Friday, 29 May 2009

Baru selesai baca blog Siti Aisyah Azmin! Wah wah anaknda ma, dah pandai main paintball! Kalah pun kalah lah janji gaya tetap maintained! Beberapa hari ni takde idea langsung nak menulis kat blog, angin malas dah menyerang! Tapi selepas baca blog anaknda kesayangan saya tu, tiba tiba rasa bersemangat balik nak menulis...
Sepanjang minggu ni takde banyak aktiviti cuma routine harian dengan anaknda Siti Fatimah Azrina! Sejak dia ada, dengan rasminya tugas menghantar dan mengambik adek adek sekolah dah jadi tanggung jawab dia! Selalunya saya akan ikut sekali semasa menghantar the 'two gremlins' to school! Selepas tu biasanya kitorang berdua akan pergi breakfast together gether! Waktu tu lah kitorang akan update each other pasal hal ehwal semasa, gossip terkini, pasal our cambodian maid la, pasal nak masak apa, nak buat apa! Kadang kadang kita berdua boleh meluahkan perasaan masing masing - masa tu bersemangat nak bercerita apa saja! Sekarang ni we both can talk about anything ....., the moon, the stars! Yang seronoknya, hari hari cerita pasal nak kurus, nak excercise, nak pergi jogging, nak go for night walk tapi sehingga ke saat ini masih tinggal angan angan! Yang kelakarnya tu, she always complained that she have put on weight! Hello!!!!, perli ma ke???? I'm working on it now so jangan jealous kalau mama dah kurus nanti! Yang penting sihat!
So, jadi lah manusia yang sentiasa bersyukur dengan segala nikmat yang telah Allah swt berikan kepada kita! Bersih kan hati kita dari segala sifat sifat keji semoga segala amalan kita diterima!
Wassalam!

No comments: