Monday, 30 November 2009

Andainya kau tahu ...

Kalau lah dapat ku belah dada ku
agar kau tahu betapa remuk dan hancur hati ini
agar kau dapat lihat betapa dalam luka ini
agar kau dapat lihat penderitaan dan kesedihan
agar kau dapat rasa kekecewaan ini ...

Saat ketika aku menoleh mengharapkan satu pengertian
ku pujuk berkali kali hati ini untuk mengerti
namun kau tetap ulangi
kesilapan yang serupa
kecurangan yang sama
yang hanya menambah luka di hati ini ..

Teramat dalam luka yang ku alami
menyusuk setiap anggota tubuh ku
menghiris hati dan perasaan
namun, kau terus terusan menikam
hati ini yang semakin parah
langkah semakin lemah
dan aku semakin kalah ..

Rasanya tidak sanggup lagi
aku berdepan dengan sikap mu, kerenah mu dan kedegilan mu
walau ku cuba menghampiri
namun langkah mu makin laju
meninggalkan ku pergi

Tidak sanggup ku hidu bau yang kau cemari
tidak sanggup ku langkah jalan yang kau lalui
tidak sanggup aku memikirkan apa yg bakal kau tempuhi ...

Langkah ini semakin perlahan
degup jantung ini semakin lemah
tak daya untuk aku lalui
perkara yang sama,
peristiwa yang serupa
namun kenapa tiada kesal dihati mu ?

Sunday, 29 November 2009

Erti sebuah pengorbanan

Alhamdulillah, ku panjatkan rasa kesyukuran yang teramat kehadrat Mu Ya Allah kerana dengan izin Mu, kami sekeluarga dapat merayakan AidilAdha pada 27hb November yang lepas! Terasa sayu juga apabila mengenangkan dua anak perempuan saya yang tidak dapat turut sama! Cuma panggilan telefon dapat menghilangkan rasa rindu ini pada mereka ...

Termenung saya sejenak apabila memikirkan tentang maksud pengorbanan yang sebenar! Setiap kita yang ada dimuka bumi ini memang tidak dapat lari dari melakukan 'pengorbanan' samada untuk diri sendiri, keluarga, sahabat handai tak kurang juga untuk kehidupan, kerjaya dan bermacam2 lagi agaknya!

Puas sebenarnya saya pujuk hati ini, pujuk rasa marah dan rasa teraniaya yang teramat sangat terhadap satu pengorbanan yang terpaksa dilakukan oleh suami tanpa diberi sebarang pilihan! Walaupun pada zahirnya saya tidak mampu mempamirkan rasa tidak puas hati diatas tindakan suami tapi hakikat yang sebenar, saya rasa amat kecewa, marah, geram dan menyampah pada seseorang insan ini diatas sikap beliau yang tidak bertanggung jawab!!

Apapun alasan yang diberi namun saya masih tidak dapat memaafkan atas segala kerumitan dan kesusahan yang timbul akibat dari perbuatan yang hanya mementingkan diri sendiri! Pernah kah insan ini terfikir bagaimana perasaan saya dan anak2 apabila suami terpaksa akur dengan keputusan yang dibuat tanpa kerelaan hati kami?

Pada 24hb November lepas, suami saya dengan rasminya diistiharkan 'muflis' gara2 perbuatan orang lain! Apakah 'pengorbanan' yang dilakukan suami saya ini setimpal dengan perbuatan insan ini? Persoalannya adakah 'insan' ini sanggup melakukan 'pengorbanan' yang sama? Dari awal lagi saya tidak bersetuju kerana ini membabitkan nama dan maruah keluarga saya tapi saya kagum dengan sikap suami saya yang sanggup mengistiharkan dirinya 'muflis' semata2 untuk menjaga nama dan status seseorang! Lebih menyakitkan hati saya, apabila insan ini tidak langsung menunjukkan rasa simpati dengan apa yang berlaku! Apakah 'pengorbanan' yang dilakukan suami saya, tidak langsung membuka hati dan perasaan insan ini untuk sekurang2nya memahami apa yang terpaksa kami sekeluarga lalui??

