Saturday, 23 January 2010
Seperti yang diceritakan ...
Bagaikan membawa tuah, rezeki datang melimpah limpah! Suami pula berjaya memilikki firma sendiri! Bertambah gembira apabila kehadiran cahaya mata penyeri rumahtangga. Maka keduanya melayari alam rumahtangga dengan penuh bahagia ...
Setelah beberapa ketika, si isteri mula berubah! Kekayaan dan kemewahan mengaburkan mata sehinggakan mula mendabik dada. Yang mahal semua miliknya, yang berjenama jadi pakaian untuk ditayang pada semua. Mula lupa diri, orang2 disekeliling sudah tidak setaraf dengannya. Tak cukup dengan itu, suka membangga diri kononnya suami begitu menuruti semua kata kata! Tak berani membantah walau sepatah, semua yang dipinta dan semua yang dikehendaki dipenuhi tanpa banyak bicara! Hebat wanita ini, sehebat lakonan dan sandiwaranya ..
Orang sekeliling mula terasa. Mertua sudah dilupa bahkan sering menjadi mangsa herdikannya! Yang tidak mengenali pasti tidak akan percaya kerana perwatakan wanita ini memang jauh bezanya dengan sikap dan perangai sebenarnya. Sayang sekali anugerah tuhan dipersia, kecantikan diri tak seiring dengan peribadi! Mungkin lupa kah dia bahawa segala yang dimiliki hanyalah pinjaman semata ..
Seperti yang diceritakan - wanita ini semakin menggila sehinggakan mertua tidak langsung dihormati, tengking herdik sudah menjadi biasa. Dikatanya simertua menghabiskan harta suaminya. Yang hairannya suami langsung tak berani berbuat apa apa, jangan kan menegur jauh sekali untuk memberitahu tentang salah dan silapnya! Diikutkan semua kerenah siisteri hinggakan hilang maruah diri. Kasihan simertua yang terlalu memakan hati. Ada anak tapi tak mampu membela diri ..
Seperti yang diceritakan - wanita ini sudah mula lupa diri, bagai kaduk naik junjung - lupa darimana asal usulnya, lupa kehidupan susahnya, lupa orang2 yang pernah satu ketika sebumbung dengannya. Paling menyedihkan sehingga sanggup untuk tidak mengaku perempuan yang menjadi ibu kepada suaminya ..
Terlalu gairah dengan kesenangan, terlalu taksub dengan suami yang begitu menuruti telunjuknya sehinggakan begitu berani mengeluarkan kata kata yang kononnya suaminya tidak pernah berani marah, jauh sekali menegur tentang setiap salah laku yang beliau lakukan. Katanya lagi kalau hendakkan lantai emas sekali pun, suami akan turuti ..
Saya, ketika mendengar cerita ini terkedu seketika! Tak ada perkataan yang mampu saya gambarkan tentang wanita ini! Apa yang dapat saya katakan, sayang seribu kali sayang - saat ini mungin dia masih boleh mendabik dada, tersenyum bangga, akan tetapi tidak sedar kah dia akan balasan tuhan yang maha Esa?
Buka lah mata wahai suami, jangan jadi anak yang durhaka! Kasihani lah ibu tua yang merintih duka! Walau menggunung cinta dan sayang tidak akan dapat mengambil alih kasih dan sayang seorang ibu terhadap anaknya! Yang cantik itu hanya sementara, kekayaan pula tak bawa ke syurga. Jika terlepas balasan dunia, balasan akhirat tetap tiba ..
Wahai wanita cantik jelita, berhati hati lah jangan sampai suami bertukar selera! Jangan ingat kita akan dipuja selamanya! Hari ini kita bahgia, belum tentu esok akan serupa.
Ku susun jari sepuluh ini memohon keampunan kiranya tulisan ku ini akan membuat ada yang terasa dan terluka! Ku hanya ingin menyedarkan diri ku agar apa yang berlaku ini sebagai pengajaran agar aku tidak menjadi orang yang lupa diri ...
Thursday, 21 January 2010
Antara tugas dan tanggung jawab
Di awal perkahwinan, banyak perkara baru yang perlu saya lalui! Bukan mudah sebenarnya untuk menyesuaikan diri apatah lagi berada ditengah2 ahli keluarga yang baru! Masih mentah untuk memikul tanggungjawab sebagai isteri dan menantu, banyak yang perlu saya pelajari dan hakikatnya banyak kali jua saya gagal ditengah jalan! Maka pada arwah mak lah tempat saya mengadu! Sekarang ini baru saya faham kenapa arwah mak selalu 'melenting' setiap kali saya mengadu hal2 rumahtangga saya! Itulah naluri seorang ibu yang tidak sanggup melihat anak2 mereka dalam kedukaan dan kesusahan! Nasihat yang baik saya jadikan tauladan dan yang tidak itu saya jadikan sempadan ..
Menyedari hakikat yang saya seorang manusia biasa yang ada kekurangan, saya kuatkan hati untuk melayari alam rumahtangga dengan sebaik mungkin! Diam tak diam, insyaAllah pada tahun ini, tanggal 20hb April maka genaplah 25 tahun usia perkahwinan saya! Satu tempoh yang cukup panjang melayari bahtera perkahwinan, dikurniakan dengan enam orang anak2 yang semakin dewasa dan yang paling saya kagumi adalah suami saya yang menjadi tonggak kebahagiaan saya selama ini!
Bertuah rasanya kerana kedua2 mertua saya masih ada lagi walaupun keadaan kesihatan mereka tidak berapa baik! Masih segar dalam ingatan saya tatkala keduanya masih sihat dan bertenaga! Saya sedar, saya bukan lah menantu kesayangan namun kasih dan sayang saya tidak pernah luntur buat mereka berdua. Walaupun ada kalanya saya masih tidak dapat lupakan beberapa insiden yang mengguris hati dan perasaan. Kini setiap kali saya tatap wajah kedua2 mereka, saya jadi sebak dan terharu! Hati kecil ini masih mengharapkan agar kedua2 mereka kembali sihat seperti sediakala!
Bapa mertua saya baru saja keluar dari hospital kerana menghidap 'ulcer' perut. Kelmarin saya sempat berjumpa kedua2 mereka - ternyata bapa mertua saya masih bersemangat dan sempat juga bercerita tentang kesakitan yang beliau alami! Tersentuh hati kecil ini pabila mendengar rintihan nya, mengeluh tentang kesakitannya dan wajah sayunya membuat saya begitu terharu! Dalam keadaan begitu, dia masih risaukan tentang mak mertua saya! Tambahnya lagi sewaktu dia berada dihospital, mak mertua saya tak boleh tidur sebab risaukan keadaan dia! Ternyata kasih mereka berdua masih utuh, tanpa saya sedari air mata saya mengalir ...! Masya Allah hebat sungguh kasih sayang mereka! Betapa bertuahnya mak mertua saya walaupun dalam keadaan dirinya yang uzur itu dia masih mendapat kasih sayang dari suami tercinta!
Kini saya terasa kehilangan kedua orang tua saya! Saya rindu pada mereka! "Ya Allah, ampuni lah dosa kedua2 orang tua ku, kasihani mereka sebagaimana mereka mengasihani ku, cucurkan lah rahmat Mu keatas roh mereka dan tempatkan lah mereka dikalangan orang2 yang beriman!
Pada kesempatan ini saya berdoa moga moga saya mampu melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai seorang isteri dan menantu yang dapat berjasa kepada keluarga! Hanya berbekalkan doa dan kasih sayang saya mohon pada yang Esa agar diberi kesempatan memperbaiki segala kelemahan dan kekurangan!
Thursday, 14 January 2010
Apabila mengata itu jadi satu hobi ....
Ini lah sifat orang kita, pantang dengar cerita pasal orang! Yang lesu pun boleh jadi segar bugar bila dapat cerita2 yang sensasi. Yang hairan nya tu, bila bab mengata orang bukan main lancang lagi mulut tu mengeluarkan kata2 tapi bila bab orang mengata dia balik pandai pulak dia naik angin, naik sawan dan macam2 naik lah ..
Mengata orang ni seronok agaknya ya! Manakan tidak masa mengata tu, orang yang dia 'kata' tak ada disitu, makanya bertambah seronok lah bercerita, ditokok tambah pulak dengan insiden2 yang lalu dan ada pulak ikut sedap mulut aje hingga lupa orang2 yang dia kata tu adalah kaum keluarga sendiri, kawan karib dan yang paling dasyat apabila ada yang bermuka2, depan kita dia 'kawan kita' tapi bila dibelakang macam2 cerita kita yang dijejehkan!
