Syukur Alhamdulillah akhirnya dapat juga saya memilikki blog sendiri, itupun kerana hasil usaha anak dara saya Siti Aisyah Azmin yang beria membuka blog ini untuk saya! Ada satu blog yang saya begitu seronok membacanya membuat saya terpanggil untuk berkongsi cerita dan pengalaman semata mata bertujuan untuk dibuat tatapan dan bacaan diwaktu lapang ..
Saya, Aminah binti Hussein atau mesra dengan panggilan Min! Saya dapati setiap kali saya menulis seakan satu terapi yang sungguh mujarab, saya dapat meluahkan isi hati saya, dapat bercerita tentang pengalaman dan yang paling seronok apabila ada juga insan diluar sana yang sudi membaca tulisan2 saya ini!
Alhamdulillah, memilikki kehidupan yang sederhana, mempunyai seorang suami yang sungguh penyayang dan enam orang anak2 yang sering membuat hidup saya dipenuhi dengan warna2 pelangi!! Tak kurang juga diselubungi awan mendung tapi suami dan anak2 adalah harta yang paling berharga buat saya - mereka lah tempat saya berkongsi susah senang, ketawa bersama, menangis bersama, makan dan minum bersama! Takkan saya izinkan sesiapa saja yang mahu merampas kebahagian keluarga saya! Pada saya tangis mereka adalah sendu saya, ketawa mereka adalah penawar saya! Sentiasa memohon kehadrat ilahi agar diri saya, suami serta anak sentiasa dilindungi dan sentiasa diberkati!
Kebahagiaan buat saya adalah melihat kebahagiaan keluarga saya ...
No comments:
Post a Comment