Rasa kecewa yang begitu menebal tidak dapat saya bendung lagi kerana pada saya 'pengorbanan' yang dilakukan oleh suami memang tidak berbaloi! Saya redha kiranya 'insan' ini dalam kesusahan tapi sebaliknya beliau sekeluarga hidup senang lenang! Walau apapun ganjaran yang beliau janjikan, tapi ianya tidak akan dapat menebus nama dan maruah keluarga saya yang tercemar! Saya cukup yakin bahawa Allah itu maha adil dan akan tiba satu saat nanti apa yang kami lalui akan berlaku keatas insan ini juga.

Bukan untuk jadi orang yang tidak mengenang budi bahkan saya sentiasa ingat diatas segala jasa dan budi baik insan ini pada keluarga saya tapi makin hari rasa hormat saya pada insan ini makin menipis kerana hingga kesaat ini saya masih tidak mampu untuk mengerti bagaimana seseorang yang tinggi kedudukannya lagi bijaksana sanggup lakukan semua ini keatas suami saya!!!

Saat ini, hati saya begitu terluka! Tidak mudah untuk saya menerima apa yang berlaku tapi akan saya gagahi juga demi suami dan anak2! Dimanakah letaknya sifat kemanusiaan serta perasaan beliau apabila hidup dalam kemewahan disebalik penderitaan orang lain? Setiap kali saya bersua muka dengan insan ini, buat saya rasa benci yang teramat sangat dan jangan ada yang sanggup menyalahkan saya serta anak2 kerana membenci insan ini kerana sememangnya beliau tidak layak bertandang dalam hati kami sekeluarga!

"Ya Allah, ampuni lah segala dosa dosa ku! Jadikan hamba mu ini seorang yang tabah menghadapi apa jua ujian yang kau berikan keatas kami sekeluarga! Bersihkan lah hati ku ini Ya Allah dan jauhkan lah diri ku, suami ku dan anak2 kami daripada perkara2 yang merugikan" Amin, yarabbal alamin"

Sunday, 22 November 2009

Betapa beruntungnya kita ...

Alhamdulillah, pagi ini saya melihat disekeliling saya dengan rasa bersyukur yang teramat sangat! Betapa beruntungnya kebanyakan dari kita kerana masih mampu meneruskan kehidupan ini, masih mampu makan dan minum, masih mampu bergerak kesana kesini, masih mampu tersenyum dan ketawa namun ada juga diantara kita yang sedang berduka ketika ini, kehilangan orang tersayang, dalam kesakitan, dalam kesusahan, dalam kekecewaan! Siapa lah kita untuk menolak semua yang telah ditentukan oleh yang maha Esa?

Beberapa minggu lepas, banyak peristiwa yang berlaku, ada diantaranya yang mengguris perasaan, tidak kurang juga yang menggembirakan! Sesungguhnya Allah itu maha adil, diuji kita dengan berbagai cara agar kita dapat jadikan ianya sebagai iktibar dan pengajaran! Apabila kita diberi kesenangan dan kemewahan kemudian diuji dengan kehilangan dan kehancuran, semuanya untuk menguji sejauh mana kekuataan dan keimanan kita! Ya, bercakap memang mudah, tapi melaluinya sendiri bukan lah semudah yang dibicarakan!

Berbagai berita yang terpampang didada akhbar, kisah suka duka, kemalangan, kemusnahan, peperangan dan bencana alam sudah cukup untuk kita menilai diri kita dan mengucapkan syukur yg teramat kehadrat Allah swt yang telah menyelamatkan kita serta kaum keluarga kita dari segala musibah itu! Hati kecil ini begitu tersentuh setiap kali membaca atau melihat musibah2 yang melanda dan setiap kali itulah saya akan berbisik sendirian memohon perlindungan dari Allah yang maha Esa!

