Tuesday, 25 August 2009

Ramadhan datang lagi.

Bersyukur kehadrat Allah swt kerana dengan izinnya, dapat saya, suami dan anak2 menempuhi ramadhan pada kali ini! Diam tak diam sudah masuk hari ke5 kita berpuasa! Seronok kerana kali ini my eldest daughter and my second daughter ada bersama2 pada bulan yang penuh barokah ini! Hati kecil ini sedih juga bila teringatkan my son Hafiz yang sekarang berada di Pulau Pinang tidak dapat bersahur dan berbuka bersama sama kami! Saya percaya Hafiz mampu menjalani ibadah puasa dengan baik, tak perlu dengar leteran saya yang dah jadi macam routine setiap tahun iaitu 'jangan lupa berniat', 'jangan asyk tidur je', jangan asyik tengok tv', bla bla bla ....!

Mengimbau kembali zaman kanak2 saya setiap kali berpuasa di bulan ramadhan, arwah emak akan masak lauk istimewa untuk makan waktu bersahur iaitu daging masak kicap dan telur masin! Ya, telur masin sebab arwah mak kata selalunya waktu bersahur kita tak ada selera untuk makan jadi dengan adanya telur masin pasti menyelerakan! Seingat saya kami semua akan dikejut seawal jam 3 pagi untuk bersahur! Seperti biasa, pada awal puasa semuanya bersemangat untuk bersahur tapi bila dah masuk minggu kedua dan seterusnya semua dah jadi malas! Arwah mak akan pastikan kami semua bersahur sehinggakan sekarang ini setelah saya berumah tangga dan mempunyai keluarga sendiri, bersahur adalah satu kemestian! Saya juga akan pastikan anak2 saya bersahur! Pernah juga saya dengar rungutan mereka2 yg tidak suka bersahur kerana katanya pada waktu pagi2 mcm tu, mana lah ada selera untuk makan tapi pada saya ia adalah sebaliknya kerana setakat ini, saya seronok menyediakan makanan untuk bersahur kerana suami dan anak2 sentiasa berselera! Seawal 4.30 pagi saya akan bangun dibantu oleh pembantu rumah saya memasak makanan sahur dan belum pernah lagi saya tengok diorang tak mahu makan! Saya akan pastikan sebelum masuk waktu imsak, anak2 meminum milo panas dan memakan kurma! Amalan ini telah dibuat oleh arwah mak saya semenjak saya kecil lagi kerana katanya ia akan memberi tenaga dan kita tidak akan berasa letih dan lapar!

Pada mula2 hendak mengajar anak2 berpuasa memang lah memerlukan kesabaran yang tinggi mujur lah suami saya begitu sabar melayan kerenah anak2! Kalau tanya saya mungkin saya cepat mengalah sebab tak tahan bila anak2 merengek2 dan lepas tu kata tak larat berpuasa! Suami saya lah dengan penuh sabar memujuk mereka! Kadang2 tu berpuluh kali diorang menelefon kami dipejabat untuk mendapat izin untuk berbuka sebab tak tahan! Kalau ikutkan saya, tentulah saya suruh diorang berbuka saja tapi bapa mereka akan memujuk dengan lembut dan sabar! Sebab itu lah seawal 6 tahun kesemua anak2 saya sudah dapat berpuasa penuh!

Sekarang apabila melihat anak2 sudah besar panjang, sudah mengerti tentang kewajipan berpuasa, saya sudah boleh menarik nafas lega! Zaman dimana saya terpaksa berdepan dengan kerenah yang menguji tahap kesabaran 'to the max' sudah berakhir! Even anak bongsu saya pun dah mampu berpuasa tanpa perlu saya memujuk seperti tahun2 sebelumnya! Syukur alhamdulillah!