Itulah yang bahayanya apabila kita terlalu mempercayai seseorang. Pernah terjadi pada saya sendiri, seseorang yang saya anggap seperti saudara saya sanggup berpaling tadah dan mengata saya macam macam. Kalau ikutkan geram hati saya, nak aje saya ramas ramas mulut orang ini. Bukan aje mengata dan mengumpat tentang saya bahkan sanggup jadi 'double sided tape' - kat sini lekat, kat sana pun lekat! Mujur lah saya ni bukan jenis yang suka bergaduh dengan orang sebab pada saya orang2 sebegini tidak layak bahkan tidak sepatutnya dipanggil seorang kawan!
Ada pulak tu, suka mengata perihal anak2 orang lain! Dia lupa agaknya yang dia juga ada anak! Kalau anak orang semuanya tak baik, tak pandai, tak berjaya! Pantang kalau dengar ada anak2 kawan2 yang bermasaalah, dialah orang pertama yang nak ambik tahu! Pelik lah sebab yang dia nampak semua kekurangan pada orang lain tapi bab diri sendiri tak sedar pulak! "Eh, anak lelaki si A tu hisap dadah, anak perempuan si B tu minum arak, I pernah nampak anak kembar si C tu hisap shisha, do you know that anak si D tu suka ponteng sekolah, I nampak anak perempuan E tu ada boyfriend, etc etc etc ...
Tak cukup dengan itu, ada juga yang nak uji kesabaran kita apabila sanggup bersumpah dengan nama yang maha Esa! MasyaAllah, insaf lah wahai kawan, jangan lah sampai kita bersumpah dusta semata mata untuk membuat orang percaya dengan kata2 yang belum tentu betul!
Susah sangat ke untuk kita muhasabah diri? Sebelum kita nak mengata orang, kita lihat diri dan keluarga kita! Jangan lah kita ingat apabila keluarga kita berjaya, kita tidak akan diduga dengan masalah2 sebab hidup ini ibarat roda yang berpusing, hari ini kita diatas, akan tiba masa kita dibawah pulak!
Saya bersyukur kerana saya dikelilingi oleh orang2 yang sentiasa mengingatkan saya setiap kali saya terkeluar dari landasan, sentiasa ada untuk membetulkan kesilapan saya. Saya juga manusia biasa yang tidak sepi dari membuat silap dan salah. Alhamdulillah masih diberi kewarasan untuk menilai dan yang paling penting saya dambarkan kawan2 yang ikhlas, yang dapat menerima saya seadanya dan menegur saya kiranya saya terlanjur dalam perkataan atau perbuatan!
Semalam
cerita tentang bulan
cerita tentang bintang
cerita tentang adam dan hawa
Semalam semua yang salah jadi betul
cerita tentang hati
cerita tentang perasaan
cerita tentang siapa benar
Semalam semua yang terang jadi gelap
cerita tentang kegagalan
cerita tentang kepercayaan
cerita tentang kemanusiaan
Kini cerita semalam sudah berubah
yang tersirat tak dapat diucap
yang tersurat tak dapat diungkap
yang tinggal seribu misteri
seribu pertanyaan, seribu persoalan
namun tak akan ku lupa cerita semalam ...
Thursday, 7 January 2010
Matahari ku - Agnes Monica
Anda lah Matahari ku ...
Tertutup sudah pintu,
pintu hati ku,
yang pernah dibuka waktu,
hanya untuk mu.
Kini kau pergi,
dari hidup ku,
ku harus relakan mu,
walau aku tak mau.
Berjuta warna pelangi,
didalam hati.
Sejenak luluh bergeming,
menjauh pergi.
Tak ada lagi,
cahaya suci,
semua nada beranjak,
aku terdiam sepi.
Dengarlah matahari ku,
suara tangisan ku,
ku bersedih,
kerna panah cinta menusuk jantung ku.
Ucapkan matahari ku,
puisi tentang hidup ku,
tentang ku,
yang tak mampu,
menaklukkan waktu.
Oh
Dengarlah matahari ku,
suara tangisan ku,
ku bersedih,
kerna panah cinta menusuk jantung ku.
Saturday, 2 January 2010
Tahun baru, cerita baru namun masih kisah lama ...
Nak menjadikan cerita, adalah seorang 'jiran' lama yang menghubungi saya, bertanyakan khabar dan mengucapkan selamat tahun baru pada saya! Sudah agak lama juga saya tidak mendengar berita beliau jadi apabila dia call tu seronok pulak bercerita! Cerita berkisar tentang anak2 dan juga rumah baru saya! Bukan apa, saya seakan fobia sebenarnya untuk bercerita lebih2, takut nanti cerita saya diputar belit pulak! Sempat lah juga bertanya khabar tentang kawan2 saya dan inilah jawapan beliau ..
" .. we all missed u so much! Dah tak semeriah dulu, kalau tak setiap kali ada birthday parties ke atau gathering, u mesti ada! I missed all yr delicious cooking!" - tergelak saya mendengarnya!
Dah tak macam dulu lah, sambungnya lagi!! You know what, sipolan tu ada tanya i pasal u! I pun jawab lah, dah lama tak cakap dengan u, sambungnya lagi! "Oh ye ke?" balas saya! Actually kawan kita yang lain asyik sebut jer, kalau u ada ni, mesti dia masak macam2 kan?" sambungnya lagi. "u know what, sipolan tu terus mencebik kan bibirnya and said, "ahhhhh, sedap sangat ke dia masak?", kenapa dengan u all ni? Dah jangan sebut psl dia lagi, berbulu telinga ni lah" Setiap kali I dengar nama dia, i rasa nak muntah lah .." cerita nya lagi!
Tatkala mendengar cerita ini saya cepat2 beritahu pemanggil yang saya pun tak nak dengar dah pasal manusia ni sebab pada saya 'dia' dah lama tak ujud dalam hidup saya! Kawan saya ni seakan mengerti dan cepat2 tukar topik! Saya mula rasa tak selesa untuk meneruskan perbualan sebab saya serik dan bimbang takut nanti apa yang saya cakap akan jadi lain pulak! So dengan sopan saya bagitau pemanggil ini yang saya terpaksa ke Giant untuk membeli barang2 anak saya! Setelah memberi salam, saya pun mematikan hp saya!
Setelah itu saya tergelak memikirkan apa yang saya dengar. Adakah kawan saya itu ikhlas ataupun satu lagi percubaan untuk mengeruhkan keadaan? Entah lah dan saya pun taknak peningkan kepala memikirkan cerita kawan saya itu.
Dulu semasa semuanya baik, tak henti2 sipolan ni memuji masakan lauk atau kueh2 saya! Saya nyatakan begitu bukan kerana 'masuk bakul angkat sendiri' tapi itulah sebenarnya yang berlaku! Boleh dikatakan hampir semua majlis saya, sipolan ini akan datang dengan semua ahli keluarganya! Tak cukup makan dirumah saya, sempat 'tapau' lagi! Masa tu, kalau dapat saya kumpul pujian sipolan ini , rasanya dah tinggi menggunung! Saya tak hairan sebenarnya, biasalah kan bila kita suka seseorang tu tak habis2 kita memuji tapi apabila berlaku sebaliknya mula semuanya tak bagus, tak sedap, tak cantik dan macam2 'tak' lagi lah ..
Itu memang hak sipolan untuk bercakap apa saja dan pada saya tidak menjadi kuman kudis pun dengan remark yang beliau lemparkan! Secara jujurnya saya pula rasa bertuah kerana berpeluang melihat diri insan ini yang sebenar! Kalau setakat 'lakonan' yang dah lapok tu, tak hairan lah saya kalau satu saat nanti pasti ada yang 'bosan' menontonnya, kan?
Yang menjadi tanda tanya, ada juga yang sanggup bersusah payah membuat panggilan kemudian menyampaikan cerita2 sebegini, apa agaknya motif beliau? Sekali lagi saya tergelak!
Berkali kali saya menggelengkan kepala saya ini dan dalam waktu yang sama saya rasa kelakar pun ada, geram pun ada! Mujur lah saya ni masih boleh bersabar dengan cerita2 sedemikian! Sempat saya memanjatkan kesyukuran dan doa pada yang Esa, memohon diberi kekuatan iman, memohon agar insan2 ini yang suka memburuk2kan saya agar menghentikan perbuatan mereka dan memohon petunjuk agar setiap kebenaran akan terungkap jua ..
Dah masuk tahun baru pun, azam saya agar saya dapat memperbaiki segala kelemahan dan kekurangan agar tidak terjerumus dengan perkara2 yang merugikan! Justeru saya perlu tinggalkan jauh2 kisah2 yang tidak memberi sebarang kebaikan buat saya dan keluarga! Masih mengharapkan belas ihsan dari Allah swt agar langkah saya ditahun baru ini, tidak terkeluar dari jalan yang di redhai! Mudah2an!