang beliau masak siang tadi!

Apa yang menarik minat saya ialah kejadian selepas itu kerana 'so called jiran' beliau yang tinggal berhadapan rumah beliau selama 20 tahun, ye 20 tahun tidak pernah sekali pun menegur sapa beliau tiba2 menegur suami beliau itupun semata2 untuk bertanya apa yang telah berlaku mungkin kerana menyedari kehadiran beberapa pegawai polis dan kereta peronda! Sempat juga beliau bercerita tentang jirannya ini kpd saya yang katanya langsung tidak mahu berbaik mungkin kerana dia hanya seorang peniaga sayur dipasar dan jirannya pula seorang berpangkat! Tambah beliau lagi suaminya juga pernah ditegur kerana meletak van buruk mereka didepan rumah kerana kononnya tidak sesuai di letakkan disitu!

Bersemangat sekali wanita ini bercerita dan saya juga seolah2 terpaku mendengar setiap cerita beliau. Dipendekkan cerita, pada pagi raya setelah menunaikan solat hari raya bersama keluarga tiba2 suami beliau meminta beliau menyediakan ketupat dan rendang untuk dihantar kerumah jiran depan rumah! Terperanjat besar beliau kerana selama 20 tahun mereka seolah2 tidak pernah ujud, jangan kata pelawa dtg kerumah, majlis perkahwinan anak perempuan mereka pun tidak diundang! Suami beliau berkeras untuk menghantar makanan itu juga jadi dengan berat hati beliau menyiapkan semua makanan itu dan suami beliau terus menghantar kerumah jiran tersebut! Beliau memerhatikan suaminya dari dalam rumah, berdebar2 hatinya takut disambut dengan dingin tapi apa yang berlaku adalah sebaliknya! Ternyata tanggapan beliau salah sama sekali, suami beliau disambut dengan baik dan pada petang itu 'jiran' itu pulak mengunjungi beliau dan sejak dari hari itu mereka sudah mula berbaik baik! Saya pulak yang seronok mendengar cerita wanita ini. Dua kejadian yang menimpa keluarga ini yang mempunyai hikmah yang tersembunyi. Wajah wanita ini begitu ceria sekali semasa menceritakan kejadian yang menimpa beliau, seolah olah beliau pasrah menerima ujian itu! Setelah membeli sayur2 yang saya perlukan, kami pun bersalaman memohon maaf kalau ada salah silap dan saya pun terus beredar, ketika itu tak sabar rasanya untuk saya berkongsi cerita ini pada suami ( pendengar setia) saya ...

Friday, 16 October 2009

Catatan ku ...

Ikan ikan 'koi' dan pokok pokok bunga ku ....

Kebetulan sebenarnya sebab memang tidak pernah terlintas langsung untuk membela ikan 'koi'. It all started apabila my hubby n me, bercadang utk membeli ikan 'guppy' utk diletakkan dalam pond comel kami dirumah! Setiba di kedai the first thing saya tanya adalah 'ikan guppy' dan saya diajukan dengan soalan, 'kenapa ikan guppy? its too small and if u put inside the pond, u wont be able to see' kata tokey kedai itu! Ye tak ye jugak, saya pun terus tanya, 'ikan apa yang sesuai'? The lady answered 'ikan koi la, sebab senang nak jaga'! Ohhhhhhh, ye ke??? Saya pun terus dibawa kebelakang kedai dimana ada dua tangki ikan yang dipenuhi dengan ikan2 koi! Memandangkan ini merupakan pertama kalinya saya dan suami terpaksa memilih ikan2 yang hendak dibeli maka kami berdua dengan rela hati meminta pekerja kedai itu memilih ikan2 itu untuk kami - 8 ekor semuanya, siap dengan 2 net, sebotol anti chlorine dan sepeket makanan ikan! Saat saya melepaskan ikan2 yg saya beli itu kedalam kolam maka bermula dari saat itulah saya dan suami sudah jadi seakan 'ketagih' untuk menambah bilangan ikan setiap kali kami keluar. Sekarang ini jgn katakan mall atau shopping complex yg jd tempat kegemaran saya tapi kedai ikan sudah jadi keutamaan! Sehingga saat ini terdapat 86 ekor ikan dalam pond comel saya itu!!! Ramai yg menyangka pond itu terlalu kecil utk ikan sebanyak itu tp bukan kesemua 84 ikan2 koi - ada long tail red comet, 4 ekor ikan yg saya tk tahu namanya tp saya panggil ikan 'miss dainty' sebab nmpk lemah lembut bila dia berenang renang, 4 ekor ikan bandaraya dan jgn tk percaya guppies juga ada!