Ramadhan kali ini agak menyeronokkan sebab selain dapat berkumpul dengan semua anak2 pada waktu bersahur kemudian berbuka puasa selepas itu dapat pula mengerjakan solat tarawih bersama2 di masjid berdekatan! Teringat pula semasa dizaman anak dara, saya serta adek beradek perempuan yang lain akan ikut arwah mak kemasjid untuk solat tarawih! Bila dikenang kembali, terasa keseronokan ketika itu dimana kami semua akan berjalan kaki kemasjid dengan penuh semangat! Terbayang wajah arwah mak, berseri seri kerana seronok apabila kami semua ikut dia kemasjid! Kini anak2 saya pula yang menemani dan barulah saya tahu betapa seronoknya bersama2 ahli keluarga menunaikan solat tersebut!

Dua tahun lepas, semasa anak sulong saya hendak berangkat ke UK dan kebetulan pula waktu itu bulan puasa, saya cukup cemas! Manakan tidak bila memikirkan anak sulong buat pertama kalinya akan berpuasa di negara orang tanpa ahli keluarga, saya jadi tak tentu arah dibuatnya! Walaupun saya cuba mengawal emosi untuk melepaskan dia pergi tapi hakikatnya saya cukup risau! Suami lah yang banyak menyakinkan saya kerana kata beliau dia yakin yang anak kami mampu berdikari dan menjaga diri dengan baik! Betul rupanya kata2 suami sebab ternyata anak saya mampu menyesuaikan diri di negara orang! Tak terbayang keresahan hati ini sebenarnya bila memikirkan semua itu tapi setiap kali mendengar suara cerianya saya merasa lega dan alhamdulillah tak banyak masalah yang timbul rupanya! Tahun berikutnya anak kedua saya pula berangkat ke UK dan ketika itu baru saya terasa bila kedua2 anak dara saya tak ada bersama! Maka tinggal lah empat beradek dirumah tapi tak lama kemudian anak ke4 saya pula mendapat tawaran belajar di Uitm Pulau Pinang! Keluarga saya jadi semakin mengecil jadi untuk tahun ini apabila hampir kesemua anak2 ada bersama2 lebih2 lagi pada bulan ramadhan ini, saya begitu seronok dan bersyukur! Nak masak pun dah mula bersemangat! My 2nd daughter pula kerjanya, hari2 beli kueh mueh dibazaar ramadhan! Kadang2 tu sampai penuh meja dengan makanan. Pada waktu itu, suami saya akan selalu menegur sebab dia cukup marah kalau sampai ada pembaziran!

Saya seronok bila anak2 ada bersama2, yang pasti saya tidak akan lepaskan peluang untuk sentiasa bersama mereka dalam bulan yang mulia ini! Semoga segala amalan kami disepanjang bulan yang mulia ini mendapat keberkatan! InsyaAllah!

Saturday, 15 August 2009

Dekat tapi jauh rupanya ...

Saya cukup resah apabila berdepan dengan situasi dimana saya tidak boleh membuat keputusan! Nak pilih mana satu antara A dengan B, atau antara C dengan D? Lebih menyiksakan ialah apabila kesemuanya sama penting, sama cantik dan sama baru! Aduiiiii, pening kepala ni ..

Ada yang menyuruh saya pejam kan mata dan tunjuk secara rambang mana satu pilihan hati! Ada pulak suruh saya fikir masak2 sebelum membuat pilihan! Ada jugak suruh saya buat solat istikharah!

Kalau ikutkan hati ni, semuanya saya pilih tapi apakan daya?? Ini part yang paling tak seronok apabila hati kita mula berbelah bagi! Menunggu satu 'respond' agar menunjukkan satu arah yang positif tapi 'respond' itu slow sangat nak bertindak! Pejam kan mata seketika dengan harapan akan jadi macam 'zam! zam! alakazam! tapi tak jadi juga! Lihat sekeliling dan cuba dapatkan ilham kononnya tapi back to the old feelings again! Ahhhhhhhh, dugaan sungguh ni!