Mudah2an dengan izinNYa, kita semua terkecuali dan dijauhi daripada perkara2 yang tidak diingini! Ok, hari ini Isnin 23 November 2009!! Anak dara saya saat ini sedang menduduki peperiksaan Matematik SPM! "Ya Allah, terangkan hati anak saya ini, mudahkan lah baginya menjawab semua soalan dengan baik, lapangkan dadanya agar dapat memberi tumpuan dan berikan lah dia kejayaan diatas segala usahanya". Hari khamis lepas, setelah beberapa jam menunggu dengan penuh debaran, akhirnya mendapat perkhabaran yang menggembirakan!! Syukur Alhamdulillah, anak bongsu saya telah berjaya memperolehi 5A dalam peperiksaan UPSR! Walaupun pada awalnya saya menyangkakan beliau akan mendapat sekurang2nya 3A tapi berkat usaha dan kerajinan beliau akhirnya terbukti juga!! Nampaknya keinginan beliau untuk memilikki PS3 akan menjadi kenyataan, insyaAllah!

Minggu ini ada beberapa perkara penting yang akan berlaku, semoga Allah permudahkan segala urusan dan memberi kami kekuatan mental dan fizikal untuk menghadapinya dan sesungguhnya kami amat yakin bahawa setiap ujian ini pastinya ada hikmah disebaliknya, insyaAllah! Mohon yang terbaik, fikir yang baik dan insyaAllah segalanya akan berakhir dengan baik!

"Terima kasih Ya Allah, diatas segala nikmat dan rahmat Mu dan jadikan lah kami sekeluarga orang2 yang sentiasa bersyukur, jauhkan kami dari sikap2 yang merugikan dan kami mohon agar kami sentiasa berada dijalan yang benar, jalan yang Engkau redhai, Ya Allah"!! Amin, Ya rabbal Alamin!

Tuesday, 10 November 2009

Pengajaran yang tidak ternilai ...

Kalau lah saya dapat rakamkan satu lakonan yang sungguh hebat, pastinya ramai akan mengkagumi insan ini! Sepanjang saya mengenali dia, tidak langsung saya terfikir yang satu hari nanti saya akan dapat lihat diri dia yang sebenar! Walaupun hakikatnya ramai yang menyedari 'lakonan' beliau tapi saya masih boleh meneruskan persahabatan itu atas sebab2 yang saya sendiri tidak pasti! Kalau nak dikatakan saya beruntung mengenali insan ini, tidak jugak! Kalau nak dikatakan dia istimewa, tidak jugak tapi kenapa saya terus2an menyayangi dan mempercayai beliau, saya tidak mampu menjawabnya!

Mulut saya tidak henti2 beristighfar sebab masih tidak percaya dengan apa yang saya baca dalam sms itu! Baru sangat rasanya 'dia' bersama saya, tidak sampai 24 jam dia mendakap erat tubuh saya, mencium pipi saya, bercerita tentang kawan2, mengutuk kawan2 yang kononnya membenci saya, bersama2 solat dan membaca yassin ketika majlis doa selamat saya itu! Menghadiahkan saya dengan 100 botol air mineral untuk dibacakan yassin, menikmati hidangan saya, membawa pulang bermacam2 makanan2 saya, bercerita, bergurau dan akhirnya semua itu berakhir dengan sesuatu yang mengejutkan! Rupa2nya ia adalah sekadar lakonan. Hairan sungguh saya memikirkan tentang sikap beliau ini yang sanggup datang kemajlis saya, berpura2 dengan sikap baiknya tetapi yang jelas beliau tidak ikhlas dan hanya menjalankan peranan 'baik' beliau untuk mengaburi mata saya! Sayang sekali, saya langsung tidak mengesyaki apa2, sehinggalah peristiwa 'sms' berlaku!

Akhirnya segala kebaikan kita selama mengenali dia sekeluarga, berakhir dengan kebencian! Kata2 manis bertukar dengan kata2 kesat yang amat mengguris hati! Kalau dulu saya dipihak benar tiba2 saya pulak yang dikatakan bersalah! Apabila kita diserang dengan kata2 yang kita tidak sekali2 menduga akan keluar dari mulut orang yang kita suka, yang kononnya menyebelahi kita tiba2 bertukar, tentulah amat mengecewakan!

Seharian saya dalam keadaan tertekan! Bermacam2 bermain dikepala memikirkan dimana kesilapan saya! Saya forwardkan sms2 itu pada anak2 perempuan saya yang berada diUK, saya forwardkan juga pada adek beradek saya yang lain supaya mereka tahu cerita yang sebenar! Melihatkan keadaan saya begitu, suami tercinta lah yang banyak mententeramkan saya begitu juga dengan anak2 dan keluarga! Mereka begitu memahami betapa hancurnya hati saya!