Semenjak adanya my 'mini fountain' dan ikan2 ini, kawasan itu adalah kawasan kegemaran saya sekeluarga! Kalau saya tk dapat cari suami diatas, maka saya tahu dia akan ada dekat pond itu samada bagi ikan makan atau sekadar melihat ikan2! MasyaAllah memang mengasyikkan dan terasa damai sekali setiap kali melihat ikan2 saya itu berenang2 dan juga diiringi dengan bunyi air dari fountain seolah2 berada dikawasan air terjun! Sekarang rutin harian saya sudah banyak berubah. Kalau dulu masa saya banyak dihabiskan dengan menonton tv tp sekarang tidak lagi - bangun pagi setelah selesai mengerjakan kewajipan saya, saya akan bergegas turun menyiapkan sarapan dan selepas itu saya akan terus ke 'pond' saya - memberi salam pd ikan2 saya dan kemudian memberi ikan2 itu makan! The minute saya menabur makanan ikan kedalam pond, berebut2 lah ikan2 itu memakannya - ahhhhhhhh seronok sungguh!

Saya teramat bersyukur sebenarnya kerana 'rumah baru' saya ini telah banyak merubah hidup saya. Sekarang ini saya tak perlu lagi berdepan dengan 'orang2' yang menyakitkan hati, tak ada lagi melihat kelompok2 manusia yg suka berkumpul setiap petang (didepan rumah saya pulak tu dan duduk pun atas kerusi saya) mengumpat dan mengata orang dan dah tak ada lagi dengar cerita2 yang menyakitkan hati! Kini saya banyak menghabiskan masa pagi dan petang saya dengan gardening atau ikan2 saya! Berada diluar rumah, menyiram pokok, mencabut lalang2 dan menyapu kawasan rumah sudah mampu mengeluarkan peluh dengan banyak! Setiap hari saya dengan suami ada saja kerja yang hendak dibuat! Bab2 menggali, menanam dan 'bermain' dengan tanah ni bukan minat saya tp saya jd superrvisor lah! Dulu saya cuma kenal baja pokok tp sekarang mcm2 baja saya dah tahu - bilangan pokok2 saya pun sudah bertambah dan percaya lah ianya bagaikan satu kepuasan setiap kali saya lihat pokok2 saya berbunga dengan lebat terasa gembira sangat! Baru2 ini saya ke nursey pokok, asalnya cuma nk beli pokok tapi we end up dengan 20 pasu2 bunga, 20 peket tanah hitam dan 30 peket tanah baja!!! Bayangkan lah!

Banyak sebenarnya yang hendak saya buat dikawasan rumah saya tu cuma masa saja yang belum mengizinkannya! Apapun'tranformasi' ini telah merubah kehidupan saya dan tak sabar nak tengok pokok2 dan ikan2 saya membesar!

Saturday, 3 October 2009

Pernahkah kita terfikir ...

Tergaman seketika apabila ada teman yang menyampaikan sesuatu berita walaupun dah lama menduga perkara sebegini pasti akan berlaku! Dalam keadaan sebegini kita tak tahu samada untuk percaya atau tidak apa yang kita dengar dan dalam masa yang sama juga tertanya tanya samada kita boleh percaya dengan 'orang' yang menyampaikan berita itu.