Akhirnya saya pasrah, saya mohon petunjuk dari yang maha Esa, sesungguhnya Dia yang maha mengetahui setiap sesuatu dan apabila Dia berkehendakkan ianya berlaku maka "Kun Faya Kun".

Dalam kepala otak ni macam2 nak buat, idea pulak datang mencurah curah! Masa ni lah kan ...
Sebenarnya secara tidak langsung ianya juga bagai satu terapi minda sebab kita melayan fikiran kita dan sekurang2nya ia dapat membantu kita berfikir dengan lebih positif! Eh eh macam dah pandai berkata kata pula saya ya????? Ini mesti kerana buku2 yang saya baca kebelakangan ini, hehehe!

Ada banyak yang perlu diambil kira sebenarnya, lebih2 lagi apabila ia melibatkan banyak pihak! Sekurang2nya saya tahu, masih ada diluar sana orang2 yang ambil berat! Ok, jgn nak komplain lagi, terus kan apa yang sepatutnya dan selebihnya kita berserah pada yang Esa! Buka mata, buka minda dan insyaAllah kalau tidak dapat perolehi semua pun sekurang2nya dari celah2 obstacles itu, nampak juga cahaya! :) :)

Senyum itu satu sedekah, adakah anda sudah 'senyum' hari ini??? Jangan tersenyum sorang2 diri nanti ada yang ingat kita dah tak betul! Apapun tingkatkan prestasi, jauhkan kontrovesi, layarrrrrrrrr!

Thursday, 13 August 2009

Bagaikan pinang di belah dua!

Seronok rasanya apabila saya dapat memenuhi undangan ke majlis akad nikad anak jiran saya baru baru ini. Majlis nya sungguh meriah, khemah2 dihias indah dengan lampu chandelier! Wah! memang ada class majlis ini maklumlah tuan rumah pun bukan calang2 orang! Terdetik juga dalam hati ini, sekiranya sudah sampai jodoh anak2 dara saya kelak, adakah saya bersedia ketika itu, mengadakan majlis yang besar dan gemilang? Saya yakin setiap anak2 ada rezeki masing2 dan sebagai ibubapa tentulah kami ingin memberi yang terbaik dan yang termampu!

Pelamin walaupun simple tapi cantik dan menarik, mana kan tidak ianya adalah hasil kerja tangan 'Pak Abu' - wedding planner yang terkenal! Semua orang kenal siapa Pak Abu ni, dah beribu selebriti , orang kenamaan serta kerabat diraja menggunakan khidmat beliau! Deretan hantaran dihiasi indah tersusun rapi! Sempat saya, Fairouze, Hanim, Julia dan cikgu Min berseloroh tentang majlis untuk anak2 kami nanti! Kata saya kalau ada banyak duit, boleh lah dapatkan khidmat Pak Abu tapi kalau tak cukup budget, hasrat untuk mendapatkan khidmat beliau akan tinggal jadi 'abu' saja! Sempat juga saya bagitau kawan2 supaya bila tiba giliran mereka mengahwinkan anak nanti kena lah fikirkan barang2 yang boleh kitar semula! Mengekek ngekek kitorang ketawa! Kawan saya mencelah, katanya itu idea yang baik jadi kalau gubahan2 anak nya kelak warna emas, bila dah pass down ke saya, saya tukar lah pulak ke warna perak!!! Bukan itu saja baik dari pelamin hingga ke bunga telur kami kena fikirkan agar semua itu nanti dapat dikitar semula!! Ada juga yang bagi idea untuk ambik semula bunga telur, katanya 'kita bagi pegang je, sebelum balik, keluarkan telur dan kita ambik semula bunga telur tu!! Ada ke patut?? Bayang kan lah, tapi mungkin tak mustahil, hehehe!