Seperti yang saya katakan, lakonan insan ini sungguh hebat sehinggakan dapat mengaburi mata semua orang! Sayang sekali saya tidak langsung dapat mengesannya walaupun berkali2 telah diberitahu oleh suami, anak2 dan juga adek beradek saya! Pernah saya tertanya2 kenapalah keluarga saya tidak berapa suka saya begitu rapat dengan insan ini dan sekarang barulah saya tahu! Ketika semuanya terbongkar, keadaan sudah terlalu parah kerana selama ini orang yang kita percayai rupa2nya seperti 'gunting dalam lipatan'. Apabila dia bersama saya, dia mengutuk habis2 orang disebelah sana dan begitulah seterusnya apabila beliau bersama mereka!Sehinggalah lakonan beliau memakan diri beliau sendiri!

Sayang sekali, begitu cetek pemikiran beliau yang sanggup menjadi dalang dalam semua kemelut ini! Kini setelah beberapa hari, saya mula dapat berfikir dengan tenang, mengimbau kembali setiap kata2 yang beliau lemparkan kepada saya, saya mula tersenyum! Akhirnya terbukti juga kebenaran walaupun saya akui dalam situasi ini ada juga kesilapan saya! Pengajaran yang amat 'mahal' buat saya! Terima kasih ya Allah kerana telah menyedarkan kesilapan saya dan mengizinkan saya melihat kelemahan saya! Saya redha dengan ketentuan ini! Walaupun a lot of damaged have been done, tapi saya bersyukur sekurang2nya saya diberi peluang untuk mengenali hati budi insan ini yang sebenar!

Tidak akan saya hitamkan hati saya ini dengan membenci bahkan dengan hati yang ikhlas saya maafkan beliau kerana saya tidak mahu memusuhi sesiapa! Mulai saat ini saya akan anggap mereka2 ini bukan lagi kawan2 saya dan saya juga tidak mengenali mereka! Segala yang berlaku akan saya jadikan pengajaran agar tidak mudah mempercayai sesiapa pun selain dari ahli keluarga kita sendiri!

Alhamdulillah, syukur saya kehadrat Allah kerana memberi saya kekuatan untuk menghadapi ujian ini dengan waras! Bagi saya 'mereka2' ini sudah tidak ujud lagi dalam kehidupan saya dan akan saya lemparkan jauh2 segala kenangan bersama mereka!

Hari ini, saya adalah saya, dikelilingi oleh insan2 yang paling saya cintai iaitu suami, anak2 serta kaum keluarga saya!!! Saya memohon maaf kepada mereka kerana selama ini saya tidak mendengar nasihat mereka. Mereka lah yang akan terus bersama saya dalam keadaan susah dan senang!

Sekiranya kelmarin penuh dengan kisah yang melukakan dan meruntum hati kecil ini tetapi hari ini saya bangun dengan penuh ceria!
Yang baik itu semuanya milik Allah dan yang tidak baik itu datangnya dari kelemahan dan kesilapan kita sendiri! Agak terkilan dan sedih kerana hubungan baik selama ini berakhir dengan cara ini! Saya redha dan terima semua ini dengan hati yang terbuka kerana pengajaran disebalik semua yang berlaku adalah amat berharga buat saya! Buat mereka2 ini yang sekarang sedang bergembira kerana telah berjaya mengeruhkan keadaan, teruskan lah! Saya tidak akan henti2 memohon petunjuk dari Allah agar suatu hari nanti kebenaran akan terbukti juga! Saya memohon agar saya serta seluruh kaum keluarga saya dijauhi dari orang2 yang sedemikian. Bersihkan hati, ikhlaskan niat dan jadilah hamba Allah yang jujur dengan diri sendiri dan orang2 disekeliling kita! Semoga saya akan lebih berhati2 dimasa hadapan dan minta dijauhkan dari berjumpa, berkenalan dan berkawan dgn manusia2 ini! Mudah2an! Amin ya rabbal alamin ...