Satu ketika dulu, saya mudah tertekan jika setiap kali mendengar berita2 sebegini, lebih2 lagi apabila ia menyentuh hal peribadi kita! Tapi apakan daya, mulut orang? Bercakap memang mudah lebih2 lagi kalau kita nak bercakap pasal orang lain! Memang dah jadi lumrah manusia, mengumpat dan mengata itu bagaikan satu penyakit menular kerana jika ada seseorang yang memulakan dan ada pula pendengar yang setia, kemudian ada pula penyampai berita, percayalah tak sampai beberapa minit saja berita itu sudah tersebar luas.

Berbagai cara berita itu tersiar, ada yang menghantar sms, telefon atau masa duduk sembang2 petang! Bila berita dah jadi sensasi dan ditokok tambah lagi maka bertambah panas lah cerita itu jadinya! Dulu semasa saya berpeluang bercampur dengan segelintir 'manusia2' ini saya juga pernah terpengaruh dengan segala macam cerita - pasal jiran lah, pasal suami jiran lah, pasal anak2 jiran lah! Pendek kata ada saja cerita, sipolan ni begini, sipolan tu begitu sehinggakan saya juga terjebak sama dalam konspirasi yg tidak berasas itu! Mungkin kerana jarak umur menyebabkan saya mudah menarik diri dan lama kelamaan saya mula jelak dengan sikap2 sebegitu yang tidak habis2 menyalahkan orang lain, mengata dan mengumpat seolah seolah mereka2 ini bagaikan 'angel' yang tidak pernah melakukan kesilapan!

Yang lucunya ( pada pandangan saya lah ), mereka2 ini sanggup melakukan apa saja untuk membuat saya rasa cemburu dan marah! Bagaikan ada satu konspirasi dengan satu 'master mind' yang mengemudi rancangan demi rancangan untuk memburuk2kan saya dan menabur fitnah dengan cerita2 yang bermacam2! Hebat sungguh mereka ini yang pada hemat saya tidak mempunyai pekerjaan lain selain daripada mengata orang! Kenapa lah mereka tidak melihat kelemahan yang ada pada mereka? Kenapa yang buruk itu semua ada pada orang lain sedangkan sikap dan perangai mereka tidak ada kurangnya!

Cerita pasal saya berpindah pun jadi topik hangat kononnya saya pindah senyap2 seolah2 melarikan diri! Melarikan diri dari siapa ya? Saya tidak berhutang dengan mereka sebaliknya mereka lah yang berhutang dengan saya! Pelik manusia ni, semasa susah saya ni lah teman sejati, kakak tempat mengadu dan mencurahkan perasaan! Kini saya pula dimusuhi nya gara2 saya menuntut 'hak' saya kembali! Betapa ceteknya pemikiran mereka2 ini dan yang paling melukakan hati saya, mereka2 ini adalah sebangsa dan seugama dengan saya!

Pada saya 'what goes around, comes around and what goes up must come down'! Pada insan2 yang sedang seronok memburuk2kan nama saya, mengata dan mengumpat hal saya, teruskan lah kerana saya tidak akan menyimpan sebarang dendam atau marah! Life is short, selagi kita boleh bernafas dan menghirup udara segar, selagi itulah kita harus banyak2 bersyukur. Hari ini ceritanya sama belum tentu esok kita dapat bercerita perkara yang sama sebab tidak semestinya apa yang kita katakan hari ini, akan jadi cerita yang serupa dan jangan juga lupa jika kita begitu taksub memburuk2kan hal orang lain, pekara yang sama tidak mustahil akan menimpa diri kita atau ahli keluarga kita!

Pada insan2 yang pernah satu ketika dulu makan bersama, hitea bersama, celebrate b'day bersama dan pernah bercerita kisah suka duka, pernah memeluk erat tubuh saya, pernah menangis dibahu saya, pernah meminjam 'duit' dari suami saya, pernah meminjam harta benda saya, tak perlulah bersusah payah menabur fitnah tentang saya kerana kebenaran itu akan tiba jua! Hari ini hari anda dan pasti satu ketika nanti akan tiba hari saya!

Nasihat saya pada diri saya 'buat baik berpada pada ....