Tak lama kemudian, rombongan pengantin lelaki pun tiba! Handsome dan kacak sungguh pengantin lelaki! Barang2 hantaran dari mereka juga tidak kurang hebatnya! 9 dulang dari pihak perempuan dibalas dengan 7 dulang dari pihak lelaki! Sekali lagi kami terpukau apabila pengantin perempuan dibawa turun untuk majlis akad nikah! Cantik dan ayu sungguh pengantin perempuan! Wajah beliau mirip ibunya dan pada malam itu beliau mengenakan busana pengantin serba putih, sedondon dengan pengantin lelaki! Alhamdulillah hanya dengan satu lafaz saja, sah kedua mempelai menjadi suami isteri! Saya dapat lihat keriangan terpancar diwajah kedua ibubapa mempelai!

Setelah selesai majlis akad nikah, tetamu yang hadir telah dihidangkan dengan jamuan makan yang sungguh lazat! Melihatkan majlis yang sesempurna ini, pasti tuan rumah membuat persediaan yang cukup teliti! Memang tak dapat dinafikan tuan rumah mempunyai citarasa yang tinggi dan eksklusif!

Keesokannya, saya dan suami sekali lagi diundang kemajlis resepsi bertempat di Cenderawasih Ballroom, Glenmarie Golf & Country Club, Holiday Inn Glenmarie! Dah lama sebenarnya kami berdua tidak pergi kemajlis sedemikian! Majlis yang gilang gemilang, dipenuhi dengan para jemputan! Tak hairan lah sekiranya tuan rumah berhabisan untuk majlis sedemikian kerana dari hiasan hinggalah kemeja makan, semuanya cantik dan teratur! Kami juga dihiburkan dengan 'life band' dengan lagu lagu baru dan lama yang sungguh menghiburkan! Sebelum berangkat pulang, saya sempat berbisik dengan kawan saya Fairouze agar kami semua kena pergi ke kelas vokal supaya majlis perkahwinan anak2 kami nanti, tak payah nak upah penyanyi luar! Kita masing2 boleh menyanyi ikut giliran, pasti gamat jadinya! Fairouze sempat juga memberi komen 'hai, semua kena buat sendiri ke Min? Pengsan kita nanti, mana nak buat persiapan, mana nak buat gubahan, mana nak sambut orang, mana nak menyanyi ....! We looked at each other and we had a good laugh!!!!!! Nama pun angan angan kan!

Kepada kedua mempelai yang kelihatan 'bagai pinang dibelah dua' - kami doakan agar perkahwinan ini kekal hingga keakhir hayat! Ribuan terima kasih kepada tuan rumah yang sudi mengundang kami berdua!

Monday, 10 August 2009

Apabila kita bukan lagi diri kita yang sebenar ...

Bukan ingin mendabik dada dan bermegah megah tapi itulah hakikatnya - dimana saja saya tinggal sebelum ini saya belum pernah menghadapi masalah dengan jiran tetangga! Bahkan hubungan saya dengan mereka kekal mesra hingga ke hari ini! Seingat saya belum pernah sekalipun terjadi perkara2 yang boleh menjejaskan hubungan baik diantara kami! Bahkan Islam juga mengajar kita supaya berbaik baik dengan jiran tetangga sehinggakan kita dianjurkan untuk mengenali dulu siapa jiran kita sebelum kita berpindah kesesuatu tempat!

