Salam! I have dissapointed someone sbb dah janji kalau ada blog ni nak tulis macam macam! Sebenarnya memang bnyak yg hendak diluahkan tp sebelum tu nak bagitau jugak kalau apa yang saya akan tulis nanti menyinggung perasaan sesiapa, saya mohon ribuan maaf kerana bukan itu niat sebenarnya ok!
Saya sebenarnya terpanggil untuk menulis tentang seorang 'sahabat' saya ni! Boleh dikatakan yang kami ni memang rapat, banyak kisah suka duka yang kami kongsi bersama! Walaupun sekarang ini kami jarang berjumpa tetapi kami tidak pernah lupa untuk bertanya khabar melalui sms! Sehingga lah pada suatu hari saya terserempak dengan sahabat saya ni di Restoran Ismail, di Tmn Tun! Pada mulanya saya memang tak perasan kan dia tp setelah saya amati saya yakin dia lah sahabat saya tu! Tapi saya amat terkejut kecewa dan malu sebenarnya sebab semasa saya menghampiri dia terus memalingkan mukanya ketempat lain!
Saya kembali ke tempat duduk saya dan terus tertanya tanya apa dah jadi dengan sahabat saya ini. Seperti yang saya katakan tadi saya rasa amat sedih dan amat tersinggung dengan sikap sahabat saya tu! Bayangkan orang yang selama ini begitu saya sanjungi dan hurmati tetapi berubah sekelip mata! Manusia mudah berubah lebih lebih lagi dengan title 'datin' yang baru dia perolehi. Adakah itu sebabnya? Wallahualam! Baru baru ini saya dapat satu sms dari sahabat saya ini, memberitahu bahawa nombor telefon nya telah bertukar! Nak tahu apa saya buat? Saya call balik nombor itu dan saya bertanyakan siapa yang bercakap dan dengan ramahnya dia menjawab " hai min, this is .... la, u tak ingat i ke?" Saya terus menjawab " oh, maaf seingat saya saya tak ada kawan yang bernama ....! and i hung up!!!!!!!
Saya tidak kesal kehilangan orang yang seperti ini kerana pada saya persahabatan itu harus ikhlas! Maka saya terus delete kan nama 'sahabat' ini dari my handphone dan dari ingatan saya!
2 comments:
Salam min, cerita pasal kawan u tukar nombor tu i tak fahamlah....citer balik...hehehe
Salam kembali! nak citer balik?? ni mesti cerita saya ni tergantung ya? tkpe, bila ada kesempatan nnti boleh lah saya ceritakan yang sebenar! tq for reading my blog, teruskan membaca ya n of course need yr comments too ..
Post a Comment