Lain padang, lain belalang! Manusia juga dijadikan dengan bermacam2 ragam begitu juga lah dengan jiran tetangga! Pada awalnya semua nya baik tapi lama kelamaan macam2 pulak yang berlaku! Yelah, saya akui apabila kita baik dengan seseorang kita akan mudah berkongsi masalah, mudah meluahkan perasaan dan terlalu mudah juga meletak kepercayaan pada mereka sehinggakan kita lupa bahawa mereka hanyalah sekadar 'kawan' biasa! Apabila keadaan berubah mula lah keluar semua cerita2 yang menyakitkan hati! Yang A kata B, yang B kata C dan berterusan sehinggakan kita sendiri tidak tahu lagi cerita yang sebenar! Tak pasal2 mula lah ada yang 'tersentap', takde angin takde ribut tengok kita menjeling jeling! MasyaAllah ada lagi rupanya orang2 macam ni ya! Saya ingatkan apabila kita bertambah maju, berpelajaran tinggi dah tak ada orang yang bersikap macam ni! Bukan lah ingin menunjuk pandai tapi saya pasti semua ini berpunca dari sikap manusia yang suka menyampai nyampai cerita! Pernah seorang hamba Allah memberitahu saya kononnya ada orang memberitahu dia yang saya ni suka menunjuk nunjuk, suka cakap besar dan suka cari gaduh dengan orang! Tergamam saya seketika! Saya kenal diri saya dan saya yakin sifat yang beliau sebut itu tidak ada dalam diri saya! Ternyata orang yang membuat cerita ini tidak mengenali saya! Fitnah lah tu kan?

Rupanya berbuat baik tidak lagi memberi jaminan yang kita akan dibalas dengan kebaikan - orang2 yang pernah satu ketika dulu datang meminta pertolongan, pernah bercerita kisah suka duka, pernah datang meminjam barang2 dapur, pernah datang mengambil barang2 saya tanpa meminta izin terlebih dahulu, pernah datang makan dan minum sekarang ini sudah menganggap saya sebagai 'musuh' pula! Yang lebih menakjubkan, orang orang yang begitu baik seketika dulu sudah menunjukkan 'warna' diri mereka yang sebenar! Terserempak di satu majlis, ada hamba Allah ini merenung saya macam saya 'berhutang' dengan dia! Biadab sungguh! Lupa atau pura pura lupa yang saya lah orang yang pernah 'menolong' dia satu ketika dulu! Betul juga kata kata mantan Perdana Menteri kita yang 'melayu mudah lupa ..' Kalau lah mulut saya ni jahat dah lama semua cerita sensasi beliau saya hebahkan satu dunia! Yang pasti saya tidak akan berbuat begitu sebab saya masih punya keluarga dan saya tidak mahu ada diantara kami kelak diuji dengan perangai sedemikian, Nauzzubillah!

InsyaAllah, saya tidak akan mendedahkan keburukan dan keaiban orang kerana saya percaya Allah itu maha adil! Biarlah orang hendak kata apa pun kerana sekiranya apa yang mereka katakan itu tidak benar, mereka sebenarnya menambah pahala kepada saya! Senyum tawa dan tegur sapa semakin hambar dan pura pura! Saya pun sudah mula merasakan seakan ada sesuatu yang tidak kena kerana insan2 tertentu sudah mula menunjukkan 'diri' mereka yang sebenar! Akan saya jadikan pengalaman sebagai pengajaran yang sungguh berharga! Saya tetap saya dan tiada kuasa selain kuasa Allah yang mampu mengubah saya untuk menjadi orang lain! Buat insan2 yang masih sehaluan dan seiring jalan bersama saya, terima kasih saya ucapkan! Moga kekal tali persahabatan kita dan tidak mudah goyah dengan hasutan dan fitnah! Belajar dari kelemahan dan kesilapan supaya laluan yang kita lalui bersama akan berterusan dalam keadaan baik sampai bila bila, insyaAllah!

Saturday, 8 August 2009

Jangan lah buat macam ni lagi ....

Syukur Alhamdulillah, sepanjang minggu ini semua nya berjalan dengan baik walaupun ada juga insiden yang boleh membuat jantung saya ini berhenti sekejap! Pagi Jumaat, kejut kak long, aisyah dan tija! Diorang bertiga hendak pergi ke Penang dan waktu penerbangan ialah 8.05 pagi! Saya kemudian kejutkan my son Harris untuk kesekolah! Rushed down to prepare breakfast! Sambil menggoreng nuggets, mulut ni terjerit jerit memanggil my daughters to hurry up sebab ketika itu jam dah menunjukkan 6.40 pagi!

Suddenly kawan kak long tak dapat pulak hantar diorang ke airport! Kak long terpaksa drive sendiri! Mujur lah dia boleh buat decision sendiri, sebab saya dan suami terpaksa hantar Harris kesekolah! My hubby dah mula bising - minta my 3 girls to leave the house immediately coz perjalanan ke LCCT airport mengambil masa 45 -50 minutes! Stressed sekejap, berdebar debar jantung saya takut my daughters ketinggalan kapal terbang! Selepas menjamah sedikit makanan, off the 3 went! Tak sempat nak lambai pun! Ketika itu suami dah membebel! Saya buat tak tau aje, bukan apa nanti kalau tersalah cakap ada yang kena jerit pulak! Mungkin asyik dok fikirkan about them sehinggakan sampai tersalah jalan, instead ikut jalan Glenmarie, dia ikut NKVE! Eh eh, kenapa I ikut jalan ni???? Saya toleh kearah suami dan tersenyum! Saya tahu, dia pun risau juga sebenarnya!

Saya sempat juga menghantar sms pada Aisyah, bertanyakan 'dah sampai mana? Kejap2 mata ni merenung my handphone, berdebar2 menunggu jawapan dari diorang! At 7.40, Tija replied and told me diorang dah sampai airport! Lega! I told her to go and check in sementara kak long nak cari parking! I immediately told my husband yang anak2 dah berada di airport dan belum pun sempat nak menarik nafas lega, my phone rang! 'Ma! pintu masuk dah tutup and we are not allowed to check in sebab dah 'TER lambat!!!!

I told my husband dan dia dengan selamba menjawab - ' I dah agak dah, memang tak sempat, ask them to balik la! So dengan berat hati i told my daughters what the father had said, dengan suara sedih diorang jawab ' ok lah ..! The minute saya nampak kelibat diorang turun dari kereta, bagai digeletek2 hati ini - saya ketawa tak henti henti! Diorang pun apa lagi, merungut rungut sesama mereka dan siap menjeling kearah saya! Dah nak buat macamana, dah terlambat! Mungkin ada hikmah disebalik semua kejadian pada pagi itu! My 'maid' pun tumpang sekaki, mengekek ngekek ketawa bila melihat anak dara pingitan saya tak jadi berangkat! Hai, nasib, nasib! Seperti biasa lah Aisyah tidak mudah putus asa, sampai saja dirumah dia terus cari alternative lain! Kalau tanya saya pada waktu itu, saya akan jawab 'tak payah pergi la' tapi kesungguhan mengatasi segalanya - finally they managed to buy bus tickets to go to Penang at 6pm! Pendek kan cerita, mereka bertiga akhirnya berjaya juga meneruskan niat untuk ke Penang!

Jangan lah buat planning macam ni lagi!!!!

Monday, 3 August 2009

Apabila hati tersentuh ...

Alhamdulillah, sampai juga hasrat saya serta semua ahli keluarga kerana telah berjaya mengadakan masjlis tahlil arwah di Masjid Bukit Jelutong Shah Alam pada 1 Ogos lepas. Seronok campur terharu apabila kami adek beradek dapat berkumpul bersama2 pada malam tersebut! Mujur lah segala perancangan berjalan seperti yang diharapkan! Saya amat terhutang budi pada suami, anak anak dan semua ahli keluarga yang telah banyak membantu! Mungkin dengan hanya melafazkan ucapan terima kasih tidak mencukupi tapi saya berdoa agar jasa baik anda semua diberkati oleh Allah swt!

Bila saya kenang balik majlis pada malam itu, saya terasa amat bersyukur kerana selain dari ahli keluarga ada juga teman2 yang sudi meluangkan masa memenuhi jemputan saya! Terima kasih yang tidak terhingga pada murid2 sekolah agama yang turut serta membaca yassin pada malam itu! Saya mengharapkan ramai teman2 yang datang tapi sebaliknya ramai juga yg tidak dapat hadir! Ada yang memberi alasan ada hal, ada jemputan lain ada yg juga kata 'malas' sebab penat dan ada juga yang ter 'kantoi' sendiri apabila saya dapat tahu yang mereka telah pergi ke majlis jemputan yang lain tapi didepan saya dia kata dia sibuk! Ada juga dua tiga tetamu saya yang sudi datang dan kemudian selepas solat bergegas balik untuk memenuhi undangan lain! So sweet of them yang sudi memenuhi jemputan saya! Kebetulan pada malam itu memang ada dua jemputan, satu dari saya dan satu lagi dari jiran yang tinggal berdekatan! Kami adek beradek sepakat untuk mengadakan majlis tahlil ini di masjid atas sebab ruang yang terhad dirumah. Di masjid bukan saja tempat yang besar tapi ramai jemaah dapat solat bersama! Itu yang seronok sebenarnya apabila kesemua ahli keluarga dapat solat berjemaah bersama2 jemaah yang lain pada malam itu! Saya sedikit pun tidak marah atau berkecil hati pada jiran2 yg mungkin sengaja ataupun tidak untuk datang kemajlis saya, cuma sebetulnya saya rasa amat terkilan! Apapun saya dah menjalankan kewajipan saya sebagai seorang Islam untuk menjemput tapi kalau mereka sendiri tak mahu memenuhi jemputan saya, nak buat macamana kan?? Itu semua diluar kemampuan saya untuk mempersoalkannya!

Bukan lah hendak menyalahkan sesiapa, cuma apa yang bermain didalam kepala saya ialah kenapa boleh jadi macam itu ya? Apakah memang betul alasan yang diberi atau sebaliknya? Itu yang membuat hati kecil ini tertanya tanya. Inilah kelemahan saya, mudah sangat terasa! Mujur lah suami dan anak2 begitu memahami dan berkali2 memberitahu supaya saya menerima semuanya dengan hati terbuka! Walaupun agak sukar tapi dalam waktu yang sama saya berasa lega sebab pasti ada hikmah disebalik semua ini. Ini adalah satu pengajaran yang cukup berharga buat saya supaya tidak mudah lagi menaruh harapan yang tinggi pada orang lain selain dari ahli keluarga sendiri . Mungkin jugak sifat saya yang mudah menganggap orang luar sebagai ahli keluarga adalah kurang wajar! Macamana baik sekalipun tanggapan kita pada mereka, mereka masih tetap orang luar!

Terima kasih pada suami tercinta kerana terpaksa mendengar rintihan hati ini walaupun ada juga tindakan saya yang kurang disenanginya tapi dia tetap ADA, menjadi pendengar yang setia! Pada my daughters, i can see that u guys were quite dissapointed and sad when you all knew what had happened but i thank to you guys for being there, and also for being a good listener, though at times we had our differences but trust me, i felt so much relieved now!

Syukur kehadrat mu Ya Allah kerana memberi kekuatan pada saya dan juga membuat saya dapat melihat apa yang berlaku ini dengan hati yang tenang!. Semuga hari hari mendatang akan lebih ceria dan perkara2 yang mengguris hati dan perasaan tidak akan mudah bertapak! Like wanchu had once said, jangan peduli dengan apa yang orang kata, yang penting kita tahu apa yang kita buat! Lets bygone be bygone!

Yang selama ini 'tersembunyi' dan 'terselindung' disebalik mulut dan kata kata yang manis sudah semakin terang dan jelas! Baru lah kini saya dapat memahami erti 'persahabatan' yang sebenar! Yang buruk itu datangnya dari kesilapan dan kecuaian kita sendiri! Sekali lagi kupanjatkan kesyukuran kehadrat mu Ya Allah diatas segala nikmat dan rahmat mu! Amin Ya Rabal Alamin!